Anak sulung Ziana Zain menjadi perhatian ramai yang rata-ratanya memujinnya mempunyai wajah kacak ketika menghadiri acara Malaysia Best Business Awards 2023 pada malam Ahad lepas.
Menerusi Instagram, Muhammad Aiman, 23, dilihat segak mengenakan sut berwarna hitam.
Foto: IG
"My plus one","tulisnya sebagai kapsyen.
Kehadiran Ziana pada acara itu bagi menerima anugerah Celebrity Entrepreneur of the Year disamping beberapa selebrit lain seperti Mawi, Datuk Khadijah Ibrahim dan Zoey Rahman.
Ini merupakan penampilan pertama Aiman di khalayak ramai memandangkan sebelum ini peminat hanya dapat menatap wajah anak-anak penyanyi kesayangan mereka itu menerusi perkongsian foto di media sosial.
Malah Ziana jarang berkongsi perihal anak-anaknya kepada umum sehingga membuatkan ramai terkejut melihat Aiman yang sudah membesar.
Ramai memuji wajah Aiman seiras dengan ibunya dan mempunyai karisma tersendiri malah ramai mengusik agar pemuda itu boleh bergelar seorang selebriti kerana wajahnya yang tampan.
"Besar dah Aiman, dulu tengok masa kecil.
"Mukanya sebiji dengan ibunya, ada vibe artis Korea. Bahagian kening tu dia ambil mak dia punya. Boleh angkat sebelah ke kening tu?
"Aiman ada potensi kalau jadi seorang artis!," komen netizen.
Untuk rekod, Aiman adalah anak sulung Ziana hasil perkahwinan bersama bekas suami iaitu Armin Zaharin selain Muhammad Ammar, 19 serta pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 15 tahun.
Ziana dan Armin berkahwin pada 9 Mei 1998 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 12 Julai 2018. -CARI
hensem mcm apak nya
bakal ikut jejak langkah masuk industri kah...
btw kak gee bisnes ape je yg smpi blh mng award ni
pnh nmpk few tp beberapa thn lps lah
xde promote beria pun
so i assume dh bungkus lah
tup tap tup tap dpt award ni
Post time 27-6-2023 10:14 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kesian Gen Z
Yg lahir awal 80 90an
Merasa tgk lelaki kacak mcm Arwah Ridzuan Hashim Badrul Muhayat Yusof Wahab Edika Yusof even Mami Zahar pun betiang lagi kacak ms tu dr yg ada skrg