|
Salam pagi Jumaat. Meh baca santapan rohani skit...
BAB 5
Pusat membeli-belah Sogo.
Setiap kali membuat janji temu, di sinilah tempat kami. Bukan tak ada tempat lain, tapi inilah tempat yang paling mudah untuk berjumpa. Aku tak punya kenderaan sendiri, jadi aku menapak saja ke sini.
“Hai!” Dona tersenyum-senyum sebaik sahaja melihat Fahmi tiba. Tadi Dona bukan main resah apabila Fahmi tak muncul-muncul. Bimbang sungguh Dona jika lelaki pujaannya itu tak datang. Aku hanya tersengih sahaja melihat reaksi Dona.
“Hai!” Balas Fahmi ringkas sambil melakarkan senyuman kepada kami berdua. Kemudian dia toleh kepada aku pula seraya memberi salam. Salam dari Fahmi kusambut mesra sebagai tanda persahabatan tambahan kami pun sudah agak lama tak bersua. Semasa aku balik kampung bulan lepas, mak tuk Rahmah, nenek Fahmi beritahu aku Fahmi pun sudah agak lama tak balik kampung.
“Jiha sihat?” Soal Fahmi kepadaku. Anggukan kepala aku sebagai jawapan buat pertanyaan Fahmi.
“Dan kau Dona.... How's life being a teacher?” Fahmi menyoal Dona pula.
“Ok lah... Cuma karier aku taklah begitu mencabar macam Fahmi dengan Jiha. Skop aku cuma budak-budak sekolah.” Dona merendah diri.
Semasa di universiti, Dona pernah beritahu aku yang dia sukakan Fahmi, tapi masa itu aku sangkakan Dona main-main sahaja. Sejak kami bekerja, Dona nampaknya serius dengan perasaannya terhadap Fahmi. Sekarang memang tujuan aku untuk memberi ruang kepada Dona mendekati Fahmi. Ok Dona, go ahead...
“Besar jasa mendidik ni tau! Dona didiklah dia orang tu elok-elok ya supaya nanti dia orang tak mengalami masalah jiwa. Kuranglah sikit beban Jiha.” Aku dan Dona tertawa dengan gurauan Fahmi.
“Kau hebat sekarang. Motivator 1 Malaysia.” Dona mengusik Fahmi.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Mana ada hebat.... Motivator cuma memberi semangat tapi yang menggerakkan sebenarnya atas izin Allah berdasarkan kehendak manusia itu sendiri yang benar-benar mahu berubah.” Aku terkagum dengan kata-kata Fahmi. Ku lihat Dona juga terkesima.
“Baguslah Fahmi ni... merendah diri.” Dona memuji Fahmi. Fahmi tersenyum kecil.
“Kalau dah namanya makhluk, memang diri kita sentiada rendah. Mana boleh kita meninggi sama level dengan yang kat atas.”
“Maksud kau, Tuhan?” Soal Dona.
“Ya! Macam mana hebat dan berjayanya kita di dunia ni, kehebatan itu hanya sekelumit sahaja berbanding dengan kehebatan Pencipta. Dia yang cipta kita dan Dia juga yang menentukan nasib kita. Jadi buat apa kita nak bangga dan merasa diri hebat? Bila-bila masa Dia boleh tarik balik kehebatan itu.” Dona terangguk-angguk mendengar penjelasan dari Fahmi.
“Megalomania.” Fahmi menyambung bicara. Aku dan Dona hanya diam. Dalam kuliah dulu pernah diterangkan apa itu megalomania.... Iaitu penyakit merasa diri paling hebat dan berkuasa.
“Kalau dalam Islam, ia dikenali sebagai ujub. Ujub ialah perasaan kagum atas diri sendiri. Merasakan diri sudah hebat.” Fahmi memandang aku. Kemudian bebola matanya beralih pula kepada Dona.
“Tahu tak siapa yang Rasulullah SAW kata sebagai orang gila?” Fahmi menyoal. Aku hanya menunggu jawapan. Begitu juga dengan Dona.
“Orang gila ialah orang yang berjalan dengan takbur, memandang rendah kepada orang lain dan suka mendabik dada. Sering berbuat maksiat tapi mahukan syurga. Dek kerana kejahatannya sampai orang sedikit pun tidak mengharapkan kebaikan darinya. Itulah orang gila yang sebenarnya menurut pandangan Nabi SAW."
“Apa yang kau sebutkan itu adalah penyakit rohani, kan?” Dona menyoal.
“Yup! Gila ni kan penyakit jiwa?” Fahmi menjawab dalam bentuk pertanyaan. Dona terangguk-angguk.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Interesting!” Tutur Dona kemudiannya. Perbualan kami terhenti apabila makanan yang kami pesan tiba.
“Jiha ni... dari universiti sampai sekarang suka makan char kuew teow.” Fahmi tiba-tiba menegur aku sebaik sahaja pelayan meletakkan sepinggan char kuew teow di atas meja kami.
“Err... aku dah lama tak makan. Serius. Selalunya aku makan nasi.” Tersipu aku malu kerana Fahmi tahu apa makanan kegemaran aku. Tak sangka selama ini tiap kali kami bertiga keluar makan bersama dia memerhatikan aku. Baru aku teringat, memang kebetulan setiap kali kami keluar aku pesan makanan yang sama. Adehh....
“Macam mana dengan Dona? Fahmi tahu apa favourite Dona?” Dona pula bertanya.
“Dona Nilani.... Dona Nilani suka tosai.” Fahmi melawak. Aku cuma tergelak. Aku tahu Fahmi sengaja meneka begitu. Mentang-mentanglah ayah Dona berbangsa India.
“Nope! Aku tak berapa suka tosai. Kalau capati tu ok lah... Aku sebenarnya lebih sukakan makanan orang Melayu.” Dona menjelaskan.
“So, apa makanan kegemaran Dona, Jiha?” Soalan dari Fahmi membuatkan aku tersentak. Err... Serius aku tak tahu. Fuhh! Aku serba-salah dengan Dona. Pandai Fahmi mengenakan aku.
“Dona ni semua benda dia suka.” Lekas lekas aku menjawab. Jawapan untuk melepaskan diri. Nanti Dona merajuk pula.
“Cakap ajelah kau tak tahu apa favourite aku. Macam ni ke namanya BFF?” Dona membuat muka sedih. Hu hu... Kan dah kata?
“Sorry! Ok, kau cakap apa favourite kau. Insya-Allah aku akan ingat selamanya. Fahmi pun nak tahu juga tu.” Tak pasal pasal Fahmi menjadi mangsa aku untuk memujuk hati Dona.
“Ok.... korang dengar sini baik baik tau! Dona Nilani anak perempuan Balachandra suka makan pulut durian. Kau tak ingat ya Jiha... masa aku pergi kampung kau? Aku tambah tiga kali pulut durian yang mak kau masak.” Dona tertawa apabila dia menceritakan kisah semasa di kampung aku suatu waktu dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ya Allah! Baru aku teringat. Masa tu kau tanya mak aku, boleh ke kau nak nak habiskan kesemuanya.” Kali ini aku pula tertawa. Patutlah Dona makan bertambah rupanya makanan kegemaran dia.
“Kau tentu tak tahu aku dah minta resepi dekat mak kau. Cuma aku masih belum cuba lagi.” Dona tersengih-sengih.
“Oh, ye ke? Kalau kau dah try, kau bagi aku rasa. Boleh lah aku nilaikan samada kau layak berkahwin dengan orang Melayu atau tak.” Aku sengaja mengusik Dona sambil memberi bayangan kepada Fahmi.
"Oh, nak kahwin dengan orang Melayu lah ni?" Fahmi menyoal naif. Aku dan Dona saling berpandangan sambil tersenyum.
"Kau rasa macam mana Fahmi? Boleh tak Dona jadi orang Melayu?" Aku memancing lagi.
“Buat apa jadi orang Melayu? Kalau dah Cindian, selamanya lah Cindian.” Fahmi melawak lagi. Kami bertiga tertawa.
“Tak kisahlah Melayu, India, Cina atau Cindian sekali pun, yang penting mesti Islam.” Fahmi menyambung bicara. Aku dan Dona saling berpandangan.
“Kalau macam tu ajarlah Dona tentang Islam! Dona tentu suka kalau Encik Fahmi yang ajar.” Lekas-lekas aku menyaran. Tiba-tiba peha aku terasa pedih. Dicubit Dona rupanya.
“Fahmi, adakah stress juga penyakit rohani?” Tiba-tiba Dona menyoal. Aku sudah dapat mengagak Dona tak mahu aku terus memberi bayangan perasaannya kepada Fahmi. Dona pun satu... Kata nak aku jadi orang tengah. Malu malu pula!
“Ya... Tapi dalam Islam, tak wujud istilah stress ni. Orang yang beriman, bila ditimpa musibah dia akan berkata.... Dari Allah dia datang dan kepada Allah dia kembali. Jadi dia akan sentiasa ingat semua itu adalah dengan kehendak-Nya.” Aku semakin kagum dengan Fahmi sebab segala butir bicaranya dikaitkan dengan agama. Fahmi sudah seperti ustaz pula pada pandangan aku. Walau pun dia bercakap dengan Dona, tapi selamba sahaja dia menyatakan pandangannya dari sudut Islam. Sedang aku, yang sudah lima tahun bersahabat Dona, tak mampu lidahku berbicara sepatah pun soal Islam melainkan bila ditanya Dona. |
|
|
|
|
|
|
|
“Wah! Sejak sambung master dalam psikologi Islam ni, Encik Fahmi kita ni dah macam ustaz lah!” Aku berterusan mengusik Fahmi. Lelaki itu hanya tersengih kecil.
“Dona, kau ada masalah dengan anak murid kau ke Dona?” Aku menyoal Dona pula. Di antara kami bertiga, nampaknya aku yang paling banyak bercakap.
“Ada la dua tiga orang pelajar sekolah aku tu yang selalu buat hal. Boleh dikatakan setiap minggu aku kena beri kaunseling pada dia orang tapi perangai dia orang macam tu juga.”
“Kenapa stress berlaku? Sebab hati tidak boleh menerima sesuatu kejadian, sebaliknya kita berfikiran negatif dalam apa yang telah menimpa kita. Dalam Islam, Nabi SAW mengajar untuk berfikiran positif atas segala musibah. Anggap sahaja Allah mahu menghapuskan dosa dosa. Dan kesannya orang yang ditimpa musibah itu akan bersyukur.” Terserlah kewibawaan Fahmi sebagai pakar motivasi. Sungguh berkarisma sekali. Kulihat Dona mengagguk-angguk lagi.
“Kau dah tegur pelajar-pelajar tu, tapi dia orang masih tak mahu menerima malah melawan pula. Jadi berfikirlah secara positifnya yang kau diketemukan dengan dia orang tu untuk mengajar kau erti kesabaran.”
“Hmm... menarik cadangan tu. Mungkin aku ni kurang sabar.” Dona mengakui kelemahannya.
“Tak apa. Proses pembelajaran itu berterusan. Aku sendiri pun masih dalam proses memperbaiki kelemahan diri.” Tutur Fahmi lagi. Aku hanya menggariskan seulas senyuman buat Fahmi apabila anak matanya menghala ke wajahku.
“Dona! Kau ok tak ni?” Aku bertanyakan Dona apabila Dona tiba-tiba mengaduh sambil menekan belakang kepalanya.
“Kepala aku ni tiba-tiba rasa sakit.” Dona memberitahu aku masalahnya.
“Migrain kau datang balik? Kau terlalu memikirkan masalah pelajar kau sampai stress ke ni?” Aku semakin risaukan Dona. Aku tahu Dona selalu mengalami sakit migrain, tapi kali ini sehingga berkerut dahi dan berpeluh muka Dona, seperti sedang menahan sakit yang keterlaluan. |
|
|
|
|
|
|
|
“Kalau macam tu, jom aku hantar ke klinik.” Fahmi menawar diri. Riak wajahnya juga tampak gusar.
“It's ok... Sakit sikit aje. Balik rumah nanti aku makan ubat. Lepas tidur, ok lah.” Sahut Dona.
“Kalau macam tu, aku hantar kau balik rumah.” Tutur Fahmi kemudiannya.
“No need. Aku bawa kereta tadi. Jiha, kau boleh hantarkan aku balik?" Pinta Dona.
"Sure..."
"Kalau macam tu, aku ikut. Lepas hantar Dona, aku hantar Jiha balik." Fahmi juga membuat permintaan. Aku serba-salah. Aku nak rapatkan hubungan Dona dengan Fahmi tapi Fahmi seperti mahu menyempil dengan aku pula.
“Kau bermalam di rumah aku, boleh?” Kali ini tak mampu ku tolak permintaan Dona. Entah kenapa hati kecilku berfikiran negatif mengenai kesihatan Dona sedangkan baru saja sebentar tadi Fahmi menyuruh sentiasa berfikiran positif. Kekerapan Dona mengalami sakit kepala memusykilkan aku. Tambahan, aku tak mahu balik dengan Fahmi. Nanti apa kata Dona?
********** |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam bilik Dona, Gombak.
“Kau cakap dengan aku, apa sebenarnya yang berlaku? Kau ada apa-apa masalah yang kau sembunyikan dari aku?” Aku bertanyakan Dona ketika aku menjengah ke biliknya selepas aku selesai mandi dan solat isya. Dona yang sedang berbaring di atas katil dalam bilik tidurnya hanya memandang aku.
“Tak ada apa-apalah. Aku kan selalu migrain?” Dona mengingatkan aku tentang masalah yang dihidapinya sejak di universiti lagi.
“Kau ni dah tahu ada migrain, janganlah fikirkan sangat masalah pelajar kau tu. Bila stress, migrain kau datang balik.” Aku menghampiri Dona dan duduk di atas birai katil bersebelahan Dona. Kemudian mataku tertancap pada botol kecil atas meja di sebelah katil.
“Ni... ubat ni... Ubat apa ni? Bukan panadol atau paracetamol yang kau biasa ambil tu, kan? Ni ubat hospital.... maknanya kau memang menyembunyikan sesuatu dari aku.” Setelah puas aku membelek apa yang tertulis pada botol, aku bertanyakan kepada Dona. Aku masih tak percayakan kata-katanya.
“Ubat sakit kepala lah. Migrain aku kerap sangat datang, dah tak jalan dengan panadol atau paracetamol.” Dona menjawab.
“Tipu! Aku pergi tanya pada auntie. Tentu dia tahu pasal ni.” Aku segera mengangkat punggungku dari katil Dona. Aku mahu keluar menemui makcik Anushia.
“Jiha, don't. Please! Aku cuma migrain aje lah. Demi Allah!” Suara Dona yang separa menjerit itu membuatkan langkahku terhenti. Aku kembali berpusing menoleh ke arah Dona.
“Migrain macam ni? Dulu kau kena migrain tak ada lah seteruk ni. Sampai berpeluh-peluh kau menahan sakit.” Aku masih ragu ragu setelah melihat kejadian di restoran petang tadi.
“Betul! Kau ni.... gelabah!” Dona ketawa.
“Sini lah kita borak-borak pasal Fahmi.” Katanya lagi. Aku tarik nafas pendek tapi dalam. Kemudian kulepaskan kasar. Geram dengan sikap Dona yang cuba berahsia.
“Hei! Relax ok? Serius aku cuma migrain. Lagi pun semalam aku tak cukup tidur kut.” Dona cuba menyakinkan aku.
“Kau buat apa semalam? Kau tidur lewat?” Aku mula berlembut dan kembali ke sisi Dona. Dona mengukirkan senyuman seperti biasa.... mesra dan ceria.
“Aku tak boleh tidur. Nervous nak jumpa Fahmi.” Dona ketawa lagi. Aku mencebik. Mataku merenung tepat ke wajahnya. Sebenarnya aku cuba menafsir raut wajahnya. Dona memang ceria orangnya sebab itu sukar untuk menterjemah apa perasaan sebenar dalam hatinya.
“Tadi dah jumpa, macam mana?” Akhirnya aku terpaksa mengalah. Berfikiran positif, ok!
“Mestilah aku happy! Haaaapppyyy sangat.” Dona peluk aku tanpa aku suruh. Aku membalas pelukannya. Belakangnya aku gosok-gosok perlahan.
“Thanks Jiha.”
“Don't mention it. Tapi aku nak kau jangan terlalu banyak memikirkan masalah anak murid kau. Ingat apa Fahmi kata?”
“Anggap sahaja untuk menguji kesabaran aku.” Dona pantas mengulangi apa yang disampaikan oleh pakar motivasi yang kami temui petang tadi. Aku tersengih cuma.
**********
Done! |
|
|
|
|
|
|
|
tak suka watak insyirah.. itu takboleh ini tak boleh..
seolah2nya berdakwah hanya utk org islam.. abih caner nak tarik yg bukan islam masuk islam camtu?
sama mcm org yg tengok org pegang bible, baca bible.. terus cop org tu takde akidah, syirik dan yg sewaktu dgnnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
lowgil posted on 22-2-2013 11:46 AM
nak tiru speku gak..sama mcm meow
eddie ke hero jiha?
Nak speku eddie atau mujahid?
Mujahid tu....
Maulana Iqy... Bleh?
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 22-2-2013 12:48 PM
tak suka watak insyirah.. itu takboleh ini tak boleh..
seolah2nya berdakwah hanya utk org islam.. ...
Org2 sebeginilah yg membakar syurga
|
|
|
|
|
|
|
|
fuhh..tak terkejar thread lady..
sb bz mengejar thread yg sedang hot kat sinun..
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 22-2-2013 02:49 PM
Org2 sebeginilah yg membakar syurga
okeh.. semakin memahami tajuk nampaknya
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 22-2-2013 03:38 PM
fuhh..tak terkejar thread lady..
sb bz mengejar thread yg sedang hot kat sinun..
Usu...
Hati2... jgn sampai kena sihir tau!
----
Ok, sambung sementelah pepagi ni tak bz. Satgi ada keroje teman nak buat.
BAB 6
Rumah sewa, Kampung Baru.
TOK TOK TOK... Pintu bilik aku diketuk.
"Jiha, boleh aku masuk?” Suara Lili amat aku kenali.
“Masuklah! Macam tak biasa,” laungku dari atas katil.
Sebaik sahaja pintu bilikku Lili buka, dia segera mendapatkan aku yang sedang melayari Forum Bicara Kita.
“Jiha, Jiha, Jiha!" Berkali-kali Lili menyebut nama aku sedangkan aku tertonggok atas katil. Suaranya kedengaran penuh kegembiraan. Entah perkara apalah yang mengujakan Lili sehingga dia nampak betul-betul seronok. Pasti ada sesuatu yang hendak disampaikannya kepada aku. Namun aku tidak bertanya. Aku senyum sahaja memandang Lili.
"Cuba kau teka aku jumpa siapa tadi?" Soal Lili sambil melabuhkan punggungnya di sisiku tanpa perlu menunggu aku suruh. Kemudian tanganku diraihnya lalu digenggam kuat kuat.
"Aku jumpa Cicak Kobeng!" Beritahu Lili apabila aku tidak bertanya.
"Hah?" Aku masih tak faham. Kenapa Lili begitu teruja sangat jumpa cicak kobeng?
"Mahal sangat ke?" Soal aku yang masih kehairanan.
“Mestilah, peluang dan kenangan yang sangat mahal.”
“Tapi setahu aku, cicak tokek saja yang mahal. Boleh mencecah ke puluhan ribu ringgit.”
"Eeee!!! Apalah kau ni..." Lili melepaskan kasar tangan aku yang digenggamnya dari tadi. Marah sangat agaknya dengan aku yang tiba-tiba jadi Minah Blur.
"Forumer FBK lah!" Lili menjelaskan kekeliruan aku. Aku tertawa. Barulah aku faham siapa yang Lili maksudkan tadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Manalah aku tahu... Sorry! Lagi pun aku tak pernah tahu pun pasal Cicak Kobeng." Aku cuba menjustifikasikan kekeliruan aku tadi.
"Ya lah... kau cuma ambil tahu pasal Mujahid kau tu saja. Tak pun si Mind Teaser." Lili menyindir aku. Aku tersengih cuma.
"So, macam mana dia? Adakah muka dia macam cicak kobeng?" Aku mengusik Lili.
"Choiii!" Lili memarahi aku. Bulat matanya. Aku mengekek gelakkan Lili.
"Handsome siot kau!" Lili mula bercerita.
"Really?" Aku sedikit teruja.
"Dia aktif kat bicara mana?" Aku menyoal lagi.
"Dia kata kadang-kadang dia ada gak kat Bicara Gosip."
"Ceh! Jantan kaki gosip rupanya? Pandai kau cari yang sekufu." Aku mengusik Lili lagi.
"Huwaaa.... kau ni!" Lili marah bila aku kutuk Cicak Kobeng. Lengan aku ditamparnya agak kuat.
"Aww!!" Aku mengaduh kesakitan. Padan muka aku. Itulah natijah dari mulut yang tak ada insurans.
"Dia selalu bertenggek di Bicara Sukan kau! Sekali-sekala aje dia menjengah ke Bicara Gosip. Sebab tu aku tak berapa nak cam dia."
"Tadi tu kau pergi gathering untuk warga gosip, kan? Buat apa dia pergi sekali?" Aku bertanya macam Minah Blur lagi.
"Apa lah kau ni... Tak semestinya gathering untuk warga Bicara Gosip hanya warga situ saja yang boleh pergi." Aku membuang sengih apabila Lili memarahi aku. |
|
|
|
|
|
|
|
"Lepas ni kau akan selalulah menjengah ke Bicara Sukan?" Aku menyakat Lili lagi.
"Mestilah!" Lili membalas sindiran aku sambil tersenyum-senyum.
“Eh, dah alang-alang kau tanya tu kan, kau masuk sekejap ke Bicara Sukan. Aku nak tengok pos-pos Cicak Kobeng.”
“Kacau daunlah kau ni!” Geram aku bila Lili mengganggu konsentrasi aku. Sedang syok aku membaca penerangan Mujahid tentang peranan masyarakat membenteras gejala sosial, Lili kacau pula.
“Sekejaplah! Karang aku malas tolong kau risik siapa Mujahid, baru kau tahu.” Lili mengugut aku pula.
“Amboi kau! Main ugut-ugut pula ya? Oklah.... tapi kau janji tau tolong aku risik-risik pasal Mujahid.”
“Ha! Tau pun aku ni penting. Itulah gunanya pergi gathering. Dapat jumpa ramai forumer. Nanti aku tanya-tanyakan. Jap, dia kan moderator? Mesti moderator kat ruangan bicara yang lain-lain kenal dia.”
Bunga-bunga harapan untuk mengetahui siapa Mujahid semakin mekar. Tersenyum-senyum aku mendengar kata-kata Lili. Tak sabar aku hendak mengenali Mujahid secara realitinya.
“Tengok tu, baru kata nak tolong risik bukan main lebar senyum. Kalau aku kata aku tahu siapa dia, tentu sampai ke telinga kau merenyih, kan?” Lili menyindir aku. Kemudian laptop aku diambilnya lalu diletakkannya ke atas ribanya. Lili terus buat laptop aku macam hak miliknya. Aku biarkan saja. Nanti dia batalkan hasratnya hendak merisik pasal Mujahid, aku juga yang berputih mata.
“Wow! Dia minat sukan bina badan. Patutlah dia cakap dia selalu pergi gym. Kau tahu Jiha, badan dia... sasa giler! Kalau dia buka baju, confirm six pack.” Aku hanya menggeleng. Setelah puas Lili mencari tred-tred di mana Cicak Kobeng selalu berada, Lili memulangkan kembali laptop kepada aku.
“Thanks.” |
|
|
|
|
|
|
|
“Don't mention it.”
"Aku rasa aku dah jatuh cinta."
"What?" Membundar besar biji mata aku. Sungguh aku terkejut dengan kata-kata Lili. Baru saja jumpa dah jatuh cinta?
"Handsome kau! Ini namanya love at first sight."
"Jatuh cinta semata-mata sebab handsome?" Lili hanya mengangguk bagi mengiakan pertanyaan aku.
"Kau kena kenal hati budi dia dulu Lili." Aku mengingatkan Lili. Aku langsung tak percaya kepada cinta pandang pertama.
“Cinta pandang pertama bagi aku didorongi oleh nafsu.” Aku memberikan pandangan dari sudut rasa hati aku.
“Alah! Semua cinta memerlukan nafsu. Kalau tak ada nafsu, macam mana nak jatuh cinta? Macam lelaki gay, sebab tak ada nafsu terhadap perempuanlah dia tak jatuh cinta pada perempuan. Sebaliknya nafsu dia hanya kepada kaum sejenis.” Lili mempertikaikan kata-kata aku dengan memberikan huraian yang agak logik mengenai nafsu. Aku terdiam sejenak.
“Ok, ok.... Aku setuju dengan kau pasal nafsu. Tapi kita tak boleh ikut nafsu. Kita kena kawal nafsu dengan akal yang dipandukan atas landasan iman.”
“Cewah, kau nak ganti tempat Insyirah pula, ya?” Sindiran Lili membuatkan aku tersengih.
“Bukan macam tu.... tapi betul tak apa aku kata?” Soal aku lembut. Aku tak boleh mendesak orang bersetuju dengan kata-kata aku walau pun pandangan aku itu betul. Aku mesti pandai memancing hati orang yang hendak aku dekati. Di pejabat pun, para kaunselor sering diingatkan mengenai ini. Kaunselor mesti pandai mengambil hati klien barulah klien boleh mempercayai kaunselor dan mahu meneruskaan sesi kaunseling.
"Alah! Kau tu? Cinta internet lagi bahaya tau!" Lili bangun dari duduknya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|