CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
 Author| Post time 15-1-2026 01:46 PM | Show all posts
Lelaki dilapor hilang ketika ke hospital ditemukan meninggal dunia di sungai
Januari 15, 2026, Khamis - 12:47pm

KOTA BELUD: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu di Kampung Siasai Tamu, di sini, ditemukan meninggal dunia di Sungai Lebak Engad, petang Rabu.

Mangsa berumur 55 tahun ditemukan pada jam 4.13 petang kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat oleh penduduk kampung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pasukan operasi sebelum dibawa ke tebing sungai.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan susulan.

“Pasukan bomba seterusnya menjalankan pemeriksaan akhir di kawasan pencarian bagi memastikan tiada sebarang bahaya lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Dalam kejadian Isnin lalu, mangsa dilaporkan keluar dari rumah kira-kira jam 6 pagi dengan niat ke Hospital Kota Belud bagi mengambil ubat.

Mangsa kali terakhir dilihat memakai baju T-shirt berwarna biru turquoise dan disedari hilang selepas tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.

Sumber pihak berkuasa memaklumkan mangsa mempunyai masalah kesihatan mental, sedang menerima rawatan di Hospital Kota Belud serta memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU).


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2026 01:48 PM | Show all posts
Anak buaya sepanjang lapan kaki ditangkap di Kampung Seberang Menumbok
Januari 15, 2026, Khamis - 12:50pm

MENUMBOK: Seekor anak buaya berjaya ditangkap dalam satu operasi bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Menumbok dan Jabatan Hidupan Liar di Kampung Seberang Menumbok, awal pagi Khamis.

APM dalam satu kenyataan memaklumkan operasi dijalankan selepas mendapat maklumat orang awam berhubung kehadiran buaya di kawasan bawah jambatan kampung berkenaan yang menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.

“APM Menumbok menerima panggilan kecemasan pada jam 5.36 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi pada jam 5.37 pagi dan tiba 11 minit kemudian.

“Hasil pemeriksaan di kawasan terbabit mendapati seekor anak buaya berada di bawah jambatan, dipercayai sering muncul di kawasan sama,” katanya.

Katanya, operasi menangkap reptilia itu dijalankan bersama Jabatan Hidupan Liar dengan langkah keselamatan diambil bagi mengelakkan sebarang risiko kepada penduduk dan anggota bertugas.

“Dalam operasi ini, hanya seekor anak buaya dianggarkan sepanjang lapan kaki dengan berat kira-kira 35 kilogram berjaya ditangkap, manakala tiada kehadiran buaya dewasa dikesan di lokasi.

“Tiada kecederaan dilaporkan melibatkan penduduk kampung atau anggota penyelamat sepanjang operasi dijalankan,” katanya.

Seramai tiga anggota APM daripada Pusat Unit Pertahanan Awam (PUPA) Menumbok terbabit dalam operasi itu dengan kekuatan sebuah skuad Delta.

Dua buah motosikal Modenas digunakan sebagai logistik utama, selain peralatan seperti vest keselamatan, tali dan lampu suluh.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.30 pagi sebelum pasukan beredar pulang dan tiba semula di Pusat Kawalan Operasi Daerah pada jam 6.41 pagi.

APM Menumbok menasihatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada dan segera menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kehadiran haiwan liar berbahaya di kawasan kediaman.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2026 01:48 PM | Show all posts
Pesta Bot Naga, Pesta Kopi Tenom Sabah antara aktiviti dirancang sempena MDT 2026
Januari 15, 2026, Khamis - 12:53pm

TENOM: Pelbagai aktiviti dan program pelancongan dirangka bagi memeriahkan penganjuran Tahun Melawat Daerah Tenom (MDT) 2026 sempena Tahun Melawat Malaysia, dengan matlamat memperkukuh kedudukan daerah itu sebagai destinasi pelancongan utama di pedalaman Sabah.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar berkata, perancangan rapi perlu digerakkan lebih awal supaya setiap program mampu memberi impak berterusan kepada sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja MDT 2026 di Bilik Mesyuarat Padas, di sini.

Jamawi mendengar pembentangan dan taklimat daripada ketua-ketua jabatan berkaitan perancangan program, logistik serta penglibatan komuniti setempat, manakala mesyuarat dipengerusikan Pegawai Daerah Tenom, Alexander Liew.

Menurutnya, mesyuarat berkenaan menjadi platform penting untuk membincangkan hala tuju pelancongan daerah Tenom serta merangka pengisian program yang bersifat inklusif dan berpotensi menarik pelancong domestik serta antarabangsa.

“Antara program utama yang dirancang termasuk Pesta Bot Naga, Pesta Kopi Tenom Sabah, Pesta Kebudayaan Pedalaman Atas, Pesta Kalimaran, Program Hiking Tenom 2026 dan Tenom Campfest 2026.

“Penganjuran pelbagai acara berskala besar dan sederhana bukan sahaja berperanan menarik kehadiran pelancong, malah berfungsi sebagai medium mempromosikan produk tempatan, kebudayaan masyarakat serta keunikan alam semula jadi Tenom,” katanya.

Jamawi turut menekankan kepentingan kerjasama erat antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, sektor swasta dan komuniti setempat bagi memastikan setiap program berjalan lancar serta mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa kerja MDT 2026 dengan komitmen dan usaha berterusan dalam merancang serta menyelaras aktiviti pelancongan daerah.

“Sokongan penuh diberikan terhadap semua program yang dirancang, dan diharap penganjur dapat memastikan pengisian yang disusun memberi pengalaman bermakna kepada pengunjung,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa pelaksanaan MDT 2026 mampu merangsang pertumbuhan ekonomi setempat, khususnya kepada pengusaha kecil dan sederhana dalam sektor pelancongan, makanan serta kraftangan.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ahli Parlimen Tenom, Datuk Riduan Rubin, ketua-ketua jabatan serta wakil pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Dalam program berasingan, Jamawi menyantuni ahli Dewan Perniagaan Cina Tenom yang diketuai pengerusinya, Datuk Yong Oi Kiong, dalam satu sesi pertemuan bersama di Restoran Tenom Coffee Villa.

Beliau berkata penglibatan komuniti perniagaan penting bagi memastikan penganjuran Tahun Melawat Daerah Tenom memberi manfaat menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat.

“Semoga segala usaha mempromosikan Tenom sebagai destinasi kunjungan utama pada masa akan datang dipermudahkan dan terus mendapat sokongan semua pihak,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2026 02:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2026 02:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 03:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2026 03:28 PM | Show all posts
selamat ptg vell
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 03:28 PM | Show all posts
br dapat peluang online ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 03:44 PM | Show all posts
hehe saya kaki cdrama

tapi layan drama zhao lusi jer

kadang2 layan cdrama kat youtube drama pendek.. haishhh ketagih
x minat korea la yg
mira lak jarang tgk cdrama
tapi kalau masuk reel kat fb tu
tgk la jugak
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 05:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 08:12 AM | Show all posts
amiraira replied at 15-1-2026 03:44 PM
x minat korea la yg
mira lak jarang tgk cdrama
tapi kalau masuk reel kat fb tu

minat jugak.. tapi dh jarang tengok..
duiu suka tengok drama park shin hye jer..


sejak mata sakit tengok screen lama2 saya jarang tgok drama skrg ni

duk santai jer layan forum mira
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 08:13 AM | Show all posts

selamat pagi mira
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 08:14 AM | Show all posts
SPRM syor tujuh penambahbaikan tatakelola LKIM Sabah
Januari 15, 2026, Khamis - 2:10pm



KENANGAN: Mohd Fuad merakamkan gambar bersama Hamdan dan kakitangan lain selepas sesi menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola.

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah membentangkan tujuh syor penambahbaikan tatakelola kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sabah, khususnya melibatkan pengurusan pendahuluan diri Pengurus Besar kawasan berkaitan program dan aktiviti Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah berkata, antara syor utama dikemukakan ialah keperluan mewujudkan akaun bank khas bagi penggunaan serta penerimaan wang pendahuluan diri atas nama jawatan “Pengurus Besar”.

Menurutnya, satu garis panduan khusus perlu diwujudkan berhubung pengurusan wang pendahuluan diri yang disalurkan kepada Pengurus Besar di PNK oleh LKIM bagi memastikan kawalan lebih teratur dan telus.

“Ia termasuk penyediaan laporan perbelanjaan sebenar berserta bil sokongan yang perlu dikemukakan oleh Pengurus Besar dalam tempoh tujuh hari selepas sesuatu program selesai dilaksanakan,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Beliau berkata, cadangan lain merangkumi pelaksanaan pemantauan serta semakan berterusan terhadap penggunaan wang pendahuluan diri setiap kali program PNK dijalankan.

Selain itu, Mohd Fuad memaklumkan SPRM turut mencadangkan pindaan kepada Pekeliling Pendaftar Bil. 1 Tahun 2017 Perkara 3.1 dengan memperincikan takrif pendahuluan diri sebagai pengeluaran wang dalam bentuk cek atas nama Pengurus Besar Persatuan Nelayan yang ditunaikan.

Katanya, wang berkenaan hanya dibenarkan bagi perbelanjaan khusus untuk menguruskan projek kontrak ditawarkan oleh LKIM atau pihak lain, dan tidak boleh dimasukkan ke dalam akaun peribadi Pengurus Besar.

“Syor ini dibuat susulan dapatan siasatan awal SPRM Sabah berhubung isu wang pendahuluan diri bagi program atau aktiviti PNK yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Pengurus Besar,” katanya.

Beliau berkata, penambahbaikan tatakelola ini bertujuan meningkatkan tahap akauntabiliti melalui penerapan prinsip tadbir urus yang baik, selari dengan keperluan serta cabaran persekitaran semasa dan masa hadapan.

Menurutnya, kelemahan dikenal pasti berpotensi membuka ruang kepada salah guna kuasa serta penyelewengan jika tidak ditangani secara berkesan.

Sementara itu, Ketua Pengarah LKIM, Hamdan Mamat, menyambut baik cadangan penambahbaikan dikemukakan SPRM dan menyatakan persetujuan untuk mengambil tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan dikenal pasti.

Pada majlis sama, satu sesi menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola turut diadakan antara Pengarah SPRM Sabah dan Ketua Pengarah LKIM.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 08:21 AM | Show all posts
Kerajaan komited bangunkan semula kawasan durian terbiar
Januari 15, 2026, Khamis - 4:16pm



KENANGAN: Ruslan merakamkan gambar kenangan bersama wakil pengamal media semasa program terbabit.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri komitmen membantu memajukan semula kawasan tanaman durian yang terbiar, termasuk kebun berskala kecil di kampung-kampung luar bandar.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata, ini adalah antara usaha meningkatkan pendapatan petani dan memaksimumkan potensi hasil buah-buahan tempatan Sabah.

“Kerajaan melihat potensi besar kawasan durian di kampung-kampung yang kurang diusahakan secara optimum, termasuk di kawasan Lumadan dan penempatan lain yang mempunyai pokok durian dalam kuantiti kecil.

“Banyak kampung memiliki durian dan buah-buahan tempatan, namun hasilnya belum dimanfaatkan sepenuhnya sebagai sumber pendapatan, oleh itu, kerajaan bersedia membantu menghidupkan semula kawasan ini,” katanya.

Komitmen itu dizahirkan sempena program agihan durian melibatkan kira-kira satu tan hasil tempatan di RTM Sabah yang menghimpunkan kakitangan RTM serta beberapa agensi media.



SERAH: Ruslan menyerahkan durian kepada wakil media semasa program terbabit.
Ruslan berkata, langkah terdekat melibatkan penggunaan khidmat kementerian berkaitan dengan penekanan kepada aspek kemahiran pertanian, pembajaan serta penggunaan racun yang sesuai bagi meningkatkan hasil dan kualiti buah.

“Usaha berkenaan dijangka memberi manfaat langsung kepada petani melalui peningkatan pengeluaran, selain membantu menstabilkan bekalan buah tempatan di pasaran,” katanya.

Dalam pada itu itu, program yang menyaksikan lebih 500 biji durian diagihkan kepada warga RTM dan agensi berkaitan hasil sumbangan pekebun serta peniaga tempatan berikutan musim durian yang melimpah di kebun-kebun sekitar negeri ini.

Menurutnya, inisiatif itu bukan sekadar perkongsian rezeki, malah menjadi platform untuk memperkukuh hubungan kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti petani luar bandar.

“Program agihan durian ini dilihat sebagai contoh kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan pengeluar hasil pertanian tempatan, di samping menyumbang kepada pengukuhan silaturahim sesama penjawat awam,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 08:25 AM | Show all posts
KPSTI angkat isu perjawatan ke Mesyuarat Exco Pendidikan KPM
Januari 15, 2026, Khamis - 4:50pm



PENDIDIKAN: James (lima kanan) turut berkesempatan bergambar bersama pegawai pendidikan sempena Majlis Amanat Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi 2026 hari ini.

KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) komited untuk mengangkat isu perjawatan yang melibatkan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) ke Mesyuarat Exco Pendidikan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk James Ratib berkata, isu berkenaan perlu dibangkitkan secara serius khususnya berkaitan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) Gred C serta gred-gred lain yang kritikal.

Katanya, tindakan itu bagi membantu kelancaran pentadbiran dan keberkesanan pelaksanaan dasar kementerian.

"Perkara ini penting bagi memastikan struktur organisasi kita kekal relevan, berfungsi dengan baik dan mampu menyokong agenda pembangunan pendidikan, sains, teknologi dan inovasi di Sabah secara menyeluruh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Amanat Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah 2026 di sini hari ini.

James berkata, di JPNS Sabah, timbalan-timbalan pengarah hanya memegang Gred 54 sedangkan pengarah memegang gred JUSA B.

Justeru katanya, tidak ada timbalan pengarah yang mempunyai JUSA C dan gred yang dipegang timbalan-timbalan pengarah sama seperti gred pegawai di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

"Pada saya sendiri, kalau saya timbalan pengarah, kawan-kawan nampak saya macam timbalan pengarah. Tetapi gred kami sama juga dengan Pegawai PPD Gred 54.

"Jadi bagi saya ini tidak adil. Saya sebagai Menteri Pendidikan di Sabah ini, saya akan suarakan perkara ini kepada pihak KPM.

"Ini supaya sekurang-kurangnya dua gred JUSA C diberikan untuk Jabatan Pendidikan di Sabah ini," jelasnya.

Dalam pada itu katanya, kolaborasi erat antara pegawai Persekutuan dan negeri adalah satu prinsip penting dalam tadbir urus pendidikan di Sabah.

Menurutnya, dalam apa juga keadaan, para pegawai perlu sentiasa bekerjasama, saling menyokong dan bergerak sebagai satu pasukan demi kepentingan pendidikan anak-anak Sabah.

"Soal bidang kuasa tidak seharusnya menjadi penghalang kepada tindakan yang pantas dan berkesan.

"Sebagai contoh, insiden Sekolah Kebangsaan (SK) Rampayan yang dilanda banjir sebelum ini. Walaupun sekolah berkenaan entiti di bawah Persekutuan, namun sebagai kementerian yang menyelaras pendidikan di peringkat negeri, kita tidak berdiam diri.

"Kita turun padang, meninjau keadaan, menghulurkan bantuan serta-merta dan memberi kerjasama sepenuhnya demi kebajikan murid dan warga sekolah.

"Inilah semangat kerja yang saya mahu cepat bertindak, tidak beralasan, dan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan," katanya.

James turut mengarahkan agar semua agensi dan jabatan berkaitan untuk memaklumkan sebarang permasalahan secara sehala dan tepat selain menyalurkan maklumat berkenaan kepada pihaknya dengan segera.

Langkah itu katanya bagi membolehkan perkara-perkara berkaitan pendidikan, sains, teknologi dan inovasi dapat diangkat, dibangkitkan dan dibuat rundingan di peringkat Persekutuan dengan lebih berkesan.

Beliau juga mahu semua pihak meningkatkan produktiviti kerja. Pembangunan dalam bidang pendidikan, sains, teknologi dan inovasi tidak akan menjadi kenyataan tanpa kecekapan, disiplin dan komitmen yang tinggi daripada seluruh jentera pelaksana.

"Saya juga ingin menegaskan tatakelola yang baik wajib dipatuhi oleh semua jabatan dan agensi.

"Setiap proses, perolehan dan pelaksanaan mesti mengikut peraturan yang ditetapkan bagi memastikan tiada ruang untuk ketirisan, salah guna kuasa atau pembaziran. Integriti bukan pilihan ia adalah kewajipan," katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Jordan Jude Ellron.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 08:33 AM | Show all posts
Pemandu maut 4WD terjatuh ke dalam gaung
Januari 15, 2026, Khamis - 2:42pm

KAPIT: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandunya terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 kaki dalam kemalangan jalan raya di kawasan pedalaman di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit Timoty Barat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 8.17 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, jentera penyelamat terpaksa menempuh perjalanan sejauh kira-kira 44 kilometer sebelum tiba di lokasi pada jam 9.20 pagi.

Katanya, operasi melibatkan penggunaan jentera CFRT, EMRS serta sebuah kenderaan utiliti bagi melancarkan kerja-kerja menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah kenderaan pacuan empat roda telah terjatuh ke dalam gaung di tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pasukan penyelamat menggunakan peralatan pada jentera bagi menstabilkan kenderaan sebelum mangsa dikeluarkan.

Anggota bomba membawa keluar mangsa ke bahu jalan untuk pemeriksaan lanjut. - Gambar JBPM

“Mangsa dikeluarkan menggunakan pengusung sebelum dibawa naik ke bahu jalan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Menurut Timoty, pemeriksaan awal telah dilakukan oleh pasukan perubatan dari Hospital Kapit yang turut berada di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Susulan itu, mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut dan siasatan.

Beliau memaklumkan operasi bersepadu berkenaan melibatkan lima anggota polis dan tiga petugas perubatan dari Hospital Kapit.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2026 08:36 AM | Show all posts
AADK Sibu jayakan program di SK Siong Tengah
Januari 15, 2026, Khamis - 3:03pm



Program Ceramah dan PPDa dijayakan di SK Sungai Siong Tengah, Sibu, hari ini. - Gambar AADK Daerah Sibu

SIBU: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu terus mempergiat usaha memerangi penyalahgunaan dadah dan bahan di peringkat akar umbi dengan penganjuran Program Ceramah dan Pameran Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Siong Tengah di sini, hari ini.

Program menyasarkan 70 murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dalam inisiatif yang bertujuan memberi pendedahan awal mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang serta memupuk jati diri yang tinggi dalam kalangan murid sekolah rendah.

AADK Daerah Sibu dalam kenyataan di Facebook rasminya berkata, pendekatan pendidikan awal adalah kritikal bagi memastikan generasi muda mempunyai benteng pertahanan diri yang kukuh sebelum melangkah ke alam remaja.

Pengisian utama program dimulakan dengan sesi ceramah bertajuk 'Masa Depan Gemilang Tanpa Dadah' yang disampaikan oleh pegawai AADK Daerah Sibu.

"Dalam sesi itu, murid-murid didedahkan dengan informasi mengenai jenis-jenis dadah, kesan buruknya terhadap tubuh serta kepentingan menjaga kesihatan mental dan fizikal demi mencapai cita-cita," ujarnya.

Program diteruskan dengan slot motivasi bertajuk 'Aku Adalah Hero' yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa SKUAD Antidadah Sibu.

Slot itu menggunakan pendekatan psikologi kanak-kanak untuk menanam rasa tanggungjawab menjadi 'wira' dengan berani menolak sebarang pelawaan negatif termasuk dadah dan bahan terlarang.

Selain sesi ceramah, para pelajar turut menyertai kuiz antidadah yang berlangsung secara interaktif bagi menguji kefahaman mereka.

Program turut diserikan dengan pameran antidadah yang memaparkan infografik dan replika pendidikan bagi memberi gambaran visual yang lebih jelas kepada warga sekolah.

Pihak AADK Daerah Sibu berharap program seumpama itu dapat melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai sahsiah terpuji serta bebas daripada anasir dadah dan bahan terlarang, selaras dengan aspirasi negara ke arah Dadah Terkawal 2030.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 08:39 AM | Show all posts
Mangsa banjir Rumah Saging Layang terima bantuan makanan
Januari 15, 2026, Khamis - 3:34pm



Kong (tengah) bersama ahli Pemuda PDP serta penduduk setempat serta barangan bantuan yang akan diserahkan kepada penduduk terjejas banjir di Rumah Saging, Ulu Sebauh semalam.

BINTULU: Bantuan berupa barangan makanan keperluan asas disalurkan segera kepada 45 keluarga di Rumah Saging Layang, Sungai Ensaie, Jalan Ulu Sebauh yang terjejas akibat banjir semalam.

Bantuan untuk meringankan beban serta memenuhi keperluan mendesak penduduk itu telah diserahkan Steven Kong Kai Seng selaku pegawai tugas-tugas khas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang juga Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing.

Kong disertai kakitangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bintulu dan Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) yang menghantar bantuan tersebut kepada mangsa banjir di Ulu Sebauh semalam.

Beliau berkata, selain penyaluran bantuan makanan, pihaknya turut melaksanakan penilaian secara langsung tahap kerosakan serta kesan banjir yang melibatkan beberapa rumah panjang di kawasan berkenaan.

"Hasil tinjauan tersebut telah dimaklumkan kepada Datuk Seri Tiong dan berdasarkan arahan beliau bantuan segera telah disalurkan terus dengan keutamaan kepada rumah panjang yang paling terjejas akibat banjir iaitu Rumah Saging Layang," katanya.



Kong (kanan) bersama yang lain mengangkut bantuan bekalan makanan untuk diagih-agihkan sebelum diserahkan kepada penduduk terjejas banjir di Rumah Saging semalam.

Menurutnya, penduduk setempat turut membantu dengan mengambil inisiatif menyelaras penggunaan bot bagi penghantaran bantuan tersebut kepada penduduk secara berperingkat ke rumah-rumah panjang di kawasan itu berikutan jalan darat di laluan utama yang masih dinaiki air.

"Ini untuk memastikan agihan bantuan dapat dilaksana dengan teratur dan sampai kepada setiap keluarga sekali gus memudahkan untuk penduduk menerima bantuan tersebut," katanya.

Kong berkata, Tiong akan terus memantau perkembangan situasi banjir di kawasan Ulu Sebauh dan bersedia menyalurkan bantuan tambahan sekiranya diperlukan supaya kebajikan penduduk terus terpelihara dalam tempoh sukar tersebut.

Sementera itu Tuai Rumah Saging berkata, pihaknya menghargai bantuan yang disalurkan dengan tepat pada masanya yang memberi makna besar kepada penduduk terjejas banjir khususnya ketika pergerakan keluar masuk dari petempatan mereka agak terhad.

"Bantuan ini sedikit sebanyak dapat memenuhi keperluan asas penduduk buat sementara waktu," jelasnya.

Katanya, penghargaan kepada Pemuda PDP serta individu-individu prihatin yang tampil memberikan kerjasama dan sumbangan secara sukarela dengan segera untuk penduduk yang amat memerlukan ini.


Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 08:42 AM | Show all posts
Pasukan Sokongan Pintar bantu pelajar terjejas banjir
Januari 15, 2026, Khamis - 3:39pm



Para pelajar yang terjejas banjir di PPS Dewan Suarah bersama para pegawai PPD Bintulu serta wakil SCCI dan Press Metal.

BINTULU: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu telah menubuhkan Pasukan Sokongan Pintar bagi membantu pelajar sekolah rendah dan menengah di daerah Bintulu yang terjejas akibat banjir dengan melaksanakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah Bintulu.

Jurucakap PPD Bintulu berkata, kelas yang diadakan di PPS Dewan Suarah melibatkan pelajar sekolah menengah dan rendah yang terjejas akibat banjir.

"Pengendalian program ini diketuai Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Samri Suhaili, pegawai-pegawai di PPD Bintulu dan pengurusan sekolah-sekolah yang terkesan banjir," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.  

Beliau berkata, PPD Bintulu juga telah mengenal pasti murid-murid asrama yang terkesan banjir untuk menyertai PdPR supaya mereka dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif.



Samri (lima kanan) menerima sumbangan daripada Dennes Lim yang mewakili SCCI dan Press Metal berupa barang kelengkapan sekolah untuk para pelajar yang terjejas banjir.

Katanya, sokongan daripada guru bimbingan dan kaunseling turut diadakan untuk murid-murid dalam bentuk kaunseling berkelompok dan individu.

Menurutnya, program itu mendapat kerjasama penuh daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu Datu Nyurak Keti.

Jelasnya, PPD Bintulu turut bekerjasama dengan SCCI dan Press Metal yang menyumbang peralatan sekolah seperti beg, pensil warna, buku dan sebagainya kepada 162 murid yang berada di PPS Dewan Suarah.

Katanya, sumbangan daripada SCCI dan Press Metal itu diharap dapat memberi keselesaan dan mengurangkan bebanan ibu bapa yang terkesan banjir untuk membeli kelengkapan sekolah untuk anak-anak mereka.



Samri (tengah) bersama guru-guru dan ibu bapa semasa meninjau keadaan murid-murid yang terjejas banjir di PPS Dewan Suarah Bintulu.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2026 08:45 AM | Show all posts
Penghantaran bantuan ke lapan lokasi terjejas banjir di Tatau
Januari 15, 2026, Khamis - 3:52pm



Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Tatau Raden Azamry Raden Perhan (lima kiri) menyerahkan bantuan makanan kepada mangsa banjir di kawasan pengumpulan barang bantuan di SK Kuala Annau semalam.

BINTULU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) dan Pejabat Daerah Tatau semalam menghantar 330 barang bantuan ke lapan lokasi yang terjejas banjir di Tatau.

Penghantaran barang bantuan berupa makanan asas adalah untuk penduduk terjejas di Rumah Pada Selan (164), Rumah John Asan (25), Rumah Robert Nyembong (30), Rumah Thomas Sylvester Kuncil (27), Rumah Daniel Mungking (48), Rumah Empaling Bu (4), Rumah Win Telajan (22) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Annau (10).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee berkata, kesemua bantuan tersebut selesai dihantar ke pusat pengumpulannya di SK Kuala Annau dan penduduk telah membawa balik agihan bantuan itu dengan menaiki perahu ke rumah masing-masing.

"Ribuan terima kasih kepada semua yang menyalurkan bantuan dan memastikan mangsa banjir dapat sedikit kelegaan dengan bantuan yang diberi," katanya.

Beliau menyeru semua pihak terus bersatu hati dan saling membantu dalam apa jua keadaan.

"Jutaan terima kasih kepada PDRM, JBPM, APM, JKM, BDA, UKPS, Pejabat Daerah Tatau atas pengorbanan yang dilakukan dalam memastikan bantuan dapat diserahkan dalam keadaan lancar," katanya.

Selain di Tatau katanya, bantuan makanan juga telah dihantar ke dua rumah panjang iaitu Rumah Lunsa dan Rumah Chom serta beberapa kawasan di petempatan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak yang terputus hubungan.

Beliau berkata, kerjasama erat antara Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu bersama agensi berkaitan akan memastikan bantuan sampai dengan selamat kepada penduduk yang terkesan.

Katanya, antara pengangkutan yang digunakan untuk menghantar bantuan ialah lori dan kenderaan pacuan empat roda yang diselaraskan mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan.

"Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas usaha tanpa jemu memastikan komuniti kita terus dibantu terutama dalam masa-masa mencabar," tambahnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio98dd5dddbhatt ji
Views : 101 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40435 Replies : 394
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 19813 Replies : 24
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 16410 Replies : 16
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 11058 Replies : 1
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201771 Replies : 4030
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44968 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 12664 Replies : 219
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26293 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.344554 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list