PETALING JAYA – Tidak tahan kerap menjadi mangsa kecaman, penyanyi Elly Mazlein menyelar sikap segelintir netizen biadab yang menghina dirinya dan program All Stars Gegar Vaganza (GV10). Pemilik nama penuh Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, itu menegaskan individu yang mengecamnya itu disifatkan sebagai manusia bertopengkan agama. “Apabila si bangang berkata-kata, ramai orang mencari rezeki dalam GV itu. Kurang ajar kau ini.
|