|
KAU JANGAN MENANGIS SEBAB AKU TAK SUKA! (KEPALA BATU KEPALA ANGIN) (U)
[Copy link]
|
|
lambat2 baca cerita ni supaya lambat habis sbb best sgt cerita ni... |
|
|
|
|
|
|
|
lantik jadi isteri haris terus buley tak? .. muhhahahaha .... .
cam ngam je diorang ni ....
nmpk gaya belum ada tanda2 hero lain yg akan muncul ... jadi Haris la hero nya .. ye tak fizzi? |
|
|
|
|
|
|
|
fizzi... mana fizzi..dah hilang ke???? KAU JANGAN HILANG SEBAB AKU TAK SUKA! |
|
|
|
|
|
|
|
sesuai Azah dgn Haris ni..seorg beku mcm ice..seorg lagi laser..kombinasi yg sesuai... |
|
|
|
|
|
|
|
“6 bulan??!!” hampir nak tercabut telinga Puan Kartini sebaik kata-kata Harris. Hari tu bagitahu lagi 3 bulan…tapi kali ni…6 bulan pula. Silap-silap haribulan, terus tak balik!
Harris menjauhkan telefon bimbitnya dari telinganya. Takut rosak pula gegendang telinganya nanti menerima kelajuan bunyi dari suara ibunya yang nyaring itu. Kemudian cepat-cepat dilekapkan semula telefon bimbit ke telinganya.
“Mama janganlah marah….6 bulan tu tak lamalah. Pejam celik pejam celik…dah 6 bulan..” pujuk Harris. Sesekali dia mengerling kea rah tingkap kaca bagi melihat pekerja yang lalu lalang di hadapan biliknya. Pintu biliknya sudah dikunci rapat-rapat agar tidak ada yang akan mengganggu perbualannya dengan mamanya nanti.
Bukan apa, jika di kalangan teman-teman, dia cukup senang di cop sebagai mamat rock. Tapi, jika sesiapa yang mendengar perbualannya dengan ibunya, pasti akan terkejut dengan kelembutannya itu. Hilang semua sifat rock kapak yang ada dalam dirinya.
“Pandailah kamu nak pujuk mama. Kamu dah suka tinggal kat Malaysia ye?’ soal Puan Kartini curiga.
Harris diam lagi. Suka…memanglah agak suka…
“Mama…inikan tanah tumpah tempat kelahiran mama jugak…” celah Harris memujuk.
“Ya! Dan di situ jugak, arwah bapak kau hina mama…kemudian halau mama dari istana arwah atuk kau tu…Harris pun tahu bukan, apa yang arwah papa dah buat pada mama…” begitu sekali rajuk mamanya. Harris yang enggan melayan rajuk itu lama-lama, pantas memohon mengundur diri. Dia tidak mahu kisah lama diungkit sekali lagi saat itu.
“Harris tahu ma…dah lapan belas kali mama ulang tayang kat Harris. Harris letak telefon ye mama. Harris ada kerja nak sambung ni…mama jangan marah Harris pulak…” pinta Harris lembut. Dia mengukir senyum.
“Hmm..okeylah…” pantas talian diputuskan. Harris renung telefon bimbitnya sekali lagi. Bibirnya diketap. Nafasnya ditarik perlahan-lahan.
Pandangannya kemudian dihala ke tingkap kaca. Tatkala itu, Azah sedang melintasi depan biliknya dengan secawan mug di tangan. Pasti gadis itu baru pulang dari pantry. Buat air untuk diri sendiri sajakah? Harris menjungkit keningnya. Kan bagus kalau ada tukang buat air untuk aku…. |
|
|
|
|
|
|
|
“Harris, Encik Rashid panggil…” tutur Azah di muka pintu bilik Harris. Lelaki itu yang sedang bercakap melalui telefon menjeling kea rah Azah.
“Sekarang…” sambung Azah dengan tegas lalu terus berlalu ke bilik bos mereka, Encik Rashid. Dia malas hendak menunggu di depan pintu bilik Harris lama-lama. Yang paling penting, amanah yang telah diberikan kepadanya oleh Encik Rashid untuk memanggil Harris ke biliknya sudah dilaksanakan.
Sebaik masuk ke bilik Encik Rashid, terus Azah melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Encik Rashid.
“Mana Harris?” soal Encik Rashid tatkala melihat Azah keseorangan saja. Encik Rashid masih mengunyah pulut padi yang selalu menjadi sarapan kegemarannya.
“Dia tengah engaged telefon. Kejap lagi dia datang,” balas Azah.
“Nak makan? Saya ada satu bungkus lagi ni….” Pelawa Encik Rashid sambil tersenyum. Pantas Azah menggeleng.
“Takpelah. Saya dah makan tadi….” Tipu Azah. Seganlah dia hendak menerima pemberian Encik Rashid waktu itu biarpun mungkin 100% Encik Rashid ikhlas hendak mempelawanya makan. Encik Rashid memandang Azah, kemudian ketawa kecil.
“Pulut padi ni…you tahu, dulu ni makanan raja-raja Kelantan….” Bicara Encik Rashid. Azah mengetap bibirnya sambil tersenyum. Ahhh…sudah…dia dah start bercerita! Silap haribulan, kejap lagi dia lupa apa dia nak cakap! Hati Azah tak putus-putus berdoa agar saat itu Harris segera tiba. Dengan itu, Insya-Allah…tamatlah cerita dongeng dari Encik Rashid pagi ini.
“Ye bang…” derap kaki Harris yang baru tiba sekaligus menyelamatkan Azah dari terus mendengar cerita rakyat Kelantan pagi itu. Encik Rashid segera meletakkan sudunya dan terus meneguk air kosong sambil memandang Azah dan Harris silih berganti.
Harris tidak duduk di kerusi bersebelahan Azah, sebaliknya berdiri sambil bersandar di tepi pintu bilik Encik Rashid.
“Haa…datang dah..” Encik Rashid membetulkan posisi duduknya lalu memandang keduanya. Sesekali Azah menjeling kea rah Harris yang berdiri santai sambil menyeluk kocek seluarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
“Okey, macam ni , saya dah buat keputusan, mulai hari ni, Harris akan ada pembantu sebab as you know, Azah, Harris ni memang dah tak larat nak kawal sorang diri jabatan ni. Jadi, mulai hari ni, saya nak….you Azah, secara rasminya menjadi assistant Harris. ..” ujar Encik Rashid lalu memandang keduanya.
Aaaa?? Azah terlopong, namun cepat2 diketap bibirnya. Dipandangnya Harris di sisi. Harris juga turut memandangnya dengan pandangan aneh.
“Okey…Harris…mulai hari ni, you dah ada assistant. Apa-apa hal, you boleh mintak tolong kat amoi cantik ni….boleh?” soal Encik Rashid lagi. Melihat riak wajah aneh kedua-dua pekerjanya, Encik Rashid tergelak.
“Ada masalah Harris?” soal Encik Rashid ketawa. Harris pula, entah kenapa, dia turut ketawa sambil menggelengkan kepalanya. Aku ingat dia nak hire orang baru untuk aku…rupa-rupanya….
Melihat Harris dan Encik Rashid yang ketawa, Azah turut mengukir senyum. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Habis tu, kerja saya sekarang?” soal Azah lagi. Senyuman masih mekar di bibirnya. Rasa kelakar pula berada dalam situasi itu.
“You masih lagi buat kerja you. Cuma sekarang, you akan jadi assistant Harris. Apa-apa, you kena tolong dia bila dia mintak…” kata Encik Rashid lagi. Dipandangnya Harris pula. Risau jika Harris tidak setuju dengan cadangannya.
Harris terus-terusan tersenyum. Bibirnya tidak boleh hendak dikawal lagi. Entah mengapa, dia jadi seriang itu pula. Mengapa? Untuk menyembunyikan perasaan sebenarnya, Harris selamba memandang Azah lantas bersuara.
“Takde orang lain dah ke? Isk….” Ujarnya sambil ketawa kecil. Azah yang mendengar mencebik. Berlagak! Demand pulak tu!
“Boleh ke tidak? ” soal Encik Rashid sekali lagi. Lantas Harris mengangguk. Sekilas pandangan dikerling kea rah Azah di tepinya. Lapang dada Encik Rashid sebaik melihat Harris mengangguk. Lebih-lebih lagi apabila melihat senyuman yang terukir di bibir kedua-dua pekerjanya.
“Ada apa-apa lagi bang?” soal Harris yang nampaknya tak sabar-sabar mahu berlalu dari bilik itu.
“Err…itu sajalah. Jadi, both of you…kerja baik-baik. Apa-apa masalah, jumpa saya…okay Azah?” ujar Encik Rashid. Sepantas kilat, Azah angguk. Dia turut bangun kerana mahu keluar dari bilik itu dengan segera. Tunggu situ lama-lama…cari nahas!
Pantas, Azah membuntuti langkah Harris yang keluar dari bilik itu. Harris yang berjalan dihadapan menghala ke biliknya, tersenyum lebar. |
|
|
|
|
|
|
|
Harris merenung computer di hadapannya. Pen di tangannya kadang-kadang hinggap ke telinganya. Dia sedang memikirkan bagaimana mahu memberikan tugas yang sesuai untuk Azah. Puas berfikir, akhirnya dia mengulum senyum. Harris ketawa berdekah-dekah di dalam hati.
Dia mencatatkan sesuatu di kertas, kemudian bangun menuju ke bilik Azah yang terletak cuma bersebelahan biliknya. Harris masih senyum memandang kertas itu. Lepas ni, budak tu takde peluang nak melaram waktu datang kerja….hahahahaa….gelak sampai guling! Gelak sampai guling!
Meski hati riang berpesta, realitinya Harris masih berwajah tenang dengan senyuman memasuki bilik Azah. Kerusi Azah ditepuk kasar. Terjungkit sedikit Azah diperlakukan sedemikian.
Azah memandang Harris yang berdiri di sebelahnya sambil menghulurkan sehelai nota. Pantas dia membaca.
“Aku nak kau buat ni. Mulai hari ni, ini tugas baru kau..” kata Harris. Berkerut dahi Azah membacanya.
“Seliaan gudang dan penghantaran?” soal Azah tidak percaya. Muka Harris dipandang lagi. Dia ni biar betul….takkan kerja yang selama ni lelaki selalu buat, dia suruh aku buat. Dapat Azah bayangkan jika dia terpaksa masuk ke gudang setiap hari dan memeriksa status lori dan penghantaran setiap pagi. Nampak gayanya, dressing kena tukar ni….
Gelisah Azah dibuatnya. Harris pula senyum lebar.
“By the way, si Rashid mintak aku buat distribution report bulan lepas. So, since engkau dah jadi assistant aku, aku nak kau buat report tu dan hantar kat aku pagi esok…” kata Harris dengan berlagaknya. Sengaja dia mengeraskan ayatnya.
Kelakar betul wajah gadis itu bila resah. Azah angkat muka memandang Harris yang berdiri di sebelahnya.
“Buat report takde masalah. Tapi, bagi aku data…” kata Azah yang sudah lali dengan penulisan laporan.
“Kau minta dengan transporterlah…” pendek jawapan Harris. Sebetulnya, dia sendiri tidak ingat dimana dia letakkan data itu.
“Takkan kau takde data? At least yang bulan lepas punya…” soal Azah hairan. Harris jungkit bahu, kemudian dengan selamba dia keluar dari bilik itu.
“Ntah. Tak ada kot. Hilang…” senangnya dia menjawab. Azah menggelengkan kepalanya geram. Di matanya, Harris nampak begitu kecil….macam semut! Rasa nak penyek sampai lumat! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fizziany at 30-12-2011 09:02
Harris, Md. Noor, Halim dan Din tidak terus pulang ke rumah hari itu. Balik dari pejabat, mereka menuju ke komplek membeli belah yang terletak kira-kira 7 kilometer dari pejabat mereka. Hari ini, masing-masing sudah berpakat mahu bermain bowling. Itu semua pun, idea gila si Din.
Bila ditanya kenapa dia tidak mahu balik ke rumah terus, Din selamba menjawab dia sudah menjadi orang bujang hari itu. Anak-anak dan isterinya telah pulang ke kampong untuk bercuti. Memandangkan dia tidak dapat cuti, jadi kesempatan itu digunakan sebaik mungkin untuk merayap.
“Kenapa kau tak mintak cuti awal-awal dari Rashid? Kalau tak, mesti dia bagi…” kata Harris yang sedang menyinsing lengan kemejanya. Md. Noor sedang memulakan balingan bola. Mata mereka berempat merenung perjalanan bola yang di baling oleh Md. Noor tadi.
Strike!!! Semua pin berjaya dijatuhkan.
“Wooooo!!!!” ramai-ramai bersorak kuat sambil ketawa. Tak ubah macam pusat bowling itu mereka yang punya. Md. Noor mengangkat keningnya.
“Tengok tanganlah!!!” ujar Md. Noor dengan penuh bangga. Kembang kempis lubang hidungnya kerana berjaya menjatuhkan semua pin.
“Itu semua last minute punya plan. Bini aku pun takde plan nak balik kampong asalnya. Entah mana datangnya angin dia nak balik kampong tiba-tiba…” kata Din.
“Mak mertua kau tak bising ke kau tak ikut sama balik kampong?” soal Halim pula. Dalam masa yang sama, mereka memandang Din yang bangun untuk membuat balingan.
“Taklah! Dia okay..” kata Din. Bola dipilih-pilih. Harris menyandarkan badannya memerhati keadaan sekelilingnya. Ruang di dalam pusat bowling itu kali ini tidak begitu penuh.
“Kenapa tak ajak Miah dengan Azah sekali join tadi?” soal Halim sambil memandang Din. Din pandang Halim pula.
“Aku dah ajak….tapi Miah tak nak ikut sebab Azah tak ikut. Azah pulak, tak nak ikut sebab kena buat report. Ni la ni…budak ni yang bagi banyak sangat kerja kat Azah….” kata Din sambil mulutnya memuncung ke arah Harris.
Harris tarik muka. Md. Noor dan Halim memandang Harris.
“Kau jangan dera pulak budak tu Ris…aku takut nanti dia cabut pulak…tak tahan kerja dengan kau. Dahlah aku tengok si Rashid tu, sikit-sikit panggil dia. Sikit-sikit panggil dia. Kalau aku jadi Azah pun….tension dowh! Tak boleh nak dok diam buat kerja….” kata Halim pula. Din sudah mara ke depan untuk membuat balingan.
“Mana ada aku dera dia. Aku banyak tolong dia pe….” tak mahu kalah jugak Harris di mata kawan-kawannya. Din sudah pun membuat balingan. Namun, entah macammana, bolanya melayang ke kiri dan terus meleret ke longkang!
“Hahahahahahahhah!!!!!!” berdekah-dekah ketawa mereka berempat, sekaligus memecah hingar bingar di pusat bowling itu. |
|
|
|
|
|
|
|
“Report ni salah…” kata Harris tegas dan perlahan.
Dahi Azah berkerut seribu. Sejak semalam, dia menghabiskan sehari suntuk untuk menyiapkan laporan itu. Puas di telefon pelbagai syarikat penghantaran yang terlibat untuk mendapatkan data. Tak kurang juga dia dimarahi oleh sesetengah syarikat penghantaran yang mengatakan data itu sudah diberi kepada Harris bulan lepas.
Tetapi, Azah kekal dengan pendiriannya. Wakil syarikat penghantaran itu dimarahinya semula. Dia bagi kat Harris, bukan bagi kat aku! Itulah hujahnya!
Sebaik laporan itu disiapkan, dia segera menyerahkan kepada Harris untuk diteliti dahulu sebelum dibentangkannya di dalam mesyuarat akan datang. Bimbang jika ada yang tersalah pula.
Tetapi, tiba-tiba Harris pula mengatakan bahawa laporannya salah! Macammana Harris tahu laporannya salah? Dia hafal data-data dalam laporankah? Bijak sungguh otaknya!
“Ni yang betul…” kata Harris sambil mencetak satu laporan dari komputernya. Harris cepat-cepat bangun menghampiri pencetak yang terletak di luar biliknya, kemudian masuk semula ke biliknya dengan sehelai laporan bercetak di tangan.
Laporan yang baru dicetak itu dihulur kepada Azah. Dahi Azah berkerut melihat tingkah laku Harris yang masih berwajah tenang.
“Apa ni?” soal Azah sebaik laporan itu dibacanya.
“Data penghantaran bulan lepaslah!” balas Harris pendek. Azah tersentak. Dia memandang Harris dengan mata yang sudah terjegil keluar.
Papp!!! Laporan sekeping itu ditampar ke bahu Harris. Geram. Pantas Harris menoleh seperti tidak tahu apa-apa.
“Apa??!!!” bentak Harris hairan. Tiba-tiba saja mak cik ni ketuk aku! Azah menarik nafas dalam-dalam sambil cuba mengawal darjah kemarahannya yang kian meningkat.
“Semalam kau kata kau tak ada data ni!!!” jerit Azah geram. Kalau ikutkan marahnya, ingin sahaja dia bersuara sekuat-kuatnya. Biar puas hatinya. Biar terhambur semua kemarahannya terhadap lelaki beku itu. |
|
|
|
|
|
|
|
“Aku lupa,” selamba jawapan lelaki itu, dan dia masih memandang skrin komputernya seolah-olah Azah di sisinya tidak wujud.
“Lupa taik korok kau!! Kau tau tak, penat aku kehulu kehilir cari data ni…. Tanya semua transporters macam orang gila. Alih-alih, hari ni dengan senang lenang kau kata report aku salah! Lepas tu, baru nak tunjuk report yang betul???” bentak Azah kuat. Darahnya sudah menyirap ke muka.
Azah kini sudah bercekak pinggang memandang Harris yang hanya sesekali memandang kearahnya.
“Alah…tak payah bisinglah! Buat baru,” ujar Harris perlahan. Sebenarnya, dia juga gerun melihat muka Azah yang sedang menyinga itu. Maka sebab itu, dia enggan memandang wajah Azah saat itu. Silap-silap haribulan, disemburnya aku dengan api macam naga pula.
“Kau ni kan…..memang …memang…” Azah sudah marah. Dia sudah tidak tahu hendak buat apa lagi. Dia benci melihat wajah lelaki di hadapannya yang masih tenang membuat kerja di computer, sedangkan dia sendiri macam cacing kepanasan.
Sudahnya, Azah menghentakkan kakinya lalu keluar dari bilik Harris dengan ayat yang tergantung. Harris urut dada bila Azah menghilang dari biliknya.
Namun, belum sempat dadanya menarik nafas lega, derap tapak kasut tumit tinggi gadis itu kedengaran di muka pintu biliknya pula. Azah nampaknya berpatah balik semula. Nak apa lagi budak ni….Harris dan Azah sama-sama berpandangan.
“Kau memang bengong, kau tau tak?!!!” sambung Azah dengan nada geram lalu terus berlalu sebaik menuturkan ayat itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong sedekahkan Al-Fatihah buat arwah kawan saya yang baru saja meninggal pagi ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
i like azah.. jangan kasi chance kat harris nie... basuh je cukup2, biar dia tahu menghargai org lain gak... bravo Azah... |
|
|
|
|
|
|
|
Best citer ni... nak lg...
Tolong sedekah kan juga Al-Fatihah kat mak kite... MEninggal 23/12/2011 kul 11.45 ptg...
Al fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
check in..
Takziah & Al-fatihah.. |
|
|
|
|
|
|
|
ALFATIHAH untuk mak cokolat dan kawan fizz
semoga roh mereka ditempat bersama-sama org yg soleh... AMIN |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah untuk mak Coklat dan Takziah untuk kawan Fizzi |
|
|
|
|
|
|
|
TQ... bila nak sambg ni fizz....
Dah lindu kt azah ngan haris ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
alfatihah...takziah atas kehilangan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|