CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rext_xt

Terima INSEP training atau Tunggu Peluang kerja?

[Copy link]
Post time 22-4-2011 08:16 PM | Show all posts
kalo aku lah aku takkan pillih apa yang aku minat..tp aku tgk mana market yang mmg vast pu ...
pressor Post at 22-4-2011 20:04



      ada logik gak apa y ko ckp tu...
sbb nya zmn skrg nie tak leh memilih sgt...

mayb kalau aku usaha dgn sungguh aku boleh buat... leh capai seperti ko....

aku pun bukan muda lagi...dah grad lama dah nie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2011 07:06 AM | Show all posts
ada logik gak apa y ko ckp tu...
sbb nya zmn skrg nie tak leh memilih sgt...

mayb ka ...
Syik_Gojet Post at 22-4-2011 20:16



    pilihan di tangan ko...selamat maju jaya
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 12:45 AM | Show all posts
Reply 82# pressor


   hai...
ingat lagi tak aku ada cete aku dpt INSEP di PSDC..
oleh kerana aku dpt kos manufacturing..aku rasa berat hati nak ambik...
so aku tolak...

then aku hantar borang utk INSEP di UTHM..itu pun lagi 2 hari nak tarikh tutup...tanpa apa2 harapan...
sabtu lepas tiba2 aku dpt surat tawaran... aku terpilih tuk INSEP di situ..
aku dpt kos computer networking....
gerak hati aku ckp... Go For It..!!
tak sangka rezeki Allah... tetiba aku leh dpt INSEP lagi....
syukur alhamdulillah....
next week daftar..aku dh hantar surat berhenti kerja..tapi tu la company aku tak mo lepas...suruh bayar ganti rugi semua tu sbb aku kasi short notice....
aku geram2..panas hati semua ada...
aku ingat nak kamikaze....aku keje kontrak..masa depan aku tak da kt situ..sampai bila...!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 07:02 PM | Show all posts
Reply  pressor


   hai...
ingat lagi tak aku ada cete aku dpt INSEP di PSDC..
oleh kerana aku ...
Syik_Gojet Post at 31-5-2011 00:45



    bagus lah...selamat maju jaya

bab short notice tuh ko refer to contract ko lah..kalo ada stated mmg ko kena bayar..kalo tk..ko rujuk balik kat JTK...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 07:38 PM | Show all posts
bagus lah...selamat maju jaya

bab short notice tuh ko refer to contract ko lah..kalo ad ...
pressor Post at 31-5-2011 19:02



   ikut contract kena bayar 2 bulan...
(pekerja kontrak pun kena mcm nie..sob sob..nangesss)

bos aku suka2 jer suruh aku ponteng kelas mai keje...

aku dh bincang dgn HR, dia ckp aku kena bayar ganti rugi.aku leh bayar skit2 dulu..klo aku blah mcm tu jer, dia akan hantar nama aku kt jabatan buruh nanti jabatan buruh akan black list nama aku utk keje kerajaan..

satu lagi cara, aku kena bincang dgn big boss..klu big boss kasi lepas, aku tak payah bayar apa2..
pening2..susah nak jumpa big boss nie..dah la kaum lain, faham2 la dorg nie jenis camne...
doakan semoga semuanya selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 08:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by zaidi_jb at 31-5-2011 20:39

Reply 85# Syik_Gojet

Janganlah percaya bulat2 dengan cakap HR anda yg mengatakan jika nama anda diberi kepada Pejabat Buruh, akan sukar kerja kerajaan. Itu semuanya auta dan bohong semata-mata. Apa yang utama, rujuk kepada Kontrak kerja anda, jika kena bayar, maka memang betullah kena bayar tetapi ada budi bicara di sini. Sebenarnya HR anda malas nak cari pekerja lain sebab nak kena bagi latihan, ajar dll sedangkan anda telah mahir dalam pekerjaan tersebut. SPA atau badan berkanun kerajaan tidak akan merujuk langsung kepada Jabatan Buruh setiap sejarah pemohon kerja sebaliknya hanya akan merujuk kepada sejarah kerja yang ditulis oleh pemohon itupun jika perlu mereka akan hubungi majikan dulu.

Seperkara lagi, tiada kena mengena langsung kuasa Jabatan Buruh dengan SPA / Pihak berkuasa melantik berkanun. Jabatan Buruh tiada kuasa untuk menghalang mana2 pihak berkuasa melantik untuk melantik mana2 calon berjaya hanya atas sebab di atas. Seperkara lagi, mana2 kontrak termasuklah kontrak kerja hanya akan sah jika telah dimatikan dengan setem hasil, jika tidak anda boleh cabut dari syarikat tersebut sebab jika dibawa kepada mahkamah, kontrak tersebut boleh dicabar, tidak sah dan boleh ditongsampahkan.

Jadikan INSEP / GEMS / banyak lagi program yang dianjurkan oleh kerajaan ini sebagai satu batu loncatan kepada anda untuk ke arah kerjaya yg lebih baik. INSEP ni adalah antara salah satu program tanggungjawab sosial kerajaan  khusus untuk graduan kejuruteraan dan lain-lain yg masih belum bekerja untuk digilap bakatnya menjadi graduan yang sedia untuk "dijual" di pasaran kerja khususnya dari segi kemahiran komunikasi, negosiasi dan sebagainya. Potensi untuk ditawar kerja juga boleh dikatakan cerah menerusi program ini. Jadi mulakan langkah anda dengan program ini. Good luck
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2011 08:47 PM | Show all posts
Reply 85# Syik_Gojet

Sekadar Perkongsian mengenai kepentingan setem hasil / duti setem dalam mana2 kontrak perjanjian termasuk kerja

KEPERLUANPENSETEMAN


Keperluanpenseteman wujud dibawah Akta Setem 19493.Dibawah Akta ini, penseteman dokumen dilakukan bagi dua tujuan iaitu:


Pertama,
mengelak daripada dikenakan denda mengikutperuntukan dibawah seksyen 63 Akta. Seksyen 63 memperuntukkan seperti berikut:



“63(1)Mana-mana orang yang –

(a)
dengantujuan mengelak bayaran duti, menyedia, membuat, melaksana atau menandatangani,selain daripada sebagai saksinya, mana-mana suratcara4walau apapun jenisnya yang dikenakan duti tanpa ianya disetemkan sewajarnya;atau

(b)
telahmenyedia, membuat, melaksana atau menandatangani, selain daripada sebagaisaksinya mana-mana suratcara walau apapun jenisnya yang dikenakan duti, tanpaalasan yang sah, gagal melaksanakan penseteman sewajarnya baginya dalam masasuratcara itu boleh disetemkan tanpa penalti dibawah Akta ini; atau

(c)
………boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ribu lima ratus ringgi”



Kedua,
bagimembolehkan dokumen-dokumen berkenaan diterima sebagai keterangan di mahkamah,terutama semasa dikemukakan sebagai keterangan dalam tindakan sivil (terutamamenuntut gantirugi) diantara pihak-pihak. Ini penting kerana menurut peruntukanseksyen 52 Akta Setem 1949, suratcara yang tidak disetemkan sewajarnya tidakboleh diterima sebagai keterangan (kecuali didalam kes-kes jenayah5, atau apabila suratcara atau dokumenberkenaan disetemkan kemudiannya setelah membayar penalti6).


Seksyen52(1) memperuntukkan seperti berikut:



“52(1) Tiada suratcara yangdikenakan duti boleh diterima sebagai keterangan untuk apa-apa tujuan oleh manaorang yang mempunyai kuasa dibawah undang atau dengan persetujui pihak-pihakuntuk menerima keterangan, atau untuk bertindak daripadanya, mendaftar, ataumenentusah oleh orang tersebut atau oleh mana-mana pegawai awam, melainkansuratcara itu telah disetemkan sewajarnya”.


Makna“disetemkan sewajarnya” ada diberikan oleh seksyen 2 Akta Setem 1949,iaitu,



“bermaksud suratcara itumempunyai suatu setem yang direkatkan atau diterakan dengan amaun yang tidakkurang daripada yang sebenarnya dan setem berkenaan telah ditampal ataudigunakan mengikut undang yang berkuatkuasa dalam Malaysia”.


Denganitu, menurut seksyen 52 tersebut, dokumen yang dikenakan duti setem (tetapitelah tidak disetemkan secukupnya atau tidak disetemkan) tidak boleh dijadikanketerangan primer7, atau didaftarkan, ataudiakusah oleh mana-mana pegawai awam.




3
Akta 378. Padaasalnya dikenali sebagai Ordinan Setem 1949 (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu)Ordinan No. 59 tahun 1949. Ia telah disatukan dengan Ordinan Setem Sabah Bab137 dan Ordinan Setem Sarawak Bab 32 pada tahun 1989 dan dikenali sebagai AktaSetem 1949. Ia mula berkuatkuasa di Semenanjung pada 5.12.1949 dan di
Sabah serta Sarawak pada 1.10.1989.


4
Menurut seksyen 2Akta Setem 1949, perkataan “suratcara” termasuk setiap dokumen bertulis. Denganitu ia termasuklah dokumen perjanjian, polisi insurans dan lain-lain.


5
Seksyen 52(1)(b)Akta Setem 1949


6
Seksyen 52(1)(a)Akta Setem 1949


7
Mengenai hal ini lihat RafiahSalim, 1989. Evidence in Malaysia and Singapore – cases material andcommentary. Singapura: Butterworths & Co. (Asia) Pte. Ltd. m.s.344-346. Lihat juga seksyen 62 Akta Keterangan 1950 – Lihat LAMPIRAN TUJUH.



Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 10:18 PM | Show all posts
Reply 86# zaidi_jb


   wah..terima kasih bro atas info2 bernas nie....
memang betul pun company sy buat notice 2 bulan atas dasar bila ada org berhenti, dorg terpaksa cari budak baru tuk di train..jikalau sy blah sebelum budak baru itu boleh jaga system sy, maka kwn2 sy terpaksa cover n boleh claim OT..company tak mo tanggung rugi sbb terpaksa bayar OT...
itu pasal pihak HR ckp, duit ganti rugi itu utk dibuat bayar OT kepada kwn2 y cover sy... (#^$!@%#^)


Seperkara lagi, mana2 kontrak termasuklah kontrak kerja hanya akan sah jika telah dimatikan dengan setem hasil, jika tidak anda boleh cabut dari syarikat tersebut sebab jika dibawa kepada mahkamah, kontrak tersebut boleh dicabar, tidak sah dan boleh ditongsampahkan




sy tertarik dgn pandangan ini, memang betul pun kontrak sy cuma kontrak biasa antara pekerja n majikan, tanpa duti setem...
lega mendengarnya, kurang skit susah hati sy nie...
sy sendiri hampir 3 thn bekerja kontrak di sana... memang pekerjaan sy lari dr bidang sy (sy lulusan elektrik, pekerjaan sy IT)..oleh kerana degree sy result tak bagus, memang sukar utk sy dpt interview..pengalaman kerja sy pulak tak dpt membantu memandangkan skop perkerjaan sy terlalu basic..
sy nampak program INSEP nie sebagai batu loncatan utk sy mengukuhkan degree sy..sy pun bukan lagi muda, dh lama grad..nak bersaing dgn lambakan budak2 fresh y result power2..agak sukar bagi sy....


sy dh buat keputusan, esok sy akan hantar email kepada big boss sy..minta budi bicara dia...
jikalau dia tak luluskan..sy akan kamikaze... sy tak peduli, sy tak mo berada di takuk lama lagi...
sy serah diri sy bulat2 pd Allah... sudah setahun sy aim program INSEP nie, sebelum nie sy penah apply tapi tak dpt..
skrg nie peluang sy... parent pun merestui hasrat sy, terima kasi kpd mereka kerana sudi support sy dr segi kewangan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2011 12:04 PM | Show all posts
Reply 84# pressor


   adoi adoi..
aku  pening pening...

pagi tadi dpt panggilan dari KISMEC, sg petani, kedah..
aku dpt program INSEP lagi.......
tapi kos wireless & data communication..(mcm degree aku dulu)
ambilan bulan 7 nie..

aku dah keliru..sbb aku dpt INSEP di UTHM,batu pahat, johor..
kos computer networking & application..
next week masuk..

terkejutnya tiba2 dpt tawaran 2 sekaligus....rezeki Allah nie..

~jika di fikir dari segi kemudahan n jarak..of coz la y di sg petani menang..tambah masukkan bulan 7, tak da issue nak berhenti keje..
~tapi aku tak tau mana kos y sesuai....y tepat..adoiiiii......

~mamber aku y ckp kos networking pmpn susah nak dpt keje..hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 07:26 PM | Show all posts
Reply  pressor


   adoi adoi..aku  pening pening...

pagi tadi dpt panggilan dari KISMEC, sg  ...
Syik_Gojet Post at 1-6-2011 12:04


buat lah solat istikarah..try tnya member2 mana satu prospek ok...

tp as for aku..aku amek yang bulan 7 tuh...selain dari ko tk payah nak bayar balik duit gaji...ko jugak ada degree+sijil kemahiran...which is very good....

anyway...it is your choice..aku tak dpt bg idea nak pilih yang mana...sbb aku taktau pasal IT nih....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 05:05 PM | Show all posts
hello kwn2..ade sape2 x kt situ....nk tanye sket ni kalo ade org la kn...huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193094 Replies : 4473
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 4975 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.144131 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list