|
mnSK posted on 26-2-2013 08:18 AM
jambatan nie menghubungkan Lumut(jalan IPOH-LUMUT) ke Segari, Pantai Remis...
selalu ikut jln nie ...
selalu singgah bawah jmbatan tuanku bainun ni on de way balik kg...lepak2 berenti makan tghari...mmg slalu bawak bekal , sengaja nk berenti makan kt situ....best gak layan panorama air kt situ...
|
|
|
|
|
|
|
|
sherry posted on 26-2-2013 08:41 AM
kalu betullah tmpt ni kt pangkor, rasa cam penah wat aktvt kt sini la dolu dolu
|
|
|
|
|
|
|
|
oni313 posted on 25-2-2013 10:29 PM
klau tasik, tasik raban kot, jambatan raja nazrin... flash mungkin ingat2 lupa sal nama jambatan t ...
kat umah kampung kat dengan resort ni la
aku dok mase adik aku kawen bulan 12 aritu...
lepas jambatan ni simpang 4 trafik light masuk kiri...
gelap nye la hai lampu jalan pun ade sebatang2 jauh2
lak tu... drive lagi sampai jumpe simpang 3 belok kiri...
ada jalan merentasi tasik tu... masa sampai tu tak perasan lagi
dekat selekoh first tu rupenye ade satu kuburan yang siap dipagar...
mase kitorang nak kuar ke taiping siang nye tu baru perasan
kuburan tu... malam2 kat situ kol 10 dah start sunyi dah...
dan pakcik kedai runcit kat resort tu cam creepy je...
langsung tak bercakap atau die bisu sebenarnye...
aku nak beli rokok... mase tu die tengah duduk bace suratkhabar..
secare slow motion nye die bangun sambil wat muke creepy...
dan aku dah dapat rokok aku cakap time kaseh tengok
die maseh wat muke creepy tak de nak senyum langsung...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tt cerita lain korang pusing lain
|
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy posted on 26-2-2013 02:18 PM
tt cerita lain korang pusing lain
dah TT menyepikan dirinye...
|
|
|
|
|
|
|
|
sherry posted on 26-2-2013 08:41 AM
nie ke jambatan gantungnye...patut la angker... tempat x terjaga...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hurm..best cerita ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
edoraixora posted on 26-2-2013 12:02 AM
Panjang gak jematan nye ni.....lawo lh jgak.sungai tu dh bcmpur air laut ke?
Sekian pertanyaan dr ...
jembatan raja permaisuri bainun ni , kirenyer dah dekat2 nak masuk laut dh..kire darjah kepersenan air sungei bercampor dngan ayor laut tu, tinggi le jugok...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak share dgn korang pengalaman aku kat Pulau Pangkor ni.
Dulu masa aku form 3, kelas aku ada buat lawatan ke Pangkor selepas PMR. ye la, naik form 4 nnti kawan2 ramai yg akan pindah skolah masuk teknik/SBP/MRSM. so lepas PMR kitorang plan lawatan special luar dr KL, iaitu ke pangkor. Mcm2 aktiviti jualan yg kitorang organized utk kumpul duit lawatan ke pangkor. Tapi dat time duit kelas masih x cukup utk topup duit bas. So kitorang ajak student dari kelas lain utk join kitorang ke sana. adalah dalam 15 orang dari kelas lain yang join kitorang utk cukupkan korum.
Ok, masa lawatan tu kitorang amik 1 bas. kitorang gerak dari KL Jumaat (malam). Dalam perjalanan tu adatla budak2 buat bising dalam bas. Nyanyi2, tgk dvd, main gitar, borak2.. lepas tgh malam, smua tido. Then kitorang sampai ke jeti lumut sebelum subuh. kitorang ke masjid & sambung tido smentara tggu subuh.
Lepas subuh, kitorang ke jeti utk naik kapal (trip pertama) ke pangkor. Sementara tggu pagar jeti buka, kitorang lepak2 kat luar jeti tu. aku plak sambung tido kat kerusi menunggu tu. Tetiba ada sorang lelaki kurang siuman serang kawan kitorang (aku nama kan dia Dina). Dina ni budak kelas sebelah aku. dia ni kategori 'aktif' skit la. kalau orang tak kenal dia, mesti orang cakap dia gedik. ok masa kat jeti tu, tetibe lelaki kurang siuman tu datang serang dia, cakap mcm2 kat dia. antara yang aku dgr, lelaki tu marah sambil maki-maki tuduh Dina punca syarikat dia bangkrupt, bini dia lari dengan jantan lain, anak2 dia lari tinggalkan dia.. Siap cakap hidup Dina tidak akan aman kat situ. Yang si Dina ni pulak trus menangis ketakutan sebab skeri dgn orang gila tu. Sebab kawan2 lain pun jadi takut gak, ktorang tarik Dina gi lepak tempat lain. lelaki gila tu trus kejar Dina, tapi sempat di halang oleh cikgu pengiring kitorang (Cikgu Razak).
Lepas gate jeti buka, kitorang terus tarik Dina & biar dia tenang dalam kapal. Agak2 lepas 20min berlepas, Dina kembali 'aktif' atau kata lainnya, kembali menggedik. Hahaha..
Kemudian, lepas sampai di Pangkor, mula la kejadian2 seram yang berlaku pada kitorang. Terutama pada Dina. Dina la pelajar yg paling teruk kena kacau. Ada yang berpendapat, orang gila yang serang Dina tu seperti 'tahu' yg Dina bakal menjadi mangsa gangguan makhluk kat Pangkor tu.
.....bersambung. |
|
|
|
|
|
|
|
kitorang sampai ke pangkor dalam pukul 9am. kitorang terus ke chalet kitorang naik van sewa. aku tak igt apa nama chalet tu, tapi dia terletak betul2 atas pantai laut. kalau bukak je pintu terus turun pijak pasir pantai, dalam 30m terus sampai gigi air laut. chalet tu tak la besar, ada lebih kurang 12 bilik (couple 2 blik) dan ada 1 dewan makan kat jalan masuk ke chalet tu. Rasanya chalet tu milik persendirian. chalet tu penah jadi lokasi penggambaran drama cina dulu-dulu.
Otw ke chalet tu kitorang kena lalu kat aliran anak sungai yg mengalir ke laut. sementara menunggu pekerja chalet datang bagi kunci bilik, kitorang duduk kat tepi pantai sebelah dgn aliran anak sungai tu. masa tunggu tu, kawan aku (Kamil) terdengar mcm ada orang perempuan tgh menyanyi. tp suara dia sayu sangat.. dia ingat kawan2 kitorang yg nyanyi. lama-lama amati dia rasa lagu yg perempuan tu nyanyi adalah lagu india! then dia toleh sekeliling, dia tgk yg dia tgh duduk atas kubur india! trus kamil ni bangun dan lari dan dtg kt kitorang. tapi masa tu dia tak cerita kat sape-sape.
lepas dapat kunci, semua masuk ke bilik masing2. bilik aku ada 1 katil queen, 1 katil single. so kitorang duduk 3 orang. aku duduk katil single. sebab aku dah puas tido kat dlm bas, masjid & kat jeti, so aku keluar jalan sorg2 kat pantai. masa aku sampai kat pantai tu, aku nampak Amir tgh mandi laut cuma pakai boxer dia kaler oren siap pakai goggle. aku dtg dekat gigi air. aku tegur amir.. "Awal ko trun mandi kat laut amir.. tak panas ke?" tapi amir diam je.. dia terus berendam dalam air laut tu. aku tnya lagi, "ko duk sebilik dgn sape? knpa kawan2 ko tak join mandi dgn ko?" Amir masih membisu... aku agak stress bila dia tak respon. Sombong betul! So aku terus blah & masuk ke bilik aku..
Tengahari tu kitorang lunch kat dewan makan tu. Aku nampak amir, then aku buat derk je laa.. Then dia tegur aku tnya lunch arini lauk apa? aku malas nak jawab, so aku diam je la.. konon2 nak balas balik kat dia. bila dia tnya knpa aku diam?
Aku : sebab ko buat bodo je kat aku masa aku tnya ko tadi.
Amir : Bila nya ko tanya aku?
Aku : tadi. masa ko tgh mandi kat situ sorang2 pagi td (sambil tunjuk ke laut-tmpat kejadian)
Amir : Eh, bila pulak aku mandi kat situ? Aku baru je bangun tido ni. Bangun tido,pas aku mandi terus dtg sini.
AKu : Pagi tadi laaaa... lepas smua orang dpt kunci, aku tgk ko terus terjun masuk laut.
Amir : aku dpt je kunci terus membuta smpai td. bila masa aku mandi laut?
Aku : bukan ko ke yg mandi pakai suar boxer oren siap dgn goggle tadi?
Amir : aku mana ada boxer oren. apetah lagi google. ko salah org ni.
then aku terus tnya kawan2 sebilik dia, betul ke dia mmbuta lepas amik kunci? kawan2 dia ckp mmg dia tido spjg hari. so siapa yg aku tegur tapi 'org' tu membisu tnpa menjawab soalan aku?
.....bersambung |
|
|
|
|
|
|
|
spnjg kitorang bercuti kat sana, ramai jugak yg kena kacau. tapi semua tak kecoh2 sebab tak spoil percutian kitorang. ni antara kejadian yg diorang cita kat aku:
Khairul :
mamat ni tgh demam. so hari sabtu dia tak keluar bilik just tido dalam bilik sorang2. kwn2 lain smua keluar main polo air. masa tido tu dia pasang ekon. biasa la org demam, sekejap rasa sejukkk sgt.. dlm hati dia ckp, "eh, sejuknya bilik ni.." tetiba ekon off sendiri! dia buat tak paham je.. lepas selang masa, dia rasa bilik tu macam panas. dlm hati berkata plak, "panas la pulak.. td mcm sejuk.." tetiba ekon ter ON sendiri!! khairul masih malas nak amik port, sbb dia fkr mgkin perasaan dia yg tgh demam. dia smbung tido. tangan dia didepa kan.. tetiba dia trasa seperti ada benda berbulu tgh landing kat tgn yg dia depa tu. terus dia bangun & keluar dr bilik tu. dalam demam2 tu, dia duduk kat luar tgk kawan2 beraktiviti sbb seram dgn benda berbulu tu.
syafiq :
Dia ni anak org kaya. dtg ke pangkor bwk duit byk. wlupun dh mkn kat dewan makan, mlm tu dia ajak rumet dia gi makan kat hotel di pekan pangkor. masa otw nak balik ke bilik, masa lalu kat anak sungai tu, tetiba diorang trnmpk sorang pmpuan india (berdasarkan pakaian yg dipakai 'benda' tu nampak mcm sari) tgh berdiri kat tmpat kamil duduk terdgr suara pmpuan india nyanyi tu.. masa tu diorang nmpak pompuan tu macam tgh tunduk ke bawah & nangis! terus budak2 ni lari sampai ke bilik.
Zurina :
dia ni pulak suka lepak dgn bf dia yg join trip kitorang ni. satu malam tu, masa diorang tgh dating kat tepi pantai, ada satu batang pokok mati kat tepi pantai tu. masa diorang nak ke batang pokok tu, diorang trnampak sorang nenek tgh bertengkek atas batang pokok tu, siap pegang tongkat macam ahli sihir tu. diorang gelabah, terus lari ke bilik masing2. terus cancel cengkerama diorang malam tu. haha..
Dina (gangguan klimaks trjadi kat dia ni) :
..... bersambung |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
As salam TT,
Nak nyibuk jgk ceta kt rumah ko nih...
Aku pernah bercamping ni Pangkor waktu belajar dulu. Salah satu aktiviti dia ialah bermalam sorang dalam hutan (actually bukan hutan pun).
Sebelum masuk hutan kami direndam terlebih dahulu. Kemudian dengan dibekalkan megi, telur,3 batang mancis, mestin kami pun bergerak masuk ke kawasan yang disediakan. Waktu tu dalam pukul 6.30. Awal lagi kan... Tapi tu r, bila sampai kawasan yang disediakan kami diminta memasang khemah daripada ponco yang diberi, kemudian mencari kayu api, memasak sebelum hari gelap. Waktu nak masuk tadi segala jenis jam@alat yang boleh memberitahu waktu dirampas.
Alhamdulillah, sebab kawasan aku tu banyak pokok aku buat tempat tido tergantung. Pastu terus cari kayu api. Waktu ronda2 tu baru aku perasan x sampai 20 meter dari tempat aku berkhemah ada tapak rumah yang dah roboh.. Puing2 dia masih ada.. Memandangkan kayu api yang aku dapat semuanya jenis lempong aku terpaksa merayau jauh.. Bila dah merayau tu jumpa r kawan2 yang masih dok sibuk memasang khemah.
Disebabkan x jumpa kayu api yang padu2 aku kembali ke khemah sebab tugas memasak belum dilaksanakan lagi. Seb baik lighter n tiub getah yang aku sorok berfungsi.. Aku pun memasak sambil terus menghidupkan unggun api.. Lepas makan aku terus letakkan kayu api kt keliling unggun api yang aku nyalakan tadi. Waktu tu cuaca dah gelap. Jadi aku terus masuk dalam buaian (ponco) dan terus tido.
Aku tersedar bila ada orang kejutkan aku dan mengarahkan aku mencari kayu api sebab unggun api aku dah nak padam. Aku yang xde lampu memohon belas ehsan diorang untuk menyuluhkan mane2 tempat yang ada kayu api.. Bila disuluh ternampaklah batang kayu yang terbenam dalam tanah. Nak taknak terpaksa jugaklah aku menghogohnyer sehingga tercabut. Bila dah dapat aku letakkan batang kayu tersebut atas unggun api yang semakin malu untuk menyala... Diorang yang datang kt khemah aku tadi terus belah bila tengok batang kayu td mula dimakan api..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedang api mula memakan kayu yang baru diletakkan tiba2 ada bunyi sraasssttt di atas tanah... Dalam samar2 cahaya unggun api yang baru nak menyala aku melihat pokok rumput di lantai hutan tu bergerak2. Waktu tu seluruh kekuatan aku cuba dikumpulkan, namun lutut terasa begitu longgar... Janganlah sesuatu menjelma didepan aku ketika itu ya Allah.. Hanya selangkah jarak aku untuk masuk semula kedalam tempat tidurku... Tapi nak mengumpul kekuatan melangkah aku terpaksa mengambil masa.
Setelah membaca bebarapa ayat yang terlintas difikira aku masuk semula ke dalam ponco yang digantung.. Perasaan berdebar2 masih belum hilang.. X nampak kelibat cuma bunyi sesuatu bergerak atas lantai hutan begitu jelas.. Hantu atau ular? Dalam kepalaku hanya jawapan kedua yang nampak lebih tepat..
Aku cuba memejamkan mata tapi perasaan mengantuk dah hilang.. Terkebil2 aku.. Bahagian kaki yang sedikit terdedah betul2 mengadap runtuhan rumah usang yang aku ceritakan sebelum ni. Ruang yang sempit menyebabkan aku suka untuk beralih kedudukan. Pepun suasana nampaknya makin terkawal. Batang kayu muda yang aku patahkan ketika hari belum gelap dipaut kedada...
Dalam keadaan cemas n gementar tu aku akhirnya berjaya melelapkan mata. Tapi kemudian aku kembali terjaga bila bunyi suara lelaki ketawa.. Kikikiki.... Hmmmm... Dugaan apa plk kali nih.. Mungkin urusetia sengaja nak menakut2kan aku. Biar pergilah (bahasa kedah biaq p r....) Bunyi ketawa tu semakin lama semakin jauh, aku dah berpeluh2... Cepatlah siang wahai malam... Cepatlah terbit wahai matahari..
Dalam pada mata terkebil2 tu sekali lagi aku terkejut... Seperti ada pasir ditaburkan atas khemah aku. Jantung pun terasa luruh ke tanah... Dup dap dup dap jantung aku berdegup kencang.. Sekali lagi malamku dihabiskan dengan membaca segala surah yang aku ingat.. Aku terus membaca sampailah aku terlelap.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jelbon : Bila nak sambung..tergantung ni...
sama gak ngan makton...x habis lg cite tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada gak pengalaman di pangkor, tempat : teluk dalam...nanti pas depa2 ni habis cite...aku cite pengalaman aku lak...x seram sangat...tp agak menakutkan jugak la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa citer aku tu dah abis...
Sebab bila aku sedar urusetia dah kejutkan aku.. Suruh kemas khemah nak kuar dari hutan (layak ke aku panggil tempat tu hutaN?) Bila keluar tu masing2 ada cerita masing2, ada yang unggun api marak sampai terbakar khemah, ada yang siap tiup wisel bila urusetia datang x bercakap sepatah kata kt peserta..
Yang pasti waktu keluar nak menuju ke jalan besar aku nampak ada kuil kecik. Kat tengah kuil tu ada busut n patung ular tedung.. Perghhhh.... Bila dok ramai2 basuh mestin baru member aku yang ikut survey tapak camping tu cakap kt tmpt kitorang bermalam tu memang ada ular tedung... Agak2nya bunyi zrasss... atas rumput tu bunyi ular tedung yang turut melawat aku...
Tentang bunyi lelaki ketawa tu aku x dapat nk pastikan. Cuma bila ditanya sape yang baling pasir kt khemah aku sorang pun x mengaku.. Last2 bulan lepas dimaklumkan kawasan tempat aku dirikan khemah tu memang berpenghuni... Cuma aku bernasib baik sebab dia x menjelmakan diri atau goyangkan khemah aku.. Kalu tak mungkin khemah aku akan berbau hancing keesokan harinya...
Huhuhu... Sekian... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pulau pangkor ni masih jadi tempat orang pergi untuk tinggalkan pendamping, saka, etc.
naik feri pergi ke pulau, tinggalkan kat mana-mana, lepas tu balik ke tanah besar.
tapi, aku tak faham apa rasionalnya jin-jin tu tak boleh menyeberang laut balik ke tanah besar dan ikut balik manusia yang dihuninya sebelum ni.
dalam 2-3 tahun lepas, kitorang ramai-ramai gi pangkor untuk habiskan waktu hujung minggu.
ada satu aktiviti tu kitorang naik bot ke pulau kecik dekat dengan pulau pangkor. ala, tepi pantai je, kalau pandai berenang, boleh je berenang terus ke pulau tu.
masa kat pulau ni, akak A ni dah ngadu sakit kaki sebelah kanan. rasa dicucuk-cucuk, katanya. takpe la, demi anak-anak seronok dok main kat pantai, dia tahan la sakit tu.
malamnya masa tengah makan kat kedai, akak B tengah jawab telepon dan tarik aku ke tepi. dia cakap kat kaki akak A tu ada anak jin melekat dan gigit. rupa macam anak beruk. akak B ni memang matanya boleh 'nampak'. tapi kitorang tak cakap apa-apa kat akak A ni.
dia mintak aku standby je la kalau terjadi apa-apa yang lebih serius, biasanya tok lebai akan datang menjaga aku kalau aku diancam semasa membantu akak A nanti.
syukurlah tak jadi apa-apa yang lebih serius. bila balik ke tanah besar, ada kawan kitorang kat pejabat ni yang tangkap dan buang anak jin tu. hehe, cam kelakar lak sebab cara dia tu macam kita cekak leher anak kucing kat lantai dan bawak letak kat tempat lain. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gemukkkkkkk posted on 5-11-2013 07:15 PM
pulau pangkor ni masih jadi tempat orang pergi untuk tinggalkan pendamping, saka, etc.
naik feri pe ...
pulau giam ka? yg ada tempat snorkeling tu eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Eiii ai..bnyak nau citer tergantung2 kek sini.
kak Es ye..?eheh
apepun tt sile let sambung |
|
|
|
|
|
|
|
baru lepas balik bercuti dari pulau pangkor.. cuaca kat sana panas dan diselang seli dgn hujan waktu pagi dan malam.. cuti sekolah mmg ramai la..stay kt area teluk nipah.. seronok mmg seronok..tapi tak sangka ada jgk kejadian misteri yg jadi.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|