“Apa yang jem bangat ni.” Waang mengeluh dari dalam keretanya. Masa yang hanya sepatutnya diambil sepuluh minit sudah bertukar menjadi setengah jam untuk sampai ke Tasik Putrajaya. Dia ingin lari ke sana untuk menenangkan hati bila dari minggu lepas wajah kedua-dua awek yang terjumpa di Sogo hari itu bagaikan menari-nari di ruang matanya setiap kali Waang memejamkan matanya.
“Takkan ada projek kat tengah-tengah roundabout ni. Malam semalam aku lalui okey je.” Bisik Waang pada stereng keretanya sendiri. Perlahan-lahan pedal minyak ditekan. Kelajuan tak kemana kalau bergerak dalam keadaan begini.
Rahang Waang jatuh terus bila melihat sekumpulan mak-mak dara sedang sibuk mengeluarkan sesuatu dari beg masing-masing di tengah roundabout itu. Macam tak caya je. Manakala seorang gadis yang tinggi lampai bertudung oren lembut pula sedang sibuk menghamparkan tikar mengkuang ungu untuk duduk agaknya. Siap dengan kaca mata hitam 60an nya. Setelah siap elok saja anak gadis itu melabuhkan punggungnya dan mula mengayam daun ketupat. Duduk bersimpuh dengan kain batik berbaju kebaya oren.
“Apa yang dia nak buat ni? Stok buat bini ni.” Sekali lagi waang bercakap dengan stereng keretanya.
Manakala pandangan Waang jatuh pula pada yang lain pada kiraan ada 12 orang mak dara becok bersenda. Tak jauh dari situ seorang lagi anak gadis bertudung hitam sedang menjijit beg plastic bagaikan berat lagaknya. Kecik molek orangnya. Tapi yang tak tahan pada bunga sekuntum besar di pinggang baju kebaya merahnya. Fesyen kot!. Si gadis kecik molek ini meletakkan beg tersebut dan sama duduk disamping anak gadis tinggi lampai. Kemudian tangannya sama lincah menganyam ketupat.
“Dua-dua stok bini ni Pada akulah. Hendak ke mereka bermadu?” kali kedua Waang berbicara dengan stereng keretanya.
Dua anak gadis tadi dan mak-mak dara bagaikan tenggelam dalam dunia sendiri dan tidak menghiraukan hon dan lambaian dari kereta-kereta yang melalui roundabout tersebut…
“APA KE HEH NYA BERKELAH DI TENGAH ROUNDABOUT PUTRAJAYA makcik oiiii!!! JALAN JEM LAH oiii!!!” jerit waang tidak puas hati.
“Ehhh..ehhhh…macam pernah ku lihat itu perempuan.” Luah waang lagi dan ketika itu segombolan anak-anak dara menghampiri bulatan Putrajaya tersebut tanpa menghiraukan pekikan hon kereta bertali arus itu.
“Itu budak yang aku jumpa kat Sogo dan bertudung hitam berbaju merah tu budak yang lagi satu tu. Alahhhh…rezeki kauuuu!” jerit Waang gembira sambil menghentak sterengnya berulang kali.
Dalam keadaan yang terlampau syok gitu Waang sempat terlopong bila salah seorang mak dara yang berbaju kaler-kaler mula berbaris dan diikuti oleh yang lain. Siap pakai kaca mata hitam lagi. Tanpa berfikir banyak Waang cepat bertindak memetik signal ke kiri dan berhenti untuk menjadi peminat sekejap.
“Apa yang hendak dibuat mak-mak dara dan anak-anak dara ni. Musykil! Musykil!” ragu waang sambil menarik janggut sejemputnya berulang kali.