CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

LARA DI HATI KITA 2.

 Close [Copy link]
Post time 23-10-2009 05:24 PM | Show all posts
sambung lg....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2009 10:30 PM | Show all posts
salam fizzy..

nk lagi....tak cukup la...
sampai ati aril nak lupakan alis..
carol yg buat onar, orang len yg kena
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 10:53 AM | Show all posts
bila la aril nk tau perbuatan jahat carol tu?
aril n alis, 2-2 merana....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 11:07 AM | Show all posts
bila la aril nk tau perbuatan jahat carol tu?
aril n alis, 2-2 merana....
fieza1510 Post at 25-10-2009 10:53


betul..betul... x sabar nk tunggu tang nih.

fizzi,
cepatnyer taruk n3 banyak2 ye...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 08:51 AM | Show all posts
salam fizi......

juliet jenguk ni nk n3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2009 08:52 AM | Show all posts
okehhh..
n3 is coming!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-10-2009 08:56 AM | Show all posts
Mastura sudah meninggalkan Alisya hampir 2 minggu. Satu berita tidak diterima dari Mastura. Alisya gelisah. Sedangkan dahulu, Mastura berjanji akan pulang secepat mungkin untuk menyelesaikan urusan ‘penjualan palsu’ dahulu. Unit Kutipan sudah 2 kali bertanya kepadanya perihal itu. Alisya sudah tidak tahu hendak memberi jawapan apa lagi.

        Alisya menyedut minuman yang diberikan Anaz tadi. Alisya merenung kolam renang yang terletak tidak jauh dari café itu. Sepeninggalan Mastura, Anazlah penemannya. Anazlah kawannya. Kemana saja dia pergi, Anaz akan ikut. Bangun tidur, setelah selesai menyeleggara semua kerja2nya, dia akan berada di café itu sehingga malam. Anaz sahajalah teman berbualnya.

        Kadang2, terasa kekok bila melihat Anaz yang seperti sukakannya. Kadang2, dia dapat merasakan, layanan Anaz padanya sedikit berbeza berbanding orang lain. Cara Anaz memandangnya…Ah! Dia adik aku…bukan ada apa2 pun…sangkal hati Alisya.

        “Kak..ada orang nak jumpa..” Anaz tiba2 menepuk bahunya dari belakang. Pantas Alisya berpaling. 2 orang perempuan menghampirinya. Suhana!!!Alisya senyum gembira. Suhana, rakan sepejabatnya!

        “Hai…kau ada kat sini??Surprisenya!!” Alisya dan Suhana saling berpelukan. Suhana tersenyum girang.

        “Ya lah…lama tak jumpa kau..” kata Suhana. Di sebelahnya, seorang wanita berusia 30-an yang sarat mengandung tersenyum memandangnya. Suhana yang menyedari situasi itu cepat2 memperkenalkan perempuan itu kepada Alisya.

        “Lupa pulak aku. Ini Puan Fauziah. Isteri Encik Habib, deputy CEO kita…”kata Suhana sambil senyum kelat. Alisya dan Puan Fauziah bersalaman. Bagai dapat mengagak, darah Alisya berderau. Kenapa isteri Encik Habib datang begitu jauh ke Johor ini?

        “Marilah kita duduk kat sana,” pelawa Alisya sambil menunjukkan ke satu sudut yang agak tertutup. Suhana akur, lalu membawa Puan Fauziah duduk di tempat yang dicadangkan.

        “Anaz…buat minuman sejuk untuk guest akak ye..” laung Alisya sambil disambut senyuman manis dari Anaz. Alisya duduk, memandang kedua-duanya.

        “Langkawi macam mana?” soal Alisya sebaik duduk. Suhana merupakan ketua projek chalet di Langkawi. Suhana senyum pahit.

        “Okay saja. Tapi, masih banyak yang perlu dibuat…” kata Suhana. Alisya angguk. Suhana dan Puan Fauziah saling berpandangan. Alisya yang ragu2 dengan kedatangan Puan Fauziah merenung kedua2nya.

        “Alis…aku dan Puan Fauziah datang ni…sebenarnya ada sebab. Hal ni, berkaitan dengan Kak Mastura..” kata Suhana memulakan perbualan.

        “Kenapa?” soal Alisya. Hatinya berdebar2.

        “Mastura dan Encik Habib sekarang ada skandal. Diorang dah terlalu jauh…” kata Suhana .

        Alisya merenung Suhana silih berganti dengan Puan Fauziah.

        “Suami akak, dah lama tak balik rumah. Dulu, tiap2 malam, dia selalu ada dengan kami sekeluarga. Tapi, sekarang, dia dah tak balik. Akak cuba siasat…akak dapati, dia dan Mastura ada hubungan sulit. Diorang berdua tiap2 malam berjumpa. Alasannya, berbincang hal kerja. Pada akak, Encik Habib tu adalah seorang suami yang baik. Dia tak pernah buat hal selama kami kahwin.Bila akak selidik2, sebenarnya, Mastura tu dah bomohkan suami akak. Sebab tu, suami akak asyik nak jumpa dia siang dan malam. Akak dah berusaha, cuba pulihkan dia, tapi, masih tak berhasil. Lagi akak cuba pulihkan dia, lagi kuat ilmu yang dikenakan oleh Mastura padanya.Akak dah tak terdaya lagi dik..” Puan Fauziah tiba2 tersedu2 menahan tangis.

        Alisya ternganga. Pilu hatinya melihat Puan Fauziah menangis di depannya. Suhana dipandang.

        “Kalau kau nak tahu, perkara ni terjadi disebabkan kepercayaan yang diberikan oleh Encik Habib pada Mastura. Sejak korang dapat jual 5 membership club dalam masa 1 hari bulan lepas, terus nama Mastura meletup kat department.Jadi, Encik Habib terlalu percayakannya. Bila dapat menghampiri Encik Habib, perlahan2, Mastura kenakan ilmu sihir pada Encik Habib. Sekarang, kat department kita, Mastura saja yang dipandang oleh Encik Habib. Orang lain dia dah tak nampak. Aku tak tahu nak buat macammana lagi, tapi, aku rasa inilah cara yang aku nampak boleh tolong Puan Fauziah dapatkan balik Encik Habib. Alis…tolonglah Puan Fauziah Alis..”bagai merayu, Suhana merenung Alisya.

        Alisya ternganga. Dia rasa macam langit hendak runtuh. Dia seorang yang realistic. Hal2 seperti bomoh2 ni, dia kurang mengerti.

        “Aku…” Alisya bungkam. Serba salah dibuatnya dia saat itu.

        “Aku tahu, kau kawan baik Kak Mastura. Harapan aku datang kesini, agar kau boleh nasihatkan Mastura tu, supaya lupakan Encik Habib. Buang semua ilmu2 sihir yang dia dah kenakan Encik Habib. Ada banyak lagi lelaki lain yang boleh dia kahwini. Kenapa dalam ramai2 staff di syarikat tu, Encik Habib yang jadi mangsa?” soal Suhana lagi.

        Puan Fauziah hanya diam. Sesekali dia mengesat airmatanya. Alisya terdiam. Lidahnya kelu untuk berkata2. Suhana pula rancak bercerita perihal Encik Habib dan Mastura yang sudah seperti belangkas. Habis saja waktu pejabat, masing2 menonong keluar dari syarikat berdua. Tak cukup dengan itu, mereka khabarnya pernah bercuti ke Singapura berdua-duaan!

        Alisya tongkat dagunya. Payah dia hendak menerima berita itu. Tugasnya benar2 berat kini!!Satu, menolong Puan Fauziah untuk mendapatkan semula Encik Habib. Kedua, kali ini dia terpaksa mengkhianati Mastura dengan menceritakan hal sebenar tentang penjualan palsu itu. Dia tidak ada pilihan lain!

        Tapi, sebelum dia berbuat demikian, dia tahu, dia perlu berbincang dengan Mastura terlebih dulu. Jika Mastura sudi melepaskan Encik Habib, maka kisah itu tamat di situ saja.

        Alisya merenung Suhana yang masih bercerita keburukan Mastura padanya. Dia sudah tidak dapat mendengar. Yang dia tahu, dia harus berbuat sesuatu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2009 08:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 26-10-2009 09:00

Perbincangan dari restoran, kini disambung dirumah Aril pula. Lama mereka berbual, dari hal zaman sekolah hinggalah zaman mereka bekerja.

        “Apa step2 yang kau cakap tadi?” soal Aril. Dia masih menunggu jawapan Fendy.

        “Ooo…kau betul2 nak lupakan budak tu ya?” soal Fendy sekali lagi. Aril sudah naik marah.

        “Betul2lah!!!Kalau tak, tak payahlah aku susah2 menunggu depan kau ni..” marah Aril lagi. Fendy senyum.Kemudian serius.

        “Step pertama…sibukkan diri kau dengan kerja. Dengan buat kerja banyak2…lama2 kau takkan ada masa untuk berfikir tentang hal lain terutama hal budak tu. So…lama2, kau lupa lah…” kata Fendy ringkas.

        “Boleh ke?” Aril ragu2 sambil merenung Fendy.

        “Step  lain?” soal Aril lagi.

        “Step 1 pun belum cuba…dah tanya step lain. Kau buat step tu dulu..” kata Fendy. Aril mengurut2 dagunya yang licin. Dia terdiam berfikir.

        “Kau fikir apa?” soal Fendy.

        “Fikir macammana nak sibukkan dirilah…” balas Aril sambil menyambung termenungnya. Fendy sengih, kemudian meneguk minuman yang terhidang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2009 09:03 AM | Show all posts
Carol  mengetuk pintu bilik pejabat yang terdapat di restoran Aril. Sekali ketuk sahaja, dia terus menolak daun pintu yang tidak berkunci dari dalam.

        Aril yang sedang menyusun2 kotak2 yang mengandungi dokumen2 sejarah syarikat terkejut.

        “Oi..main terjah aje?”marah Aril sambil menyambung kerjanya. Carol terus duduk di kerusi yang terdapat di bilik itu.

        “You buat apa ni Aril?” soalnya hairan. Bilik itu dahulunya kemas, tiba2 hari ini berselerak dengan semua fail2 yang diteraburkan dilantai.

        “Ooo…ini. I tengah nak kemas semula ofis ni…” kata Aril.

        “Kemas semula?” Carol menyoal sinis.

        “You’ve lost your mind! Baru semalam I tengok ofis ni kemas…then hari ni you ‘re making mess with it!” sambung Carol.

        “Whatever…tapi, sekarang I tengah busy…sorry, kalau you nak pergi makan…you pergilah sorang ye,” kata Aril sambil menyeka peluh di dahinya. Carol ternganga.

        “You nak I tolong?” soal Carol.

        “Eh…tak payah…tak payah…I boleh buat semua ni. You jangan kacau I aje..Ok?” kata Aril lagi. Fail2 tadi disusunnya semula. Carol terdiam. Wah! Ini lagi teruk!Carol mendengus, dia bangun, mundar mandir di sekeliling bilik itu. Pintu bilik pejabat itu dihampiri.

        Carol merenung Aril yang sedang sibuk dengan kerjanya. Nafas ditarik dalam2. Tiada riak langsung di wajah Aril. Fine…dia banyak kerja…

        “I’m going..” kata Carol sambil memegang tombol pintu.

        “Okay…” pendek saja jawapan Aril membuatkan Carol kecewa. Carol terus keluar. Pintu ditutup rapat2. Hatinya bagai tersiat2.Aril…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2009 09:04 AM | Show all posts
“Isteri Encik Habib datang jumpa saya kak…dia dah menangis tersedu2 depan saya…Kesian dia kak. Akak tak payahlah jumpa Encik Habib tu selalu sangat..” pujuk Alisya. Mastura dari hujung talian telefon mengeluh.

        “Alis…akak tak buat apa2 pun. Encik Habib yang nak jumpa akak. Lagipun, kami jumpa sebab nak berbincang pasal projek chalet yang akan dibuka lagi 7 cawangan nanti. Kau akan jadi regional Manager nanti. Akak dah proposed nama kau pada Encik Habib..” kata Mastura.

        “Kak…saya nak quit. Saya nak balik semula ke department saya. Lagipun, hujung tahun dah dekat. Saya masuk bahagian ni sebab saya nak try something new saja. Nak lari dari style kerja yang bosan, asyik duduk berteleku depan computer 24 jam…saya tak berminat pada sebarang kenaikan pangkat kak buat masa ni. Lagipun, saya call akak ni, nak bincang pasal hubungan akak dengan Encik Habib,” tegas Alisya.

        “Alis…diorang semua tu sebenarnya dengkikan akak. Diorang jelous sebab akak naik. Diorang Cuma nak tengok akak jatuh. Itu saja. Lagipun, Encik Habib memang betul2 sukakan akak. Akak tak salah..” kata Mastura pula.

        Hati Alisya menjerit. Kenapalah perempuan ni degil sangat!!!

        “Tak salah ??? Akak…tak elok kalau kita bina kebahagiaan sendiri atas kesengsaraan orang lain…Akak tolonglah saya kak..Ramai lagi lelaki lain..” kata Alisya merayu.

        “Akak takkan berpatah balik Alis. Lagipun, tak ada siapa boleh jatuhkan akak sekarang. Diorang semua tu jelous. Kau duduk baik2 sajalah kat Johor tu, lagi sebulan, kau balik sini…kita usahakan sama2 projek ni…okay?” kata Mastura lagi.

        “Tapi kak…saya tak berminat…”talian tiba2 diputuskan. Belum sempatpun ayatnya dihabiskan. Alisya mula naik angin. Telefon direnungnya geram. Kak Mas!!!!Alisya membenamkan mukanya ke bantal. Satu jeritan kuat dilepaskan. Dia benar2 geram malam itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2009 09:06 AM | Show all posts
Anaz datang menghulurkan minuman. Dengan rakus, Alisya meneguk minuman yang terbentang di depannya. Eh..sedap pulak! Air berwarna oren direnung berkali2.

        “Air apa ni?” soal Alisya. Anaz direnung.

        “Air longkang!” sahut Anaz di sebelahnya. Wajah Alisya terus merona pucat. Wajah Aril segera muncul diingatan. Ayat itu pernah dituturkan oleh Aril semasa Aril menghulurkan sebotol air mineral kepadanya. Melihat Alisya yang terdiam, Anaz tidak sedap hati.

        “Anaz tipulah kak…Itu jus oren campur mangga campur nenas campur madu…” kata Anaz kembali. Alisya segera tersedar.

        “O..okay..” jus buah itu disedut kembali. Matanya merenung ke depan.

        “Akak dah bincang dengan Kak Mastura?” soal Anaz yang mengetahui selok belok cerita itu. Alisya terdiam sejenak. Kemudian memandang Anaz. Hai la Anaz…kalau takde kau kat sini…aku tak tahu dengan siapa aku nak bersembang…

        “Dah..tapi, kak Mas cakap dia takkan berpatah balik dari apa yang dia dah buat. Dia cakap, dia dan Encik Habib tu dah sama2 jatuh cinta..” kata Alisya lemah.

        “Akak percaya ke yang Encik Habib tu jatuh cinta dengan Kak Mastura?” soal Anaz kembali. Alisya terdiam lagi, berfikir.

        “Tak…Encik Habib bukan orang yang senang2 boleh rapat dengan staff2 dia…” kata Alisya.

        “Akak percaya kak Mas dah bomohkan Encik Habib?” soal Anaz lagi. Alisya renung wajah Anaz.

        “Entahlah…aku tak tahulah..” balasnya ragu2. Anaz tongkat kepalanya sambil merenung Alisya.

        “Kalau akak nak…Anaz boleh tolong akak. Kat kampung ni, kawan ayah Anaz, dia bomoh. Dia boleh tengok samada orang tu kena sihir atau tak. Dia juga boleh ubatkan orang yang kena sihir. Tapi akak jangan bimbangla…Kawan ayah Anaz tu, tak pakai ilmu hitam. Dia takde simpan kepala2 orang ke penyapu ke apa ke…dia Cuma guna ayat Qur’an aje..Kalau akak nak, kita boleh try..” kata Anaz.

        Alisya terpana dengan cadangan Anaz. Terdiam dia sekejap, memikirkan tindakan yang harus dia ambil.

        “Isy…sebetul2nya Anaz…akak tak pernah terlibat dalam hal2 bomoh2 macam ni. Akak tak pandaila..” kata Alisya. Anaz senyum manis.

        “Saya tahulah akak ni orang cerdik. Orang terpelajar. Tapi, kita sebagai manusia tak boleh nak nafikan kewujudan benda2 macam ni kak. Ni sebenarnya sebahagian dari hidup jugak..” kata Anaz.

        Alisya terdiam. Wajah Anaz direnung lagi. Isy…kenapa budak ni asyik tersenyum meleret renung muka aku. Cepat2 Alisya mengalihkan pandangan.

        “Emm…boleh jugak. Kita cuba dululah. Bila nak pergi?” soal Alisya.

        “Petang ni..lepas Asar,” kata Anaz. Alisya angguk.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 09:29 AM | Show all posts
makin best ni...
xsabar nk tgu n3 seterusnya...
rasa cam ketagih nk baca n3 br...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 09:49 AM | Show all posts
makin manarikk...lagi satu ..hahaha pdam muka carol!
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 09:51 AM | Show all posts
:pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 10:53 AM | Show all posts
hoorayyy..hooray...:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 12:06 PM | Show all posts
Adui ya... makin suspen ni....dah berdebar kak mastura ..kut ia pun terdesak jgnlah sampai menjatuhkan maruah org pompuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2009 02:56 PM | Show all posts
saspen, saspen, cepat2la update, x sabo nak tau jln cite
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 04:04 PM | Show all posts
makin best ni...
xsabar nk tgu n3 seterusnya...
rasa cam ketagih nk baca n3 br...
fieza1510 Post at 26-10-2009 09:29


ketagih betul dbuatnye kann
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 10:05 PM | Show all posts
nak lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 10:18 PM | Show all posts
makin seronok dah nnni.. tp memang tak sabar nak aril tau perbuatan jahat carol tu..
benci dia..benci sgt2....cepat2 la carol tu angkat kaki..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.058966 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list