CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ~~mm~~

Pasangan : Perempuan (Degree) + Lelaki (SPM)

[Copy link]
Post time 9-2-2013 07:29 AM | Show all posts
bagi aku, kena sama sbb nak cara pemikiran yang sama..
kan orang kata, pendidikan itu mengubah seseorang?
semakin tinggi pendidikan dia, aku rasa semakin banyak yang dia tau tentang hidup dan semakin banyak pengalaman dia dalam handle masalah.
so aku perlukan ilmu dan pengalaman dia untuk menghadapi hidup aku dengan lebih baik di hari2 akan datang
sekian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2013 08:26 AM | Show all posts
Sorry
I sangat kisah (eceehhhh 'i'. Montahhh)
Sangat pentingkan pendidikan dan kesekufuan
Nasib baik i da kawen. Sekufu. So i tak boleh lawan my husband. Sbb dia lagik terrer dari i. Thats a leader.
I  rasa i tak boleh dengan org tak sama level dengan i.  i ego sangat u. I tak boleh kalah. I mesti nak menang.  tuhan da jodohkan i dengan orang yang pandai tundukkan i. Yang boleh reasonkan i. Im in legal. So naturally i like to argue and get my point out loud. Husband rationalist. I kalah. So i kawen. Bf bf lama semua tak mampu tundukkan i. Hahahaha. Mengong
Pompuan ego tinggi bhai... Carila yang boleh chelen dengan keegoan mu


Muntah pulak guna i i ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 10:00 AM | Show all posts
aku ngan hubby bahagia je.. walaupun hubby spm je dia sangat rajin bekerja mencari duit..
kadang2 pendapatan dia lagi tinggi dari aku yang degree ni..
sayang hubby..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 05:50 PM | Show all posts
Hmm.. tahap pendidikan berkait rapat dengan pendapatan seseorang... tapi jangan lupa.. tahap usaha berkait rapat dengan pendapatan seseorang...

Nak share cikit citer my sis... my sis ni tamat darjah 6 je.. coz ade masalah kesihatan... and my bro in law ni manager... gaji 4-5k la... tapi income my sis lagi banyak sampai kengkadang my bro in law ni pun pinjam duit ngan my sis... my sis ni berniaga perabot je... sekolah tak tinggi... tapi 'BERUANG'... ;) YANG PENTING USAHA... KALO MALAS DEGREE SEKEPUK PUN TAK GUNE...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 07:18 PM | Show all posts
TT... qualification level tak menjadi penghalang hubungan... me myself, skg tgh wat phd, my husband ada degree... tp kitorg bahagia je... dia pn muda setahun jgk... yg penting skg kasih sayang tu... dan yang paling penting, diri sendiri, yakin dengan hubungan korg... jgn diikut sgt apa yg org nak cakap. Keluarga yg nak dibina ni keluarga korg berdua, semua tu bergantung kepada diri sendiri. Kalau TT rasa level menjadi penghalang, takyah teruskan, tapi kalau TT tak kisah ngn semua tu, dan sanggup bertahan dengan apa yg org keliling ckp, teruskan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 10:24 AM | Show all posts
isu sensitif utk me...last cinta me  adalah dgn seorang lelaki baik kelulusan sijil. me cuba menerima dia seadanya..at last xboleh jgk sbb jalan me n dia sgt jauh bezanya...senang cite future planning me yg kearah akademik n material sgt xsama dgn planning dia.smpai bergaduh2 n me nangis n give up...last fikir yg terbaik me minta break up utk kebaikan bersama.sekarang dia dh pun bertunang, mungkin dia dh jumpe yg sekufu dgnnya dari semua segi...me doakan dia bahagia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2013 12:43 PM | Show all posts
aku menunggu hari2 di mana sjil2 kertas spm, diploma, degree, master dan phd tak berguna satu sen sekalipun..



Last edited by capiloton on 10-2-2013 12:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 02:55 PM | Show all posts
capiloton posted on 10-2-2013 12:43 PM
aku menunggu hari2 di mana sjil2 kertas spm, diploma, degree, master dan phd tak berguna satu sen se ...

hari ape agaknya tu..?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2013 05:29 PM | Show all posts
aku sebagai pompuan sangat kisah.

unless jika gaji lelaki itu 10k dan dia seorang yang sangat matang dan baik.

minta mahap.

aku tanak dikeji di kemudian hari hingga last2 aku sindri mengeji laki aku disebabkan termakan hasutan setan yang bertapak dalam diri dan orang luar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 05:34 PM | Show all posts
nuryakmal posted on 9-2-2013 08:26 AM
Sorry
I sangat kisah (eceehhhh 'i'. Montahhh)
Sangat pentingkan pendidikan dan kesekufuan

sangat tepat pendapat ini.

satu-satunya sebab aku pileh tunang aku pon karna dia sorang ja dapat tundukkan aku yang sangat loud dan outspoken inih.



Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
raxief posted on 9-2-2013 12:31 AM
bkawan dgn pompuan level spm pun letih gak. semuanya xtau. yg die tau hiburan2 je, tu pun artis2, pe ...

hahh...yg dgree pn ada je yg hdupnya duk ckp psl hiburan je...kpop la,holiwood la,dia cntek dia hensem....tu je manjang...general knowledge almost zero...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 11:32 PM | Show all posts
daripada education level ke ego.........itu lah punca sebenarnya

punca nya ialah ego, bukan taraf pendidikan. memandang rendah kepada orang yg bawah level n bangga dengan keburukan diri........
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 12:30 AM | Show all posts
ika_ivy posted on 9-2-2013 05:18 AM
TT... qualification level tak menjadi penghalang hubungan... me myself, skg tgh wat phd, my husband  ...

Phd dengan degree masih diterima akal, kalau u ada phd dan husband hanya spm ha tu baru jadi cita.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 02:17 AM | Show all posts
aechae posted on 10-2-2013 11:07 PM
hahh...yg dgree pn ada je yg hdupnya duk ckp psl hiburan je...kpop la,holiwood la,dia cntek dia he ...

tu la psl. general knowledge haram xtau. kalo spm xleh nk kata ape la, tp kalo degree... hmmm.. mmg slow kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 09:57 AM | Show all posts
Hana posted on 6-2-2013 03:23 PM
perempuan (degree) tu bergaji rm5ribu ke atas ke? pastu lelaki yang SPM tu bergaji rm1500 kasar ke?
...

terbaek!!!!!
mmg kene fkr jauh,kan..

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 09:59 AM | Show all posts
Pembentukan keluarga memainkan peranan penting dalam agama Islam. Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak. Bahkan sekiranya tiada sekufu antara kedua-duanya, maka isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinannya.

Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.

"Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai 'al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir. "Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan. "Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya dan sebagainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah kemudian hari.

"Berlainan pula seandainya seorang isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara. Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga.

Menurut ulama fiqah, keseluruhan mereka mengambil kira kepentingan sekufu, sehingga didapati Mazhab Syafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya. Sementara bagi Mazhab Hanafi, walaupun tidak ada wali mujbir (wali yang boleh memaksa anaknya untuk berkahwin atau tidak berkahwin, misalnya ayah dan datuk) seorang perempuan itu boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali.

Namun wali mujbirnya iaitu bapanya contohnya, masih berhak untuk membubarkan perkahwinan itu sekiranya mendapati pasangan tersebut tidak sekufu. Sebagaimana dijelaskan di atas bahawa sekufu merupakan hak kepada wanita dan walinya, maka sekiranya salah seorang daripada orang yang berhak ini menghalang perkahwinan disebabkan tidak sekufu, maka perkahwinan itu tidak boleh dilangsungkan.

Contohnya, seorang perempuan membawa calon suaminya tetapi tidak dipersetujui oleh bapanya sebagai seorang wali mujbir dengan alasan lelaki tersebut tidak sekufu dengan anaknya, maka alasan itu dianggap munasabah dan hak bapanya sebagai wali tidak boleh dipindahkan kepada wali hakim atau wali selepasnya. Begitu juga sekiranya seorang perempuan yang dipaksa berkahwin oleh wali mujbirnya, sama ada bapa ataupun datuk tetapi dia menolak dengan alasan bahawa perkahwinan ini tidak sekufu, maka dia berhak untuk menghalang perkahwinan ini.

Jelas di sini,  bahawa semua mazhab meletakkan sekufu sebagai satu perkara yang penting. Jumhur mengatakan, sekufu adalah syarat untuk meneruskan perkahwinan, bukannya syarat sah perkahwinan tetapi tidak dinafikan bahawa sekufu penting dalam perkahwinan. Sementara menurut Imam Shirazi, apabila seorang wanita ingin berkahwin dengan orang yang tidak sekufu, tidak menjadi kewajipan kepada wali mengahwinkannya. Manakala, bagi Imam Imrani pula, pemerintah tidak boleh mengambil alih ataupun wali tidak boleh dipaksa untuk mengahwinkah anak perempuan dengan pasangannya yang tidak sekufu.

Sekufu adalah hak kedua-dua belah pihak, iaitu calon isteri dan walinya. Pun begitu ia boleh digugurkan dengan syarat dipersetujui oleh kedua-dua. Ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat Aisyah, Rasulullah s.a.w. bersabda: Pilihlah olehmu untuk keturunan kamu dan bernikahlah dengan orang yang sekufu. (Riwayat al-Baihaqi)

Manakala di dalam kitab Fathul Qadir, "Tidak boleh menikahkan seorang perempuan itu kecuali walinya dan mereka tidak akan menikahkannya kecuali yang sekufu". Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang hamba bernama Burairah yang dimerdekakan oleh Aisyah r.a. Setelah dia dimerdekakan, Rasulullah bertanya kepadanya kerana dia telah berkahwin dengan seorang hamba. Baginda memberi pilihan kepada Burairah sama ada mahu meneruskan perkahwinannya atau bercerai. Nyatalah bahawa Rasulullah begitu menitikberatkan soal sekufu, memandangkan suami Burairah masih menjadi hamba berbanding dirinya yang sudah merdeka. Kata Dr. Amilah lagi, ayat al-Quran yang begitu terang menceritakan tentang sekufu ini tidak ada. Cuma yang ada ialah ayat yang agak hampir dalam masalah sekufu ini, iaitu surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya:

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (juga), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)".

Malah kepentingan sekufu ini tidak terhad kepada gadis dan wali sahaja, wanita yang berstatus janda juga perlu dititikberatkan soal sekufu.

Ini terbukti apabila Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib, Tiga perkara jangan kamu tangguhkan. Pertama, menunaikan sembahyang apabila masuk waktunya. Kedua, menguruskan jenazah, dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya, maka langsungkanlah pernikahannya. (Riwayat Tirmizi) .

Menyedari kepentingan sekufu ini, adalah di sarankan kepada ibu bapa dan remaja perempuan, agar mengambil berat mengenainya tetapi jangan bersikap terlalu rigid.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Apabila datang pinangan kepada kamu daripada orang-orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dengannya. Sesungguhnya, sekiranya kamu tidak berbuat demikian, akan menyebabkan fitnah dan kefasadan (kerosakan) di muka bumi.

Menyentuh mengenai tahap pendidikan ujar Dr. Amilah, aspek pendidikan boleh dikaitan dengan profesion atau kerjaya dan penghayatan agama (ilmu agama). Contohnya sebuah kisah yang berlaku pada zaman baginda Rasulullah. Bilal bin Rabah (bekas hamba) berketurunan Habshi telah dikahwinkan dengan seorang wanita Ansar.

Wanita tersebut mengetahui bahawa Bilal bukan berbangsa Arab. Namun, Rasulullah mengenepikan soal darjat antara kedua-duanya dan mengatasinya dengan cara memberi kefahaman dan penghayatan agama.

Begitu juga kisah sekumpulan orang-orang Ansar yang berkata kepada Ali bin Abi Talib, "Alangkah baiknya kalau kamu memiliki Fatimah." Lalu Ali menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminang puterinya, Fatimah. Setelah mengucapkan salam beliau ditanya oleh Rasulullah s.a.w.: Apa hajatmu wahai putera Abi Talib? Jawab Ali, Aku hendak melamar Fatimah puteri Rasulullah s.a.w. Rasul menjawab: Marhaban Wa Ahlan. dan tidak berkata apa-apa lagi. Maka Ali keluar menemui sekumpulan orang-orang Ansar yang sedang menunggunya tadi. Mereka bertanya, "Berita apa yang kau bawa?" Ali menjawab, "Aku tidak tahu kerana baginda hanya mengatakan kepadaku, Marhaban."

Daripada peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa sekufu dalam agama merupakan aspek penting dalam pemilihan jodoh.

Share this topic on Facebook
« Last Edit: 08 October, 2009, 07:33:47 PM oleh Ummi Munaliza »
Logged
Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
Penal Utama Baitul Muslim
Sembilu Kasih

    *
           
           
    Offline
    Posts: 415
        View Profile

Re: Sekufu dalam pemilihan Jodoh?
« Jawab #1 on: 08 October, 2009, 06:30:32 PM »


"DUDUK sama rendah, berdiri sama tinggi', 'Sama cantik sama padan' dan `Bagai pinang dibelah dua".

Itulah kepelbagaian ungkapan yang sering benar diucapkan apabila hendak memuji kecantikan dan ketampanan sepasang pengantin baru. Luahan perasaan sebegini jelas membuktikan naluri kita sebagai manusia yang gemar kepada keindahan, dan menolak sesuatu yang tidak sepadan atau tidak secocok.

Apatah lagi, perkahwinan merupakan ikatan perjanjian dua orang insan untuk berkongsi segalanya dalam menempuh kehidupan berumah tangga, yang mengharapkannya kekal sepanjang hayat.

Lantaran itu, sebaiknya kedua-duanya setaraf dalam banyak hal supaya rumah tangga yang akan diharungi lebih mudah dilayari. Kesesuaian atau sefahaman dalam memilih suami mahupun isteri, merupakan asas dalam membina keluarga Muslim.

Kesesuaian bukan sahaja dinilai dari aspek kedudukan, harta kekayaan dan pendidikan akan tetapi kesamaan atau sefahaman dalam agama turut diambil kira di dalam Islam.
Firman Allah s.w.t. bermaksud: "Hai manusia, se-sungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". (Al-Hujarat: 13)

kredit to; halaqah.net

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2013 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku degree dia sijil je.yg nmpk beza dia x reti english.tp bab survivor dlm idup,dia lg bagus.dia bdk kg aku bdk bndr.pasal duit dia x suka aku kuarkn duit mkn.aku biar je la.dulu  gaji dia half dr aku,skrg dh sama bila pindah kje.sbb bidang kje dia pentingkn pengalaman dr education.aku pn wpn degree,mmg asik kna buli je sbb tau teori je dlm kje.praktikal nya xde.haha..so bagi aku x kira la degree ke spm,klau rajin dn pangai ok..aku terima je
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 12:07 AM | Show all posts
sekarang ni, mmg ramai ppuan pandai blajar... ramai ppuan ada degree....

yg lelaki, xder degree bkn x pandai...mbe ada masala lain yg malang dia sambung....

klu sumer ppuan degree nak tgg lelaki degree, ramai la x kawin2....

yg ptg, lelaki tu baik, x ambil kesempatan. mulut org, jgn layan, klu jump yg degree, tapi hampeh, x guna gak....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 12:57 AM | Show all posts
Hana posted on 8-2-2013 09:37 AM
aku lak, takde experience even berkawan sekali pun.
sebabnya aku takut, kata berkawan atau saj ...

Cuba Cuba jangan Cuba, x pernah rasa nak rasa, bila kena baru padan muka, sana sini serba tak kena....hehe lagu salleh  yaacob. Betul la tu, dah tau kita tu x pejuang cinta buat pe buang our precious time tempoh masalah kan. Dulu mak bapak aku kata x, aku nak jugak....lautan api sanggup kurenangi tu....last2 aku gak yg hangus tgh laut..ahhh...l I've learnt my lesson....Betul la tu tunjuk arah mak bapak aku....

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 07:50 AM | Show all posts
Pengalaman 2 org kawan, situasi seperti di atas:

Si A (pompuan) ada degree, pasangan setakat sijil. Masa bercinta semua indah.  Bila kawin porak peranda.  Lelaki asik tukar/tak kerja.  At last cerai, anak 4, sepanjang kawin, suami tak pernah keluarkan duit menyara keluarga.

Si B (pompuan) ada degree, pasangan pun takat sijil je.  She's my best friend.  Sebelum kawin, she asked for my opinion.  Byk juga la nasihat dia.  Suruh dia sembahyang istiharah. She took one year to make the decision. Alhamdulillah, mereka kawin dan 14 tahun, aman damai, lelaki ni rajin bekerja, dah byk mengumpul harta, lengkap ilmu agama, matang dan bertanggungjawab.  

Kesimpulannya, apa yg telah disaran oleh agama dalam memilih pasangan hidup, itulah pedoman kita.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:19 AM GMT+8 , Processed in 1.397664 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list