View: 10700|Reply: 254
|
Puteri Sarah Tak Nak Tarik Balik Saman Terhadap Ira Kazar, Syamsul Yusof Minta Diskaun Nafkah Anak
[Copy link]
|
|
Puteri Sarah Liyana mendedahkan Syamsul Yusof enggan cerai kerana dia tetap mahu meneruskan saman terhadap madunya, Ira Kazar.
Puteri Sarah tetap dengan pendiriannya itu dan tidak akan menarik semula tuduhan terhadap keluarga aktres berkenaan kerana itu adalah hak yang diperjuangannya.
Foto: mStar
“Saya tidak akan menarik semula tuduhan terhadap keluarga Kazar kerana selama ini, itu yang saya perjuangkan,” katanya kepada mstar.
Puteri Sarah mengulas perkara itu selepas Syamsul membatalkan hasrat melafazkan cerai terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Selasa.
Sebelum ini Syamsul bersetuju untuk bercerai secara baik selepas hasil pertemuan dengan Puteri Sarah selain berbuka puasa bersama.
Sehubungan itu, mahkamah meneruskan prosiding dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di hadapan Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas.
Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, Syamsul juga tidak bersetuju dengan jumlah nafkah yang dituntut buat kedua-dua anak mereka, Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.
Jelasnya, Syamsul meminta pengurangan bayaran nafkah dan mereka gagal mencapai kata sepakat berhubung perkara itu.
“Lebih mengejutkan lagi, Syamsul meminta diskaun untuk bayaran nafkah anak sedangkan kami tak minta banyak pun,” katanya.
Tambahnya, jumlah tuntutan nafkah yang diminta daripada Syamsul adalah hasil perbincangan bersama ibu bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Kata Puteri Sarah, ibu bapa mentuanya juga percaya tuntutan yang dibuat adalah berpatutan mengikut kemampuan Syamsul.
"Saya tidak mahu beritahu amaun kerana ia akan memalukan tapi dia minta diskaun pula.
"Sebelum itu saya ada berbincang dengan ibu bapa mentua dan mereka juga terkejut dengan jumlah yang saya minta.
"Saya tidak mahu minta lebih-lebih, jadi saya minta apa yang masuk akal sahaja," katanya.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 25 Mei ini sebagai sebutan semula kes dan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pasangan tersebut.
Pada 10 April lalu, Puteri Sarah dan Syamsul sama-sama hadir ke mahkamah bagi keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan mereka akhirnya sepakat untuk bercerai secara baik.
Aktres itu pada 16 Januari lalu memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul namun pengarah itu enggan menceraikannya atas alasan percaya ada harapan untuk mereka kembali berbaik.
Puteri Sarah memberi alasan sudah tiada persefahaman selain berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.
Sementara itu pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat kejutan mengumumkan dia sudah bernikah dua dengan Ira Kazar di Thailand. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah sol sebab masih nak pegang title lelaki jahanam… hahaha… |
|
|
|
|
|
|
|
samdol solident. Nampak dan terang lagi bersuluh kedudukan IK kat mana dan kedudukan PS kat mana
|
|
|
|
|
|
|
|
Teruskan saman birakazar PS..jgn berundur !! |
|
|
|
|
|
|
|
Suami dan bapak x guna. Nafkah anak pun nak diskaun smpikn ps x sanggup bgtau amt. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah.. tabahkn hati jer la.. perangai sgt ko sol!!! pasni mak ko mesti luah kn perasaan lg.. apa lg la doa nya pada ko.. aku yg jadi org luar pn takut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka betina bighah ni mmg ayer muka kl tengok mmg mintak sumpah... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah betul2 mencabar hal ini bg seorg wanita.. tetibe trigger sbb kes ni mengingatkan meols dgn kakak2 ipar meols yg berjuang di court kerana ex suami mereka yg satu SEN pon tak guna!! |
|
|
|
|
|
|
|
Takde telur aaaa ko solident |
|
|
|
|
|
|
|
Hg ni sarah tak yah la pecaya kata jantan tu lagi. Sah2 dia belakon ja hari tu sbb nak memperkotak katikkan hidup hg.
Tolong ingat yg kaki dia kena rantai belah sana. Mati hidup balik pun takdaknya dia nak sebelahkan hg |
|
|
|
|
|
|
|
Ritu kata kalu nak cerai,boleh proceed Hakam kan..proceed je laaa.
Teruskan je ajar ckup2 yg sinun tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini menunjukan bagaimana si samsol solident mempermainkan talak cerai dalam undang2 islam.
sekarang mintak se patah dua dengan pak ostad yang bertauliah dan juga pak setad yg tak bertauliah comment.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini gila yg kita nampak. Patut ps tak mau dah sbb tak nak waste her life and youth anymore. |
|
|
|
|
|
|
|
SY ni pun spesis nak jaga muka dia aja….masa skandal tak ingat, sampai si birah tu sent video kat PS dan DatinPat. Saman aja la PS. SY is a man with balls…dia bolehla jadi Pengerusi Persatuan ManNoBalls Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
teruskan saman. kalau dol taknak lepaskan lagi, ps bersabar dulu. yang pasti saman tetap proceed. dol tu dah buta lebihkan keluarga taIK dari keluarga sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Oo mintak diskaunnn...
Ye lah kan... nak kena tanggung set2 bini baru lagi kan.... mana ada duit..... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah agak Samdol nak selamatkan taIK dia. Takper Sarah proceed jer. Jangan kasi lepas. Harap jangan lah Ada yg berangan suruh Sarah balik pd Samdol polident ni. Konon masih ada cinta lah apa lah. |
|
|
|
|
|
|
|
rosannazmia replied at 18-4-2023 02:18 PM
Ya Allah betul2 mencabar hal ini bg seorg wanita.. tetibe trigger sbb kes ni mengingatkan meols ...
tapi uolls..jantan2 kt fb tetap sokong jantan jijik mcm samdol ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
matjerk replied at 18-4-2023 02:39 PM
Oo mintak diskaunnn...
Ye lah kan... nak kena tanggung set2 bini baru lagi kan.... mana ada duit.... ...
bini dan keluarganya sekali mat...hahahahaah..aritu discuss dgn ps,birah takda..samdol pn main taram bg offer dkt ps..balik rumah,mmg kena luku la dgn birah...tu yg diskaun mcm happy hour dah..haahahahah..dia yang offer,dia yg mntak diskaun...mmg delusional sungguh la samdol ni..mereng dah aku nengok..nfkh iddah ps sampai 80% diskaun tak silap i...hahaahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|