Lepas Makan Jangan Terkejut Tengok Bil, Ini Senarai Menu & Harga Di Rembayung Untuk Anda ‘Standby’ Duit
Selepas tular pembukaan rasminya semalam, ramai mula tertanya-tanya mengenai menu Rembayung dan kos untuk menjamu selera di sana. Adakah senarai harga di restoran milik Khairul Aming ini mesra poket atau setanding dengan restoran premium yang lain?
Bagi yang sedang merancang untuk berkunjung ke sana, maklumat harga adalah perkara paling penting supaya anda boleh boleh menilai sendiri harganya mengikut bajet masing-masing.
SENARA HARGA MENU REMBAYUNGBerdasarkan perkongsian pengunjung terawal yang hadir pada hari pertama pembukaan, berikut adalah senarai harga menu di restoran Rembayung yang merangkumi lauk-pauk, pemanis mulut dan minuman:
Lauk Pauk (Ikan & Siput)  Sumber gambar: _z4na14 - Ikan Siakap Sambal Berlada: RM68.90
- Gulai Utara Ikan Jenahak: RM39.90
- Ikan Tenggiri Masak Kicap: RM39.90
- Siput Sedut Masak Lemak Cili Api: RM35.90
- Gulai Utara Ikan Temenung: RM29.90
- Set Ikan Rebus & Budu Picit: RM22.90
- Ikan Pekasam Goreng: RM19.90
- Ikan Keli Sambal Berlada: RM15.90
- Ikan Masin Rangup: RM5.90
Lauk Pauk (Udang & Sotong) - Sotong Sambal Tumis Petai: RM43.90
- Udang Sambal Tumis Petai: RM39.90
- Lauk Pauk (Ayam & Daging)
- Daging Salai Masak Lemak Cili Api: RM39.90
- Ayam Masak Kicap: RM29.90
- Ayam Salai Masak Lemak Cili Api: RM29.90
- Kerabu Daging Salai: RM22.90
- Ayam Kampung Sambal Berlada: RM17.90
- Ayam Kampung Sambal Hijau Petai: RM17.90
- Set Sup Ayam Si Kecil (Kids): RM15.90
- Sayur, Telur, Ulam, Nasi
- Sayur Masak Lemak Putih: RM18.90
- Terung Masak Sambal Hijau Petai: RM17.90
- Tempoyak Daun Kayu: RM17.90
- Telur Mata Masak Kicap: RM15.90
- Ulam & Sambal Belacan: RM12.90
- Telur Dadar: RM9.90
- Otak-otak: RM6.90
- Sambal Tempoyak: RM4.90
- Nasi Putih: RM3.90
Pemanis Mulut & Kudapan 
- Pengat Nangka bersama Pulut: RM22.90
- Buah Campur Asam Boi: RM22.90
- Cucur Udang: RM16.90
- Tapai Pulut Aiskrim: RM15.90
- Cekodok Pisang: RM15.90
- Kuih-muih (seketul): RM1.80
Air & Minuman 
- Senandung Senja / Kaseh Kasturi: RM15.90
- Kopi Santan: RM14.90
- Jus Buah / Jus Tembikai: RM14.90
- Kopi Ais: RM8.90
- Sirap Bandung Cincau Ais: RM7.90
- Teh O Limau Ais: RM6.90
- Teh Tarik Kampung Panas: RM6.90
- Limau Ais: RM5.90
- Sirap Selasih Ais: RM4.90
- Teh O Panas: RM4.90
- Air Kosong Ais: RM0.50
- Air Suam: RM0.30
Nota: Harga tidak termasuk Service Charge 10%.
|