|
Post Last Edit by ctA at 13-11-2010 10:51
Jam di pergelangan tangan jelas menunjukkan angka dua. Tidak disangka pula mereka akan pulang awal. Ummi disebelahnya leka memerhati suasana siang di luar tingkap, melihat kereta yang lalu-lalang. Sara di belakang sudah lama lena sejak dari Senawang tadi. Pantang masuk kereta, tidur. Hatinya merungut tatkala dikerlingnya cermin pandang belakang dan menangkap imej Sara yang ketiduran.
“Mi, Han hantar ummi dan Sara balik, lepas tu Han nak keluar sekejap lah,” jujur Idzhan memberitahu. Harapnya, ummi tidak bertanya banyak.
“Hah...” Sara yang terlena segera terbangun apabila mendengar suara Idzhan yang memecah kebisuan mereka. “Abang cakap apa”
Idzhan menjeling. Bangun dah budak ni...
“Ke mana?” Ummi bersuara. Sekadar bertanya, tidak ambil pusing sangat dengan aktiviti Idzhan. Idzhan tak pernah memberinya masalah. Lantas, kepercayaah terhadap Idzhan sememangnya ada.
“Keluar kejap dengan kawan.”
“Anak uncle Ghazi?” Sara mula menyampuk.
Tu saja je nak pancing minat ummi lah tu. Rasa nak saja ditutup mulut si adik. Terus segar gayanya bila hal-hal begini disebut.
“Sibuklah Sara...”
Sara mecebik. Ala.. kalau aku tak suggest, kalau bukan aku yang bagitau dia kak Wid ada kat rumah, tak ke mana pun. Hatinya mendongkol.
“Balik cepat. Jangan dibawa anak dara orang tak tentu arah” biarpun percaya, diselitkan juga nasihat-nasihat sebagai peringatan.
Satu sengihan puas hati tersunging di bibir Idzhan. Sara di belakang buat tak tahu. Memang dia dah agak yang Idzhan takkan melepaskan peluang yang ada. Lagi-lagi lepas diberitahu yang ada lelaki menghantar Wilda pulang semalam.
“Nanti jangan lupa tanya kak Wid pasal guy yang hantar dia balik semalam. Abang kena clarify betul-betul. Senang nak nyahkan watak-watak yang patut”
Tak habis lagi adik aku ni. Baik-baik ummi dah bagi izin, ditambahnya pula yang lain.
“Adik...” ummi bersuara. Kurang senang dengan Sikap Sara yang menjaga hal-hal yang tidak sepatutnya. “Jangan pergi tempat-tempat sunyi. Jangan pergi Tasik Cempaka tu” tambahnya. Seriau benar rasa hatinya apabila mendengar terlalu banyak pasangan yang bermaksiat di sana. Risau juga dengan kebebasan yang diberi, takut memakan diri.
“Tak lah mi... Pergi tempat ramai orang...”
Kereta diberhentikan dihadapan pintu pagar rumahnya. Ummi segera turun dari kereta.
“Ingat pesan ummi...”sempat lagi dia mengingatkan Idzhan. Idzhan tersengih dan mengangguk. Takkanlah aku nak buat yang bukan-bukan. “Sara, kejap!”
“Apa?” Sara mengerutkan dahi. Takkan nak ajak aku kut. Runtuhlah langit pun dia tahu Idzhan tak mungkin mempelawanya turut serta.
Sebaik sahaja kelibat ummi hilang dari pandanga, Idzhan terus menggamit Sara masuk semula ke kereta. Sara akur. Untuk abang... berkorban jelah. “Yup!” dia tersengih. Adalah bendanya yang abang nak tu.
“Abang tak ada nombor Wilda. Paskan kat abang” malu rasanya mengakui hakikat itu. Berkawan bukan main lama, nombor telefon pun tak ada.
Sara menggeleng. Sambil mengeluh, dikeluarkan telefon bimbit dari handbagnya. “Abang... abang... Kalau Sara tak ada, tak berbinilah abang jawabnya. Semuanya Sara nak kena movekan.”
Ouch! Selamat anak rambutnya ditarik Idzhan. Idzhan dijelingnya dengan ruak tidak puas hati. “Nah, ambil ni cepat. Nak masuk dalam ni, nak tidur.”
Idzhan akur. Ditekannya nombor-nombor yang disebutkan. Kenapalah selama ini aku tak pernah nak ambil nombor Wilda, padahal Sara sudah lama menyimpannya. Dia sudah lama tahu Sara baik dengan Wilda. Biarpun jarang saling menghubungi, namun laman sosial web sosial masing-masing, jelas menunjukkan mereka saling bertanya khabar. Batul juga kata si adik, kalau tak ada Sara dia mungkin tidak akan bergerak selangkah begini. Harapnya, langkah ini belum terlambat untuk memulakan apa-apa.
“Thanks, tolong ummi kems rumah tu, jangan membuta saja” pesannya untuk si adik. Tiada balasan dari Sara, mungkin dia penat agaknya. Hanya lambaian Sara menjadi tanda ‘good luck’ buat si abang.
Aku tunggu depan rumah kau ok.. laju jemarinya menaip mesej. |
|
|
|
|
|
|
|
thankss..ada masa sambung lagi ya?? |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan ada n3 baru...hhuhuh |
|
|
|
|
|
|
|
Jam di pergelangan tangan jelas menunjukkan angka dua. Tidak disangka pula mereka akan pulang awal. ...
ctA Post at 13-11-2010 10:34
ada error typing... nanti edit k... |
|
|
|
|
|
|
|
nk en3 lagi... hehehe.. best nih. i followw.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tunggu depan rumah kau ok.. laju jemarinya menaip mesej.
Okeh qimi tunggu depan PC k... |
|
|
|
|
|
|
|
salam... semua dah cuti ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ctA at 16-11-2010 14:14
BAB 10
Sebaik sahaja keretanya tiba dihadapan rumah Wilda, pintu pagar rumah uncle Ghazi sudahpun terbuka. Namun, dia tidak berniat untuk ke dalam, keretanya hanya diparkir ditepi jalan berumput, untuk mengelakkan keretnya menganggu perjalanan kenderaan lain.
Idzhan segera keluar dari kereta sebaik sahaja ternampak kelibat mama Wilda di pintu rumahnya. Gementar rasanya bersua muka dengan wanita yang lebih kurang sebaya dengan ummi. Tak manis pula kalau hanya menunggu di dalam kereta. Nak bawa anak dara orang keluar, mesti tahu adab dan caranya. Hatinya bertingkah.
“Assalamualaikum auntie...”
Wanita itu menjawab salamnya perlahan lalu menghulurkan tangannya. Hendak juga melihat lelaki mana yang hendak membawa anak gadisnya keluar. Risau. Dia memerhatikan raut wajah dan air muka Idzhan. Harap-harap, niatnya selari dengan air mukanya yang ikhlas. Semalam, dia ternampak dari celah tingkap, Wilda dihantar pulang oleh seseorang. Lelaki yang pastinya bukan anak muda di hadapannya sekarang. Hantar anak dara orang, tak pula hendak berjumpa mak bapaknya. Geritu hatinya. Dia tidak senang dengan sikap sebegitu. Kalau dah sampai berhantar berjemput tu, maknanya mereka mempunyai hubungan yang rapat dan dia berhak tahu dengan siapa anaknya berkawan. Semalam, bila ditanya, hanya jawapan biasa yang keluar dari mulut Wilda, kawan. Melihat pula riak wajah Wilda yang seakan tidak mahu mengulas panjang isu itu, langsung dia malas bertanya lanjut. Biar dulu.
“Masuk dulu....”
“Idzhan,” cepat Idzhan menjawab apabila dilihatnya wanita itu seperti mahu menyebut namanya.
“Han, Wilda tu kalau bersiap memang lambat sedikit” lebih baik berkata begitu daripada asyik mencanang kebaikan si anak. Itu prinsipnya. Biar bagaimana malaikat pun anak-anaknya, di hadapan orang lain, dia tak senang menjaja kelebihan anak sendiri.
Terus Idzhan dipersilakan duduk di sofa ruang tamunya yang membelakangkan tangga. Wanita itu turut sama mengambil tempat tidak jauh dari Idzhan. Lalu entah kenapa, dia seakan tidak boleh terus duduk diam, lantas mengangkat punggung menuju ke tangga.
“Dah makan? Makan dulu nak? Wilda pun tak makan lagi tu. Entah apa yang dibuatnya dalam bilik tu, dari tadi tak turun-turun” Berkerut dahinya. Sekejap-sekejap, dipanjangkan lehernya meninjau di tingkat atas. Kamar beradu anak gadis itu masih tertutup.
“Eh, tak apa auntie. Kami makan di luar je nanti. Boleh juga borak-borak. Dah lama sangat tak jumpa Wid.”
Bukan tidak sudi tapi rasanya tidak sesuai. Ini kali pertama dia ke rumah Wilda dan dilayan baik begini pun sudah dikira beruntung.
Wanita itu sekadar mengangguk, memahami apa yang tersirat disebalik hati anak muda itu dan menyenangi perwatakannya. Sekurang-kurangnya-kurangnya, untuk first impression, Idzhan tidak menghampakan.
“Duduk dulu sekejap ya”
Belum sempat menjawab, wanita itu sudah mengilangkan diri ke dapur. Kebosanan duduk saja, dia bingkas bangkit dari sofa. Idzhan mencuri pandang di sekeliling ruang tamu itu. Kemas. Sama macam ummi menguruskan rumah tangga. Segala barang tersusun mengikut fungsi. Mungkin juga sebab anak tak ramai, tak banyak karenah dan oleh sebab itu, tidak banyak barang.
Ditalakan matanya pada beberapa bingkai gambar yang bergantungan di dinding. Dilarikan matanya bermula daripada potret family, foto graduasi seorang lelaki yang dirasakan abang kepada Wilda, dan singgah pula pada potret seorang gadis dalam seragam sekolah. Pose dari sisi dengan riak ketawa memandang kamera, rambut diikat satu dan juntaian panjang rambut di hadapan sambil memegang beg sekolah. Inilah Wilda yang dahulu. Yang dirinduinya saban waktu. Sama.
“Hai orang muda!!!!” suara girang dari belakang memukul gegendang telinganya.
Orang muda! Ni mesti Sara yang ajar.
“Hai...” lemah. Terpaku dengan imej Wilda yang berhijab. Skinny jeans dengan blouse separas peha, dan hijab maroon dililitkan ke kepala. Dan sekuntum bunga daisy kecil, aksesori yang dipinkan di sebelah kanan pipinya. Err... hampir tiga tahun tak jumpa, manis sekali nampaknya dia.
“Han, minum dulu. Wid, lambat sangat kenapa. Lain kali, kalau dah janji, siap awal-awal, orangnya datang awak terus je keluar. Ini, dibiarkan pulak orang menunggu...”
Wilda tersengih mneyambut bebelan mamanya. Mama ni, depan tetamu pun nak dimalukannya aku. Dah Idzhan baru mesej 10 minit sebelum ke rumah, nak buat macam mana? Takkan nak siap pukul satu tadi. Dah kata janji pukul tiga. Ini, awal pula sampainya.
“Tak apa auntie. Saya yang sampai awal. Dari hospital tadi, lawat papa, accident” ramah dia menjawab sambil menyambut gelas yang dihulurkan. Diteguknya perlahan. Sebelum bertolak tdi dia tidak sempat minum, tekaknya terasa sedikit kering dan dengan rezeki Allah ini, lega dirasakan tekaknya.
“Jom...jom... mama, Wid gerak dulu.”
“Ya Allah, sabarlah. Tunggu Han habis minum dulu” tegahnya, kurang senang dengan perlakuan si anak.
Idzhan cepat menghabiskan minumannya mendengarkan perbalahan kecil dua beranak itu.
“Tengok tu. Nasib tak tersedak budak tu” wanita itu menepuk bahu Wilda. Kasihan rasanya melihatkan Idzhan yang kelihatan tergesa-gesa menghabiskan minumannya.
“Thanks auntie, kami pergi dulu.” Tangannya dihulukan. Wanita itu menyambutnya dengan senang hati. Dihantarnya pasangan itu ke pintu.
“Ma, pergi dulu. Janji tak balik lambat” diciumnya pipi wanita itu.
Idzhan sempat menangkap ayat terakhir Wilda pada mamanya. Ah, satu pesanan tersirat untuk dia juga.
“Baik-baik bawak kereta” |
|
|
|
|
|
|
|
idhan tengah mengimbau kenangan lama... |
|
|
|
|
|
|
|
tt nnt masuk la n3 byk2 yer
best ceter nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ctA at 16-11-2010 21:29
Suasana senyap memonopoli. Baik Wilda mahupun Idzhan, masing-masing berteka-teki siapa yang harus memulakan perbualan. Wilda, yang petah di rumah tadi, beku terus suaranya bila berdua. Han, lamanya tak jumpa. Sudah semakin matang wajahnya, penampilannya masih kemas seperti dahulu. Tubuhnya juga semakin berisi dan ini... dia menyenangi haruman lelaki itu.
“Sejak bila?”
“Hah?” Wilda menoleh. Terkejut apabila Idzhan tiba-tiba membuka suara. Dan soalan itu... dia tidak dapat menangkapnya.
“Ermm... pakai tudung” berhati-hati dia menuturkan isu sensitive itu.
“Since semester dua...” dah tak tahu apa hendak ditambah. Rasa dingin menular ke tubuhnya.
“Kau sejuk ke?”
Tidak sempat Wilda menjawab, lelaki itu terus memperlahankan penghawa dingin keretanya. “Kita pergi JUSCO Seremban nak?”
Mak... jauhnya. Makan kat sini-sini saja tak boleh ke... Sampai Seremban pulak. Idzhan ketawa dalam diam mendengarkan suara hatinya memprotes.
Rasa pegun kepalanya untuk menoleh kepada Wilda yang duduk disebelahnya. Ayu... dan keayuan itu sungguh-sungguh mengahalangnya untuk terus memandang. Bimbang jatuh hukumnya kepada haram. Ah, sejak bila pula pandai bab hukum-hakam ni...
“Aa... ok. Dah lama tak ke sana” Wilda senang dengan cadangan itu. Bersama Idzhan dalam kereta... terlalu banyak yang boleh dibualkan. Dan terlalu rindu walaupun tidak pasti adakah rindunya pernah bersambut selama ini. Mungkin aku yang bertepuk seorang.
“Kau lapar tak? Nanti kita pergi makan dulu ok. Kenapa tak kau makan sahaja dirumah dulu tadi.”
“Mana tahu aku tak makan?” Wilda menoleh pada lelaki di sebelahnya. Penuh konsentrasi dia memandu walaupun sedang berbual dengannya.
Saya tunggu awak, excited nak jumpa awak. Excited pilih nak pakai baju apa. Excited fikir nak borak apa...
“Mak kau cakap kau tak makan lagi. Mungkin kau simpan parut untuk makan dengan aku kut” idea nakalnya sudah terkeluar. Tersungging senyuman nakal dibibirnya.
Memang! Wilda menahan tawa. Idzhan, kau masih sama! Suka menyakat aku macam dulu.
“Aku dah breakfast pagi tadi. Lepas tu memang malas nak makan dah. Memang aku simpan perut nak makan dengan engkau sebab aku tahu kau pun tak makan lagi” jujur sajalah.
“Mana kau tahu aku tak makan lagi?” soalan yang sama ditanya.
“Sara.”
Pandangan dialihkan ke luar tingkap. Pemandangan ladang kelapa sawit menarik pandangannya. Teringat pada mesej Sara semasa dia bersiap tadi.
‘Kak wid, nanti bawa abang makan. Dia tak makan lagi tu. Kesian, dahlah penat drive jauh-jauh tu’
Idzhan menguak rambutnya ke belakang. Sara ni pun... Terlajak step sampai ke situ pula dia. Pandai-pandai je menyampai-nyampai, entah apalah yang ditulis agaknya. Dikuakkan lagi rambutnya ke belakang, tanda dia dalam keadaan tidak senang. Lantas teringat pula kata-kata Man.
‘...kalau Wilda tengok aksi kau kuak rambut tu, mahu menangis dia’
Kata-kata itu masih berlegar di kepala. Ok, aku tak bermaksud apa-apa melakukannya. Memang tindakan aku begini bila resah. Terhambur tawa kecil tanpa disedari.
“La.. kenapa ketawa pulak?”
“Eh, tak” tersedar dia dari lamunan. Wajah Man langsung hilang. “Sara tu kau jangan layan sangat. Ada-ada saja dia tu nak kenakan aku”
“Tapi, betul kau tak makan lagi kan?”
“Yang tu betul”
“Ok, ok”
Dan kerancakan berbual terus mengganti suasana sunyi. Ada sahaja topik yang ditimbulkan untuk menyembunyikan rahsia hati masing-masing. Cuma, ada juga masa dan ketikanya masing-masing terdiam, mendengar irama indah yang mula berlagu di hati masing-masing, mendengar hebatnya jantung menjalankan kerjanya. Tapi tidak lama, cepat-cepat masing-masing mula bersuara mengekalkan suasana ceria yang sudah mula berbunga.
Hati... Indahnya saat-saat bersama dia... |
|
|
|
|
|
|
|
wah..best yer.... nak2 lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
kalu free letak n3 lagi erkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ctA at 19-11-2010 12:34
Reply 96# fazss
fazs, dah update |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 97# shahrinas
ok... nak letak ni. hee |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ctA at 19-11-2010 11:02
Selama hampir satu jam memenuhi tuntutan selera di restoran makanan segara, mereka masuk pula dari satu kedai ke satu kedai. Membelek-belek pakaian dan aksesori yang ada lalu keluar semula setelah tiada apa yang menarik perhatian untuk dijadikan milik sendiri. Baik Idzhan mahupun Wilda, masing-masing sememangnya tidak berhajat membeli apa-apa, pertemuan kali ini sudah cukup melengkapkan segala.
Hati masing-masing berbunga ceria. Dari kenangan zama persekolahan sehingga perkembangan maing-masing di university, segalanya bagaikan tidak habis untuk dicerita, sentiasa ad aide auntuk memenuhi pertemuan petang itu.
Sesekali melihat pasangan kekasih lain yang lalu-lalang melintasi mereka, hati masing-masing menampung debaran yang luar biasa. Masing-masing menyembunyikan rasa itu dengan hilai tawa yang dibaut-buat. Sayangnya, kami masih lagi berkawan. Idzhan ketawa lagi mendengar celoteh Wilda.
Penat berjalan, mereka berhenti di centre court. Berdiri dan memandang ke bawah melihatkan pelbagai ragam dan pergerakan pengunjung pusat membeli-belah itu. Masa yang ada terus diisi dengan pelbagai cerita impian masa hadapan masing-masing. Cuma, impian itu sengaja dikisahkan secara berasingan, seolah-olah mahukan kehidupan yang berbeza sedangkan Tuhan sahaja yang tahu betapa mereka berharap ada kesempatan untuk... erm... bersama mungkin.
“Kau suka bunga apa Wid? Soalan itu tepacul dari mulutnya tiba-tiba apabila ternampak seorang gadis tionghua membawa sejambak bunga.
“Ni... “ Wilda menunjuk pada aksesori di selendangnya. Tresenyum dia dengan soalan yang tidak disangka itu.
“Wow.. daisy... Kenapa?
Wilda menjungkit bahu. “Aku pun tak tahu. Tapi aku rasa daisy istimewa. Warnanya, rupanya, macam ada maksud mendalam yang aku sendiri tak tahu apa. Kalau aku nampak daisy, hati aku rasa senang sangat. Warnanya tak menyakitkan mata macam roses. Simple, tapi istimewa...”
“Kau rasa mana lagi cantik? Wilda bertanya lagi. Mehu mendengar pendapat Idzhan sendiri.
“Mana aku tahu, aku lelaki.” Memanglah kalau tanya pasal bunga aku tak tahu nak describe macam mana. Bunga... is bunga lah kan?
“Ala... Dari kaca mata seorang lelaki.. apa yang kau nampak?” Wilda tidak berpuas hati walaupun dia tahu itu bukan topik kesukaan lelaki. Tanya pendapat saja...
“Sama. Dua-dua pun bunga. Ada their own beauty petals. Ada colors. And both can really live a day or mood or... apa-apalah.
“Great. Maknanya, tak pelik aku suka daisy kan. Still ada nilai di mata kau. Idzhan mengangguk. Dia sudah dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Wilda.
Tapi... Errr... topic of the day.. flowers? Gulp, sah kena gelak ngan Hazman.
“Dan sebab itu kau kenakan aksesori daisy ni?” disentuhnya aksesori yang disematkan di selendang Wilda itu. Dia tak faham dan dia tak tahu tentang trend sebegitu. Sara pun tak pernah pakai selendang. Tapi apa yang dia nampak, aksesori daisy itu sempurna di selendang gadis itu. Berdebar laju jantungnya saat dia menyentuh daisy yang disematkan di kepala di sebelah kanan selendang Wilda. Sama kencanganya dengan debaran Wilda, tanpa diketahuinya. Dia Cuma nampak reaksi Wilda yang terkejut.
“Han, erm... aku ke washroom sekejap” getaran suaranya sudah kedengaran lain. Idzhan menyedarinya. Angguk. Diperhatikan langkah Wilda yang tidak lama kemudian, hilang dari pandangan.
“Hey!” satu suara menyapa dari belakang. Serentak dengan itu, bahunya ditepuk.
Idzhan segera berpaling. Laaa... sepupu aku ni... boleh terserempak pula kat sini. Tak cukup jauh ke Seremban dari Bangi ni. Puaslah nak bawak Wilda jauh-jauh, nak elakkan dari terserempak dengan sesiapa. Memang dah tertulis terjumpa kat sini agaknya.
“Girl mana tu?” lelaki itu bertanya. Jelas lelaki itu nampak kelibat mereka berdua walaupun Wilda sudah beredar.
“My former school-mate. Kau buat apa kat sini”
“I just pick this up. Beli ni kat e-bay. COD kat Seremban 2.” Lelaki itu menunjukkan lensa kamera terpakai yang kemas disimpan dalam kotak yang baru dibelinya dari seseorang.
“Kau kat mana sekarang?”
“UKM. Kau UiTM kan?” angguk. UKM rupanya...
“I see.. What course are you in?”
“Hum... bunga kau tu... lawa” lain pula jawabnya.
“Kawan. Dah lama tak jumpa. Reunion...” Idzhan sengih. Langsung dia lupa pada soalannya yang tidak berjawab tadi.
Kawan... lelaki itu senyum sinis. “Bunga lawa macam tu... belilah. Apa lagi...”
Idzhan sengih tidak ikhlas. Bahasa apa yang cousin aku pakai ni, tak pernah dengar pun. Rasa tidak senang pula mendengar kata-kata lelaki itu.
“Kalau tak nak, bagi aku. Aku nak beli”
Idzhan mengerut dahi. Pelik dengan keberanian sepupunya itu. Selalu tak pula begini tapi hari ini...
“Mahal.. Kau takkan mampu...” Rasa ingin cepat pergi dari situ, membawa Wilda pergi. Tidak tahu apa yang bermain di kepala lelaki itu sampai begini sekali cakapnya.
“You’d better buy now. Sebelum dibeli orang lain.” Lagi sekali...
“I will. Jangan risau.”
Lelaki itu menjungkit bahu. Ok. See ya. Kirim salam ummi” pesannya, sempat menepuk bahu Idzhan sebelum beredar. Aku bagi kau masa sepanjang hari ini... Kalau kau lambat... Lelaki itu berpaling mengangkat tangan pada Idzhan.
Ketika sampai di Bandar Seri Putera, langit sudah mula merah. Malam masih belum tiba. Idzhan memberhentikan keretanya di hadapan rumah Wilda. Rumah itu sudah terang didalamnya. Diperhatikan, mama Wilda sudah sedia menunggu di pintu, mungkin menyedari kepulangan anak gadisnya.
“Thanks ya...” ucap Wilda sebelum keluar kereta. Kecil hatinya apabila melihat Idzhan yang lambat-lambat mengangkat muka. Sibuk pula menaip mesej, entah untuk siapa.
“Ok. Ada masa jumpa lagi okey. Kirim salam papa kau. Kalau balik tu, jangan teraga-agak bagi tahu aku okey” dia tersenyum. Mahu senyuman itu menjadi pengakhiran yang manis untuk pertemuan kali ini.
Sebaik sahaja Wilda keluar dari perut kereta, Idzhan menarik brek tangan, turut keluar sama dari kereta.
“Auntie, Han balik dulu. Thanks ya auntie.” Idzhan mengangkat tangan.
“Tak singgah dulu Han?” wanita itu mempelawa.
“Tak apa, dah lewat. Jumpa lagi auntie” senyuman dilemparkan entah kali keberapa. Segera dia memboloska diri ke perut kereta.
Sebentar lagi maghrib, dia mahu cepat sampai ke rumah sebelum azan.
Hon dibunyikan lalu berlalu pergi. Wilda sempat melambaikan tangan dan lambaiannya dismbut Idzhan. Ada senyuman bersisa di wajahanya. Sebaik sahaja kereta Idzhan hilang dari pandangan, telefon bimbit di dalam poket jeansnya bergetar. Isyarat mesej.
Dibuka.
‘Wid. Thanks untuk hari yang ceria. Aku gembira dengan penampilan baru kau. Aku senang sekali. Cuma... aku lebih senang kalau selendang itu kau pinkan di bahu, melindungi apa yang seharusnya. Maafkan aku... Mungkin ia belum cukup sempurna tapi sekurang-kurangnya-kurangnya lebih sempurna... kan? (* o<;)V
Idzhan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|