|
Kalau tak cerah, tapi tak de le gelap pulak kan. Cuma spt hitam2 si tampuk manggis, walau tak cerah tetap dipandang manis. Yg penting kulit muka tak gerutu jerawat, bersih dan mulus gitu. Orang2 dulu jaga kecantikan mereka dgn bahan2 alami spt mentimun [jus jadi astringen], limau nipis, ledir aloe vera, putih telur, kentang, buah tomato, belimbing buluh, lemon, kelapa, dll. Daun bunga raya dn daun ati2 untuk sejukkan kepala dn penjagaan rambut.
Lulur kulit rambai, [murah, produk K'tan], + jus limau nipis dgn sedikit air, jgn terlalu cair, sapu ke seluruh muka dn badan, biarkan kering sebentar baru sental bagi menanggalkan daki2 kulit badan. Jus limau sbg pemutihnya. Bau pun wangi. Teramatlah murah kerana sebungkus lulur boleh pakai berbulan2. Ini bukan cobaan tapi betul2 dn mesti cuba. Sumpah, tak akan menyesal. Sementara santan kelapa [lagi basi lagi baik] untuk melembutkan rambut. Kalau bau boleh bilas dgn syampu tapi kelembutan rambut drp minyak dlm santan terjamin. Selain itu boleh juga amalkan bedak sejuk beras tapi jgnlah tebal sangat, nanti mcm topeng pek ji/opera cina pulak .
Selamat mencuba bagi yg mau mencuba.
|
|