|
Filemografi ND : chowrasta akan mula ditayangkan pada 3 Disember 2015.
[Copy link]
|
|
ni nanti ada tak yg kopiket belikan tiket utk famili mertua suruh pergi tengok movie lakonannya, mesti tak mau kalah punya |
|
|
|
|
|
|
|
Bak kata Payong..
"You know.. You know.."
|
|
|
|
|
|
|
|
mak mertua kata x koser nk layan...bole bla..
|
|
|
|
|
|
|
|
siapa yang dah tgk cerita ni...bagitau la sket...i nak p kena tunggu hubby free..tgk trailer..nora kena raped ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ketua Puteri Bukit Bintang Anne Ngasri dan AJK menonton Tayangan Amal Filem "Suami Aku Ustaz" bagi membantu Tabung Misi Bantuan Rohingya di Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
comelnya anne
ni kaler pink ni dah macam staff astro je...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kmelankolia at 21-5-2015 05:27 PM
ki ki ki tak kuasa mak mertua nak layan movie yg sorenya bingit hiruk pikuk mengalahkan filem tamil
|
|
|
|
|
|
|
|
ady putra dah bercerai ke? dah tak nampak lagi dia dgn isteri dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
iskhh..ishkkk...ishkkkk..ntah la..ai x tau..
|
|
|
|
|
|
|
|
kmelankolia replied at 19-5-2015 07:02 PM
bertuahnya nora, famili ps noora pun sayang, famili ps norita pun sayang, org yg berbuat baik & sent ...
Hubungan antara manusia ni bukan boleh dibayar atau dibuat2. Kena ikhlas atau natural. Kena audit diri sendiri dulu. Kalau asyik nak salahkan ND je, suruh limit bagai pastu salahkan org tu org ni. Masih naif sungguh dlm pemahaman hukum duniawi tp major dlm menjadi keyboard warrior. |
|
|
|
|
|
|
|
betul emel88...nway tak de siapa nak jawab soklan i tu..huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kerekarlu at 29-5-2015 01:47 PM
sorry chauky baru perasan pertanyaan uolls. tak. dia x kena rape pun..
|
|
|
|
|
|
|
|
oo ok...thank you..sebab tgk preview cam orang tutup mulut dia..bila nak kluar astro first ek
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-6-2015 11:14 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
chauky314 replied at 1-6-2015 11:02 AM
oo ok...thank you..sebab tgk preview cam orang tutup mulut dia..bila nak kluar astro first ek
X lama lagi keluar la kut. Hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kerekarlu at 10-6-2015 10:30 AM
CHOWRASTA
SINOPSIS
Filem Chowrasta ini mengisahkan perjuangan mengubah destini seorang anak Melayu bernama Hamid yang lahir di dalam kemiskinan. Peluang pekerjaan yang terhad, tahap pendidikan anak Melayu yang rendah dan negara yang menghadapi bahang 13 Mei 1969 menyebabkan manusia berjuang untuk mendapatkan sesuap nasi walaupun terpaksa meminta-minta.
Kemiskinan mengajar Hamid untuk memperbaiki diri, bercita-cita tinggi, membakar jiwa dan semangat sehingga menjadi salah seorang anak bangsa yang berjaya.
Beliau yang berjaya merempuh onak dan duri akhirnya berjaya membawa diri dan keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan. Sejak itu, beliau tekad untuk membantu mencorak dan memartabatkan destini anak bangsa menerusi Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Kisah suka duka, pengorbanan, cita-cita, kecekalan, kepercayaan, rintangan, ketegasan, perjuangan, semangat dan kejayaan ini diharapkan menjadi panduan, harapan dan pembakar semangat dalam melahirkan Anak Bangsa ke arah pembangunan diri, ilmu pengetahuan, memajukan masyarakat, cintakan budaya danbangsa serta cintakan negara.
Saksikan filem inspirasi dari kisah benar yang dibintangi oleh Rosyam Noor, Nora Danish, Chem Amar, Fauzi Nawawi, Wan Hanafi Su, Risteena Munim dan Safiah Hanifah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kerekarlu at 10-6-2015 10:32 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
'Chowrasta' Diiktiraf Malaysia Book of Records, Filem Paling Ramai Ditonton
Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2015 12:05 AM
Oleh: ROZAIMI ZUBAIDI (Wartawan Pelatih UiTM)
[email protected]
Datuk Rosyam Nor antara pelakon 'Chowrasta'.
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM: Filem Chowrasta diiktiraf dalam Malaysia Book of Records selepas berjaya mengumpul 4,460 orang penonton pada tayangan perdananya di sini, malam Rabu.
Dekan Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA), Profesor Datuk A. Razak Mohaideen yang juga pengarah filem tersebut berkata, kejayaan diperolehi adalah 100 peratus usaha yang dilakukan oleh pelajar FiTA.
"Alhamdulillah, akhirnya Chowrasta berjaya diiktiraf kerana ia merupakan kejayaan tayangan filem yang ditonton paling ramai dalam satu masa.
"Kejayaan tersebut merupakan hasil usaha dilakukan sepenuhnya daripada pelajar FiTA yang melibatkan 60 orang pelajar dan 25 pensyarah. Mereka berganding bahu dalam merealisasikan tayangan filem ini," katanya kepada mStar Online.
Tambahnya, filem ini merupakan hadiah kepada semua Alumni UiTM agar mereka mengingati semula jasa yang dicurahkan oleh UiTM sehingga berjaya melahirkan graduan berjaya.
"Filem ini merupakan hadiah kepada Alumni UiTM supaya mereka akan menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh UiTM dalam mengubah destini anak bangsa serta tidak melupakan jasa yang dicurahkan.
"Dalam kita gairah mengejar cita-cita masa kini kebanyakan orang lupa dengan asal usulnya dan tidak pandang kebelakang semula untuk membantu orang memerlukan serta ada yang sanggup memperlekehkan tempat asal usul," katanya.
Dalam pada itu, A. Razak berkata, filem ini merupakan inspirasi dilakukan daripada buku Mencorak Destini yang mengisahkan mengenai perjuangan hidup Hamid dalam memertabatkan bangsa melayu.
Selain itu, program ini juga merupakan sebahagian daripada Minggu KaryaOne anjuran FiTA yang menawarkan pelbagai aktiviti akademik seperti wacana, bengkel, seminar dan persembahan.
Selain Datuk Rosyam Nor dan Fauzi Nawawi, artis yang terlibat dalam filem ini ialah Chem Amar, Nora Danish, Ristina Munim, Safiah Hanifah dan Wan Hanafi Su.
Filem ini bakal menemui penonton di pawagam pada Disember depan dan pihak terlibat akan menjelajah ke 35 cawangan UiTM seluruh negara bagi mempromosikan filem in |
|
|
|
|
|
|
| |
|