|
[Tempatan]
Ramai Rakya Malaysia dari Kaum Banjar malu mengaku banjar
[Copy link]
|
|
boyagombak posted on 8-11-2014 11:34 AM
Kabarin acom
Wes semangan
Wild Wild Wes
sila bagi terjemahan sekali boya...
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ada blom org post Ahmad Maslan tu banjar?...
takper lah aku ulang...
aku melayu johor - xder campur2 tapi cina selalu konfius....
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated posted on 8-11-2014 12:29 PM
dah ada blom org post Ahmad Maslan tu banjar?...
takper lah aku ulang...
mai tempek gambar decaff...hihi..muka cina ya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je Banjar mengaku Melayu..perasan Melayu asli..same goes to Bugis yg kononnye dah beratus tahun mai ke Selangor.
My future wife mungkin Kedahan..tak mahu krisis identiti mcm org belah tengah dan selatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dapat Syiah belah Pendang tu lagi syokkk. |
|
|
|
|
|
|
|
banjar memang cantik2..tapi mulut pompuan dia bole tahan jgak lasernya..tu yg harus duk diam2 je lebih baik. kang ada plak kena sembur. |
|
|
|
|
|
|
|
rospinki posted on 8-11-2014 01:50 PM
banjar memang cantik2..tapi mulut pompuan dia bole tahan jgak lasernya..tu yg harus duk diam2 je leb ...
Keturunan Borneo nk wat camne.
Tapi ramai gak jenis keturunan pendatang nak baiki keturunan kahwin dengan Melayu Jati..ada yg jenis nak baiki keturunan kahwin ngan Bugis sebab pikir Bugis tu Melayu. Kira tersilap baiki keturunan la. |
|
|
|
|
|
|
|
sabbath_shalom posted on 8-11-2014 01:41 PM
Ramai je Banjar mengaku Melayu..perasan Melayu asli..same goes to Bugis yg kononnye dah beratus tahu ...
Pasti ke org belah sana pure malay? My hubby side, tok dia citer moyang depa mai dari acheh.... La ni depa sumer dok belah utara kedah perlis.... Mmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
suriamir posted on 8-11-2014 01:59 PM
Pasti ke org belah sana pure malay? My hubby side, tok dia citer moyang depa mai dari acheh.... La ...
Nak wat camne sis..kalau ikut sejarah Aceh, Kedah , Pattani bawah satu kerajaan sis...yg pure penduduk semenanjung hat yg bertutur bahasa Austroasiatic..mcm Siam kampung dan orang Asli.
Depa ni la yg meminjamkan bahasa dan senibina kepada Tai-Kadai..tulisan diambil dr kerajaan kuno Khmer. |
|
|
|
|
|
|
|
sabbath_shalom posted on 8-11-2014 01:55 PM
Keturunan Borneo nk wat camne.
Tapi ramai gak jenis keturunan pendatang nak baiki keturunan k ...
sejarah ada menyatakan kedatangan banjar ke tanah melayu sebab diorg terpaksa lari dari kaum jawa yg srang hendap diorg dgn bekerjasama dgn belanda..terpecah dua ke johor dan perak..wlubgimanapun..org banjar ni adalah keturunan yg kuat pegangna agama, baik budi bahsa dan pandai berniaga..disebabkan pernah dianiaya oleh jawa pada suatu ketika dulu maka sikap diorg agak sukar utk bergaul dgn keturunan lain..namun masa beredar keturunan banjar semakin menerima dan perkahwinan dari suku lain diterima dalam masyarakat banjar. bukan sebab dia nak kawen sebab baiki suku dia..bangsa lain tu yg terhegeh2 nak kan bangsa banjar. |
|
|
|
|
|
|
|
rospinki posted on 8-11-2014 02:08 PM
sejarah ada menyatakan kedatangan banjar ke tanah melayu sebab diorg terpaksa lari dari kaum jawa ...
Mungkin kat Selangor x ramai nk baiki keturunan sebab kat sini ketuanan melayu kurang kot..kat velah Perak dan Johor tak tahu la camne.
Dulu banjar x kena hencap..lani orang Banjar pon buang banjar demi ketuanan Melayu sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Bini aku org banjar tp x reti ckp banjar. Tp pnah dgr ckit longhat banjar. |
|
|
|
|
|
|
|
freebird posted on 8-11-2014 04:02 AM
saya suka orang sunda....cantik-cantik!!
kebanyakan caddie2 di klub golof bogor raya ...
orang sunda byk terdpt di jawa barat(bandung,garut,tasikmalaya etc)..mereka pddk asal di sana...gadis2nya biasa dikenal dgn sebutan 'mojang priangan'...bhs mereka agak unik bunyinya n susah nak paham ... org jawa pun x boleh ckp sunda kalo tak belajar dulu...kalau awak pernah dgr penyanyi bernama Rossa...dia org sunda lah tu (hati2 jgn sampai terckp sunda* )
manakala org jawa pulak adalah pddk asal jawa timur,jawa tengah,jogja... |
|
|
|
|
|
|
|
the_killer posted on 8-11-2014 03:55 AM
Tp aku rasa sosial melayu di indonesia pon dah campur2 kan...kahwin campur...kalo ko ihat balik da ...
yup...sebahagian org melayu ada yg berkahwin campur(dgn jawa,minang,banjar etc) sama mcm di msia jgk..
sebahagian lg ada yg masih suka berkahwin sesama melayu...ikut selera n jodoh memasing
tapi satu yg pasti kebykan org melayu lebih suka berdiam di daerah sendiri...sesama sukukaum sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah Keturunan Orang Banjar Di Malaysia
Di ambil Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan Malaysia merupakan anak cucu dari para penghijrah etnik Banjar yang datang dalam tiga gelombang migrasi besar.
Pertama, pada tahun 1780 terjadi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ketika itu adalah para penyokong Pangeran Amir yang kalah dalam perang saudara Kerajaan Banjar, iaitu Pangeran Tahmidullah. Mereka terpaksa melarikan diri dari wilayah Kerajaan Banjar kerana sebagai musuh politik mereka sudah dijatuhkan hukuman mati.
Kedua, pada tahun 1862 terjadi lagi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ialah para pendukung Pangeran Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Mereka terpaksa melarikan diri dari pusat pemerintahan Kerajaan Banjar di kota Martapura atas alasan yang sama. Pasukan Residen Belanda yang menjadi musuh mereka dalam Perang Banjar yang sudah menguasai kota-kota besar di wilayah Kerajaan Banjar.
Ketiga, pada tahun 1905 etnik Banjar kembali melakukan penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Kali ini mereka terpaksa melakukannya kerana Sultan Muhammad Seman yang menjadi Raja di Kerajaan Banjar ketika itu mati syahid di tangan Belanda.
Penghijrahan suku Banjar ke Sumatera khususnya ke Tembilahan, Indragiri Hilir sekitar tahun 1885 di masa pemerintahan Sultan Isa, raja Indragiri sebelum raja yang terakhir. Tokoh etnik Banjar yang terkenal dari daerah ini ialah Syekh Abdurrahman Siddiq Al Banjari yang berasal dari Martapura, Banjar yang memegang jawatan sebagai Mufti Kerajaan Indragiri.
Dalam masa-masa tersebut, suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia antara lain ke negeri Kedah, Perak (Kerian, Sungai Manik, Bagan Datoh), Selangor (Sabak Bernam, Tanjung Karang), Johor (Batu Pahat) dan juga negeri Sabah (Sandakan, Tenom, Keningau, Tawau) yang dikenali sebagai Banjar Melau. Tokoh etnik Banjar yang terkenal dari Malaysia adalah Syeikh Husein Kedah Al Banjari, iaitu bekas mufti Kerajaan Kedah. Salah seorang etnik tokoh Banjar dari Malaysia yang terkenal ketika ini ialah Dato Seri Harussani bin Haji Zakaria yang menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak.
Daerah yang paling ramai terdapat etnik Banjar di Malaysia adalah daerah Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan. selain daripada itu, Organisasi yang mewakili suku Banjar di Malaysia adalah Pertubuhan Banjar Malaysia.
Sejarah Bahasa Pertuturan Orang banjar
Bahasa Banjar merupakan bahasa Austronesia yang dipertuturkan sesetengah tempat di Semenanjung Malaysia dan di provinsi Kalimantan Selatan, Indonesia.
Bahasa Banjar merupakan salah satu cabang bahasa yang berkembang dari Bahasa Melayu. Asal bahasa ini berada di provinsi Kalimantan Selatan yang terbahagi kepada Banjar Kandangan, Amuntai, Alabiu, Kalua, Alai dan lain-lain. Bahasa Banjar dihipotesakan sebagai bahasa proto Malayik, seperti halnya bahasa Minangkabau dan bahasa Serawai (Bengkulu). Bahasa Banjar banyak dipengaruhi oleh bahasa Melayu, Jawa dan bahasa Dayak.
Bahasa Banjar atau sering pula disebut Bahasa Melayu Banjar terbahagi kepada dua kelompok dialek iaitu:
* Bahasa Banjar Hulu
* Bahasa Banjar Kuala
Bahasa Banjar Hulu hanya mempunyai tiga vocal iaitu /i/ dan variasi yang panjang /i:/, /u:/, dan /a/. Apabila menyebut perkataan yang mengandungi vowel selain dari tiga ini, vowel itu akan diganti dengan tiga di atas berdasarkan mana yang lebih dekat. Contohnya perkataan "logo" akan disebut "lugu". Perkataan "enak" akan disebut "inak", "ke mana" pula menjadi "ka mana". Ciri lain adalah perkataan yang dimulakan dengan vowel selalunya disebut dengan bunyi /h/ pada awalan. Bagi bahasa Banjar Kuala pula, ia mempunyai lima vocal, /a, i, u, e, o/.
Orang-orang Banjar yang berada di Sumatera dan Semenanjung Malaysia majoritinya berasal dari wilayah Hulu Sungai (Banua Enam), maka bahasa Banjar yang dipakai merupakan campuran dari dialek Bahasa Banjar Hulu menurut asal usulnya di Kalimantan Selatan.
Ulama Terkenal yang Berketurunan Banjar
Dari segi agama, boleh dikatakan semua orang Banjar memeluk agama Islam. Dan mereka pada umumnya ialah orang yang taat menjalankan perintah agamanya. Beberapa ulama terkenal nusantara adalah terdiri dari orang Banjar.
Antaranya:-
1. Dato Seri Dr Harussani bin Haji Zakaria, mufti negeri Perak 1992-Sekarang (Beliau dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak. Beliau kini Tinggal di Kampung Melayu, Sungai Rapat, 31350 Ipoh, Perak)
2. Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah AlBanjary AlMakky, salah satu ulama kontemporari Mazhab Syafi'i di nusantara, pengarang dan pentahqiq puluhan buku berbahasa arab
3. Arwahyarham Dato Ishak Baharom, mantan mufti negeri Selangor.
4. Arwahyarham Syeikh Husein Kedah Al Banjari, mantan mufti negeri Kedah
5. Arwahyarham Sabran bin Haji Asmawi, mantan ADUN Gunung Semanggol, Negeri Perak |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 8-11-2014 12:30 PM
mai tempek gambar decaff...hihi..muka cina ya...
decaff kalau jumpa melayu dorang kata melayu tapi kalau pergi area cina, selalu dilayan mcm cina.
bolehlah setakat nak menyamar cakap manglish.... malaysian chinese mah...
|
|
|
|
|
|
|
|
rospinki posted on 8-11-2014 06:08 AM
sejarah ada menyatakan kedatangan banjar ke tanah melayu sebab diorg terpaksa lari dari kaum jawa ...
maaf...mereka bkn lari dr org jawa...
sebhgian dr mereka tak boleh terima hakikat yg negeri mereka terpaksa tunduk kpd belanda...selepas satu demi satu pemimpin mrk seperti pangeran hidayat,pangeran antasari dll ditewaskan n mereka dibebankan dgn pelbagai cukai2 n peraturan yg memberatkan..
ini lebih kurang sama dgn org bugis yg pergi merantau ke serata tempat kerana tak mahu mengakui isi perjanjian bongaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku perfectly anak jati Sarawak (mak bapak dua2 Melayu Sarawak). Sikit darah Indon pun takder. |
|
|
|
|
|
|
| |
|