CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Punat_button

[Tempatan] Loh (Hindu) menang perintah Mahkamah hak penjagaan anak-anak mualaf

[Copy link]
Post time 21-2-2022 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmm. Ular rupenye.. Dh contact xdtg. Lepas tu guna politik. Nak ambil anak, ambil je lah. Xde sapa nak marah, yg marah ye bila buat cerita putar beli nak tunjuk buruk nye Islam... Bau kari sgt lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2022 06:55 PM | Show all posts
Mujur jadi kes ni masa kerajaan PN Melayu Islam. Kita tak leh nak cakap apa.

Kalau jadi bawah kerjaan PH, siang malam melalak salah DAP, salah PKR.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2022 09:04 PM | Show all posts
darkness replied at 21-2-2022 04:03 PM
Aku senyum sinis aje dgn kenyataan tu. Eh maknya kata tak kisah masuk islam...jadi kenapa bising s ...

kasih ibu tak bertepi sister lautan api pun terjun yach
ni dah menang court case lautan api senyum sinis ja lah



Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah kan bapak nye jer
Pasni bangsa ni boleh tiru cara gini la
Nak pisahkan mak anak, convert islam
Berpusu2 bela pak nye atas nama 'islam' wpun bapak nye buat perangai
Budak tu dah besar 14thn, kalau betul tiada paksaan lg 4thn dia boleh pilih agama dia seniri
MUngkin bleh tnya ebut liu mcmana dia convert umo 12 tahun

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 10:12 PM | Show all posts
kesiannya....mesti penganut semua agama menuju ke syurga bangga
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 10:32 PM | Show all posts
Edited by nolya at 21-2-2022 10:37 PM
EncikH replied at 21-2-2022 06:55 PM
Mujur jadi kes ni masa kerajaan PN Melayu Islam. Kita tak leh nak cakap apa.

Kalau jadi bawah kerja ...

"Mujur jadi kes ni masa kerajaan PN Melayu Islam. Kita tak leh nak cakap apa."



Siapa bilang rakyat/orang ramai tak boleh bercakap. Riuh rendah je orang bercakap dn komen sana sini ttpi tidaklah menyudutkan kpd parti politik.
Jgnlah netizen terlalu menilai dn mengungkit perkara begini drp sudut politik semata2. Isu ini ada kaitan dgn kemanusiaan dn keimanan. Ibarat benang kusut yg tak mudah dileraikan, banyak celah dn belitnya yg perlu diluruskan dn harus dileraikan dgn sabar.


Hal begini terjadi kerana ada niat terselindung oleh bapaknya, bertindak semata2 bertopengkan agama, agama Islam. Sikap pemanas dn garang suami, memukul isteri sampai terlantar di rumah sakit, kemudian bawa lari anak2 terus masuk Islam.  Mudahnya dia melihat kesucian Islam dn mendapat hidayah menjdi muslim ttpi akhlak dia sendiri tidak selaras sbg seorang manusia yg miliki ehsan. Mendadah, kemudian anak2 pulak terpaksa ditinggalkan kpd JKM, adakah begitu sikap seorang ayah yg bertanggungjawab? Si suami menjadikan anak2 sbg sejata untuk memporakperandakan hak seorang ibu malah ingin memutuskan silaturahim antara mereka.

Perkara begini menjadi kecoh dn polimik ramai kerana yg terlibat ialah anak2 non-muslim yg tidak boleh diIslamkan sepihak. Netizen harus memahami perkara begini. Anak2 Loh tidak dilahirkan dlm acuan Islam, diIslamkan pun tidak dlm ertikata anak2 itu benar2 memahami dn tetarik kpd Islam. Identiti sbg muslimin cuba dibentuk  selama dlm penjagaan JKM. Skr pun jika JKM ingin memantau keyakinan dn iman mereka, JKM hanya boleh memberi nasihat agar mereka terus blj, terus mengamalkn dn tidak meninggalkan Islam. Atau satu option yg boleh disepakati ialah anak2 dibiarkan dibawah naungan JKM ttpi tidak menyekat anak2 tersebut balek/bermalam dgn ibunya. Selebihnya biarlah anak2 trs membuat keputusan sendiri.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2022 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Menang ape.. Memang custody dia dapat dah lama kan..

Tengok at fb firdaus wong.. Ada screenshot statement politicians/lawyers yang ride on case ni.. And komen netizen kat situ condemn nazirah, dr maza etc..

Kalau dah pembelit..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 10:54 PM | Show all posts
nolya replied at 21-2-2022 06:04 PM
Atas dasar kemanusiaan dn rasa ehsan kpd seorang ibu, tahniah kpd Loh akhirnya dpt  hak mengambil se ...

bapaknya bukan masuk Islam tapi masuk Melayu

kelebihan jadi Melayu tak terhitung, bodoh maknya tak nak ikut sekali.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2022 10:58 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 21-2-2022 10:54 PM
bapaknya bukan masuk Islam tapi masuk Melayu

kelebihan jadi Melayu tak terhitung, bodoh maknya ta ...

Spt yg U kata, bapaknya tak masuk Islam tapi masuk melayu, so di sini siapa yg kena tipu? Orang melayu ke or Islam yg kena tipu shnga akhirnya melayu n Islam terjerumus dlm kemelut begini?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
EncikH replied at 21-2-2022 06:55 PM
Mujur jadi kes ni masa kerajaan PN Melayu Islam. Kita tak leh nak cakap apa.

Kalau jadi bawah kerja ...

Tambah lagi satu. Salah Tun
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tanya jugak la bapak budak ni.. Apa sebenarnya yg terjadi sampai dia Islam kan anak dia? Kenapa tak diserahkan kat ngo yg bukan Islam? Ramai sgt yg bela mak dia hanya, sbb bapak tu terlibat dgn dadah. Dengar la dari semua pihak dan kemudian buat kesinpulan.. Klau tak di selesaikan dengan betul banyak lagi kes spt ini yg akan muncul..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 01:04 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 01:09 AM | Show all posts
Sebab itulah berapa ramai orang Islam yang dah tak Islam tetapi masih Islam.

Inilah sebabnya!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 01:50 AM | Show all posts
belon replied at 22-2-2022 12:20 AM
Tambah lagi satu. Salah Tun

Manusia memang mudah mencari target untuk disalahkan. Salahkan orang itu, salahkan pihak ini sedangkan sendiri tak ada idea ataupun jalan untuk sama2 memperbaiki. Lebih seronok mengata dn mencela shnga lupa untuk menilai kasih murni yg ada atau paling sedikit berempati simpati.  Kalau diumpamakan nasi sudah menjadi bubur, nasi yg pada mulanya dimasak untuk menjadi nasi yg sempurna ttpi sengaja ada tangan yg menambah air berlebihan shnga menjadi bubur. Tapi benarkah bubur itu sudah dianggap nasi yg sudah rosak dn tak bisa dinikmati lagi? Barangkali kita lupa bahawa bubur itu masih boleh dinikmati dgn enaknya jika kita pandai mengolah sesuai dgn lauknya.
  
Begitulah dgn nasib anak2 Loh, mereka diIslamkan atas kehendak bapaknya, bukan kehendak mereka sendiri. Hanya bapak dia saja yg tau alasan apa mereka menjadi muslim sedangkan tindakannya tak ubah satu pelarian, escapism. Hari ini, anak2 Loh terlanjur sudah menjadi muslim, mungkin didikan Islam selama dlm jagaan JKM telah membuka satu landasan anak2 mengenal, memahami dn mulai kasih kpd Islam. Tetapi sejauh mana tekad mereka kuat berpegang kpd Islam selepas ini, hidayah Allah jua yg dpt menyelamatkan. Ramai juga pengasuh non-muslim yg menjaga anak2 Islam, tidak pula pengaruhi untuk anak asuhnya murtad. Walaupun kesah Loh  berlainan sedikit, semoga Loh dpt berbesar hati untuk merelakan anak2nya menentukan agama mereka sendiri selagi hubungan anak2 dgn emaknya tidak tergugat.  Akan menjadi satu hal yg mirical jika perdamaian beragama ini wujud dlm keluarga Loh. Bapaknya?, iye tetap bapaknya dn tetap juga walinya.





Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 02:00 AM | Show all posts
Makan tengah hari ‘simple’ tapi bermakna bagi Loh, 3 anak yang diislamkanFMT Reporters -

February 21, 2022 9:15 PM





Loh Siew Hong dan tiga anaknya menjamu selera di sebuah restoran selepas keputusan mahkamah tengah hari tadi. (Gambar Shamsher Singh Thind)
PETALING JAYA: Nak makan? Itu soalan pertama ditanya Loh Siew Hong kepada tiga anaknya di kamar mahkamah tengah hari tadi, selepas memperoleh semula hak penjagaan penuh ke atas mereka dalam mengubati perpisahan lebih tiga tahun.
Di luar perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur, puluhan wakil media dan aktivis Islam pelbagai persatuan menunggu untuk Loh muncul bersama anak kembar perempuan berusia 14 tahun dan adik lelaki mereka berumur 10 tahun. Namun empat beranak itu tidak mahukan publisiti, sebaliknya hanya masa untuk bersama sebagai sebuah keluarga.
Loh dan anak-anaknya berjaya “melepaskan” diri daripada tumpuan media dan beredar ke sebuah restoran untuk makan tengah hari dan bergaul mesra.
Buat masa ini, Loh yang beragama Hindu tidak mahu memikirkan isu tiga anaknya diislamkan tanpa kebenarannya. Hari ini, yang penting bagi Loh ialah keputusan mahkamah mengembalikan tiga anaknya kepada penjagaan penuh beliau.



“Loh amat gembira (dengan keputusan mahkamah). Perkara pertama dibuat selepas keputusan itu ialah memeluk anak-anaknya dan bertanya sama ada mereka mahu pergi makan. Mereka menjawab ya,” kata peguam ibu tunggal itu, Shamsher Singh Thind.
Beliau menyifatkan Loh sebagai “amat lega” dengan keputusan mahkamah dan berkata hubungan wanita itu dengan tiga anaknya akan semakin kukuh susulan isu hak penjagaan mereka sudah diputuskan.
“Hubungan mereka akan semakin baik. Ini bukan perkara kecil, mereka (Loh dan tiga anaknya) berpisah tiga tahun,” katanya.
Dalam keputusannya, Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata, menurut perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 31 Mac 2021, pemohon (Loh) diberikan hak penjagaan dan kawalan tunggal ke atas ketiga-tiga anaknya.

“Terdapat juga perintah ex-parte interim bertarikh 20 Dis 2019, memberikan hak penjagaan dan kawalan tunggal anak-anaknya kepada pemohon.
“Perintah mahkamah masih kekal dan masih sah. Perintah mahkamah tidak boleh dilayan dengan sewenang-wenangnya dalam berhadapan penghinaan mahkamah. Oleh sebab perintah mahkamah masih kekal, saya membenarkan permohonan writ habeas corpus,” kata hakim itu.
Loh menangis selepas mendengar keputusan itu.
Beliau sebelum ini memfailkan permohonan habeas corpus untuk mendapatkan semula hak penjagaan tiga anaknya yang berada bawah jagaan pihak lain.
Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini memberitahu tiga anak Loh diislamkan di negeri itu dengan kebenaran bapa mereka, namun menegaskan ia tidak melanggar undang-undang syariah Perlis.
Mahkamah Persekutuan sebelum ini memutuskan kebenaran ibu dan bapa harus diperoleh untuk tujuan penukaran agama anak kepada Islam.



Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 02:25 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 22-2-2022 01:09 AM
Sebab itulah berapa ramai orang Islam yang dah tak Islam tetapi masih Islam.

Inilah sebabnya! ...

Orang Islam yg tak Islam ttpi mmasih dlm Islam tak boleh disamakan atau dipadankan dgn isu Loh ini. Kronologi kejadiannya lain sdr.
Bagaimana orang2 yg lahir dri keluarga Islam boleh jadi tak Islam? Muslim parents bertanggugjawab penuh menyalurkan didikan Islam serta menjaga sahsiah anak2nyaselaras dng hukum adat dn hukum syarak tentunya. Dari semenjak anak2 berumur dini, mereka harus difahamkan dgn erti malu, tau menghormati orang tua, mesti ditanamkan rasa bersahabat,  sayang serta bersilaturahmi, menjaga mulut, kenal apa itu dosa-pahala, kemudian bila sudah bersekolah dn boleh membaca, alirkan pula pemahaman Tauhid, Fiqh, dll. Tentu kita tak mau dikatakan sbg generasi Islam IC shj kan?

Bagi non-muslim bolehlah dikatakan kalau Islam bukan paksaan ttpi bagi anak yg ibubapanya muslim, sejak dari dlm rahim ibunya roh anak itu sudah dititipkan Islam kpdnya. Itu sebabnya, seawal2 kalimat yg perlu didengarkan kpd bayi yg baru lahir ialah azan atau aqamat sesuai jantinanya. Bahkan sewaktu dlm kandungan lagi, ibu2 sering disarankan untuk membaca surah2 khusus: Maryam, Lokman, Yunus, Yassin dn keseluruhan AQ juga. Semua itu akan memberi kesan saikologi kpd perkembangan janin, disirami seawal mungkin dari alam rahim ke alam dunia dgn sentuhan didikan Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2022 02:40 AM | Show all posts
nolya replied at 21-2-2022 10:25 AM
Orang Islam yg tak Islam ttpi mmasih dlm Islam tak boleh disamakan atau dipadankan dgn isu Loh ini ...

Saya faham tetapi sahaja je.

Tetapi kejadian ini hampir sama pernah berlaku kepada seorang yang saya kenali lama dahulu di Malaysia.


Ibu bapa asalnya Indian berugama christian masuk Islam selepas berkahwin.
Bapa dia meninggal dunia. Ibu kembali ke agama asal. Anak tidak mau lagi berugama Islam tetapi disebabkan ianya berlaku di Malaysia maka si anak terpaksa berislam islaman walaupun dia tidak mengamalkan agama Islam kerana mengikut agama asal ibunya.


Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 04:40 AM | Show all posts
haruslah replied at 21-2-2022 09:05 PM
Salah kan bapak nye jer
Pasni bangsa ni boleh tiru cara gini la
Nak pisahkan mak anak, convert islam ...

haiyooo ebit lew bukan muallaf la.. dia islam sejak lahir..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade yg tak Kena dengan cara mak budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
moga agama Islam mu terpelihara anak2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.043620 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list