“nah...” Aliff menghulurkan sebatang ais krim kepada Farah yang berjalan seiring dengannya... mereka dalam perjalanan untuk pulang ke rumah masing-masing.. Farah menyambut huluran ais krim dengan senyuman menawan...
“thank...susah-susah je belikan ais krim untuk saya.” ucap Farah mesra.. dibuka plastik yang membalut ais krim sebelum dengan perlahan-lahan menikmati rasa sejuk dan manis ais krim tersebut.
“aiskrim murah je... lagi pon awak kan dah banyak tolong saya... kira macam upah la ni...” balas Aliff lembut. nikmat betul menjamah ais krim waktu panas terik macam ni...
“saya ikhlas... lagi pon tak salah kalau kita berkongsi ilmu yang ada... orang kata,lagi banyak kita memberi lebih banyak yang kita bakal menerima selepas ini.”Farah membalas tenang... dijeling wajah tampan Aliff disebelahnya. Ada rasa getar mula menghiasi hatinya... dia tahu apa makna getaran itu.
“awak memang baik...” puji Aliff. Farah tersenyum malu mendapat pujian ikhlas dari sahabatnya itu.. kenapalah Shazrina tidak suka sangat dengan Aliff yang begitu baik dan lembut orangnya ni. Memang rugi sahabatnya itu.
“hmm kita keluar sama-sama macam ni tak ada orang marah ke?” Tanya Aliff penuh makna tersirat. Farah mengerutkan dahinya yang licin... dikerling wajah Aliff disebelahnya.
“siapa nak marah? Mama saya? cikgu? Shazrina?” soal Farah tidak mengerti... Aliff ketawa senang dengan jawapan yang diberikan oleh Farah... dia tahu Farah tidak faham maksudnya.
“awak ni kan... nama aje pelajar cemerlang sekolah.... benda macam tu pon tak paham.”Usik Aliff dengan senyuman nakal. Farah tersengih cuma.. masih tidak mengerti soalan jejaka ini.
“habis tu sapa nak marah?” pak guard sekolah?” tambah Farah lagi... jawapan akhir dari Farah membuatkan Aliff ketawa besar...
“pak guard sekolah akan marah kalau dia lah boyfriend awak sekarang ni.” Sela Aliff dengan ketawa yang masih bersisa. Farah turut sama ketawa... baru mengerti soalan yang diutarakan oleh Aliff..
“ooo....tu ke maksud awak... tak ada orang nak marah la... saya bukan ada pak we pon...lainlah awak... karang tak memasal saya kena serang dengan girlfriend awak pulak.”
“fuh selamat la kalau awak tak ada pakwe... boleh saya masuk line. Saya pon tak ada girlfriend ni.” Giat Aliff dengan senyuman nipis... sekadar bergurau tiada maksud lain.... Farah tersenyum malu mendengar jawapan dari Aliff... namun hatinya berbunga dengan jawapan lelaki tu.
“iye la tu tak ada girlfriend... Shaz tu apa?” Farah mula mencungkil maklumat... ada rasa debar dalam menanti balasan dari Aliff.
“dia tu kawan untuk berperang boleh la...” acuh tak acuh Aliff membalas... terus otaknya teringatkan Shazrina... gadis yang mempunyai mood yang tidak pernah stabil...setiap kali pertemuan mereka pasti ada pergaduhan namun Aliff tidak pernah bosan dengan pergaduhan tersebut... malah dia sangat suka kalau boleh mengusik Shazrina yang mudah melenting. Farah tersenyum mendengar jawapan dariAliff... dia tahu Aliff tiada perasaan buat sahabat baiknya.
Last edited by misssakura on 21-11-2012 12:01 PM
|