CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

CERPEN : Syyy ! [U]

[Copy link]
Post time 26-1-2012 11:40 AM | Show all posts
wahhh....
det0x telah kembali....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2013 09:22 PM | Show all posts
ouh.. xhabeh lagi eh?? so sweetttt ;larrr..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 10:36 PM | Show all posts
salam kak detox.. nak tanya citer hang nadim dah buat novel ker? lin dah lama tak online. baru start balik ni.. byk dah ketinggalan.. kalau dah buat novel boleh tau apa tajuk dgn penerbitan.. nak beli..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 04:14 PM | Show all posts
best nyer!!! so sweet la Detox.  Please convert tis cerpen to telenovela ye.  X sabar menanti n3 seterusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 08:47 AM | Show all posts
wah....ksah imran plak, nice n interesting..
tp knape sy x bleh exces karya ensha n amir ??????...
whyyyyyyyyyyy.........
someone plesss rply....
Last edited by izzatinatasya on 13-2-2013 08:49 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2024 03:37 PM | Show all posts
Edited by detox at 10-9-2024 03:38 PM

Just a random cerpen pasal Imran....after almost 11 years....

Miss the gang here....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-9-2024 09:47 AM | Show all posts
Edited by detox at 11-9-2024 10:58 AM

Imran ambil gitar yang terletak di tepi meja. Tali-tali gitar di petik dan ada tune yang berbunyi sumbang, Dia membetulkan beberapa key sebelum memainkan lagu Ed Sheraan,Photograph. Sampai di korus, dia menyanyi. Suaranya perlahan tapi amat menghayati setiap bait liriknya. Nadim yang melintas di hadapan bilik Imran terhenti. Dia mendekatkan telinga ke pintu yang tertutup rapat. Dia senyum mendengar dendangan Imran. Kepalanya terangguk-angguk mengikut lagu yang dibawa. Dia membuka pintu dan melihat Imran terus asyik tanpa menyedari langsung kehadiran dia. Bila selesai lagu itu, Imran memetik-metik tali memikir apa lagu seterusnya.

"That's cool."

Imran terus memaling, "Yeah, you think so ?"matanya mencerlung ke arah Nadim yang mengangguk kepala berserta dengan senyuman yang memuji.

"It's good to know that you play the guitar very well." Nadim melirik gitar Fender kepunyaannya yang telah dia berikan pada Imran sebelum dia ke Cardiff setahun yang lalu.

"Babah, this is for you." Dia mula bermain lagu She Makes My Day. Nadim sudah senyum lebar. Dia menarik kerusi dan duduk menikmati lagu Robert Palmer.

"This is about your mom." Nadim tak habis lagi senyum. Imran angguk laju. Dia tahu sebab dia selalu dengar Nadim menyiulkan lagu itu. Tiba di korus mereka dua beranak menyanyi bersama.

"Your Mummy,she always makes my day."

"Yeah, she makes ours too." Terdapat rasa cinta yang sangat dalam ketika Imran menyatakannya.

Nadim angguk,matanya tepat merenung pada Imran. Anak lelaki sulungnya. Pada usia 20 tahun,Nadim nampak kehebatan yang sudah tercungkil sedikit demi sedikit dari anak itu. Dia bijak dan dia amat bertanggungjawab.Tidak pernah sekali Imran mendatangkan masalah padanya. Hatinya mekar.

Nadim meminta gitar dan Imran terus menyerahkan dengan segera. Rindu hendak mendengar petikan Nadim, guru pertama yang mengajarnya bermain gitar. Nadim memetik sedikit. Lama betul dia tidak memegang gitar namun begitu jarinya terus beraksi. Ada dua tiga kali lari tune dan dia tersengih pada Imran. Nadim membetulkan duduknya dan dia mula memainkan lagu Home versi Blake Shelton. Rentak country yang diminati.

"This song I always bring with me when missing Mummy and you guys while I was away working."
Nadim terus menyanyi dan sesekali melihat pada Imran. Nampak jelas keterujaan di wajah Imran. Dia menghayati nyanyian Nadim. Pelbagai rasa timbul dalam hatinya. Apa yang dia rasa ketika berjauhan benar-benar diterjemahkan.

"Let me go home, I'm just too far from where you are I wanna come home." Imran menyanyi bersama Nadim.
Nadim tersenyum-senyum,berkongsi momen itu dengan Imran adalah antara satu yang menyenangkan hatinya.  Sayang dan cintanya pada anak-anak memang sentiasa Nadim zahirkan.  Selesai lagu tersebut Nadim menyerahkan semula gitar pada Imran.

"Actually Babah, this is my song too when I miss home..." Suara Imran rendah.

Nadim bangun dan duduk di sebelah Imran.

"Yeah we miss you too. And I'm so glad you are back for your summer break." Tangan yang melingkar di bahu Imran di kemaskan dan badan Imran di tarik lebih dekat. Imran senyum dan melihat sisi muka Nadim.

"So, how’s everything over there?"
"Coping."

Nadim angguk dan ketika itu Nadira membuka pintu.

"Sini rupanya…" dia masuk dan duduk di kerusi."I've been searching for you Abang." Nadira menjeling sedikit.
"Mummy takut Babah have a puff or two la tu…" Nadim sengaja mencebik pada Nadira.

Mata Nadira dialihkan melihat pada gitar yang masih dipegang Imran.

"We're catching up on one another la Mummy…"
"Citer la ngan Mummy juga."
"Nothing , just men stuffs." Imran memeluk semula gitar. "Babah, jom satu lagu for Mummy."

Nadim mengangguk,"Better Man ?" Dia mengalihkan muka pada Imran, lantas anak muda itu mula mencari key. Imran tersalah petik,dia melangut melihat Nadim dan mereka berdua tergelak. Dia mula semula dan alunan lagu Better Man mengisi ruang bilikitu.


Nadira memandang Nadim dengan rasa cinta yang tidak penah luntur. Mata teralih pula pada Imran dan dia mempunyai harapan yang tinggi pada anak itu. Menikmati suara Nadim dan petikan Imran petang itu mendatangkan rasa syahdu dalam hatinya. Tanpa sedar air mata mengalir perlahan. Nadim menggamit menyuruh Nadira duduk disebelahnya. Bahu wanita itu dirangkul sambil meneruskan nyanyiannya.


“This is lovely Abang,” bisik Nadira dan Nadim memicit sedikit lengannya.

“Lord I’m doing all I can to be a better man,” bait terakhir itu turut dinyanyikan oleh Imran. Jarinya dilepaskan dari tali-tali gitar.
Dia bangun lantas mencium pipi Nadira dan menyeka sedikitair mata yang masih tersisa dengan ibu jarinya.


“Tq both of you,” Ucap Nadira. “Beautiful.” Sambungnya berpaling pada Nadim.


Ketika itulah Rizal masuk dan menerpa ke arah Imran.


“You Stupid, I miss u dude…” Dia terus memeluk Imran yangsudah pun bangun mendepangkan tangannya.


Nadira terus menampar belakang peha Rizal , dia cukup pantang kalau Rizal memanggil Imran stupid.Tapi itulah Rizal yang nakal dan masih saja nakal.

“Hey I miss u too ketot !!!” ucap balas dari Imran disambut gelak dari Rizal. Dan dia menghayun badan mereka yang masih berpelukan kiri dan kanan.


Nadim memaling pada Nadira dan ada senyuman terukir. Walaupun Imran dan Rizal sering bertengkar namun kasih sayang dua beradik itu tetap utuh. Dua-dua jarang mengungkap kata rindu sejak mula sibuk melangkah kealam yang luas. Imran ke Cardiff dan Rizal sedang membuat persediaan keHarvard.


“Eh takkan concert dah habis?” matanya melihat pada Imran yang mengalihkan gitar dari katil dan menyandarkan pada meja.
“Habis dah…” Nadim mengusik dan dia membalas pelukan Rizal.
“Apa yang dah habis?” Ensha masuk. Nadira di peluknya sebelum Nadim.
“They’re having a mini concert!” Rizal memaling ke Ensha yang melintas di depannya untuk memeluk Imran disebelahnya.
“Kakak missed Imran sangat,” dan apabila pelukan mereka dilepaskan Ensha memerhati Imran. “You lose quite lot of weight.”
“Rindu rumah la tu…” Rizal mengusik disambut senyuman Imran.
“Tak pe, Mummy knows how to fix. After summer break ni,balik sana girlfriend tak kenal nanti.”Usik Nadim di sambut ketawa Imran dan Ensha.
“Jom Imran, satu lagi lagu…” Rizal mengambil gitar. Kali ini dia pula memetik-metik tali-tali gitar.
“Something Stupid, jom.” Cadang Ensha yang memang suka sangat dengan lagu itu. “I sang this song…”
“..with babah on their wedding,” sambung Rizal. “100 kali dah ulang cerita ni…” dan dia terus memetik lagu tersebut. Ketiga-tiga mula bernyanyi dan beraksi depan Nadim dan Nadira.



***


“D, I’m happiest today.” Kata Nadim ketika Nadira meletakkan mug kopi di hadapannya.
“Me too.”

Mata mereka teralih pada Ensha, Imran dan Rizalyang bersila di atas dek. Banyak yang dibualkan tiga beradik itu. Ketawa mereka dibawa angin petang. Mata Nadira juga memerhati Amir yang rajin melayan sikembar. Cucu yang menambah lagi kebahagian dalam keluarga Nadim. Banglo tepi tasik itu kembali riuh. Riuh yang sangat dirindui Nadira.

“I love you D, always do.” Bisik Nadim mencapai jemari Nadira, dia terasa ada genggaman yang kuat dari Nadira.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.052355 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list