Honeyda posted on 3-10-2013 12:17 PM
seruuu sepatt uols.....
kasi umah nomot 2 ni rentung hangus cepat..... ...
hahahahaa
matikkkk laaa baru nk masuk episod 5 vanglo zaaraham dah bertingkek tingkekkkk
borang tender bina vanglo baru mungkin dah boleh dikeluarkan
nk upgrade skek masuk e-perolehan
Post time 3-10-2013 12:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
TEASER 4 (scene Irham pujuk Zaara part 2)
Irham yg terkejut melihat esakan tangis Zaara itu, segera memautnya erat ke dalam rangkulannya. Zaara tidak mampu berbuat apa-apa. Pada saat ini, dia hanya merasa ingin menangis sepuas-puasnya. Hanya suasana hening menemani mereka berdua yg tenggelam dalam perasaan masing-masing. Saat esakan itu kian hilang dan sendu dalam hati Zaara kian reda, dia melonggarkan pautan Irham sebelum menolak Irham menjauhinya semula.
"Dah okey?" Irham menjenguk wajah Zaara yg menunduk.Zaara mengangguk perlahan sambil menyeka air mata yg sudah membasahi pipi mulusnya.
"Awak, terima kasih." Zaara bersuara dalam esak yg masih bersisa.
Irham berdeham.
"Walaupun kau kata aku berlagak, layan kau buruk...aaa..apa lagi?" Irham mengira-ngira dengan jarinya.
"Ego tinggi.." Zaara mengingatkan.
"Aku masih sudi peluk kau,tenangkan kau. So, aku memang layaj dapat ucapan terima kasih tu,kan?" Jadi, sama-sama."
Zaara tersenyum. Sekurang-kurangnya hatinya sudah merasa sedikit tenang setelah berada di dalam pelukan Irham sebentar tadi. Hilang sedikit gundahnya yg asyik memikirkan penghinaan Pn. Sri Maryam kepadanya sebentar tadi.
"Nanti jangan lupa bersihkan kasut aku dan basuhkan baju aku tu. Kau punya pasallah habis kotor semua." Senyuman Zaara matu sebaik saja mendengar arahan Irham itu.
"Eiii, baru sy ingat awak dah baik dengan saya, rupanya ada lagi niat nak membuli tu."
"Kalau kau merajuk, siapa nak bersihkan semua tu? Sebab tulah aku datang pujuk kau." Irham ketawa besar.
"Ceh,perangai macam hampeh."
P/s: bunga2 cinta dh makin mekar dlm hati MR Arumugam tp tetap nk kaberina matikan mood romantik!..