CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bintang

Cinta Itu Membunuhnya.

[Copy link]
Post time 30-7-2009 10:10 AM | Show all posts
tu laa..geram btul dengan zikri nie...sambung lg yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2009 10:32 AM | Show all posts
Pulang dari klinik pemeriksaan ibu-ibu mengandung, Ija singgah di mall membeli sedikit keperluan bayi. Tak banyak yang dibelinya kerana wang sakunya tidaklah banyak sangat. Namun dia berlegar-legar lama di situ, seronok dapat melihat dan menyentuh keperluan bayi meski dia tak mampu membeli kesemua yang diinginkan. Setiap kali Zikri pulang dan menghulurkan sedikit wang perbelanjaan sakunya, dia menyimpan dan duit itu digunakan membeli keperluan bayinya. Dia seronok dapat berbelanja untuk anak yang bakal dilahirkan nanti biar pun tidak mewah, sekadar ada pun sudah memadai. Dia tau, dia harus berjimat cermat. Dia pun tidaklah meminta-minta dengan Zikri. Berapa ringgit yang Zikri bagi, itulah yang diambilnya.


Dia sudah pun membeli sebiji bakul empat segi di pasar malam yang berdekatan dan dijahitnya sarung yang cantik berwarna merah, di sekeliling bakul itu dijahitnya renda putih yang di atasnya ditekatkan pula kuntuman bunga rose sulaman tangan gabungan dari benang putih dan merah. Dengan senyum yang manis, perasaan yang girang dia mengatur pakaian bayi ke dalam bakul rotan yang sudah tidak kelihatan lagi itu dek disorok oleh sarung merah yang cantik berlatarkan dua ekor anak beruang sedang menyusun bunga ke dalam bakul bertompok-tompok menghiasi kain cotton merah itu.


Kedengaran salam dan ketukan pintu. Zikri sudah pulang. Ija maklumkan kepada dirinya sendiri, Zikri balik untuk tidur dengan aman dan nyenyak, kerana dia letih. Itulah yang sering dibilang Zikri. Ija akur. Balik atau tidak Zikri ke rumahnya Ija sudah tidak kisah lagi. Zikri tidak ingin bergaduh dengannya, jadi untuk mengelakkan pergaduhan dia tidak bersuara apa-apa kini kecuali yang penting sahaja.
Ija meletak bakul bayi itu di atas kabinet berdekatan dengan tv. Ditutupnya bakul itu dengan kain, dia tidak ingin habuk-habuk masuk ke situ.


’’Bakul apa yang cantik sangat tu?’’ tegur Zikri kehairanan, merebahkan pinggulnya ke sofa menukar cannel tv yang dari tadi menyiarkan iklan berjela-jela yang membuatkan dirinya menyampah.

’’Bakul baby,’’ jawab Ija bersahaja. Dia membetulkan bajunya yang sedikit merenyut. Masuk enam bulan usia kandungannya, namun perutnya itu tidaklah membesar sangat. Baju mengandung yang dipakainya lebih membuat dia kelihatan agak tembam saja.

’’Siapa punya?’’

’’Ija punya.’’

’’Hahahahaa....’’

Ija tidak rasa jawapannya itu satu jenaka. Apa lagi untuk ketawa. Kalaulah lelaki di depannya ini bukan suaminya, mau saja dia menempelak zikri. Mau saja dia menumbuk sehingga lebam muka lelaki itu kemudian dipijak-pijak biar dia meraung kesakitan, rasakan! Oh... dia tersedar, pelik sungguh igauannya!


Seperti selalu Zikri lena di sofa tanpa dapat merasakan isi hati isterinya itu. Hati Ija bengkak, namun dia beristighfar panjang mengelus perutnya sambil memujuk diri sendiri; sabarlah, demi anak ini!
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 10:35 AM | Show all posts
mmg patut mati eksiden
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 11:02 AM | Show all posts
la bleh gelak bila bini dia ckp mcm tu...
x guna betul laki macam tu :@
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 12:05 PM | Show all posts
sambung lagi
best citer psl alam rumahtangga ni

apahal lah zikri tu bangang sgt sampai bini peknen 6 bulan pun tak prasan
pandai kahwin dua, nak jaga tak reti
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 01:36 PM | Show all posts
sambung lagi
best citer psl alam rumahtangga ni

apahal lah zikri tu bangang sgt sampai bini peknen 6 bulan pun tak prasan
pandai kahwin dua, nak jaga tak reti
sang_arjuna Post at 30-7-2009 12:05



betul tu...bangang tahap gaban...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2009 05:01 PM | Show all posts
bengong betullah si zikri tue...kalu kita dah kena basuh dgn perkataan yang sopan...
tgh best citer nie...x sabo nak tunggu...
pape pun kalu free letak n3 cecepat tau...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 10:33 PM | Show all posts
jahat la laki dia tu....mencik taw..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2009 08:25 AM | Show all posts
sambunggg...smpai bila la cik bintang nk bgtau kt mamat tu yg wife dia pregnant ni weiii...
suspen...suspen...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 08:30 AM | Show all posts
mrning nak lagi boleh ke hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2009 03:32 PM | Show all posts
Zikri masih ingin tergelak bila terjaga dari tidur kerana dia merasakan Ija berhalusinasi kerana terlalu inginkan anak. Dengan memakai baju mengandung Ija kelihatan buruk di matanya malah sangat melucukan. Barangkali kerana sering bersendirian Ija mudah berangan-angan. Fikir Zikri elok juga Ija bercuti di kampung, sehingga Mila bersalin.


’’Ija, abang ada sesuatu nak cakap,’’ Zikri memanggil lembut, sambil bangun mengilas sarung yang hampir terlondeh.


Ija menjenguk dari arah dapur. Tak berani dia menghampiri Zikri kerana donat di dalam kuali sudah mula kelihatan perang, nanti hangus pula. Sambil membalik-balik donat dia kuatkan sedikit suaranya bertanya kepada Zikri apa yang nak dicakapkannya itu.


”Wanginya bau donnat. Terus perut abang berkeroncong. Lama tak makan donat Ija,’’ Zikri berada di belakang Ija menjenguk sedikit kepalanya ke dalam kuali berisi donnat itu. Dadanya sedikit bersentuh dengan bahu Ija.


Ija berharap Zikri memeluknya seperti yang sering Zikri dilakukan dulu bila dia sedang memasak. Dia ingin Zikri merasa perutnya yang kian membesar itu. Kalau dulu Zikri tak akan membiarkan dirinya sendirian di dapur. Suaminya itu akan bersikap nakal mengusik sambil pinggangnya dipeluk kemas. Lehernya dicium bertalu-talu sambil menggigitnya perlahan sehingga membuatkan dia menggeliat kegelian. Ketika itu cinta sering mekar dan berbunga.


Peluklah, usaplah perut ini. Kita rasakan kebahagiannya bersama. Ija memohon di dalam hati, berharap Zikri mendengar dan mengerti keinginan yang telah lama dipohon dalam benaknya sendiri. Kenapa Tuhan tidak membenarkan manusia merasai hati orang lain? Jiwa tidak memahami jiwa? Ada perkara yang tidak terluah, maka bacalah hati ini dan mengertilah.


Semua itu adalah dendangan suara di hatinya sendiri.

“Siap nanti hidangkan terus pada abang ya, abang nak makan panas-panas,’’ Zikri melangkah untuk keluar dari ruang memasak Ija.  Ija ingin menahan, tapi ungkapan apa yang ingin dikatakan? Dia kini sudah hilang kemanjaan.

’’Abang nak kata apa tadi?’’ Dia berharap Zikri melangkah kembali kepadanya berada dekat-sedekatnya. Namun Zikri sudah berada di sofa tempat dia bentangkan badannya hingga lena tadi.

’’Ija nak tinggal kat kampung tak?’’ Zikri bersuara kuat sambil kembali merebahkan diri di sofa panjang itu.

Dari arah dapur suara Ija sedikit memekik, ’’Kenapa? Abang nak kerja di kampung pula?’’

’’Isk, ada pulak. Abang nak kerja apa kat kampung.’’

’’Habis tu kenapa tanya Ija nak tinggal kat kampung ke tak?’’

’’Abang cuma kesiankan Ija, sendirian di sini. Kalau di kampung banyak aktiviti yang Ija boleh buat. Selain mengajar budak-budak mengaji dan kelas fardhu’ain, ada Uteh Som yang boleh jaga Ija.’’

’’Abang sudah tak boleh menjaga Ija lagi ke?’’

”Sementara menunggu Mila bersalin Ija.’’


Ija diam bila nama Mila disebut. Donat sudah pun berada di meja depan Zikri. Dua mug air tea-o panas juga terhidang.


‘’Lagi satu abang tak nak Ija seperti ini,’’ Zikri mengendurkan suaranya bila dia sedar Ija tidak senang bila nama Mila disebut.

‘’Seperti apa?’’ Dia duduk di atas lantai beralaskan karpet berdekatan dengan kaki Zikri yang masih berlunjur di sofa itu.

‘’Seperti sekarang,’’ Zikri mula ketawa perlahan memadang Ija seperti seorang badut beraksi lucu.

‘’Kenapa dengan Ija sekarang?’’ Ija kehairanan memandang tepat ke wajah Zikri. Apa yang Zikri pandang kepadanya? Adakah dia ini lucu kerana mengandung?

‘’Tengok bakul cantik yang Ija buat tu,’’ Zikri memuncungkan mulutnya ke arah bakul baby yang duduk bersebelahan dengan tv itu.

‘’Kenapa dengan bakul baby itu?’’ Ija semakin kehairanan.

”Ija, sudahlah berhalusinasi...........”

”Siapa yang berhalusinasi?” Ija memotong cakap Zikri, kali ini agak keras.

’’Ijalah..’’

”Kenapa abg tuduh Ija macam tu?’’

’’Habis tu bakul baby tu untuk siapa?’’ Zikri masih belum berhenti ketawa sedang Ija mula kepanasan.

‘’ Untuk anak kita !’’

’’Anak kita? Maksud Ija, anak abang... anak Mila... anak kita ek...’’ Zikri berwajah girang, dia menyangka Ija sudah dapat menerima Mila sebagai madunya. Dan pakaian bayi itu adalah untuk anak yang bakal dilahirkan Mila nanti!


Ija memandang Zikri dengan wajah berona merah dan terasa aliran darahnya mula menyirap ke segenap saraf. Kenapa Zikri sukar untuk faham? Kenapa Zikri tidak peka kepada perubahan dirinya? Adakah Zikri di sini tapi hatinya bersama Mila? Apakah Zikri tidak pernah memikirkankan dia akan boleh mengandung malah sudah pun mengandung! Kenapa Zikri hanya memikirkan Mila?


Dia menarik nafas, menahan airmata meski hatinya sudah pun menangis. Dia memohon; Tuhan, berilah kekuatan kepadanya.


’’Anak Ija. Ija mengandung.’’

”Hah! Apaa?” Zikri bingkas bangkit dari sofa dan duduk memandang Ija seperti tidak percaya apa yang Ija ungkapkan sebentar tadi. Dia ingin mendengarnya sekali lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 03:53 PM | Show all posts
sambung lah lagik..nak tahu kisah selanjut nya....jgn buat zikri tuduh ija bukan2 tau...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 10:48 PM | Show all posts
Bintang...sambung lagi yer...makin menarik ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 07:28 AM | Show all posts
wah..bes pla citer ni...
sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 09:35 AM | Show all posts
padan muka Zikri...terperanjat...
mesti ija seronot dah luahkan perasaan yang lama terbuku...
x sabo nak tunggu n3 citer nie...
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 11:34 AM | Show all posts
alaaa...ni mesti mamat tu fikir ija buat ngan jantan lain plak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2009 06:54 PM | Show all posts
tekejut beruk kawan..hah padan muka..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 10:40 PM | Show all posts
tak peka sungoh laki dia ek...bini muda jaat, so selfish!
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 11:06 AM | Show all posts
mana ni...sambung...sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 12:00 PM | Show all posts
lagi2..x sabaq menunggu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.068135 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list