|
Netizen Bongkar Tentang Ustaz Muhaizad, Menipu Dakwah Dan Ajar Amalan Syirik?
[Copy link]
|
|
Ada orang, apabila datang sesuatu isu yang menggugat kumpulan sendiri, mereka akan mula mengalihkan perhatian ke isu-isu teknikal berbanding isu utama.
Dalam kes kenyataan Ustaz Muhaizad berkaitan; «Mandi Safar Tolak Bala», kita akan dapati isu-isu teknikal yang dimainkan terbahagi kepada 3 tahap:
1. Tahap rendah; iaitu menggunakan pendekatan mantiq separuh masak ketika menghuraikan ucapan Ustaz Muhaizad. Contoh, “Bulan Safar memang korang tak mandi ke?”, “Lepas Safar (musafir) takkan tak mandi?”, “Tak takut bala ke?” etc. Tahap ini selalunya dimainkan oleh orang awam atau ustaz-ustaz tiga suku dalam komen dan ceramah mereka.
2. Tahap sederhana; iaitu menggunakan pendekatan tasawwuf diselangi dengan kad adab. Contoh, “Mandi Safar adalah kasyaf dari ulama soleh, takkan ulama nak sampaikan perkara tipu?”, “Jangan biadap dengan ulama, mereka telah berijtihad tentang perkara ini untuk kebaikan umat” etc. Tahap ini selalunya dimainkan oleh ustaz-ustaz tiga suku dalam ceramah mereka serta untuk membuat audiens kagum.
3. Tahap tinggi; iaitu menggunakan (baca: memanipulasi) dalil-dalil dan kaedah agama. Contoh, “Semua ini bergantung pada niat” (kaedah fiqh), “Ada hadith (palsu) berkenaan ini” (dalil agama), “Hadith ini dha'if namun boleh diamalkan dalam targhib wa tarhib” (kaedah hadith) etc. Tahap ini selalunya dimainkan oleh ustaz-ustaz yang intelligent namun tidak amanah dengan ilmu yang mereka miliki.
Ketiga-tiga perkara ini telah dibantah secara berasingan oleh para asatizah yang amanah. Saya nak tulis panjang berserta ringkasan bantahan tersebut, tetapi nampak macam dah muncul pula isu baru daripada beliau berkenaan umur Malaikat Jibril.
Saya ucapkan selamat membela dan membantah semua. ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Belum pernah ada mana-mana dapatan ilmiah sejarawan berkaitan asal-usul orang Melayu daripada Iskandar Zulkarnain dan Nabi Daud.
Dakwaan seorang penceramah agama dari Kelantan itu sangat semberono dan tidak berautoriti. Hanya dengan mengatakan "menurut kajian sejarah" tidak dapat membenarkan teori tersebut. Siapa sejarawannya? Dalam teks mana? Tahun bila? Sudah melalui proses kritikan dalaman dan kritikan luaran belum teksnya itu? Ada semakan silang atau tidak? Atau benarkah yang menulis itu seorang sejarawan atau hanya penglipurlara pada zamannya? Before read history, read historian.
Nah, jangan dikatakan kepada kami "Kajilah dulu...". Beban pembuktian terletak kepada orang yang mendakwa bukan orang yang mendengar. Kalau orang yang mendakwa bebas mengatakan apa sahaja, nanti semua orang boleh mendakwa apa-apa sahaja. Sambil memakai serban tebal, saya sendiri boleh mengatakan bahawa saya keturunan langsung daripada Nabi Nuh. Sesiapa yang tak percaya, sila kaji.
Kalau beginilah cara kita menerima ilmu, rosaklah bangsa dan agama ini dibuai kisah karut-marut yang tidak bersandarkan bukti dan fakta. Hancurlah disiplin ilmu di tangan dan mulut para pendusta yang bersyarah demi menaikkan martabat diri di mata pentaksubnya. Yang dicita adalah kemegahan diri, bukannya kebenaran ilmu. Dengan kemegahan itu dia boleh memukat sanjungan, pujian dan kesenangan.
Lebih membimbangkan adalah para penonton dan pendengar yang menelan kesemua hujahnya tanpa usul periksa dan pertimbangan akal yang waras. Yang kelakarnya adalah komen-komen perasan bijak yang tertera mengiringi ceramah. Lingua franca diterjemah sebagai bahasa dunia. Hebat kebengapan penterjemah ini. Lebih meriah lagi adalah gelaran wahabi kepada sesiapa yang mempertikai hujahan penceramah tersebut. Entah apalah kaitan Syeikh Muhammad Abdul Wahhab dengan sejarah orang Melayu, masih membingungkan.
Kalaulah melawan kebodohan dan kepalsuan ini bererti ditempel gelaran wahabi, maka saya rela sahaja digelar begitu. Sepertimana pernah disebut oleh Buya Hamka, begitulah.
#shmsejarah
-Sahul HM- |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas isu mandi safar, sekarang ada video dia sebut mandi bunga dan aura positif negatif pula pula. Sejak bila dalam ajaran Islam ada konsep aura? ???????? |
|
|
|
|
|
|
|
cecari replied at 28-11-2021 06:51 AM
tu sbb orang suruh pi mengaji ... tapi hang dok main sosial media... sampai mati pun konon tak per ...
Rileks bro, tu baru Allah kasi kelebihan tahu apa maksud puasa hari putih dah tuduh org xmau belajar.
Sat lagi Allah bagi kelebihan hafaz quran. Silap2 bukak agama baru.
Dakwah sulam takabur ni resepi Iblis.
Jaga jari, jangan laju sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Dakwaan tok wali kata, ada ulama kata, ada orang kasyaf kata, selagi tiada rujukan jelas dan diyakini, bolehlah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Setakat dakwaan begitu, semua orang pun boleh cakap. Jangan ambil rujukan pegangan agama ini sebarangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Apabila diberi dalil hadis sahih mereka pusing sana-sini. Tapi, hadis tidak sahih diterima tanpa fikir panjang, jumpa dakwaan kasyaf tanpa nama, terima bulat-bulat. Dimanakah akal mereka dalam beragama? |
|
|
|
|
|
|
|
Rujukan agama ini mesti jelas. Sudahlah buku Mujarrabat Ad-Dairabi itu ada wafaq, ini dipegang pula kata-kata yang tidak jelas. Entah siapa yang kasyaf itu, kita tidak tahu latar belakang mereka. Bagaimana kita mahu percaya??!
Ini kata, sebahagian orang, sebahagian orang, sebahagian orang...
Jika begitu, orang lain pun boleh mendakwa sejuta ulama makrifat kata tiada turun bala pada hari itu! Sungguh hairan, dakwaan entah siapa, dijadikan sebagai rujukan agama. ????
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekiranya tauhid difahami secara keliru, sebagai tiada yang wujud melainkan Allah, maka terbukalah segala pintu syirik. Jangan hairan, orang terpalit akidah Batiniyyah bawa banyak amalan syirik dalam masyarakat...
Salah satu punca terjerumus dalam amalan syirik disebabkan keliru makna iman. Menyangka iman sekadar pengakuan dalam hati dan lisan. Disebabkan itu, mereka fikir tidak mengapa buat amalan syirik pada perbuatan, selagi hati yakin itu semua ketentuan Allah SWT.
Sekiranya kasyaf seorang wali membawa menyelisihi syariat, bukan menguatkan syariat, maka jauhilah. Sesungguhnya karamah yang benar para wali itu untuk membantu agama Allah, bukan untuk mengubah suai ataupun meruntuhkan agama...
Tingkatkan diri kita menjadi penuntut ilmu. Sesungguhnya SWT sediakan pahala yang sangat besar kepada orang yang belajar ilmu agama, mendengar ayat Al-Quran dan hadis dan berusaha memahaminya. Jangan biarkan diri kita terus ikut-ikutan sahaja.. |
|
|
|
|
|
|
|
keh keh keh
dah muncul orang yang 'bijak' menggunakan akalnya sudah...
Pak Su Mid kata..
iman itu di luar akal..selagi masih di akal bukan iman namanya...
yang 'bijak' berakal inilah kononnya dah beriman...
sembang sesatkan orang sana sini...
dah dikata, azazil tu jauh lebih bijak, masih juga nak berlumba menjejaki itu makhluk... 
keh keh keh
|
|
|
|
|
|
|
|
Ah_Kwan replied at 29-11-2021 09:47 AM
keh keh keh
Padu.. buat me berfikir sejenak.. jauh lagi ke aku dgn Allah dan RasulNya..
Allah timbulkan ujian ni buat kita semua ummat islam.. dok ukur orang tu betul ke idok, diri sendiri tu cek dulu.. semoga berada dijalan yg benar dijauhkan dari kesesatan ye kita semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dr rora mmg dh sound dia ni kan, heran ramai follower dia eapecially kat tiktok sana |
|
|
|
|
|
|
|
SayaSayangMama replied at 29-11-2021 10:27 AM
Lepas isu mandi safar, sekarang ada video dia sebut mandi bunga dan aura positif negatif pula pula. ...
Pegi spa dan treatment herba tu pun sirik ke bang? Sebab takda sumber rujukan jelas daripada kitab2 yg dikarang oleh ulamak dan pengikit bermentaliti "wahabi".
*Takda kena mengena dgn arwah syekh muhamad abdul wahab tu ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by apam at 29-11-2021 02:02 PM
Minami2013 replied at 28-11-2021 04:56 PM
Apa maksud you ustaz muhaizad berfikiran terbuka tu?
I cuba juga dgr penerangan ustaz muhaizad n ...
Acik kata acik tak paham ceramah ostad tu tapi acik kata ajaran ostad tu bercanggah dengan ajaran islam. Handal acik ni 
Camginilah jarum halus pemikiran ala "wahabi". Bukan pasal taknak tahlil ka, talkin ka,solat ka, taknak kunut ke. Lantaklah nak buat ke taknak buat. Tu amalan memasing kan. Jawab la nanti kat sana.
Kalau dok sebok menilai orang lain tanpa adap dan SOP lelama masyarkat akan huru hara walaupun kebenaran yang diperjuangkan tu belum tentu yg hak. Mungkin jugak fake. Eh, dah macam kerja yahudi pulak kan sudahnya |
|
|
|
|
|
|
|
penunggang agama. ahlul binaah pencinta khurafat |
|
|
|
|
|
|
|
yang bawa amalan mandi safar ni pun arab kan? lepas tu dpt maklumat amalan ni syirik..pun mengikut org arab2 yg terkemudian..sekarang ni kita gaduh pasal ajaran arab ni kenapa |
|
|
|
|
|
|
|
tu le mls nk layan sgt ceramah agama....kang beria aku suka, oh tup2 sesat rupanya...lantak ah yg penting aku amalkan nilai2 murni dan tiang agama.... |
|
|
|
|
|
|
|
dlm agama ni asa benda2 blh reveal. Ada benda klu ikut kefahaman kita sahaja elok diam. Muhaizad ni jns semua bemda dia bgtau. Cth aku pernah dgr dia citer pasal hang tuah,wali2...badan dok bsandar dkt rumah,tp sbnrnya roh ada dkt mekah. Kita tak nafi kdg benda tu mmg blaku pada wali2 Allah. Tp dia ni sape...jd ada benda simpan sendiri shj. Contohi tgnik abdul aziz. Ckp terang2 pasal agama shj. Tok guru xsuka bdebat sbb debat agama mmg tak abes. Elakkan hujah2 yg mengelirukan. Aku klu ustaz2 dok menyindir wahabi bagai itu pun dh nmpak hati tak comel. Tunjuk jela akhlak baik kita. |
|
|
|
|
|
|
|
ustak muka berkerak gini mmg ramai tololwer yg ngikut..no wonderlah melayu kat kelantan tu dah 30tahun hidup2 kena tipu dgn Pas |
|
|
|
|
|
|
|
apam replied at 29-11-2021 01:10 PM
Pegi spa dan treatment herba tu pun sirik ke bang? Sebab takda sumber rujukan jelas daripada kitab ...
Pergi spa nk tolak bala ke atau tarik aura ? |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan cakap banyak... mulai saat ini rajin2lah belajar .... jgn buang masa kat sosmed sangat. ingat tuu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|