“Jom mancing!”
Ajakan yang muncul tiba-tiba itu mengejutkan Safa Hawani yang sedang mengelek bakul berisi baju yang baru dibasuh. Mujur tidak dibaling pemuda itu dengan bakul.
“Dah tak reti nak bagi salam ke wahai muslimin?”
“Ops, terlupa.” Sengihan dilebarkan.
“Kau nikan Iqbal, tak ada kerja lain ke? Pagi-pagi buta dah muncul kat pintu dapur rumah aku. Apa, pintu depan rumah aku pun kau dah tak kenal ke?” Dalam keadaan begitu, oktaf suaranya menjadi tinggi rendah.
Ahmad Iqbal menyegih, “janganlah marah. Dah aku nampak kau kat sini, tu yang aku ke sini. Nak tak, petang ni kita mancing?” ajaknya lagi. Kening, macam biasa, dijongket berkali-kali.
Safa Hawani mencebik. Ahmad Iqbal, selalu sangat buat muka perasan cute macam tu kalau mahu memujuknya dan dia pula... ‘ada aku kisah?’
“Malaslah,” dia menjawab.
“Alah, jomlah. Bosan tau asyik memerap aje kat rumah. Nak mengadap buku, kita dah habis SPM. Jomlah Safa. Kalau kau ada sama mesti best,” mendayu-dayu suara lelakinya itu. Elok saja tangannya menyambar hujung lengan baju gadis itu lalu ditarik-tarik lembut.
Bulat mata Safa Hawani memandang Ahmad Iqbal. “Kau nikan Iqbal, nak cakap, cakap ajelah. Tak payah nak tarik-tarik lengan baju aku ni. Aku lesing karang,” gaya mahu melesing dibuat Safa Hawani.
Cepat-cepat Ahmad Iqbal melepaskan hujung lengan baju Safa Hawani. Tidak perasan pula dia berkelakuan begitu.
“Eleh, bukan aku pegang tangan kau pun,” dia menjuih mulut.
Last edited by wipers81 on 20-10-2014 05:21 PM
|