|
Post Last Edit by stonefury at 25-12-2010 15:30
sorrylah totok...setakat maklumat kau tu kutip dari harakah atau keadilan buang masa aje....kalau 2+2=5 pun dalam harakah atau keadilan kau tetap percaya.
idola kau tu dah berapa kali disuruh tunjuk bukti tapi asyik mengelak...banyak sangat alasan...setakat sembang semua org boleh beb!!! Nazri dah bagi taukan ianya 2 entiti yg berbeza..kau sibuk gak cerita tang 1 lagi hehehe
atau kau dah terkena kesan sekrg yang perjuangan untuk menjadi kaya pada mula bersinar la ni dah mula suram dek idola kau tu temberang dah pecah. kalau nazri tak leh nak didik anak dia, sama juga pak imam tak boleh nak wariskan keimanan kepada anak dia....byk cerita2 mcm ni even nabi dalam sejarah kenabian juga ada saudara terdekat yang tak dapat hidayah....tugas kita hanya menyampaikan...
kan senang kalau tengok diri mereka sendiri cth nazri vs anwar...nazri tak leh didik anak vs anwar tak leh control nafsu jumboq...mana lebih baik? |
|
|
|
|
|
|
|
Aziz Bari : Nazri Selindung Kebenaran
SHAH ALAM 23 DIS : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk ...
totokreturn Post at 25-12-2010 05:18
semua orang tahu....UMNO ni dari dulu dah dayus nya....dari dulu dah memang penatot..... |
|
|
|
|
|
|
|
semua orang tahu....UMNO ni dari dulu dah dayus nya....dari dulu dah memang penatot.....
zyarunzurro Post at 25-12-2010 21:01
kalu anwar menipu, naper tak berani debat dalam parlimen, tapi baru nak bersuara, trus gantung 6 bulan, pastuh kat luar dewan, buat press cakap anwar kelentong... padahal penakut rahsia sudah terbongkar pelanggan yahudi tetap... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya, APCO Worldwide & APCO yg Zul Kulim katakan itu adalah Satu Company Ke?
Bayaran dibuat kerajaan atas company mana ye? APCO kat di Dunia ni ada Satu je atau ada Banyak?
Adeh, Pening Pulak! |
|
|
|
|
|
|
|
kalu anwar menipu, naper tak berani debat dalam parlimen, tapi baru nak bersuara, trus gant ...
totokreturn Post at 26-12-2010 02:06
Rakyat masih setia menunggu jawapan Anwar berserta Bukti.
Jangan jadi macam isu 6 kotak yang disimpannya.
Nazri tunggu ‘pembongkaran’
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
[email protected]
PADANG RENGAS 25 Dis. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) masih menunggu ‘pembongkaran’ bukti kaitan APCO Worldwide dengan konsep 1Malaysia yang dikatakan akan dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, beliau akan terus menanti Anwar untuk berbuat demikian walaupun telah hampir sembilan bulan menunggunya sejak 17 Mac lalu.
Tegasnya, Ketua Pembangkang itu telah diberi kesempatan secukupnya untuk membela diri daripada digantung selama enam bulan tetapi Anwar terus melawan dan mempertahankan ‘kebenarannya’.
“Seminggu sebelum 16 Disember lalu iaitu apabila Anwar digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, menerusi wakilnya, saya sudah maklumkan akan membentangkan usul pergantungan tersebut serta bilangan orang yang berhujah di dalam Dewan.
“Malah saya sudah minta kelulusan daripada Jemaah Menteri untuk meluluskan satu hari untuk membincangkan isu Anwar sahaja dan persidangan itu boleh dijalankan dari pukul 10 pagi sehingga tengah malam,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Perayaan Krismas dan Tahun Baru 2011 di Kampung Baru Sauk, Kuala Kangsar, di sini hari ini.
Mohamed Nazri turut membidas kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwa kalau kerajaan boleh membelanjakan RM77 juta untuk Apco, maka mereka juga boleh membeli surat daripada agensi itu.
“Tetapi saya ingin memberitahu, bahawa itu sebenarnya cara PKR, sanggup membayar orang lain untuk membuat penipuan. Mereka bayar P. Balasubramaniam untuk mengeluarkan akuan bersumpah palsu,” katanya.
Mengenai kenyataan Prof. Abdul Aziz Bari yang mengibaratkan isi kandungan surat Apco sebagai ‘seorang pencuri tetapi menafikan ia mencuri’, Mohamed Nazri berkata:
“Apco sekurang-kurangnya berani menulis surat mengatakan mereka tidak melakukan perkara seperti yang didakwa.”
Menurutnya, jika Abdul Aziz boleh berkata demikian, maka beliau juga berhak mengatakan Anwar sebagai seorang peliwat, tetapi tidak mengaku melakukan perbuatan liwat.
“Namun, orang kuat Abdul Aziz itu tidak berani berdepan di mahkamah mengatakan bahawa dia tidak meliwat sebaliknya cuba menggagalkan kes liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan itu,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Mohamed Nazri berkata, beliau berharap Barisan Nasional (BN) akan terus mendapat sokongan kerana kerajaan tidak pernah menipu rakyat demi mempertahankan kedudukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat masih setia menunggu jawapan Anwar berserta Bukti.
Jangan jadi macam isu 6 kotak yang di ...
rashiman Post at 26-12-2010 16:29
citerkan camna nak bagi bukti kalau dah digantung dari parlimen....camna nak bentangkan... nak tunjuk bukti di luar takder imuniti dan automatik akan dikenakan tahanan ISA... jadi camna... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by rashiman at 27-12-2010 09:24
citerkan camna nak bagi bukti kalau dah digantung dari parlimen....camna nak bentangkan... nak tunjuk bukti di luar takder imuniti dan automatik akan dikenakan tahanan ISA... jadi camna...
totokreturn Post at 26-12-2010 16:31
Sebelum gantung tak nak bagi bukti, dah kena gantung, baru nak melenting, nak salahkan ISA, Tunjukkan Bukti dalam media dan akhbar parti. Tapi kalau berita palsu atau fitnah, susah nak ujudkan bukti.
Anwar tiada bukti kaitkan 1Malaysia dengan Apco
KUALA LUMPUR 26 Dis. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya tiada sebarang bukti mengaitkan penglibatan Apco Worldwide dalam pembentukan gagasan 1Malaysia.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, oleh itu Anwar terpaksa terus membohongi rakyat berhubung isu tersebut.
"Beliau tiada bukti seperti yang dikatakan, sebab itu selama ini beliau terpaksa menggunakan pendekatan berbohong.
"Pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tentang surat penafian daripada Apco baru-baru ini telah membuka tembelang Anwar yang sebenar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Mohd. Puad mengulas pendedahan Mohamed Nazri tentang surat daripada Apco yang menafikan firma itu terlibat dalam pembentukan gagasan 1Malaysia.
Mohamed Nazri turut mengemukakan akuan bersumpah penasihat politik yang pernah bertugas dengan Perdana Menteri Israel, Ehud Barak iaitu Robert M. Shrum yang menafikan penglibatan Apco dengan slogan One Israel seperti didakwa Anwar.
Mohd. Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, Anwar sebenarnya cuba memesongkan pemikiran dan pandangan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia dengan menjadikannya satu ancaman kepada masyarakat.
"Ini kerana beliau tahu bahawa 1Malaysia adalah idea yang asal dan bukan ditiru atau direka oleh orang asing. Atas sebab itu beliau dari awal cuba memastikan rakyat memandang sinis idea itu," katanya.
Bagaimanapun, katanya, usaha Anwar itu menemui kegagalan apabila kerajaan mengemukakan bukti bahawa Apco sebenarnya tidak pernah terlibat dalam pembentukan gagasan 1Malaysia atau One Israel seperti yang didakwanya sebelum ini.
Menurutnya, walaupun gagal Anwar sudah pasti tidak akan berhenti begitu sahaja sebaliknya akan terus mencari jalan lain untuk memperlekeh dan memburukkan kerajaan dan gagasan 1Malaysia.
"Pembohongannya sama sahaja. Ketika isu 16 September dulu pun beliau dakwa ada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bersedia lompat parti tetapi perkara itu tidak pernah berlaku sebaliknya wakil rakyat pembangkang yang lompat parti.
"Terbaru dia berbohong lagi dengan janji 100 hari untuk rakyat jika berjaya memerintah negara. Ini semua strategi yang sudah terdesak," katanya.
Dalam pada itu Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sandiwara Anwar kini sudah sampai ke kemuncaknya dan merupakan detik-detik terakhir sebelum tamatnya karier politik beliau.
Katanya, Puteri UMNO percaya semakin ramai penyokong Anwar mulai meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak mahu dipimpin oleh pemimpin yang pengecut.
"Sikap berdiam diri disertai pelbagai cubaan Anwar untuk mengelak daripada menunaikan janjinya untuk mendedahkan segala bukti yang dikatakan ada padanya telah menyerlahkan wajah sebenar Anwar yang selama ini berselindung di sebalik topeng keadilan," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum gantung tak nak bagi bukti, dah kena gantung, baru nak melenting, nak salahkan ISA, Tunj ...
rashiman Post at 27-12-2010 09:22
tak paham2 bahasa jugak tuh.... aku tepek sekali lagi...
citerkan camna nak bagi bukti kalau dah digantung dari parlimen....camna nak bentangkan... nak tunjuk bukti di luar takder imuniti dan automatik akan dikenakan tahanan ISA... jadi camna... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by rashiman at 27-12-2010 11:25
tak paham2 bahasa jugak tuh.... aku tepek sekali lagi...
citerkan camna nak bagi bukti k ...
totokreturn Post at 27-12-2010 11:17
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dah beritahu caranya untuk DSAI mengemukakan bukti.
PADANG RENGAS 25 Dis. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) masih menunggu ‘pembongkaran’ bukti kaitan APCO Worldwide dengan konsep 1Malaysia yang dikatakan akan dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, beliau akan terus menanti Anwar untuk berbuat demikian walaupun telah hampir sembilan bulan menunggunya sejak 17 Mac lalu.
Tegasnya, Ketua Pembangkang itu telah diberi kesempatan secukupnya untuk membela diri daripada digantung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dah beritahu caranya untuk DSA ...
rashiman Post at 27-12-2010 11:23
itu nazri aziz bercakap. knapa dia tak mintak laluan bagi pihak BN dalam parlimen untuk memberi kebenaran anwar untuk berucap tentang apco.... jgn sembang dari bulan 3 hingga sekarang tunggu jawapan, sebab setiap kali permohonan untuk bentangkan apco.. pasti ditolak
itu yg ko tak paham2 apa aku tulis... adoi laa.... ko nih banyak putar belit dari 2 berita tuh jerk laa.... tak paham betul aku....
soalannya... kenapa kita harus gunakan APCO sebuah syarikat yahudi tuh...??? |
|
|
|
|
|
|
|
itu nazri aziz bercakap. knapa dia tak mintak laluan bagi pihak BN dalam parlimen untuk mem ...
totokreturn Post at 27-12-2010 11:35
Mohammed Nazri telah mengemukakan usul untuk merujuk Anwar pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ekoran kenyataan yang dibuatnya itu yang mengaitkan firma perhubungan awam Apco Worldwide yang dilantik oleh kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mohammed Nazri telah mengemukakan usul untuk merujuk Anwar pada Jawatankuasa Hak dan Keb ...
rashiman Post at 27-12-2010 12:12
soalannya... kenapa kita harus gunakan APCO sebuah syarikat yahudi tuh...??? |
|
|
|
|
|
|
|
soalannya... kenapa kita harus gunakan APCO sebuah syarikat yahudi tuh...???
totokreturn Post at 27-12-2010 12:53
Orang yang mempersoalkan APCO pun dikelilingi oleh Yahudi. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang mempersoalkan APCO pun dikelilingi oleh Yahudi.
rashiman Post at 27-12-2010 13:07
soalannya... kenapa kita harus gunakan APCO sebuah syarikat yahudi tuh...??? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum gantung tak nak bagi bukti, dah kena gantung, baru nak melenting, nak salahkan ISA, Tunj ...
rashiman Post at 27-12-2010 09:22
baca sampai habis tau...
Kronologi Fakta
Tarikh | Peristiwa | Lampiran | 17.3.2010 | DSAI membuat kenyataan dalam Dewan Rakyat berhubung dengan perkaitan di antara APCO, Kerajaan Malaysia dan konsep 1Malaysia
| Rujuk Hansard 17.3.2010 |
|
|
| 22.3.2010 | YB Kota Belud mendakwa bahawa DSAI telah mengelirukan Dewan Rakyat yang bercanggah dengan Peraturan 36(12) Peraturan-peraturan Mesyuarat.
Menteri Nazri bercakap bagi pihak kerajaan mencadangkan agar DSAI diberi tempoh 1 minggu untuk menjelaskan maksud beliau dan untuk membetulkan sebarang kesilapan dakwaan dari segi fakta.
| Rujuk Hansard 22.3.2010 |
|
|
| 30.3.2010 | DSAI menyediakan penjelasan terperinci kepada Dewan Rakyat dengan mengemukakan asas berhubung dengan kenyataan beliau yang menentang perkaitan di antara APCO, Kerajaan Malaysia dan konsep 1Malaysia, serta juga perkaitan di antara APCO dan kerajaan Israel.
Beliau selanjutnnya telah mencabar Perdana Menteri Najib (“PM”) untuk menafikan mengikut kategori bahawamana-mana individu yang mempunyai hubung kait dengan APCO atau firma-firma bersekutunya telah terlibat dalam mewujudkan konsep 1Malaysia. Tiada jawapan telah diberikan oleh PM.
|
No: 1 Petikan Hansard 30.3.2010) | 22.4.2010 | Menteri Nazri berucap bagi pihak Kerajaan menimbulkan usul untuk merujuk DSAI kepada Jawatankuasa kerana telah mengelirukan Dewan Rakyat apabila membuat kenyataan berikut:-
“1999 Satu Israel. 2009 APCO
memberi nasihat mengenai konsep 1Malaysia Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib”.
Usul selanjutnnya mencadangkan agar Jawatankuasa mengesyorkan hukuman sewajarnya terhadap DSAI, untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam perkara ini [“Usul Kerajaan”].
Atas penjelasan yang telah dipohon oleh ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain mengenai sama ada Usul Kerajaan yang mengandaikan bahawa DSAI adalah bersalah kerana mengelirukan Dewan Rakyat, Speaker (pada muka surat 5 dan 11) menyatakan bahawa prosedur berikut akan diikuti berhubung dengan rujukan kepada Jawatankuasa: a)
Usul Kerajaan pertamanya hendaklah didebatkan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat; b)
Sekiranya usul tersebut diluluskan, Jawatankuasa kemudiannya akan menyiasat perkara tersebut dengan memanggil semua saksi yang berkenaan termasuk Ahli-ahli Parlimen berkenaan dan melihat pada semua dokumen berkenaan; c)
Jawatankuasa akan membuat keputusan dan pengesyoran mereka kepada Dewan Rakyat d)
Dewan Rakyat kemudiannya akan membuat perdebatan mengenai sama ada pengesyotan tersebut boleh diterima.
| No: 2 Petikan (Hansard 22.4.2010) | 17.5.2010 | Mesyuarat Jawatankuasa Pertama
Ia telah dipersetujui oleh ahli-ahli Jawatankuasa bahawa semua saksi berkenaan akan dipanggil. DSAI tidak dimaklumkan mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Pertama tersebut dan oleh yang demikian beliau tidak menghadirkan diri.
| No: 3 (Agenda bagi Mesyuarat PRPC) | 7.6.2010 | DSAI menghantar surat kepada Speaker mengesahkan (sebagai balasan kepada surat bertarikh 25.5.10 daripada Setiausaha Jawatankuasa) bahawa beliau akanhadir dan memberikan keterangan dalam perbicaraan Jawatankuasa pada 8.6.2010.
Beliau juga meminta untuk diwakili oleh peguam,
perbicaraan
disiarkan kepada umum, untuk dibenarkan mengemukakan senarai saksi-saksi beliau dan meminta bagi senarai saksi-saksi yang akan di panggil oleh Jawatankuasa.
| No: 4 (surat DSAI bertarikh 7.6.2010) | 8.6.2010 | Mesyuarat Jawatankuasa Kedua Jawatankuasa menimbangkan permohonan oleh YB Puchong dan ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain untuk hadir semasa prosiding Jawatankuasa. Permintaan telah ditolak melalui undi 4:2
(empat ahli Barisan Nasional (“BN” ) iaitu YB Alor Gajah, YB Batang Sadong, YB Beluran (Timbalan Speaker) dan YB Muar mengundi untuk menolak; kami, dua
ahli Pakatan Rakyat mengundi untuk memberikan kebenaran untuk hadir).
Kami menyokong permohonan atas dasar bahawa ia adalah amalan sedia ada menurut autoriti Amalan di Parlimen Erskine May (“Erskine May “Parliamentary Practice”) (lihat muka surat 755, Edisi ke 23, Lexis-Nexis Butterworths) untuk berhak hadir
pada prosiding-prosiding Jawatankuasa yang mana orang awam tidak dibenarkan melainkan kehadiran mereka menghalang urusan jawatankuasa.
Kami tidak mendapati sebarang alasan bagi halangan tersebut akan berlaku.
DSAI kemudiannya dipanggil dan membuat permohonan untuk diwakili oleh peguam.
Permohonan itu ditolak atas dasar undi yang sama seperti mana di atas yang menafikan permintaan bagi representasi mengikut undang-undang. Empat ahli BN mengundi untuk menolak representasi oleh peguam; kami pula mengundi memihak kepadanya. Walau bagaimanapun DSAI dimaklumkan oleh Speaker bahawa peguam beliau dibenarkan hadir bagi memberi nasihat.
| No 5 – Erskine May muka surat 755 | 8.6.2010 | Kami kemudiannya dimaklumkan pada hari tersebut bahawa Jawatankuasa berhasrat untuk memulakan prosiding pada 9.6.2010 dengan memeriksa Menteri Nazri dan wakil daripada APCO.
|
| 8.6.2010 | DSAI menghantar surat kepada Speaker mengesahkan bahawa Jawatankuasa telah bersetuju untuk membenarkan peguan DSAI hadir bagi menasihati beliau. Beliau juga menyatakan bahawa beliau telah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa akan teruskan prosiding
memulakannya tanpa kehadiran beliau pada hari berikutnya, iaitu pada hari Rabu 9.6.10 untuk mendengar keterangan saksi-saksi dan meminta agar beliau dibenarkan hadir dalam prosiding pada 9.6.2010 bersama peguam beliau untuk tujuan mempunyai akses kepada keterangan diberikan oleh saksi-saksi tersebut dan hak untuk memeriksa balas mereka.
| No: 6 (surat DSAI bertarikh 8.6.2010) | 9.6.2010 | Mesyuarat Jawatankuasa Ketiga Ia telah dinyatakan dalam agenda bagi mesyuarat jawatankuasa ketiga bahawa Menteri Nazri dan Brad Staples, Ketua Eksekutif APCO bagi Eropah, Timur Tengah dan Afrika [“CEO APCO”] akan dipanggil untuk memberikan keterangan mereka dihadapan Jawatankuasa.
Walaupun tidak dimaklumkan secara rasmi
mesyuarat tersebut, DSAI bersama dengan peguamnya, Dato Ambiga Sreenevasan, telah menghadiri mesyuarat tersebut. DSAI kemudiannya terus memperbaharui permohonan beliau untuk diwakili peguam. Permohonan peguam beliau untuk bercakap bagi pihak beliau dan mengemukakan kepada Jawatakuasa, hanya atas isu ini telah dinafikan oleh Speaker.
Kebenaran untuk membenarkan DSAI untuk diwakili oleh peguam sekali lagi telah ditolak selepas undi yang sama seperti sebelumnya - 4:2 menentang.
Walau bagaimanapun, Speaker bersetuju untuk membenarkan DSAI sendiri hadir apabila keterangan saksi diberikan di hadapan Jawatankuasa dan selanjutnnya memeriksa balas saksi-saksi. DSAI kemudiannya meninggalkan mesyuarat tersebut.
Selepas beberapa pertengkaran yang panas pada mesyuarat tersebut, mesyuarat kemudiannya ditangguhkan pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Speaker.
| No: 7 (Agenda bagi Mesyuarat Jawatankuasa) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
9.6.2010 DSAI menghantar surat kepada Speaker mengemukakan senarai saksi-saksi yang beliau kehendaki untuk panggil bagi memberikan keterangan di hadapan Jawatankuasa selaras dengan Peraturan-peraturan Mesyuarat 83(9).
No: 8 (surat DSAI bertarikh 9.6.2010) 20.8.2010 CEO APCO menghantar surat bertarikh 19.8.10 kepada Speaker mengatakan antara lainnya bahawa:- a)
beliau telah datang dari Brussel ke Kuala Lumpur untuk memberi keterangan di hadapan PRPC pada Jun 2010 tetapi beliau telah dinafikan peluang untuk berbuat demikian; b)
APCO menyediakan sokongan komunikasi kepada Kerajaan Malaysia; dan c)
APCO tidak terlibat dalam pembentukan 1Malaysia atau 1Israel.
Atas alasan-alasan yang tidak diketahui, surat ini tidak dibawa untuk perhatian segera Jawatankuasa tetapi hanya dikemukakan di hadapan Jawatankuasa pada mesyuarat (keempat) berikutnya yang diadakan pada 3.12.10 ditetapkan melalui notis yang bertarikh 30.11.10.
No: 9 (surat DSAI bertarikh 19.8.2010)
3.12.2010 Mesyuarat Jawatankuasa Keempat Notis telah diberikan kepada kami melalui surat
bertarikh 30 November 2010 yang tidak membayangkan sebarang agenda khusus bagi mesyuarat. DSAI tidak dimaklumkan berhubung dengan mesyuarat tersebut dan oleh yang demikian beliau tidak menghadirkan diri.
Agenda menunjukkan pada pagi semasa mesyuarat tersebut hanya perbincangan yang telah diadakan “Perbincangan mesyuarat Jawatankuasa ...”
Surat tersebut di atas oleh CEO APCO yang bertarikh 19.10.2010 yang dialamatkan kepada Speaker telah ditunjukkan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa.
YB Muar mencadangkan agar Jawatankuasa membuat keputusan mengenai perkara berdasarkan surat daripada CEO APCO dan jawapan oleh Menteri Koh Tsu Koon dan Menteri Nazri yang bertarikh 22.10.09, 18.3.10 dan 29.3.10
bagi pihak Jabatan Perdana Menteri kepada 3 soalan oleh ahli Majlis (“jawapan Jabatan PM”) tanpa mendengar sebarang keterangan daripada mana-mana saksi yang dicadangkan sebagaimana diputuskan sebelum ini.
Beliau berpendapat bahawa dokumen-dokumen ini adalah mencukupi bagi Jawatankuasa untuk membuat keputusan.
Speaker juga menimbulkan perkara tersebut berhubung dengan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat 82 dan khususnya 82(11) .
Kami membantah atas dasar, antara lainnya, bahawa Speaker telah memberikan jaminan dalam Dewan Rakyat bahawa Jawatankuasa akan ,menyiasat perkara ini dengan memanggil semua saksi berkenaan termasuk Ahli-ahli Parlimen berkenaan dan melihat kepada semua dokumen berkenaan,
Jawatankuasa juga telah menimbangkan perkara tersebut dan membuat keputusan untuk memanggil saksi-saksi termasuk DSAI.
Fakta semata-mata berhubung dengan surat oleh APCO tidak boleh digunakan sebagai asas bagi mengubah semua yang tersebut dan melanggar peraturan asasi berhubung dengan keadilan dan keadilan asasi. Nota-nota prosiding Jawatankuasa akan menunjukkan pertikaian yang dibuat oleh beberapa ahli.
Usul YB Muar telah diletakkan untuk diundi dan diluluskan oleh undi 4:2 yang serupa seperti sebelum ini.
Kami memaklumkan Speaker bahawa kami tidak lagi dapat mengaitkan diri kami selanjutnya dengan prosiding memandangkan pelanggaran yang melampau ke atas ketidakadilan prosedur dan ketidakadilan yang melampau telah dilemparkan ke atas DSAI dengan menafikan beliau akan hak asas beliau untuk didengar. Kami kemudiannya menarik diri daripada prosiding pada masa tersebut. No:10 Notis bertarikh 30.11.10
No 11 Agenda bagi mesyuarat keempat
|
|
|
|
|
|
|
|
soalannya... kenapa kita harus gunakan APCO sebuah syarikat yahudi tuh...???
totokreturn Post at 27-12-2010 13:21
Siapa yang menguasai ekonomi dunia ?
Siapa yang menguasai ekonomi negara ?
Agak sukar untuk mengelak dari berurusan dengan golongan
yang menguasainya.
Sebab Umat Islam tidak bersatu sama ada didalam negara dan diantara negara-negara islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang menguasai ekonomi dunia ?
Siapa yang menguasai ekonomi negara ?
Agak sukar untuk me ...
rashiman Post at 27-12-2010 15:35
soalannya... kenapa kita harus gunakan APCO sebuah syarikat yahudi tuh...??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|