Edited by BlueRose99 at 14-8-2015 02:17 PM
Kronologi Kes Budak 11 Tahun Beranak Di Negeri Sembilan
- Seorang murid perempuan berusia 11 tahun tidak pergi ke sekolah di Bahau sejak beberapa hari lalu.
- Murid tahun lima itu juga kerap ‘diserang’ sakit perut secara tiba-tiba.
- Mangsa yang mengadu sakit perut dikejarkan ke sebuah klinik Swasta di Bahau.
- Doktor pula menges mageahkan bahawa sakit perut disebabkan oleh mangsa yang sedang Hamil. Lebih memeranjatkan lagi apabila kandungannya sudah cukup bulan.
- Air ketuban pecah dan mangsa tidak sempat dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah.
- Mangsa selamat melahirkan bayi lelaki normal secara songsang dengan berat lebih sekilogram di klinik swasta berkenaan pada pukul 10.15 pagi 5 Ogos 2015.
- Mangsa bersama bayinya kemudian dihantar ke Hospital Jempol tetapi dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.
- Keluarga mangsa difahamkan tidak mengetahui anak mereka sedang hamil.
- Laporan polis dibuat dan kes disiasat dibawah seksyen 376 kanun keseksaan kerana merogol.
- Polis juga sedang memburu suspek dipercayai teman lelaki mangsa yang menyebabkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu hamil.
- Hasil siasatan mendapati mangsa [budak perempuan berusia 11 tahun] telah dirogol oleh seorang suspek lelaki berusia 30 tahun. Bagaimanapun, mangsa terpaksa mendiamkan diri kerana risau perkara tersebut diketahui ibu dan bapanya sehingga mangsa bersalin.
- Bagaimanapun, bayi yang dilahirkan pada 5 Ogos 2015 meninggal dunia pada pukul 3.00 pagi 12 Ogos 2015 akibat komplikasi pada bahagian perut.
Umur baru 11 tahun.. teman lelaki umur 30 tahun. Hurmmm..
|