Ringgit jatuh sebanyak 0.4 peratus kepada 3.9005 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), paras terendah sejak 2 September 1998 sehari sebelum ia ditambat pada kadar 3.8000. Tambatan ringgit ditarik balik pada 2005.
Menurut Penganalisis Maybank Investment Bank, Winson Phoon, kedudukan ringgit yang lemah boleh mengurangkan minat pelabur asing ke atas bon-bon tempatan.
“Biarpun terdapat jual beli oleh pelabur, mereka mungkin mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.
Ujarnya, beliau turut melihat kemungkinan risiko aliran keluar bon disebabkan penyusutan ringgit berbanding dolar AS.
Sementara itu beberapa penganalisis berpendapat mata wang yang lemah boleh merangsang pelabur asing untuk menjual hutang tempatan dan aliran keluar sedemikian boleh meletakkan lebih banyak tekanan pada mata wang.
“Kita tidak tahu bagaimana bank pusat boleh campur tangan bagi mempertahankan mata wang tersebut yang kini menjadi mata wang Asia paling teruk pada tahun ini memandangkan ia mengalami penurunan mendadak dalam rizab pertukaran asing,” katanya. – REUTERS