Patutlah hero filem Hindustan yang boleh belasah 14 orang yang hentak dia dengan hockey stick dan baseball bat pun boleh menangis kerana perempuan. Rupanya memang pedih. Aku janji takkan kutuk lagi cerita Hindustan. Sudahnya aku capai kunci kereta. Keluar dari rumah. Memandu tanpa hala tuju. Yang aku tahu aku cuma nak tenangkan sedikit hati aku.
Selama ini aku cuba melindungi maruah dia sehingga banyak hati-hati yang terluka. Ini balasannya. Perasaan berbaur. Kecewa. Marah. Terluka. Tertipu. Arrgh!! Nak saja aku jerit sekuat hati. Tapi masih mampu menahan diri. Tak nak jadi terlalu dramatik.
Selama ini aku ingatkan dia perempuan baik-baik. Suci. Naive. Rupanya aku yang naive. Aku rasa tertipu. Pandai betul dia berlakon. Pandai dia main-mainkan perasaan aku. Tersimpang jauh dari pandangan zahir.
Tapi entah kenapa fikiran aku ini asyik menyorot setiap episod singkat bersama dia. Menyebabkan hati aku meruntun lagi. Mungkin kerana hati aku sudah terpaut. Hati aku dah jatuh pada dia. Akhirnya aku putuskan untuk buat U turn cari jalan balik ke rumah semula. Aku nak mandi. Berendam puas-puas. Mungkin dapat menyejukkan hati. Perasaan.
Pagi itu aku ke office seperti biasa. Walaupun fikiran aku masih bercelaru. Terasa kehilangan sesuatu. Rasa macam seluruh dunia tahu yang Zurin telah pergi meninggalkan aku. Serasa semua orang tahu tentang kami. Cerita aku dan dia. Fikiran aku menerawang. Akibatnya aku terlajak satu stesen. Terpaksalah aku tunggu train lain. Aduh. Aku tiba lewat dari biasa pagi itu. Gara-gara terlepas stesen. Itulah fikiran entah ke mana.
Aku singgah dekat tempat Tasha, Project Secretary department aku untuk collect ticket aku untuk ke Sydney malam ini. Dia melemparkan senyum pada aku. Aku terpaksa mengukir senyum. Walaupun hati tengah berdarah. Siapa tahu. Luka kat dalam.
“Keruh je muka pagi ini...macam orang putus cinta je..” tegur Tasha sambil menghulur sampul berisi tiket dan hotel details pada aku. Hampir saja aku terbersin bau minyak wangi Tasha. Mandi minyak wangi agaknya dia ni. Aku hanya tersenyum kelat.
Nampak sangat ke muka orang tengah frust aku ni. Amir. Relax. Segregate between works and personal ok. Aku memujuk hati.
“Mir, kau ganti tempat aku attend meeting dengan MMC pagi ni. Project AFS, Project Services over recognised la pulak, aku kena attend MPRD..” ujar Shahrin, belum pun sempat aku melabuh punggung ke kerusi. Tanpa menunggu reaksi aku dia terus berlalu pergi. Aku hanya memandang mengekor langkah dia dengan anak mata.
“Mir, kau dengan aku kena gi MMC pagi ni, Shahrin tak boleh attend” ujar Fadzil. Dah macam Astro la pulak dia ni. Delay. Replay.
“Kau dengar ke?” ujar Fadzil bila tiada reaksi dari aku.
“Dengar...Shahrin dah bagitau aku tadi..”
“Apehal bro muka cam “tak dapat” je ni” usik Fadzil. Sekali lagi memaksa aku tersenyum kelat.
“Tak dapat wak lu!” Fadzil tersengih-sengih macam kerang busuk. Sambil memberi isyarat untuk menunggu aku di depan.
Kesibukkan kerja pagi itu menenggelamkan sedikit ingatan kepada masalah yang melanda. Memberi sedikit ruang untuk aku melupakan kisah luka. Walaupun sesekali menjengah ke kotak fikir.
Mata aku menyorot ke arah P&ID yang bersepah atas meja aku. Tak sempat nak kemas semalam. Sebab terkocoh-kocoh nak balik jumpa Zurin. Last-last rupanya dia dah blah tinggalkan aku macam tu. Sakit hati. Senang je dia blah macam tu.
Flight aku malam ini pukul 11.30. Tapi pukul 4.30 petang aku dah keluar dari office. Beg nak pergi Sydney belum kemas. Malam tadi sibuk melayan perasaan. Memujuk hati. Aku mengangkat tangan pada Shahrin, memberi isyarat yang aku dah nak balik. Dia hanya mengangguk-angguk. Telefon masih di telinga.
“Bro, dah nak blah dah?” tegur Fadzil bila kami berselisih di lobi.
“Flight kau pukul berapa?”
“11.30”
“Ok selamat...jangan lupa fridge magnet!”
“Kau ni dengan si Tasha tu sama je...tak habis-habis fridge magnet!”
“Ok tukar, jersey Wallabies...”
Aku menggeleng-geleng kepala. Lawak betul si Fadzil ni. Dia memang tak berkenan dengan Tasha itu. Walaupun kami sibuk nak match make kan dia orang.
“Mak aku tak nak bakal menantu seksi pakai-pakai skirt...dia nak yang pakai tudung..” ujar Fadzil sewaktu kami sibuk mengenen dia dengan Tasha. Berubah muka Tasha bila dengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Fadzil. Terkedu.
Si Tasha tu pun satu hal. Seksi sangat. Kalau tak singkat bawah, labuh yang atas pula. Bak kata Fadzil, menyukarkan jalan ke syurga. Macamlah dia baik sangat. Yang dia sampai sepuluh kali sehari pergi mengadap ke tempat Tasha tu buat apa.
Aku tiba di Sydney Kingsford Smith Airport hampir pukul 11 pagi. Keluar dari Airport menuju ke taxi stand udara sejuk musim luruh menjengah ke muka. Sejuk. Nyaman. Aku terus mengambil teksi untuk ke hotel. Selesai check-in aku terus ke bilik untuk mandi dan bersiap-siap ke office. Lepas siap aku terus berjalan ke Central station ambil train ke North Sydney.
Yang seronok dekat Sydney ni train dia sangat efficient. Dan yang paling best train dia dua tingkat dan seat boleh tukar-tukar direction. Dari Central Station ke North Sydney hanya 4 station. Tak sampai 15 minit aku dah sampai. Dari North Sydney station aku jalan kaki saja untuk ke Walker Street. Senang. Lebih senang dari pergi office di KL. Bersesak-sesak dalam train. Kalau pagi itu boleh gagah juga. Tapi time balik kerja macam-macam bau. Macam-macam ragam. Bukanlah nak mengagung-agungkan negara orang cuma mana-mana yang baik. Mana-mana yang elok tak salah diikut. Yang penting walaupun ada first class facilities tapi kalau rakyat masih takuk third class mentality tak ada gunanya juga.
Petang itu aku cuma catchup dengan Project team untuk preparation SIL verifications workshop esok. Lepas itu aku balik semula ke CBD. Maklumlah kedai-kedai dekat Sydney ni pukul 6 semua dah pakat-pakat nak tutup kedai. Aku terus ambil train untuk ke Circular Quay. Niat hati nak tengok sun set di Sydney Harbour. Sambil layan perasaan. Memujuk hati. Oleh sebab cuaca yang semakin sejuk menjengah ke pukul 6.30 petang aku terpaksa sarung “jumper” biru gelap yang aku letak dalam beg galas.
Orang kata kalau sampai Sydney ni tapi tak bergambar depan Opera House dan Sydney Bridge tak lengkap. So aku pun ambil peluanglah juga. Tebal kan muka minta awek mat saleh tolong tangkapkan gambar aku sekeping dua. Tak apa dia orang ni sporting.
Lepas itu aku duduk di bangku yang betul-betul mengadap ke Sydney Bridge. Matahari dah mula turun ke horizon. Perasaan rasa tenang seketika. Ramai juga pasangan-pasangan kekasih yang melepak tengok sun set. Ada juga yang bercumbu-cumbuan. Lantaklah bukan negara Islam pun. Dan yang penting bukan orang Islam pun.
Bila lampu Sdney Bridge dah menyala, perut aku pun dah mula menyanyi minta di isi. Aku ambil semula train ke Central. Nak cari makanan halal di area George Street. Aku dengar ada 2-3 restoran halal kat area itu. Malam itu aku perkena nasi goreng melayu seafood AUD15.80 kalau aku convert ke RM nampaknya tak lalu makanlah aku.
Pulang ke hotel perasaan kembali sunyi. Ini yang aku tak suka. Suasana macam ini boleh tukar jiwa lelaki aku jadi sentimental. Mulalah aku teringat pada Zurin. Mulalah kepala aku menyorot semua kenangan dengan dia. Serasa bagai ada sebiji batu besar menghenyak ke dada. Selesai mandi dan solat, aku capai remote control. Tengok kalau-kalau ada movie yang menarik. Cantik. Ada cerita Norbit. Lama dah aku tak layan cerita Eddie Murphy ni. Memang lawak gila. Aku dah macam orang gila gelak sepenuh hati. Lupa sekejap badai di hati.
Bila keluar iklan kereta aku jadi tak puas hati. Murah gila harga kereta dekat sini. Kalau aku convert kepada RM pun masih jauh murah daripada harga kat Malaysia. Tak puas hati aku dibuatnya. Kereta aku cuma bernilai AUD25K saja dekat sini. Aku bayar dekat Malaysia berkali-kali ganda. Boleh beli lagi 1 biji kereta. Lepas iklan aku sambung balik layan cerita tadi. Tapi belum sempat habis cerita aku dah terlelap.
Kehidupan aku di Sydney hanyalah atas urusan kerja. Jika ada masa terluang selepas pulang dari office aku akan berjalan melihat-lihat keindahan kota Sydney menjelang lewat senja. Ataupun berjogging di sekitar Darling Harbour. Dengan suhu yang sejuk di sini, memang seronok berjogging. Dapat memanaskan sedikit badan dan membuat aku rasa sihat. Segar.
Dapat juga aku refresh diri aku. Mengubat luka di hati. Duka yang aku tinggalkan lebih dari 4000 batu jauhnya. Walaupun ingatan aku pada Zurin tetap menjengah ke kepala. Masih belum terpadam. Dan dia masih muncul dalam mimpi-mimpi aku lagi. Tetapi dari segi psychology berada jauh dari Malaysia sedikit sebanyak membantu aku merawat hati. Walaupun hari-hari yang akan aku habiskan di Sydney hanya berbaki sehari lagi. Walaupun lusa aku akan pulang semula ke tanah air yang tercinta. Kembali ke tempat di mana aku tinggalkan kisah cinta yang luka.
Tiada apa yang istimewa aku bawa pulang ke Malaysia. Sedikit souvenirs untuk keluarga dan kawan-kawan dan pengalaman di negara orang. Yang aku paling rindu mungkin cuaca di sana. Yang ketara di Malaysia orang berebut-rebut nak duduk di dalam kedai sebab ada air-cond. Semasa di Sydney orang berebut-rebut nak duduk di dalam kedai sebab panas. Melangkah keluar saja dari kedai, umpama melangkah masuk ke shopping mall di Malaysia. Cuaca sejuk dan berangin di Sydney menjengah ke muka terasa hingga ke tulang sum-sum.
Penerbangan dari Sydney ke Kuala Lumpur memakan masa 8 jam lebih. Flight aku dijadualkan sampai ke tanah air sekitar pukul 3.45 petang nanti waktu Malaysia. Sempatlah aku menyiapkan report yang aku perlu emailkan esok. Dari KLIA aku hanya mengambil ERL untuk ke KL Sentral dan LRT untuk ke rumah. Semasa di KLIA tadi sempat juga aku singgah ke Duty Free Shop. Bukannya nak beli apa pun cuma nak compare harga. Terbeliak mata aku bila melihat harga perfume yang aku beli di Sydney Airport Duty Free Shop hampir dua kali ganda harganya di sini. Gila. Duty Free apa ni. Nasib baik aku dah angkut dua botol dekat sana. Berbaloi-baloi.
Aku tiba di apartment aku sekitar jam 5 petang. Hati terasa kosong ketika melangkah masuk ke rumah. Hendak-hendak lagi bila terpandang ke arah pintu bilik Zurin. Mulalah hati jadi sentimental semula. Last edited by Lynn9 on 30-11-2013 11:15 AM
Aku merebahkan badan ke katil. Melempar pandangan ke arah siling yang kosong. Fikiran jadi kacau semula. Otak mula memproses sekali lagi apa yang terjadi. Menyorot satu persatu episod. Aku jadi keliru. Cuma yang aku pasti adalah perasaan aku pada Zurin. Rasa rindu. Cinta. Mungkin aku harus mengenepikan perasaan ego dan menerima dia seadanya. Apa yang terjadi sebelum ini adalah sejarah hidup dia. Kerana Zurin yang aku jatuh cinta adalah Zurin yang sekarang bukan yang dulu. Bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan. Lautan yang mana tidak pernah bergelora. Aku juga manuasia biasa yang bukan yang sempurna. Tapi di mana aku nak cari dia? Aku tidak tahu ke mana arah tuju dia.
Di saat itu loceng pintu rumah aku berbunyi. Aku bangkit malas menuju ke pintu. Aku mengintip di lubang pintu. Seakan tidak percaya. Yang Zurin sedang berdiri di depan pintu. Sekali lagi dia menekan loceng pintu. Aku membuka pintu muat-muat separuh badan. Dia melemparkan senyum manis kepada aku.
“Hai...” ujarnya.
“Waalaikumussalam..”
Dia mengulum senyum. Sambil menyelit rambut yang jatuh ke muka ke tepi telinga. Dia mula rasa tidak selesa dengan sambutan dingin aku. Apa dia ingat aku nak bentang karpet merah untuk dia? Atas apa yang dia dah buat pada aku?
“Boleh saya masuk?”. Aku menggeleng. Pintu yang aku buka masih lagi separuh badan. Wajah Zurin sudah sedikit suram.
“Awak nak apa datang sini?” ujar aku. Mendatar sahaja suara aku. Entah kenapa perasaan aku tiba-tiba jadi marah. Membara. Dia masih cuba menguntum senyum walaupun aku lihat dia merasa sedikit janggal.
“Takkanlah “isteri” tak boleh nak jumpa “suami”...”
Tak kelakar pun. Aku tersenyum sinis. Isteri yang derhaka. Keluar dari rumah tanpa izin suami. Semua pada dia permainan. Seronok mempermainkan hati orang. Riak wajah dia mula berubah. Tapi dia masih cuba mengukir sennyuman. Walaupun sudah sedikit hambar. Tawar. Dia menyelok saku seluar mengeluarkan sesuatu.
“Nah..saya nak pulangkan kunci rumah awak...dan duit yang saya pinjam dulu..”
Aku hanya ambil kunci rumah aku. Aku cakap pada dia aku dah halalkan duit itu. Dan saat itu dia memandang tepat ke wajah aku. Mata kami bertemu buat beberapa detik. Biar dia lihat ke dalam hati aku. Yang berkecai macamana gelas yang pecah dulu. Walaupun luka ditangan aku tidak sesakit luka di hati. Darah yang tak berwarna. Dia melarikan mata apabila matanya mula berkaca. Cuba menyeka air mata. Aku keraskan hati lelaki aku walaupun di saat itu hati jadi sebak.
“Ada apa-apa lagi?” tanya aku. Dia hanya menggeleng kepala. Sambil menyapu air mata di pipi.
“Tak payah nak berlakon sangatlah Zurin. Tak payah nak buat muka sedih sangat” sinis kata-kata yang aku keluarkan. Biar. Aku tidak peduli. Aku tutup kembali daun pintu. Tapi sempat dia tolak kembali. Dia melangkah masuk ke rumah.
“Apa yang awak nak lagi ni?. Awak ingat rumah saya ni hotel? Nak masuk dan keluar ikut suka awak?”
Dia hanya membisu. Memandang ke wajah aku.
“Amir...saya tahu awak marah..” bergetar suara Zurin. Aku mengalih badan membelakangkan dia. Perasaan aku berbaur. Tidak keruan. Marah. Benci. Rindu. Semua bercampur. Aku memegang rambut dengan kedua belah tangan.
“Saya minta maaf...” ujar dia lagi. Kali ini ada sendu di hujung suara.
“Macam tu je? Minta maaf semua selesai?” aku jadi kurang sabar. Bila aku toleh memandang dia air mata dia sudah laju membasahi pipi.
“Amir...apa lagi yang saya nak buat?” sudah ada sendu.
“Awak tau apa yang awak dah buat pada saya? Hidup saya? Maruah saya? Keluarga saya?” bertubi-tubi soalan aku tuju pada dia.
“Habis tu? Macamana awak nak saya tebus kesalahan saya pada awak?”
Aku tak tahu. Aku tak tahu sebenarnya apa yang dia boleh buat. Dan macamana dia boleh tebus semua itu. Aku tarik tangan dia letak dekat dada aku. Betul-betul dekat jantung aku yang berdegup kencang itu. Aku beritahu dia yang dekat sini yang sakit. Ini tempat yang sakit. Sebab aku sudah jatuh cinta pada dia. Itu yang aku beritahu pada dia. Aku sanggup terima dia walaupun siapa dia dahulu. Itu sejarah hidup dia. Aku tidak mahu tahu. Makin laju air mata Zurin. Sudah ada esakkan tangis Zurin. Makin sebak hati aku. Dia memandang sayu ke wajah aku. Last edited by Lynn9 on 30-11-2013 10:16 PM
“Amir..saya ni tak layak untuk awak...awak layak dapat perempuan yang lebih baik” semakin ketara getar suara Zurin. Semakin kuat esakkannya. Dia bawa tangan aku ke perut dia. Aku membiarkan sahaja. Memandang penuh tanda tanya.
“Saya...saya..mengandung Amir...”
Patah seribu hati aku. Aku terduduk di sofa. Dunia serasa gelap seketika. Jantung aku rasa seperti berhenti berdegup. Aku meneguk liur. Cuba mentafsir apa yang baru aku dengar. Ya Allah...dugaan maha hebat. Aku meraup wajah dengan kedua tapak tangan. Luka hati aku semakin parah. Berdarah.
Dia menyentuh bahu aku. Aku menoleh memandang sayu ke wajah Zurin. Aku lihat air mata yang turun tak tertahan-tahan lagi. Aku bingkas bangun. Aku selit rambut yang terhurai ke wajahnya ke tepi telinga. Aku sapu air mata yang turun ke pipi dia. Rasa simpati memenuhi ruang dada. Aku teringat kata-kata aku. Memperlekehkan dia dengan selera makan dia. Aku ingat lagi kata-kata aku. Yang dalam perut dia ada raksasa. Bela jin. Rupanya...ada benih yang bercambah. Tak dapat aku gambarkan perasaan aku ketika itu.
Hati lelaki aku menangis juga. Walau sekeras mana pun aku cuba bertahan. Dia minta aku relakan dia pergi kali ini untuk selamanya. Dia mahu menebus dosa bersama lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab. Bukan mempergunakan aku. Walaupun dia akui yang dia juga sudah jatuh cinta pada aku. Cinta tak semestinya bersatu. Dia cakap aku layak untuk perempuan yang lebih baik. Dia sudah berbaik semula dengan teman lelaki dia. Biarlah mereka menebus dosa bersama. Aku tidak perlu terpalit dengan dosa ini.
Pesanan terakhir aku untuk Zurin agar dia menjaga anak dalam kandungan dia baik-baik. Ia suci. Tidak berdosa. Dengan berat hati aku lepaskan dia pergi sekali lagi. Mungkin untuk selama-lamanya.
Dan malam itu juga aku telefon emak. Memberitahu segala-galanya. Hati emak terguris lagi. Menangis lagi. Walaupun banyak hati yang terluka. Aku dan semua yang terluka kerana kisah kami. Biar pun ayah mengamuk lagi. Biarlah kalau ayah nak penggal kepala aku. Tapi itulah hakikatnya. Last edited by Lynn9 on 2-12-2013 09:29 AM
Sejak hari itu aku cuba meneruskan kehidupan. Kisah seribu duka ini aku harap sudah berlalu. Walaupun jauh di sudut hati aku masih ada cinta untuk Zurin. Walaupun setiap kali solat aku masih lagi mendoakan dia. Kembali ke pangkal jalan. Agar dia temui kebahagiaan. Walau dosa menggunung tinggi. Aku tahu rahmat Allah itu melangit luas. Pengampunan yang tidak bertepi.
Sedar tak sedar sudah setahun kisah itu berlalu pergi. Walaupun sesekali ada menjengah ke kotak fikir. Namun aku sudah mampu untuk tersenyum. Kekadang bila aku kenang-kenang semula pertemuan aku dengan Zurin rasa macam mimpi. Tak pernah aku sangka yang aku akan menyimpan sebuah memori indah seperti itu.
Masa terus beredar walaupun aku masih lagi menoleh ke belakang. Aku masih tinggal di tempat yang sama. Masih lagi bekerja di company yang sama. Masih turun naik LRT. Cuma emak dan ayah sudah tidak marah lagi dengan aku. Air dicincang tak akan putus. Zurin? Entahlah aku tak pernah jumpa dia lagi. Mungkin dia kini telah bahagia dengan kehidupan dia. Aku masih lagi mendoakan kebahagiaan dia. Walau di mana pun dia berada.
Dan seperti selalu aku menyusuri jalan pulang ke apartment dari stesen LRT. Aku dongak kepala ke langit. Bercahaya dengan bintang-bintang. Aku mensyukuri nikmat yang maha Esa.
Tiba-tiba mata aku mengarah ke arah pondok bas. Ada sesusuk lembaga yang duduk di situ. Bila aku semakin hampir, nampak seorang perempuan bingkas bangun menuju ke arah aku. Sudah....permainan apakah ini?
Aku pura-pura tak dengar. Mempercepatkan langkah. Tak payahlah kau nak buat baik lagi Amir...belajar dari kesilapan.
“Encik...encik!” perempuan itu mengejar aku dari belakang. Dia memintas aku di hadapan. Terpaksalah aku menghentikan langkah.
“Tak payah awak cakap. Saya dah tahu” ujar aku.
“Dah tahu?”. Dia memandang hairan ke muka aku. Terkebil-kebil.
“Saya dah tahu, mula-mula awak nak pinjam duit saya. Lepas tu awak nak tumpang rumah saya, lepas tu heret saya dalam masalah awak. Betul tak?”
Dia hadiahkan aku satu penampar. Dia kata aku lelaki keji. Ingatkan orang baik-baik. Dia terus berlalu pergi menuju ke pondok bas semula. Aku berlari-lari anak mengejar dia.
“Hey...apesal awak tampar muka saya?” tanya aku. Suka-suka tampar muka orang. Kalau tak kenangkan yang dia tu perempuan, dah aku tampar muka dia balik.
“Padanlah dengan muka awak!” jawabnya.
“Eh...senangnya cakap...awak ingat muka saya ni papan signboard?” hilang sabar aku dengan minah ni.
“Yang awak tak pasal-pasal menceceh benda yang mengarut-ngarut. Tuduh saya nak minta duit awak lah, tumpang rumah awaklah apesal?”
“Apa pulak? Saya memang dah tahu taktik perempuan macam awak ni” ujar aku.
“Nampaknya awak ni nak rasa penampar saya lagi ke?” ugut dia. Berani sungguh awek ni. Penampar dia saja yang dia tahu. Aku punya penampar dia tak rasa lagi.