‘Rock Bro!’ Pengakhiran Indah Sebuah Trilogi Rock
[size=0.98em]FILEM: Rock Bro! Kembali Ke Pangkal Jalan
PENGARAH: Mamat Khalid
PELAKON: Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Amy Juliet, Azmi Bahron dan Kamarool Haji Yusof
GENRE: Komedi
DURASI: 119 minit
PENGEDAR: Primeworks Studios
TARIKH TAYANGAN: 27 Oktober 2016
DALAM senarai filemografi pengarah kreatif, Mamat Khalid, satu perkara yang harus diakui adalah filem Rock yang diarahkannya pada tahun 2005 bukanlah filem yang menjadi kegemaran penulis.
Bukan bersikap prejudis ketika itu, tetapi filem berkenaan bukan santapan jiwa penulis jika hendak dibandingkan dengan filem-filem Mamat yang lain.
Walaupun ketika itu, ramai teman yang memuji filem berkenaan sambil menyifatkan ia sebagai salah satu karya agung (masterpiece) Mamat, namun, ia masih belum mampu membuka hati penulis untuk menyukainya walaupun pernah menontonnya di televisyen.
Namun, semuanya mula berubah selepas penulis mula menonton filem sekuelnya, Rock Oo! tiga tahun lalu menerusi saluran, Astro First.
Biarpun tidak ketawa berdekah-dekah tetapi penulis masih mampu tersenyum sepanjang menyaksikan Rock Oo! yang telah mencatatkan kutipan hampir RM4 juta sewaktu tayangannya sambil memuji kebijaksanaan Mamat dalam menghasilkan filem berkenaan. [size=0.98em] [size=0.98em]Salah satu adegan filem Rock Bro! Kembali Ke Pangkal Jalan yang mendapat sambutan hebat daripada penggemar filem tempatan. [size=0.98em]Justeru, apabila Mamat kembali dengan filem ketiga dan terakhir dalam trilogi Rock yang diberi judul Rock Bro! Kembali Ke Pangkal Jalan atau Rock Bro!, penulis tidak mahu melepaskan peluangnya menonton di pawagam.
Sementelah, ia mendapat kritikan positif dan mendapat kutipan luar biasa (setakat artikel ini ditulis, Rock Bro! sudah pun mencatatkan kutipan lebih RM2 juta dalam tempoh seminggu), ia memberi keyakinan kepada penulis bahawa Rock Bro! pastinya memiliki sesuatu yang tidak wajar dilepas pandang.
Selepas hampir dua jam menonton di pawagam, bayaran tiket sebanyak RM18 yang dilaburkan untuk Rock Bro! ternyata berbaloi dan penulis harus akui ia adalah filem terbaik dalam trilogi Rock.
Dalam erti kata lain, Rock Bro! adalah pengakhiran terindah untuk mengkhatamkan siri filem tersebut agar ia menjadi filem yang akan terus dikenang peminat sekali gus melekat di hati peminat tegar trilogi Rock.
Jalinan cerita yang kemas dan pembentangan lakon layar yang divisualkan dengan baik oleh Mamat terus menguatkan Rock Bro! dalam menyampaikan maksud tersurat dan tersirat yang sebenarnya banyak boleh dikupas. [size=15.008px]
[size=0.98em] [size=0.98em]Babak konfrontasi antara Jijo (Khir Rahman) dan Ella (Amy Juliet). [size=0.98em]Apatah lagi, filem ini memiliki banyak momen penting yang penulis sifatkan satu cerminan realiti dalam dunia hiburan tempatan yang tidak pernah berkesudahan.
Bagi penulis, hanya mereka yang berada dalam industri hiburan sahaja tahu bagaimana hendak menzahirkan sebuah naskhah tentang realiti industri itu sendiri. [size=15.008px]Namun, segala permasalahan itu diperhalusi oleh Mamat menerusi humor dan jenaka yang sederhana dan tidak berlebihan yang masih mampu membuat audiens ketawa.
[size=15.008px]Dalam erti kata lain, Rock Bro![size=15.008px] bukanlah sebuah filem komedi slapstik yang memaksa audiens ketawa dengan gerak tubuh mahupun dialog merapu tetapi ia terbit dengan sendiri.
[size=15.008px]Mamat masih mampu membuat penonton berfikir biarpun Rock Bro![size=15.008px] adalah genre komedi yang sekali gus membuktikan ia bukan sebuah naskhah kosong.
[size=15.008px]Seperkara yang harus diakui tentang trilogi Rock[size=15.008px] adalah rangkaian lagu-lagu rock popular yang pernah mencetus fenomena pada awal tahun 90-an yang membuatkan ketiga-tiga filem itu melekat di jiwa audiens.
[size=15.008px]Biarpun pada hemat penulis timeline[size=15.008px] atau garis masa Rock Bro![size=0.98em]tidak begitu tepat menerusi beberapa babak dan momen terutama lagu-lagu yang menjadi latar filem ini yang boleh dipertikaikan, tetapi kelompongan itu ditutup dengan subjek filem itu sendiri. [size=0.98em] [size=0.98em]Filem Rock Bro! Kembali Ke Pangkal Jalan juga mengambil subplot kisah hidup Jijo Alfonso Pareira Abdullah.
[size=0.98em]Apa yang Mamat mahu tonjolkan adalah kisah tentang survival anak seni yang hakikatnya bukanlah semudah yang disangka meskipun perkara itu tidak pernah menemui jalan penyelesaiannya.
Pastinya sebagai seorang karyawan, Mamat mahu masyarakat sedar dan membuka mata akan kebenaran di sebalik keseronokan dan hiburan yang menjadi santapan mereka selama ini.
Sindiran tajam dan pedas yang seringkali menjadi taruhan Mamat dalam setiap filemnya masih lagi berbisa dalam Rock Bro!. [size=0.98em]Malah, watak-watak yang ditonjolkan dalam filem ini juga mempunyai simbolisme tersendiri dalam menterjemahkan karakter sebenar mereka yang terlibat secara langsung di dalam industri.
Disebabkan itu, Rock Bro! juga adalah homage kepada industri muzik dan hiburan tempatan secara keseluruhannya dan sindiran Mamat untuk filem ini pastinya akan terkena diri mereka yang terlibat itu.
Umpama pepatah lama, siapa makan cili, dia terasa pedasnya.
Di sebalik berhibur dan bergelak ketawa menonton Rock Bro!, Mamat telah mengimbangi perasaan itu dengan menyuntik elemen sedih pada babak-babak akhir yang membuatkan audiens terdiam dan hilang kata-kata. [size=0.98em] [size=0.98em]Mamat Khalid sewaktu di lokasi penggambaran filem Rock Bro! Kembali Ke Pangkal Jalan. [size=0.98em]Jika lawak jenakanya bukan kosong, begitu juga perasaan sedih yang terbit adalah luhur dan ikhlas.
Impaknya benar-benar menjadi lalu menjadikan Rock Bro! berakhir dengan penuh syahdu tetapi juga indah lalu membuatkan audiens tersenyum sendiri. [size=15.008px]Pun begitu, ada juga yang beberapa babak akhir itu dilihat seperti berlebih-lebihan terutama melibatkan Zul Kapan (Soffi Jikan) dan Black (Azmi Bahron) tetapi mengenali Mamat, itu adalah lesen kreatifnya untuk menggeletek audiens.
[size=15.008px]Apa yang pasti, bagi peminat tegar trilogi Rock[size=15.008px], mereka sudah pun melalui dan merasai pengalaman indah menerusi perjalanan Rimba Bara dalam memperjuangkan seni muzik mereka.
[size=15.008px]Semoga pihak Mamat dan Grand Brilliance dapat melakukan sesuatu untuk mengekalkan dan mengabadikan trilogi ini sebaik mungkin menerusi pelbagai medium.
*** Penulis ialah bekas wartawan hiburan dan graduan Sarjana Komunikasi (Pengajian Skrin), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
-MSTAR
|