CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

[Tempatan] Pembukaan KLIA2 Dijangka Ditangguh Lagi, Gagal Dapat Kelayakan

[Copy link]
Post time 7-2-2014 10:22 AM | Show all posts
Tiada kompromi isu keselamatan KLIA2


SEPANG 6 Feb. - Kementerian Pengangkutan akan bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi memastikan isu keselamatan di KLIA2 tidak mengganggu operasi terminal tambang murah itu yang dijadual mula beroperasi 2 Mei ini.

Pemangku Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak bomba memberi jaminan menjalankan tugas pemeriksaan sebelum pembukaan rasmi lapangan terbang berkenaan.

"Kita tidak berkompromi terhadap isu keselamatan di terminal tambang murah ini dan penanda aras keselamatan kita adalah mengikut standard antarabangsa, oleh itu tiada sebab bomba tidak boleh membantu kita soal ini.

"Saya juga telah melihat sistem perparitan serta kumbahan di sini dan didapati dalam keadaan baik namun ada juga yang akan dibaiki dalam masa terdekat ini. Masalah ini sebenarnya tidak menjejaskan isu keselamatan di sini," katanya kepada pemberita ketika melawat KLIA2 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim.

Menurut Hishammuddin, beliau juga telah mengarahkan pihak perunding berkenaan untuk menyiapkan laporan berkaitan isu perparitan, kumbahan dan isu keselamatan lain dalam tempoh dua hari ini.

Dalam pada itu, beliau menafikan kerajaan tidak mengendahkan soal keselamatan penumpang.

"Isunya bukan sama ada terminal itu siap cepat atau lambat tetapi ciri-ciri keselamatan antarabangsa yang telah dipatuhi di KLIA2," ujarnya.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa semua sistem di KLIA2 berada dalam keadaan baik malah sistem bagasi beg dan penghawa dingin juga berfungsi dengan baik.

"Saya sudah uji sendiri sistem ini dan tiada masalah malah penghawa dingin pun berfungsi dengan baik. Sebelum ini ada yang mendakwa landasan di terminal ini mendap dan tenggelam hingga memaksa saya minta Malindo Air mendarat di sini tetapi terbukti tuduhan ini tidak berasas," katanya.

Ditanya sebanyak 65 peratus daripada bangunan terminal utama tidak mematuhi piawaian keselamatan, tegasnya, dakwaan itu tidak benar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2014 09:05 PM | Show all posts
airfilterkotor posted on 7-2-2014 08:43 AM
Ikut pada mata masing-masing.
Seni ni subjektif.

seriously. bukan ka trend skrg airport memana pun mcm KLIA.... Incheon, Chek Lap Kok, Bintulu

apasal bila KLIA2 aku nampak mcm so yesterday ala-ala Subang airport but with aerobridges... ka memang trend skrg dah reverse balik ke 60's pop ye-ye sebegitu...?...

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 09:10 PM | Show all posts
biasala bangunan kt malaysia ni..kontrak konon juta2 tp hrg bgunan tu bahannye 100k je..lebih nye masuk poket sendiri..tu yg jd stadium xde angin ribut runtuh..bangunan kerajaan jgn ckap.rendah sungguh kualiti.xfikir keselamatan atau nyawa org laen..asal poket sendiri penuh..selesa..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 10:54 PM | Show all posts
Decaffeinated posted on 7-2-2014 09:05 PM
seriously. bukan ka trend skrg airport memana pun mcm KLIA.... Incheon, Chek Lap Kok, Bintulu
...

Seni itu subjektif.
Macam KLIA yg original tu , concept 'airport in the forest' kaa apanama tah.
Pada aku lar, landskap kat Tugu Negara lagik hensem.

Dan, KLIA neh susah benor aku nak 'feel' sebab dari jauh aku cuma nampak elevated carpark.
Terminalnya tah kemana.
Takde sense of welcoming kata orang kampung pantai remis.
Mat saleh kata 'tengok tak lawas'.

Mende2 seni ni subjektif wa cakap lu. Aku cakap huduh, mungkin orang lain puji melambung.
Ntoh ler. Design serupa old skool...? Gasak doranglah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2014 09:52 AM | Show all posts
airfilterkotor posted on 7-2-2014 10:54 PM
Seni itu subjektif.
Macam KLIA yg original tu , concept 'airport in the forest' kaa apanama ta ...

sepuloh kali subjektif pun kalu cantik susah org nak debat. bila hodoh baru keluar ayat art itu subjektif katanya...

susun atur airport ni memana pun lebih kurang ja atas functional and practical reasons kot. mcm parking lot dat depan tu. hampir wajiblah kekdahnya kot. tapi you have a point lah dari jauh nampak parking lot mcm tak welcoming gitu. mungkin buat parking lot bentuk pintu gerbang boleh jadi welcoming kot....



Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2014 10:12 AM | Show all posts
freebird posted on 5-2-2014 09:53 PM
ni lah bila bagi kat syarikat kroni project tanpa tender.....hampeh!!!!
cilaka punya ameno!!

sapa cakap kalo open tander pun bukan kroni yg dapat?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2014 10:17 AM | Show all posts
TanSriJess posted on 8-2-2014 10:12 AM
sapa cakap kalo open tander pun bukan kroni yg dapat?

tansei p la ejas2 repair jalan yg retak tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2014 11:20 AM | Show all posts
TanSriJess posted on 8-2-2014 10:12 AM
sapa cakap kalo open tander pun bukan kroni yg dapat?

Laaa..tender kat Malaysia ni tak telus ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2014 12:50 PM | Show all posts
R2D2 posted on 7-2-2014 10:22 AM
Tiada kompromi isu keselamatan KLIA2

"Ditanya sebanyak 65 peratus daripada bangunan terminal utama tidak mematuhi piawaian keselamatan, tegasnya, dakwaan itu tidak benar."

Macam bila ditanya masa melawat Bkt Bintang dulu, Malaysia selamat katanya...
Tak tahu la siapa yang boleh kat percaya menteri sorang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2014 04:10 PM | Show all posts
summerguy posted on 8-2-2014 12:50 PM
"Ditanya sebanyak 65 peratus daripada bangunan terminal utama tidak mematuhi piawaian keselamatan, ...

Ada.... yang 47% pengundi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 03:38 PM | Show all posts
haha bapak i salah sorang engineer uem. bila nak check project ni..geleng kepala.. diorang buat macam nak buat rumah main masak2. cincai ja buat. dah brapa kali buat pastu roboh buat pastu roboh. pastu architect design stengah section tak kena dgn ape tah bapak i cakap..i pun bukannye paham sgt pasal construction ni. kesimpulannye project ni memang takde quality. last year bapak i dgn org org yg kerja untuk project ni sendiri kata sambil2 sembang........... bila project ni dah siap diorang takkan jijak kat klia2 ni & takkan bawak family...sebab tau buat cincai. tak kuat pembinaannye. & tak selamat klia 2 ni   project luar negara pun semua lingkup sampai qatar tu pun dah blacklisted uem ni. rasanya tangguh tu pun tak cukup untuk baiki ape yg patot. main siap je la tapi takde quality.

Last edited by limesherbet on 9-2-2014 05:54 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 03:58 PM | Show all posts
sayangkid posted on 7-2-2014 09:10 PM
biasala bangunan kt malaysia ni..kontrak konon juta2 tp hrg bgunan tu bahannye 100k je..lebih nye ma ...

betol la takde quality. kalau project manager pun boleh untung juta2 pilih subcon sendiri, tambah yang atas atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 04:00 PM | Show all posts
apa kejadah nya delay benda yg basic kena ada mcm fire safety system

mcm mana lah kontraktor ni buat keje? salah kontraktor? consultant? sub contractor?

weak project management jer
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 04:07 PM | Show all posts
mybluegetz posted on 9-2-2014 04:00 PM
apa kejadah nya delay benda yg basic kena ada mcm fire safety system

mcm mana lah kontraktor ni b ...

salah dari designing phase mula2 dulu sampaila ke subcon ke project management
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 04:11 PM | Show all posts
oh and also...masa buat project ni....banyak "gangguan" jugak. tapi rasa tu sesuai crita kat board misteri.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kih kih kih....nak sangat bg kat kroni. Catering pon kasi kroni, projek lembu kasi kroni..

No wonder menteri nak gi berubat pon.ke luar negara....maybe takut2 kroni pembekal ubat buat silap, takpun runtuh siling dlm bilik wadnya ..naya je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2014 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia. Jalanraya pon tak reti resurface balik elok2. Prrffthhhggh
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 06:44 PM | Show all posts
limesherbet posted on 9-2-2014 03:07 PM
salah dari designing phase mula2 dulu sampaila ke subcon ke project management

alasan neh jah yang logika.. takde maknanya kaitan dgn makhlus halus segala
hantu2 nya ialah engineer2 dan project management team yang kerja garu kangkang saja hari2

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 07:20 PM | Show all posts
beta_carotene posted on 9-2-2014 06:44 PM
alasan neh jah yang logika.. takde maknanya kaitan dgn makhlus halus segala
hantu2 nya ialah engi ...

yang pekerja nampak hantu tu bukan alasan project delay... tapi nak selitkan cita hantu. tapi tak relevant dgn thread ni jadi harus ke thread misteri pasal hantu klia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2014 10:04 AM | Show all posts
80 Peratus Ruang Niaga Di KLIA2 Sudah Diisi - Hasan Malek

SEPANG: Sebanyak 80 peratus ruang niaga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), terminal penerbangan tambang rendah, sudah diisi sehingga ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata pengisian ruang niaga di KLIA2 itu menunjukkan petanda positif dalam menjadikannya sebagai terminal penerbangan tambah rendah, bahkan sebagai pusat peruncitan yang mampu memberi peluang pekerjaan kepada 12,000 warga tempatan kelak.

"Pelbagai jenama peruncitan dari dalam dan luar negara akan beroperasi di KLIA2. Kedai runcit di KLIA2 bukan sahaja untuk para penumpang membeli-belah malah kepada orang ramai yang mengunjungnya.

"Hab peruncitan KLIA2 ini merupakan antara Projek Permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dalam sektor pemborongan dan peruncitan yangdikawal selia oleh KPDNKK," katanya pada sidang media selepas melawat ke KLIA2di sini Ahad.

Turut hadir Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Alias Ahmad.

EPP di KLIA2 merupakan inisiatif swasta yang diterajui Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) manakala kerajaan pula berperanan sebagai fasilitator dalam membantu menjayakan pelaksanaan projek tersebut, katanya.

Beliau berkata KLIA2 menawarkan peluang perniagaan dan berpotensi memberipulangan yang besar kepada sektor peruncitan dan pemborongan ekoran jumlah penumpang domestik dan antarabangsa yang akan menggunakan terminal penerbangan tambang rendah itu kelak.

Hasan berkata ruang niaga klia2 dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ruang niaga di Terminal Utama dan ruang niaga di Gateway@klia2 atau dikenali sebagai 'Landside Mall'. -BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.447082 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list