|
Caliph Buskers Dipergunakan Media (update pg 3)
[Copy link]
|
|
Tengok kat facebook Genji Busker yg jwb kat Msian Insider kata income bertambah masa demo tu
mmg nampak yg mereka kurang senang dgn CB, dan melatah masa mula2 fanatik politik hentam semua buskers when statement CB keluar (dimanipulasi)
'...jgn kerana nila setitik...kerana budak baru merangkak pakai lampin tapi dikalungkan emas buat ONAR...semua kena...di jalanan ni ada mcm2, ada yg nak terkenal, nak stay humble forever, ada buka jln, ada besar mulut, besar kepala... '
sgt tak perlu dan menyedihkan ![](static/image/smiley/default/sad.gif)
pastu boleh update later status bangga sebab diorg akn kerjasama dgn satu sykt telekomunikasi dan artis2 lain spt thn2 sebelum ni...
sebg busker celik sepatutnya jgn tuduh busker OKU dan baru ni gila glamour sbb kita pun lebih kurang
sorry, sbb rasa disturbed dgn kecaman org kat CB hasil manipulasi media made worse by these people
|
|
|
|
|
|
|
|
Caliph Buskers Bermuzik Bukan Untuk Berpolitik & Dipolitikkan – Azmi Saat
Kepopularitian yang dikecapi memang ada baik dan buruknya. Agak sedih juga Abang Nara dengan nasib yang menimpa kumpulan Caliph Buskers. Selepas disanjung oleh jutaan rakyat Malaysia kerana persembahan yang menyentuh hati di AJL29, nama Caliph Buskers baru-baru ini tercemar kerana isu politik. Kononnya Caliph Buskers mengeluarkan amaran kepada Adam Adli agar tidak membuat perhimpunan haram di depan Sogo kerana ia mengacau periuk nasi mereka. Kerana ‘kenyataan’ tersebut, Caliph Buskers dikecam terutamanya oleh penyokong parti politik bukan kerajaan.
Sedih dengan kritikan dan kecaman yang diterima oleh kata-kata, amaran dan arahan yang tidak pernah dikeluarkan oleh Caliph Buskers, salah seorang anggota kumpulan tersebut iaitu Azmi Saat (vokalis) meluahkan rasa kecewa dengan apa yang terjadi. Senang cerita, kenyataan Caliph Buskers telah dimanipulasi oleh pihak media untuk menyedapkan lagi cerita. Abang Nara agak terharu membaca kata-kata Azmi Saat. Tulisnya:-
Assalamualaikum. Apa khabar semua sahabat Azmi Saat dan Caliph Buskers? Mudah-mudahan semuanya sentiasa dalam rahmat Allah SWT…
Terima kasih tidak terhingga kerana terus menyokong CB. Tanpa sokongan sahabat semua, CB tak akan mampu bergerak ke mana-mana.
Pasti ramai yang tahu tentang isu yang tersebar baru-baru ni. Apa dah jadi? Kemana perginya sorakan yang diberikan waktu AJL tempoh hari? Kenapa sekarang berubah dari sorakan kepada penghinaan? Memang sedih bila CB dihina. Tapi lebih sedih lagi bila nama CB dikaitkan untuk memecah belahkan rakyat malaysia terutamanya orang melayu.
CB bermuzik bukan untuk berpolitik dan dipolitikkan malah CB mahu muzik CB dapat memberikan ketenangan kepada semua orang. Kami merayu, hentikan lah isu tersebut. Janganlah kaitkan CB dalam hal-hal yang luar dari bidang CB. Izinkanlah CB berkarya dengan tenang supaya CB dapat memberikan yang terbaik.
Memang kami tak boleh memaksa semua orang meminati muzik CB, tapi kami merayu, berhentilah dari menghina antara satu sama lain. Percayalah, Tidak pernah sama sekali CB memberi arahan apa lagi amaran kepada mana-mana pihak. Siapalah CB untuk berbuat sebegitu? Fikirlah sebaik mungkin sebelum terus menyalahkan CB.
Jutaan maaf dari CB kepada semua pihak sekiranya apa yang berlaku datangnya dari kesilapan CB sendiri. Ini mungkin kerana ketidak biasaan kami untuk menghadapi sesuatu situasi. Berilah kami peluang untuk belajar dari kesilapan. Sekali lagi kami merayu, hentikanlah isu tersebut kerana isu-isu sebigini bukan sahaja boleh menghancurkan kerjaya CB malah mampu memecahbelahkan rakyat malaysia terutamanya kita sesama orang islam dan orang melayu. Apa gunanya kalau kehadiran CB hanya cuma memberikan keburukan?
Sekiranya ada mana-mana pihak yang tidak menyokong CB, biarkanlah CB bergerak tanpa sokongan anda. Janganlah hancurkan kerjaya CB hanya kerana anda tidak meminati CB. Kalaulah perjalanan CB ditakdirkan terhenti, biarlah CB berhenti sebagai penghibur yang pernah memberi ketenangan bukan penghibur yang pernah menyakiti hati orang lain.
Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk kepada hambanya yang zalim. Amin…
Terima kasih.
Ikhlas dari Azmi Saat Caliph Buskers.
Sedih kan? Tak sangka kenyataan orang OKU pun sanggup diputarbelitkan oleh sesetengah media semata-mata untuk kepentingan politik. Kesian kat Caliph Buskers yang hanya mahu bermuzik untuk menghiburkan orang dan mencari sesuap rezeki. Tak pasal-pasal terpalit dalam permainan politik. Sabarlah Caliph Buskers. Teruskan bermuzik dengan ikhlas. Pasti para peminat akan terus menghargai anda seadanya.
credit : BeutifulNara (buat pertama kalinya terimakasih pd this blogger wlu dia cuma copy statement azmi)
hari tu dia buat entry cerita CB sombong kena hentam kot
|
|
|
|
|
|
|
|
kaset banyak...tapi tak ada player..huhu...
la ni berapa herge satu ekk
|
|
|
|
|
|
|
|
Amik ko...wartawan oh wartawan, nape lar uol ni bangsat sgt, lagi2 wartawan melodi, asik2 nak aibkan org tanya bila nak kawin bila nak beranak cam lar dia org susah...diharap2 wartawan2 hanjing ni semua sedar2 lar ek, wat goes around comes around, ari ni uol aibkan org demi tugas besok lusa terpalit kat anak atau kaum keluarga uols baru fadan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
CB dgn Mojo di Aman Jaya Sg Petani 3 pm dan Kompleks Changloon 8 pm tadi
Azmi tak ada, tak sihat
Fendy yg nyanyi |
|
|
|
|
|
|
|
kesian
sampai sakit2
show tak putus2 dr januari ari tu gamaknya
payah juga...bila tolak show kata sombong
bila ambik badan pulak takleh cope |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah la ganggu diorg ni...diorg ni cari makan elok2 kt situ....kalau periuk nasi diorg korg tutup ...korg ke nak kasi anak bini diorg makan...bertimbang rasa la sikit |
|
|
|
|
|
|
|
hari ni diorg kat Fit Fun Charity Setiawangsa
hopefully Azmi dah sihat
semlm pic2 kat aman jaya dan changlun tu ramai jugak org, kebetulan birthday Nirwan guitaris tu, azmi dah pesan kat FB suruh org minta nirwan nyanyi, tapi tak tahulah...
aku rasa Nirwan ni kalau celik sure ramai peminat, nampak cool dan baik |
|
|
|
|
|
|
|
kesian depa... ingatkan digunakan edry je... huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Jahanam laaa reputz reputz yg hatinye kotor mcm ni ! Yg hina tu pun bwk bwk laa sedar esok keluarga kau pulak cacat serba serbi baru kau tau! |
|
|
|
|
|
|
|
Welcome to the jungle, Caliph Buskers.
Stay humble dan semoga Tuhan melindungi semuanya.
Sedih pulak aku tengok diorang kena macam ni ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|