Post Last Edit by aerolit_gurlz at 8-12-2010 20:20
-4-
SEBAL…SEBAL..SEBAL..Hana menarik muncung.Geram betullah dia.Bengang sampai tahap rasa macam nak menjerit aje.Kalau nak diikutkan hati,dah lama dah dia tumbuk Zakif macam tumbuk bantal Spongebob Squarepants dia.Biar sampai patah semua tulang-temulang dia.
Zakif sedang berbaring sambil menengadah siling mengerling sekilas ke arah Hana.Senyuman kecil cuba ditahan.
Berubah gila raut muka Hana tadi bila tiba-tiba dia menyampuk.
“Ibu cari bantal ke bu?”soal Zakif.
Hana mencerun tajam memandangnya,memberi amaran “jangan gatal-gatal bagitahu.”Namun Zakif buat-buat tak nampak.Pintu bilik dibuka lagi lebar.Tangan Hana yang tadinya memegang kejap pintu bilik itu dijentik sekuat hati.Terus terlepas pautan tangan Hana pada pintu bilik.
‘Adoi..sakitlah siot!’Hana membuntangkan biji mata.
“Masuk bu..masuk..”Zakif membukakan pintu lagi lebar.Hana yang sedang berdiri bersebelahan dengannya,selamba sahaja ditolak berdiri di belakangnya.
Hana mengetap bibir.Kurang asam betul.Dahlah jentik tangan aku.Lepas tu,ikut suka hati aje tolak aku.
Pn.Hanim teragak-agak.Dia memandang muka Hana yang tidak dapat dibaca riaknya.
“Tak payahlah.Ibu cari bantal aje.Bukannya nak menganggu pun.”
Zakif tersenyum.Lengan Pn.Hanim ditariknya perlahan,mengajak Pn.Hanim masuk ke dalam bilik.
“Ala ibu.Nak menganggu apanya.Masuk aje bu.Semua bantal yang ibu cari,semua ada dalam bilik ni..”ujar Zakif.Zakif memimpin Pn.Hanim masuk ke dalam bilik.Sempat dia senyum sinis pada Hana,sebelum angkat tangan tanda thumps up.Matanya seolah-olah memberi isyarat..
‘Padan muka!Habislah you lepas ni..!’
Terbeliak biji mata Pn.Hanim melihat bantal yang bersepah di atas lantai-juga di atas katil.Dia mengalihkan pandangan pada Hana.Dia tahu apa yang Hana cuba lakukan.Benteng yang menjadi penghalang di tengah-tengah,cukup untuk membuatkan dia tahu apa yang sedang berlaku.
Hana mengigit bibir bawah.Dia menjeling Zakif dengan ekor mata.Habislah..ibu dah mara.
“Macam mana bantal ni boleh ada kat sini?”soal Pn.Hanim lembut.Pandangan tajam dilemparkan pada Hana.
Gulp!Hana teguk air liur.Dia tak tahu nak jawab apa.Dalam hati,berbakul-bakul kutukan Hana lemparkan pada Zakif.Zakif yang berdiri di belakang Pn.Hanim dipandang seimbas lalu.Nampak Zakif sengih panjang siap dengan thumps up yang kini dengan tangan kanan dan kirinya.Bibirnya digetap.
Pn.Hanim mengeluh di dalam hati.
“Dahlah.Hana dengan Zakif tolong bawa bantal ni dekat ruang tamu.Saudara-mara semua dah mengantuk dah tu”ujar Pn.Hanim.Dia berlalu sambil membawa lima buah bantal.Sebelum itu,sempat juga Pn.Hanim memberikan pandangan tajam pada Hana.
Hana menjeling Zakif lagi tajam.Kalaulah jelingan dia boleh bertukar menjadi balingan pisau-pisau tajam,mahu putus kepala Zakif ketika itu.
Berat Hana mengambil bantal-bantal yang berada di atas katil.Habis musnah aku punya benteng pertahanan.
“Kesian…ada orang kena marah ke?”perli Zakif yang entah bila sudah berdiri di sebelah Hana.
Hana memandang Zakif.Bibirnya diketap.Zakif jungkit kening.Muka kerek dipamerkan.Hana beristighfar.Hati..sabarlah.Sabarlah banyak-banyak.
“Itulah.Masa buat tak nak fikir.You ni pun satu,tetamu punya ramai dalam rumah ni,takkan semua bantal you nak bolot sorang.”
Diamlah!Hana rasa macam nak menjerit aje waktu tu.
“Sia-sia aje usaha you buat benteng semua ni kan?”
Orait.Cukuplah tu.Aku dah tak tahan dah ni.Hana pandang Zakif tajam.Namun Zakif hanya buat muka selamba.Bantal-bantal yang sudah siap untuk diangkat,Zakif betulkan kedudukan di dadanya.
“Sudah-sudahlah buat muka macam tu yang.Selamat angkut bantal-bantal ni yea..”Zakif berlalu.Dia tersenyum plastik sesaat.
Ahhhhh!!!Hana terus menjerit geram selepas Zakif pergi.Sempat dilemparkan bantal spongebob squarepantsnya ke pintu.
Eeeiii…kenapalah aku tak campak aje bantal ni tadi kat muka dia? |