|
|
Ada bersanding. Nie beritanya waktu abby mintak hutang hantaran bbrp thn dulu.
Norman : Saya tidak berhutang dgn Abby
“Tidak timbul langsung soal hutang wang hantaran kerana saya dan Abby sudah berbincang dan bersetuju bersama membelanjakan wang terbabit (Wang Abby) untuk majlis perkahwinan,” kata aktor Norman Hakim, 34, mengenai dakwaan bekas isterinya yang juga pelakon, Abby Abadi, 32, yang disiarkan Harian Metro semalam bertajuk ‘Norman hutang hantaran RM11,111.11’.
Menurut Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nor Hakim Zaidon, wang berkenaan dipersetujui bersama untuk kos majlis persandingan pada 31 Ogos 2002 di Perdana Grand Ballroom, Dewan Felda, Jalan Semarak, di sini, selepas mereka selamat bernikah pada 8 Januari tahun yang sama.
“Kami (merujuk kepada dia dan Abby) sudah belanjakan wang itu atas persetujuan bersama untuk membuat majlis perkahwinan besar. Apabila terjadi perselisihan faham tiba-tiba dah jadi hutang. Kami saja yang tahu masa mula-mula nak kahwin dulu.
|
|