CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tapibukanaku

Jangan sampai dia lupakan saya - Isteri Dato Jins Samsudin

[Copy link]
Post time 24-1-2014 03:29 PM | Show all posts
NAT_11 posted on 24-1-2014 02:52 PM
SGM & GM or Coo & CEO biasanya fight for the company supaya
meningkat pendapatan. Kalau pendapata ...

aku bukan orang UNION lah....bawah sikit dari GM. Sakit hati sbb GM menikus aje pasal bonus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2014 03:52 PM | Show all posts
2 je anak??? Tuah letak mana?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 04:18 PM | Show all posts
Sedihnya baca kisah dia... Semoga Jins Shamsudin sihat2 hendaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 04:35 PM | Show all posts
Doa tuk dia cpt sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 04:36 PM | Show all posts
i feel you, aunty...

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 04:49 PM | Show all posts
biskut_milo posted on 24-1-2014 09:45 AM
Omg...betul2 tak tahu yg  dia sakit...pernah baca dulu dia ulang alik every week ke uum buat Phd...t ...

phd?wahh salute betul tak ramai artis lagi2 veteran nak smbung study lagi...btw,demensia ni ada ubat tak?mohon forumers yg tau kalo ada....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2014 04:50 PM | Show all posts
Filem Warna pertama diterbitkan ialah filem PENGHIDUPAN pada tahun 1951, lakonan P.Ramlee & Maria Menado, then Filem RIBUT pada tahun 1955 lakonan Ahmad Mahmud, Saadiah & Rosnani Jamil..then filem HANG TUAH pada tahun 1955..Filem seterusnya RAJA BERSIONG pada tahun 1967...Studio CATHAY KRIS pulak ade terbitkan filem warna juga..MAHSURI tahun 1959 & filem SINGAPORE tahun 1960...

Sebenarnye pergaduhan P.Ramlee & Jins bukan di Jalam Ampas yea, sebab P.Ramlee dah chow ke MERDEKA FILEM end of 1963 after dia arahkan filem 3 ABDUL...sebelum tue P.Ramlee arahkan filem MADU 3..so mase both of this movie tayang kt panggung P.Ramlee dah selamat kat KL and tengah arahkan filem SI-TORA HARIMAU JADIAN pada tahun 1964 then followed by MASAM-MASAM MANIS pada tahun yg same...

Pergaduhan P.Ramlee & Jins bermula semasa P.Ramlee usulkan untuk terbitkan filem KANCHAN TIRANA pada tahun 1969 dalam bentuk warna tetapi disebabkan......., Permintaan P.Ramlee ditolak then Jins dapat jadi pengarah utk filem BUKAN SALAH IBU MENGANDONG pada tahun yang sama...

Sorry guys i cannot disclose all the truth kt sini yea...hope korang paham2 sendiri...

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 05:14 PM | Show all posts
hensem2012 posted on 24-1-2014 04:50 PM
Filem Warna pertama diterbitkan ialah filem PENGHIDUPAN pada tahun 1951, lakonan P.Ramlee & Maria Me ...

tapi dlm filem Bukan Salah Ibu Mengandung lah P.Ramlee terima tawaran Jins berlakon. P.Ramlee selalunya susah nak berlakon utk pengarah local, tapi dia buat utk Jins.

Actually dorang ni ada love-hate relationship. P.Ramlee orang yang bawa Jins ke dunia filem. FIrst time Jins jadi hero dalam filem Pancha Delima, itulah satu satunya filem P.Ramlee direct yang diri dia sendiri tak berlakon, sebab dia nak bagi peluang org kenal Jins. Dia sayang sgt dengan Jins, even Jins Shamsuddin mengaku P.Ramlee adalah guru dia. Itu yg bila jadi perselisihan P.Ramlee sangat emosional terhadap Jins. Kalau org lain yg buat maybe dia tak semarah itu.

Aku ingat baca satu artikel tahun lepas waktu Jins dah mula kena dementia keadaan dia macam yg dalam artikel ni tulislah. Tak ada tak ada ayat dia sebut, tiba-tiba dia cakap; "P.Ramlee itu guru saya". Sedangkan wife dia cakap dia tengok filem dia sendiri dia tak ingat, Noorkumalasari datang rumah pun dia tak kenal. Tiba-tiba dia boleh sebut pasal P.Ramlee. So, nampaknya ada dua benda lekat dalam kepala dia iaitu FINAS dan P.Ramlee.

Aku tak rasa dia backstab P.Ramlee. Ini adalah hal perjuangan, kepentingan, dan agenda profesional masing-masing. P.Ramlee orangnya rebel, terlalu idealistik, dia mengkritik pentadbiran negara dalam filem. Orang macam Jins yang lebih muda, lebih realistik dan lebih nak perjuangkan profesion artis sebagai profesional supaya boleh cari makan. Jadi dorang clashed kat situ. Clash pemikiran, bukannya hati budi. Sebab aku tau jauh di sudut hati both them adalah kesayangan kita semua.

Entahlah.. aku masih rasa perjuangan dorang dulu-dulu lebih genuine daripada artis sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2014 05:17 PM | Show all posts
Memang P.Ramlee yg perkenalkan Jins dlm PANCHA DELIMA..another one NORDIN AHMAD..P.Ramlee jgk yg perkenalkan beliau dlm SAMERAH PADI (1956), tapi lps tue P.Ramlee suh Nordin Ahmad move ke CATHAY KRIS and P.Ramlee ckp dia yakin Nordin lbh berjaya di CATHAY KRIS and telahan P.Ramlee benar..Nordin Ahmad berjaya menjadi hero feveret di CATHAY KRIS....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 05:17 PM | Show all posts
P. Ramlee dikenang kerana berhati mulia
Oleh NAZERI NONG SAMAH
MESKIPUN sudah bergelar bintang ternama dan meraih banyak kejayaan besar dalam Festival Filem Asia, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee terus kekal dengan sifat merendah diri kerana sanggup berlakon di bawah arahan anak muridnya.
Menurut Datuk Jins Shamsudin, berkat tidak menyombong diri dan berhati mulia itu juga yang menjadi rahsia P. Ramlee terus diingati dan dihormati hingga kini.

`Sebagai anak muridnya dalam bidang lakonan, saya terharu kerana P. Ramlee sanggup berlakon filem Bukan Salah Ibu Mengandung arahan pertama saya,'' katanya. Jins menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja pada Simposium Karya Seni Seniman Agung P. Ramlee anjuran Arkib Negara Malaysia di Hotel Palace of Golden Horses, Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini. Filem Bukan Salah Ibu Mengandung itu adalah keluaran Studio Merdeka Hulu Klang yang dihasilkan sekitar tahun 1969. P. Ramlee menjadi pelakon undangan di dalam filem tersebut.

Kata Jins, banyak pihak yang khuatir apakah P. Ramlee sudi berlakon di bawah arahan anak muridnya? `Ada rakan-rakan yang kata bolehkah P. Ramlee datang awal ke lokasi penggambaran? Ini kerana Allahyarham sering datang lewat ke lokasi,'' katanya. Bagaimanapun pada hari pertama penggambaran filem Bukan Salah Ibu Mengandung itu ramai yang terkejut kerana P. Ramlee sudah berada di lokasi penggambaran pada pukul 8.30 pagi. `Sebagai menghormati P. Ramlee, saya telah meminda jadual dan mahu mendahulukan penggambaran untuknya.` P. Ramlee seolah-olah marahkan saya kerana katanya, sebagai pengarah saya lebih berkuasa dan meminta tidak membuat perubahan jadual penggambaran,'' cerita Jins terharu.

Jins membuat kesimpulan bahawa reaksi yang ditunjukkan oleh P. Ramlee itu membuktikan Allahyarham adalah seorang seniman yang ikhlas di dalam kerjayanya. `Saya akui bahawa saya tidak akan menjadi pelakon jika tidak kerana P. Ramlee yang mengambil saya berlakon sebagai hero filem Panca Delima lakonan pertama saya,'' katanya. Panca Delima ialah filem ketiga arahan P. Ramlee menerusi Malay Film Production (MFP) Shaw Brothers di Singapura pada tahun 1957.

© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 05:29 PM | Show all posts
rosasa posted on 24-1-2014 08:35 AM
boleh tahan yang kanan tu

motif sm pikiran cam kaka
yang kiri tu kembang sket
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 05:39 PM | Show all posts
Didoakan semoga cepat sembuh seperti sedia kala....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 05:56 PM | Show all posts
yang aku pernah baca dia pernah caras P.Ramlee untuk shooting sambungan filem Bujang Lapok kat Hong Kong. ni semua gara2 Union yang diketuai oleh Jins la yang perjuangkan hak pekerja untuk bekerja hanya pada waktu pejabat sahaja bila Shaw Brothers planning untuk but filem tu. Yelah..kalau shooting kat Hong Kong, sah2 akan bekerja luar waktu pejabat. So at that moment, Shaw Brothers terpaksa cancel plan untuk sequel Bujang Lapok tu.

Tapi tak lama lepas kejadian Union tu, tiba2 Jins pergi shooting dekat Hong Kong dengan segerombolan pekerja Shaw. obvious la kalau dah pergi Hong Kong, kerja memang tak ikut office hour. tu yang P.Ramlee kecewa.

tapi utk keadaan Jins sekarang ni, memang aku kesian dengan dia la. Hopefully isteri dan keluarga tabah
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 06:25 PM | Show all posts
estrelle posted on 24-1-2014 04:49 PM
phd?wahh salute betul tak ramai artis lagi2 veteran nak smbung study lagi...btw,demensia ni ada ub ...

Ada forumer yg kata mmg takde ubat sbb penyakit otak...but harap2 dia tak lupa siapa isteri dan anak2...  Itu yg family dia nak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebak baca
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 06:48 PM | Show all posts
dementia takde ubat..belum dijumpai..

alzheimer mcm jins kena ni adalah salah satu cabang penyakit dalam dementia. Ada bnyk stage utk alzheimer ni..jauh lg umur jins ni in sha allah kalo dia mmg xde sakit lain.mungkin ada 10 thn lg..allahualam.. kebanyakkannya akan meninggal disebabkan pneumonia sebab last stage pesakit akan terbaring sahaja..x mampu duduk tanpa sokongan-hasil google aku spjg menjaga arwah mak.

menitik airmata aku baca sbb aku br kehilangan mak 3 bulan lps disebabkan dementia. tp arwah mak lagi teruk dan rapid sakitnya..mungkin sbb ada masalah penyakit 3 serangkai pun sama. 1 tahun kami sempat jaga dia. Tp sampai ke akhirnya sebelom dia koma, dia masih ingat suami dan semua anak2. in sha allah puan sri, tan sri takkan lupa siapa isteri dan anak2nya.

forumer yg kerja sbg doktor atau nurses kat hosp yg sgt baik menjaga dan melayan pesakit macm ni...hanya Allah saja yg mampu balas jasa2 kamu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2014 08:54 PM | Show all posts
Isteri dia rasa mcm bela mayat hidup.

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 09:26 PM | Show all posts
pikipong posted on 24-1-2014 06:48 PM
dementia takde ubat..belum dijumpai..

alzheimer mcm jins kena ni adalah salah satu cabang penyaki ...

sebak aku baca tulisan engkau. Be strong dan teruskan hidup dengan kenangan yang ada.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 09:47 PM | Show all posts
Sedih lak baca..semoga keluarga tabah menjaganya....Aamin
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 10:07 PM | Show all posts
nak sedih..tapi bila teringat apa jadi kat p ramlee dan menyebabkan dunia seni malaysia jadi rugi, xjadi aku nak kesian kat dia

tapi tetap kesian kat puan sri. semoga Allah beri kekuatan kat puan sri..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.052857 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list