d'zeck posted on 23-8-2013 05:10 PM
kalo dilihat kes ini melalui sudut yang
sama seperti mana2 kes bunuh yang lain
tanpa termakan ...
betul
seperti kes yg lain jugak
tapi bila mana dan apa2 pun dikaitkan dgn politik
memang keputusan ni bukan keputusan yg boleh diterima oleh semua orang
selagi pembunuh sebenar tak dikenalpasti, sampai bila2
diratib tak sudah2
dia tetap bersalah, kerana bersengkokol dengan pembunuhan, tidak wajib dia di lepaskan, dan siapakah yang memberi arahan mengC4 kan altantuya yang cun ituh, ?? ,, org itu masih bebas di luar sana
Kes seksyen 302 Penal Code for murder ni jarang sangat accused dapat discharged and acquittal (DnA), unless ada keraguan yang sangat-sangat munasabah.
Macam kes pembunuhan norita samsudin, suspek utama Hanif Basri juga DnA disebabkan ada keraguan siapa lelaki asing yang didakwa turut berada dengan mangsa tetapi gagal dicari dan diheret ke mahkamah.
Jelas ada keraguan dalam kes itu, bukan Hanif Basri orang terakhir yang berada di situ.
Tapi dalam kes Altantuya ni, keraguan yang munasabah apakah yang berlaku hingga kedua-dua tertuduh utama juga DnA?
Sungguh aku ragu-ragu hingga rasa tak munasabah sebegitu verdictnya..
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pihaknya akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan atas alasan yang diberikan oleh mahkamah ketika membebaskan kedua tertuduh tidak mempunyai kaitan.
"Tentang DSP Musa Safri, kami menegaskan keterangan beliau tidak ada kaitan dengan keseluruhan perbicaraan yang telah dijalankan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tiga anggota panel hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan terhadap pensabitan dan hukuman.
Dalam rumusan penghakiman empat muka surat itu, mahkamah memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka.
Hakim Tengku Maimun yang membacakan penghakiman itu berkata hakim perbicaraan telah tersalah arah dirinya dengan cara tanpa arah gagal mempertimbangkan diari stesen dan gagal membuat dapatan sama ada pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa Azilah, yang merupakan tertuduh pertama dalam kes ini, berada di tempat kejadian jenayah.
Sblm ni aku penah ckp kat kawan aku....ntah2 Sirul or Azilah tu penah skali-skala makan di meja sblh walaupun dah kena sabit hukuman gantung....or maybe pernah selisih tgh bershopping dgn aweks di mana2....cuma problemnya tak kenal muka je, sbb tu taktau....this is just probabilities....nak gitau yg pelik yg amat bg aku utk kes neh sampai muka suspek tak penah terdedah walau skali, malah polis2 pengiring pun mcm siap tolong kaver baekkk punya agar identiti diorg tak terdedah...
Ntah2 fictitious je 2 org tu utk kes neh....nama pun kedua2 pelik, takkan takde sape penah kenal salah sorg sbb cari di mana2 pun takde muka diorg contohnya gambar di sekolah ke...time keje ke...
Seriously one of a kind punya kes la this one.....tp tak heran pownnnn, but please, don't ever have doubt!
Post time 23-8-2013 10:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
PitMie posted on 23-8-2013 09:46 PM
Sblm ni aku penah ckp kat kawan aku....ntah2 Sirul or Azilah tu penah skali-skala makan di meja sblh ...
aku observed menda yg sama gak..cover baik punya kepala,custom made lg..owang len,tutup ngan paper je muka..yg blasah bini ari tu pun orang bleh cari muka sbenar kat pesbuk....apa2 pun ingat rukun negara, kesetiaan pada raja dan negara yer..