|
sekarang ni pun dah byk kes kereta takder insurans dan road tax...kalau dikuatkuasa mende ni...akan berkali2 gandalah kereta yang takder insuarn dan road tax atas jalan...
Dan pd mereka2 yg modify kete lama ..mcm2 modification telah dibuat adakah Puspakom akan luluskan???salah satu drpd kemungkinan yg mereka juga takkan renew Insurans....maka akan bertambah2 la pemandu yg mati katak.....
Gomen yg semakin buruk--> BURUK SIKU...di"hilangkan" tax lain..ditambah beban rakyat dgn perkara2 sebegini ...semata2 nak mengembungkan perut kroni2 depa...:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
ARKIB : 03/11/2009
DAN sepatutnya tidak menyusahkan rakyat
SAYA setuju dan bersependapat dengan Mohd. Najib Abd. Rashid dari Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa pelaksanaan Dasar Automotif Negara (DAN) sebenarnya cukup menyusahkan dan membebankan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah,
lebih-lebih lagi rakyat di luar bandar maupun di bandar-bandar besar yang tidak berkemampuan sehingga memaksa setiap pengguna kereta yang memiliki kereta yang melebihi usia 15 tahun diperiksa oleh Puspakom untuk tujuan keselamatan sebelum memperbaharui cukai jalan.
Pemeriksaan ini melibatkan kos belanja yang cukup membebankan. Belum lagi dikira kos minyak dan masa menunggu. Tapi yang pasti, pihak yang terlibat dengan dasar ini akan meraih keuntungan yang besar dengan pelaksanaan ini.
Saya salah seorang pengguna kereta yang memiliki kereta yang berusia hampir 20 tahun tetapi keutuhan kereta masih baik dari segi fizikal dan kemampuannya. Setiap hari inilah kereta yang sentiasa membawa saya ke tempat kerja, masjid maupun bersantai bersama keluarga, dan sejak itu jugalah saya tidak pernah mengalami kemalangan jalan raya.
Ini kerana tanpa pemeriksaan Puspakom pun, saya mampu melaksanakan pemeriksaan berkala demi menjaga aspek keselamatan kereta saya ketika berada di jalan raya.
Kita perlu melihat dari sudut yang positif, tidak semua kereta yang berusia itu lusuh, rosak dan tidak boleh digunakan di jalan raya sehingga memaksa pemilik kereta berusia melakukan pemeriksaan tanpa kehendak pemilik itu sendiri.
Walaupun kereta telah berusia, tidak bererti pemiliknya sewenang-wenang mengabaikan aspek keselamatan dari fizikal kereta dan sebagainya.
Masih ada yang sayang dan menghargai kereta-kereta berusia ini dan lebih tepat lagi, bukan semua orang dapat menukar kereta baru seperti menukar baju.
Ada beberapa perkara yang perlu kita bincang dan fikirkan bersama:
*Persoalannya di sini, benarkah bahawa kereta yang telah berusia melebihi 15 tahun, tidak elok digunakan lagi atau penggunaannya membahayakan kepada pengguna jalan raya yang lain?
*Adakah kita pasti pemeriksaan oleh Puspakom mampu mengurangkan kadar kes kemalangan jalan raya?
*Adakah pihak terbabit membuat kajian, berapa peratuskah kereta lama telah terlibat dengan kes kemalangan jalan raya? Sehingga kini tiada statistik yang membuktikan bahawa kereta berusia melebihi 15 tahun membawa kepada kes terbanyak kemalangan jalan raya di Malaysia.
*Apakah pihak Puspakom berkemampuan melaksanakan tugas pemeriksaan kenderaan dengan cemerlang memandangkan jumlah kenderaan berusia melebihi 15 tahun berjumlah 2.7 juta kenderaan, itu tidak masuk jumlah kenderaan perdagangan.
*Ini akan lebih menyusahkan rakyat. Kerja memeriksa kereta ini bukan satu kerja yang mudah, ia mengambil masa yang agak lama tidak seperti kita mengisi minyak di stesen-stesen petrol.
Puncak Alam">
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... um&pg=fo_04.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Usia kereta bukan faktor utama berlaku kemalangan
SAYA amat bersetuju dengan pendapat saudara Mohd. Najib Abd. Rashid (Forum 30/10/2009) dan saudara Puncak Alam (Forum 3/11/2009) berkenaan Dasar Automotif Negara (DAN).
Satu soalan yang saya ingin tanya, apakah peratus kemalangan disebabkan oleh usia kereta yang usang (melebihi 15 tahun) dalam negara kita berbanding kemalangan disebabkan oleh sikap pemandu itu sendiri?
Setiap kali menjelang perayaan, kerajaan mahupun badan NGO kerap mengadakan kempen bagi memastikan pengurangan kadar kemalangan semasa musim perayaan atau dengan kata lain Kempen Ops Sikap. Tetapi malangnya, kadar kemalangan tetap meningkat malah menakutkan saya sendiri.
Ingin saya ketengahkan di sini bahawa usia kereta hanya menyumbang sedikit sahaja kepada kadar kemalangan dalam negara ini, malah hampir tiada.
Sebagaimana yang dikatakan oleh saudara Puncak Alam, beliau akan memastikan pemeriksaan berkala bagi memastikan keadaan kereta beliau dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Ini adalah contoh yang terbaik tentang sikap seorang pemandu yang amat mementingkan keselamatan semasa di jalan raya.
Dengan menggunakan kereta keluaran terbaru sekali pun kalau pemandunya seorang yang tidak mementingkan keselamatan, tidak bertimbang rasa, malah memandu secara membahayakan pemandu lain, ia tetap tidak berguna juga.
Sekali lagi saya ingin memohon agar kerajaan dapat mengkaji semula dasar ini agar fungsinya dapat memanfaatkan semua pihak, bukan satu pihak sahaja.
ibu, Sarawak">
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... um&pg=fo_03.htm |
|
|
|
|
|
|
|
X mustahil juga ULAT2 kat PUSPAKOM tu akan semakin membiak....hehehehehe..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mycos79 at 5-11-2009 08:18
lagi rungutan rakyat berpendapatan rendah....
Kenderaan tua wajib ke Puspakom bebankan golongan bergaji rendah
SYARAT terbaru kerajaan untuk pengguna kenderaan berusia lebih 15 tahun dilihat kurang mesra rakyat. Rata-rata pengguna kereta berusia adalah golongan berpendapatan rendah. Bayangkan, pengguna kenderaan berusia ini terpaksa mengeluarkan kos tinggi untuk memastikan kenderaan mereka dapat digunakan secara sah di jalan raya.
Jadi, tidak hairan jika ada yang terpaksa menggunakan `cukai jalan tampal` seperti dilaporkan baru-baru ini.
Saya senaraikan serba sedikit kos yang terpaksa ditanggung pengguna kenderaan berusia. Ia tidak termasuk kos tambahan setiap tahun yang perlu ditanggung bagi tujuan pemeriksaan Puspakom.
Pertama, kos alat ganti. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan kereta berusia bergantung kepada alat ganti terpakai kerana alat ganti baru amat sukar diperoleh. Ditambah pula dengan usia kenderaan, semestinya memerlukan penyelenggaraan lebih kerap dan ia bermakna kos semakin bertambah.
Dengan pendapatan tidak seberapa, kos membaik pulih kenderaan sedikit sebanyak membebankan kami. Untuk membeli kenderaan baru adalah mustahil bagi kami kerana kerenah pihak bank meluluskan pinjaman.
Kedua, insurans kenderaan. Sejak kebelakangan ini, pihak insurans mengenakan caj tidak munasabah ke atas kenderaan berusia. Mohon pihak berwajib ambil perhatian. Ia dilakukan dengan alasan kenderaan lama lebih kerap terbabit dalam kemalangan. Bagi saya, alasan itu tidak masuk akal.
Kebanyakan kes kemalangan terdiri daripada kenderaan baru. Teknologi canggih pada kenderaan baru membolehkan segelintir pengguna mengambil kesempatan untuk berlumba-lumba kononnya untuk merasai prestasi serta teknologi yang dibekalkan.
Pandangan saya, kemalangan bukanlah berpunca daripada usia sesebuah kenderaan itu, tetapi kerana sikap pemandu itu sendiri. Jadi, untuk terus menyalahkan kenderaan berusia lebih berisiko berada di jalan raya adalah satu pandangan yang salah sama sekali.
Jadi, saya mohon agar pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menimbang semula perkara ini selari dengan slogan `Rakyat Didahulukan`. Kami yang berpendapatan rendah berasakan langkah diambil MITI agak kurang tepat.
NYAMUK,
Puchong, Selangor.
sumber:http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html |
|
|
|
|
|
|
|
kemalangan bukanlah berpunca daripada usia sesebuah kenderaan itu, tetapi kerana sikap pemandu itu sendiri. Jadi, untuk terus menyalahkan kenderaan berusia lebih berisiko berada di jalan raya adalah satu pandangan yang salah sama sekali.
*betul....sikap memainkan peranan utama keselamatan jalan raya... |
|
|
|
|
|
|
|
marah betoi erkk..
meh, aku chill out ko skit dengan minum teh aiss dan roti nan letak keju atas
btw, kat nipon, keter lebey 10tahun pon kena praktik camni gak..
tapi.. keter kat sana, memang ...
takumi86 Post at 3-11-2009 09:15
Apa yg fast cakap tu memang benar.
Dia orang ni tidak mempunyai akal. Patut lahir jadi binatang aje tak adalah menyusahkan orang ramai:@ |
|
|
|
|
|
|
|
kalu teman yg jadi menteri, teman ingat nak buat macam ni aje
1. Kenderaan yg berusia 15 tahun kena buat inspection setiap tiga tahun. Inspection hanya akan tertumpu kepada aspek2 keselamatan kereta aje spt brake, tayar, etc
2. Kenderaan berusia lebih daripada 15 tahun tidak dibenarkan menggunakan lebuhraya ~bunyi macam kejam dan tak adil kan. Tapi kita sedia maklum rata2 yg pakai kenderaan lama ni berada diluar bandar. Dengan itu, potongan khas cukai jalan akan diberikan kepada kenderaan2 lama ni.
3. Memberi insentif RM5k kepada mana2 kenderaan yg berusia lebih 15 tahun yg ingin dilupuskan secara sukarela (kos ditanggung oleh kerajaan dan juga syarikat bei buruk yg dilantik oleh kerajaan). Manakala yg nak trade-in kepada kereta baru, tambahan insentif RM3k lagi akan diberikan (insentif mandotary dari penjual kereta). Tambahan insentif mandotary sebyki RM2k lagi akan diberikan oleh pengeluar kereta nasional kepada yg memilih kereta nasional.
eehhhh...seronoknya jadi menteri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku la...kereta yg ada sejarah eksiden sepatutnya periksa kat Puspakom.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tanye skit...motosikal camne ekk?? Ade limit cam keta ke?
Kalau moto pong kne g puspakom gak, penat wooo... |
|
|
|
|
|
|
|
tu lah.. kalo motor kena pegi puspakom.. sbk aku pun dah umo 11thn.. karang lagi 2 3 tahun nak kena masuk puspakom pulak.. adeh duit lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu teman yg jadi menteri, teman ingat nak buat macam ni aje
1. Kenderaan yg berusia 15 tahun kena buat inspection setiap tiga tahun. Inspection hanya akan tertumpu kepada aspek2 keselamatan kereta aje spt brake, tayar, etc
2. Kenderaan berusia lebih daripada 15 tahun tidak dibenarkan menggunakan lebuhraya ~bunyi macam kejam dan tak adil kan. Tapi kita sedia maklum rata2 yg pakai kenderaan lama ni berada diluar bandar. Dengan itu, potongan khas cukai jalan akan diberikan kepada kenderaan2 lama ni.
3. Memberi insentif RM5k kepada mana2 kenderaan yg berusia lebih 15 tahun yg ingin dilupuskan secara sukarela (kos ditanggung oleh kerajaan dan juga syarikat bei buruk yg dilantik oleh kerajaan). Manakala yg nak trade-in kepada kereta baru, tambahan insentif RM3k lagi akan diberikan (insentif mandotary dari penjual kereta). Tambahan insentif mandotary sebyki RM2k lagi akan diberikan oleh pengeluar kereta nasional kepada yg memilih kereta nasional.
eehhhh...seronoknya jadi menteri
zzcbr Post at 5-11-2009 10:51
.
.
.
4. org yg ada sejarah kemalangan maut dan melibatkan fatal injury type4 system pointing JPJ ver8.63, perlu ke sekolah  memandu setiap tahun dan ambik test dan ceramah  memandu.. then, accident rate will reduce approx = 23.531% |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak beli keta baru loan tak lepas padahal aku takde masalah pun nak buat loan.mcm tu nak suruh rakyat malaysia pakai keta baru mcmana? |
|
|
|
|
|
|
|
.
.
.
4. org yg ada sejarah kemalangan maut dan melibatkan fatal injury type4 system pointing JPJ ver8.63, perlu ke sekolah memandu setiap tahun dan ambik test dan ceramah memandu.. t ...
takumi86 Post at 5-11-2009 14:19
5. dan mereka yg kantoi speeding, kena check kete, supaya brake top class.. (alamak, haku salah surang, miahahha), bukan aper, ramai yg speeding bagai nak rak, enjin upgrade tahap dewa, tapi brake level cap ayam... |
|
|
|
|
|
|
|
saper yg suke speeding ni, install speed cut at 110km/h
kalau ada demand, aku akan buat R&D jap lagi |
|
|
|
|
|
|
|
polisi dh kuar..baru nk semak blk pandangan org ramai...kononnn....
sebelom diorg nk kuar kan polisi baru...pala hotak pk apa? |
|
|
|
|
|
|
|
bukannya apa dealova...kunun2nya lah...depa dah jangka mende ni akan berlaku....so bila disemak balik...dan kemungkinan akan ditarik balik mende ni....rakyat akan pikio yg gomen ni prihatin terhadap rakyat...itu jeeeeeeee..... |
|
|
|
|
|
|
|
dasar jangka hayat kenderaan dibatalkan.....yahoo! |
|
|
|
|
|
|
|
Nov 6, 09 6:57pm
Kerajaan menarik balik cadangan mewajibkan kereta yang berusia 15 tahun ke atas, melalui pemeriksaan mandatori tahunan untuk memperbaharui cukai jalan.
Keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira pandangan rakyat dan selaras dengan konsep rakyat didahulukan.
Demikian menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini.
Menurutnya, kerajaan telah menerima banyak aduan sejak cadangan tersebut diumumkan.
"Kerajaan telah menerima banyak aduan dari orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan langkah pemeriksaan mandatori tahunan ini," kata kenyataan itu.
Pada 28 Oktober lalu, MITI mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk dasar tempoh jangka hayat Kenderaan. - Bernama
***geng evo jadian bersorak gembira....hehehe (hidup geng modified) |
|
|
|
|
|
|
| |
|