Post time 15-2-2015 08:47 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kepada wartawan yang budiman.
mungkin sudah sampai masanya anda menulis dengan jujur.
Dengan OKU perlu disantuni penulisannya.
Yang tiada jangan diada2kan. Huduh!
mohon CB nyanyikan lagu Kosongby Najwa Latif untuk wartawan yang kurang etika itu. Tq
Caliph Buskers Sudah Tandatangan Perjanjian Rakaman Dengan KRU! http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/647219/caliph-buskers-sudah-tandatangan-perjanjian-rakaman-dengan-kru
KUALA LUMPUR, 16 FEB 2015: Kumpulan Caliph Buskers telah pun menandatangani perjanjian rakaman selama setahun dengan KRU Music dan kini syarikat rakaman itu di dalam proses menghasilkan single terbaru mereka.
Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music Sdn Bhd, Rizal Sahimy ketika diwawancara Portal Murai.
"Perjanjian rakaman itu telah pun dimeterai sekitar minggu lalu dan single pertama mereka itu sedang diusahakan oleh Edry Abdul Halim.
"Sama ada hanay mereka mereka akan membawakan single lagu tersebut atau ianya bakal menampilkan Mojo atay artis lain, pihak kami masih belum dapat mengesahkan apa-apa lagi kerana semuanya masih lagi dalam perbincangan.
"Apa yang boleh kami katakan, single terbatu mereka itu akan berada di pasaran dalam tempoh 2 hingga 3 bulan lagi dan kami juga akan memastikan bahawa single tersebut berkualiti serta berbaloi untuk didengar," kata Rizal kepada Murai.
Ditanya apakah perjanjian tersebut turut merangkumi perjanjian pengurusan artis, bekas Pengurus Saluran SINAR fm ini memberitahu bahawa Caliph Buskers hanya menandatangi perjanjian rakaman bersama KRU Music.
"Perjanjian rakaman dengan perjanjian pengurusan artis adalah 2 perkara yang berbeza. Ketika ini, Caliph Buskers hanya menandatangani perjanjian rakaman dengan KRU Music.
"Sebab mengapa perjanjian pengurusan artis tidak dimeterai adalah kerana Caliph Buskers telah memilih untuk menandatangani penjanjian rakaman dengan Caliph Buskers dalam hal tersebut," kata Rizal lagi kepada murai.com.my.
Apapun sebelum menanti kemunculan single terbaru mereka, Caliph Buskers sudah pun merakamkan lagu Romancinta versi akustik mereka dan kini ianya boleh didapati di Youtube, Itunes dan Ring Back Tone (RBT).
## harap sgt tak ada artis lain menempel dekat single diorg, but utk permulaan ok la, asal dikira lagu2 sendiri. KRU pun tak sekat CB perform lagu2 Mojo
Kuala Lumpur - Kumpulan penghibur jalanan atau buskers yang dikenali sebagai Caliph Buskers tidak putus-putus menerima jemputan untuk melakukan persembahan, sejak mencetuskan fenomena penampilan perdana mereka pada Anugerah Juara Lagu (AJL29) lalu.
Bagaimanapun, Caliph Buskers yang dianggotai oleh enam Orang Kelainan Upaya (OKU) ini iaitu Khairul Azmi Saad, Mohd. Zaki Ismail, Nirwan Zainal Abidin, Nor Nadira Rubina, Syahzmeen Abdul Rahman dan Fendy Abdullah kini sudah terkena tempias dunia hiburan.
Mereka didakwa telah mengenakan bayaran yang tinggi untuk melakukan persembahan.
Kumpulan ini juga dikatakan sudah mula memilih untuk mengadakan persembahan di tempat-tempat terpilih sahaja.
Namun begitu tegas mereka, keputusan mereka untuk menaikkan harga tidak dipengaruhi mana-mana pihak termasuklah syarikat rakaman, KRU Music.
Jika dahulu mereka mengenakan bayaran sekitar RM1,000 untuk melakukan persembahan di rumah kenduri kahwin, namun kini bayaran dikenakan sekitar RM2,000 untuk melakukan persembahan.
Bayaran tersebut sudah diambil kira dari segala aspek termasuk caj pengangkutan, peralatan dan sebagainya. Lagipun, mereka perlu menjaga taraf mereka sebagai penghibur profesional dan hal ini sudah dinasihati oleh beberapa pihak yang sudah lama berada di dalam lapangan seni.
## 2K tu murah tau...ada penyanyi celik nyanyi live hauk lagi hancus pun lagi mahal, ni bukan je suara sedap, lagu banyak , siap main music sendiri in group. Aku rasa nak jimat sila pergi cari artis lain yang murah tapi best
bagus la amik masa 2-3 bulan utk dpt final product
aku beli dua2 yg live ajl dgn akustik
yg ajl tu mg x perlu diubah apa dah...cantik dah
yg akustik tu aku expect edry hasilkan sesuatu yg lebih baik dr yg ada itu...terutama dr segi arrangement
tapi mmg nampak agak jelas ia produk yg dikeluarkan secara terburu2...mana taknya...berapa hari jah jepas ajl dah ada dah kru letak kat itunes
maka agak sedih sikit la mutu penerbitannya
maaflah telinga mak ni sensitip sikit dgn menda2 yg dihasilkan ala2 asal bole jer ni
mohon edry x sentap lantas berbotox sana sini utk hapuskan kesan2 stress di wajah
terima cercaan berhemah mak secara positif okehh
Post time 17-2-2015 02:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak sedar kewujudab thread ni sebelum ni. Sebak apabila membaca. Ketabahan mereka mencari rezeki. Saya suka kisah masuarakat yang bersusah payah mencari rezeki. mendatangkan rasa sayu dalam hati sehingga air mata mengalir. Ujian Allah dilalui dengan kesabaran.
Saya sangat berharap mereka sentiasa di landasan yang benar, tidak mabuk dengan populariti, dan kekal humble.
Dan saya sangat berharap tidak ada wartawan yang tanya soalan berbentuk provokasi dan bersifat perangkap kepada mereka.
#sokong