CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Dugong dugon @ Sirenia

[Copy link]
 Author| Post time 20-4-2009 07:37 AM | Show all posts
Operasi besar-besaran selamatkan lembu

BEBERAPA anggota menyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan tujuh ekor lembu di Somerset, Britain.


SOMERSET - Sekawan lembu yang terperangkap di sebuah kawasan berlumpur di sini menyebabkan satu pasukan penyelamat yang pada kebiasaannya mengendalikan kes kemalangan besar dikerah ke tempat kejadian, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebanyak lima bahagian jabatan bomba yang mengandungi 25 anggota dan dua hovercraft bergegas ke tempat kejadian bagi menyelamatkan tujuh ekor lembu di muara Sungai Parrett, Britain pada Jumaat lalu.

Tali dan traktor turut digunakan selama beberapa jam untuk menarik keluar haiwan itu yang terperangkap dalam lumpur selepas air sungai surut.

Pengarah Operasi Penyelamat Menggunakan Bot (BARB), Steve Perks berkata: "Anggota-anggota bomba dan pasukan sukarelawan kami bekerjasama rapat pada waktu tengah hari untuk menyelamatkan lembu yang terperangkap."

Haiwan itu dipercayai memasuki sungai itu dari kawasan berhampiran, katanya.

Dia menyatakan pasukan penyelamat berasa gembira kerana berjaya membantu menyelamatkan haiwan itu.

- Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2009 04:56 PM | Show all posts
Nasib lembu tu memang baik
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 05:26 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 4-4-2009 18:23
http://tbn2.google.com/images?q=tbn:AU2e6gL2EbGN4M:

sebijik sama



a'ah lah..baru ku perasan...mcm vios..kalo BMW mcm jaws...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2009 10:38 AM | Show all posts
Kucing 'belajar' di perpustakaan


FIDEL gemar mengikut tuannya ke perpustakaan.

FIDEL, kucing hitam berusia lapan tahun, hampir setiap hari sejak dua tahun kebelakangan ini mengunjungi Perpustakaan Daerah Deal yang terletak di Deal, Kent, Britain. Ia mengikuti tuannya yang bekerja di perpustakaan itu.

Fidel akan menghabiskan masa di kerusi biru kegemarannya dan hanya akan meninggalkan perpustakaan apabila tuannya habis bekerja.

Staf perpustakaan itu memberitahu, mereka tidak pernah memberikan sebarang makanan kepada Fidel malah cuba menghalaunya, namun ia kembali semula.

Pengurus perpustakaan, Heater Hilton mengatakan Fidel amat popular di kalangan pengunjung perpustakaan.

"Saya fikir Fidel meminati lukisan kerana sering mengamati lukisan yang tergantung di dinding perpustakaan. Malah Fidel tiba lebih awal daripada pekerja perpustakaan dengan menunggu penuh sabar di pintu utama perpustakaan," ujarnya.

Fidel sebenarnya merupakan kucing terbuang yang diselamatkan tuannya dari sebuah pangsapuri di Deal. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2009 10:27 AM | Show all posts
Ikan sardin berhijrah ke Lautan Hindi


GAMBAR menunjukkan sekumpulan ikan sardin berhijrah dari Port St. John ke Lautan Hindi.


JOHANNESBURG - Gambar sekumpulan ikan sardin berhijrah dari Afrika Selatan ke Lautan Hindi yang lebih panas berjaya dirakamkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Bagaimanapun, penghijrahan ikan itu mengalami banyak cabaran antaranya ancaman daripada ikan jerung dan lumba-lumba.

Sekumpulan ikan sardin itu memulakan perjalanan dari Port St. John, Afrika Selatan ke Lautan Hindi yang merupakan aktiviti tahunan haiwan tersebut.

Ikan-ikan sardin itu berenang bersama-sama dengan membentuk satu kumpulan besar bagi melindungi diri daripada ancaman ikan yang suka memakannya.

Berbilion-bilion ikan sardin itu akan berhijrah dari bulan Mei hingga Julai dan aktiviti tersebut menjadi daya tarikan pelancong asing di Afrika Selatan. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 10:08 PM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 29-7-2008 13:57
http://images.anekafoto.multiply.com/image/1/photos/67/500x500/6/image006.jpg?et=doN6zrEw6kNZ55WqgPZ%2CRg&nmid=92511837

http://images.anekafoto.multiply.com/image/1/photos/67/500x500/7/image00 ...

gambar yang last ni kat sungai mekong..askar amerika yang tangkap..waktu g golden triangle kat thai dulu ada diorg simpan gambar ni kat tepi sungai tuh untk kenangan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-6-2009 10:50 AM | Show all posts
SIAPA JUARA


Para peserta lumba kerbau bersaing untuk memenangi perlumbaan itu semasa pesta yang berlangsung di Padang PBS Batu Danau, Limbang, Sarawak, semalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2009 07:27 AM | Show all posts
Aksi dubuk menerkam flamingo


GAMBAR menunjukkan seekor dubuk membaham burung flamingo di Taman Negara Tasik Naguru, Kenya.


TAMAN NEGARA TASIK NAGURU - Seorang jurugambar Britain, Anup Shah berjaya merakam aksi seekor dubuk menerkam burung flamingo dengan menggunakan kamera, lapor sebuah akhbar semalam.

Kamera tersebut merakam saat-saat dubuk itu menerkam sekumpulan burung flamingo lalu membaham sayap seekor burung berwarna merah jambu itu.

Aksi pemburuan tersebut yang dirakam di Taman Negara Tasik Naguru, Kenya merupakan antara gambar yang dipaparkan dalam buku Great Rift Valley of East Africa.

"Ini adalah kali pertama teknik meletakkan kamera di tengah-tengah kumpulan burung flamingo dilakukan dan ia ternyata berhasil," kata jurugambar itu. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2009 12:55 AM | Show all posts

BEBERAPA ekor singa mendekati sebuah kenderaan di Knowsley Safari Park, Merseyside, England.

ME ...
Syd Post at 9-4-2009 12:16



gile seram nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2009 10:27 AM | Show all posts
Budak 11 tahun tangkap ikan gergasi


JESSICA bergambar bersama ikan air tawar gergasi yang berjaya dipancingnya.

KENT - Seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun, Jessica Wanstall mencipta satu rekod baru apabila dia memancing ikan air tawar gergasi dengan berat lebih 90 kilogram dan panjang hampir 2.8 meter, lapor sebuah akhbar semalam.

Bapanya panik apabila melihat Jessica tiba-tiba diseret ke tebing sungai itu apabila ikan tersebut memakan umpan jorannya tetapi bergegas membantu anaknya.

Pelajar di sebuah sekolah rendah Britain itu berpeluh selama 20 minit sebelum berjaya menaikkan ikan tersebut dengan bantuan bapanya ketika mereka memancing di Sungai Ebro, Sepanyol baru-baru ini.

"Tangan saya kebas ketika cuba menaikkan ikan itu dan tidak pernah berasa amat letih sebelum ini tetapi bapa saya membantu mengangkat ikan itu ke tebing sungai," jelasnya.

Jessica yang memiliki ketinggian 1.4 meter dengan berat 36.1 kilogram kelihatan kerdil berbanding ikan gergasi tersebut.

"Saya hanya menyedari betapa besar ikan tersebut sewaktu melihat gambarnya selepas itu," kata Jessica.

Menurut bapanya yang berusia 49 tahun, pengunjung dan pemancing lain di sungai itu turut terkejut menyaksikan saiz ikan itu apabila ia dinaikkan ke darat.

Jessica kini memegang rekod kanak-kanak yang pernah mendapat ikan air tawar terbesar di Eropah.

- Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2009 01:25 AM | Show all posts
Ikan sardin berhijrah ke Lautan Hindi


GAMBAR menunjukkan sekumpulan ikan sardin berhijrah dari Port St. John ke Lautan Hindi.

...
Syd Post at 26-5-2009 10:27


ikan sardin rebuss..
feveret kucing2 ku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2009 09:49 AM | Show all posts
Biri-biri minta tolong


SEEKOR biri-biri terperangkap di sebuah tebing curam dekat rumah api Hawsker di Whitby, Britain.

WHITBY - Gambar ini menunjukkan seekor biri-biri terperangkap di sebuah tebing curam dekat sebuah rumah api di bandar Whitby, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan itu dipercayai sudah terperangkap selama sebulan tetapi setakat ini masih belum diselamatkan kerana agensi perlindungan haiwan belum mendapat aduan daripada orang ramai.

Seorang wanita, Juanita Degenaar menemui haiwan itu terperangkap ketika dia bekerja di sebuah kapal pelayaran.

Penduduk tempatan menamakan biri-biri itu Aretha Franklin kerana dia mengeluarkan bunyi seolah-olah meminta pertolongan.

Sebuah agensi perlindungan haiwan di Britain meminta orang ramai yang menemui haiwan itu supaya memberikan lokasi sebenar ia terperangkap.

Menurut seorang jurucakapnya, siasatan akan dilakukan jika orang ramai membuat aduan. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2009 07:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by Syd at 30-7-2009 09:29

Ikan lumba-lumba kepung wanita


MOKO melompat ke arah dua perenang wanita di Teluk Waikokopu, New Zealand.

WELLINGTON - Seorang perenang wanita terpaksa diselamatkan dari laut selepas seekor ikan lumba-lumba enggan membenarkannya berenang ke darat.

Wanita berkenaan terpaksa bergantung kepada sebuah pelampung boya di Teluk Waikokopu, Pulau Utara, New Zealand manakala haiwan berkenaan mengelilinginya.

Ikan lumba-lumba yang diberi nama Moko oleh masyarakat tempatan itu tidak cuba untuk mencederakan wanita tersebut.

Moko berada di teluk itu sejak lebih dua tahun lalu dan ia suka mengajak perenang dan penumpang bot bermain dengannya.

Menurut perenang wanita itu, pada mulanya dia tidak bimbang dengan ikan lumba-lumba tersebut.

"Kami bermain bersama-sama tetapi apabila saya mahu berenang ke darat, ia mahu saya terus bermain dengannya. Saya mula berasa panik," katanya.

Wanita itu kemudian menyedari hanya dirinya seorang bersama dengan ikan itu.

Orang ramai yang berada di pantai mendengar jeritannya dan menaiki sebuah bot untuk menyelamatkannya.

"Apabila kami tiba, dia memeluk pelampung boya dan berada dalam kesejukan. Dia berada dalam keadaan kesejukan yang boleh menyebabkannya meninggal dunia," kata seorang pengurus bar.

Moko berenang di sekeliling boya dan melompat ke arahnya jika wanita itu cuba berenang ke darat kelmarin.

Sekumpulan anggota paramedik merawat wanita itu selepas dia dibawa ke darat. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2009 09:28 AM | Show all posts
Ikan paus selamatkan penyelam


IKAN paus Beluga menolak kaki Yun.

HARBIN - Seorang penyelam wanita, Yang Yun diselamatkan oleh seekor ikan paus Beluga di China apabila haiwan itu menolak tubuhnya ke permukaan laut, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketika kejadian kedua-dua kaki Yun kejang kerana kesejukan menyebabkan dia menganggap akan meninggal dunia dalam laut.

Yun merupakan peserta dalam satu pertandingan menyelam yang diadakan di sebuah kolam sedalam 6.09 meter di Taman Tema Polar Land, Harbin yang turut didiami ikan paus Beluga.

"Saya mula berasa untuk lemas dan sudah tiba masanya untuk saya mati. Namun, saya berasa terdapat gerakan yang menolak tubuh saya ke permukaan," kata Yun.

Kejadian tersebut dirakamkan oleh seorang jurugambar yang duduk di bahagian galeri pemandangan kolam itu.

Menurut penganjur, ikan paus Beluga itu yang bernama Mila mengesan masalah yang dihadapi Yun sebelum sempat diketahui oleh pihak penganjuran pertandingan tersebut.

"Kami melihat seorang wanita ditolak ke permukaan dengan kakinya berada dalam mulut Mila," kata seorang pegawai penganjur. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2009 09:33 AM | Show all posts
Update:




Stranded Sheep Shot Dead As Rescue Bid Fails

12:04pm UK, Tuesday July 28, 2009
A sheep stranded on a cliff-face near Whitby has been shot dead after a rescue bid failed.

Sheep, nicknamed Aretha, balances on cliff ledge in North Yorkshire

The ewe attracted the attention of locals near Whitby

The RSPCA feared the animal could bolt and injure those trying to save her.

She had been stuck half way down the 220-foot cliffs between Whitby and Robin Hoods Bay for several weeks.

Locals who gathered to take a look said the sheep seemed happy on the remote ledge and in no hurry to move.

She had earned the nicknames Shaunetta the sheep and Aretha - after the soul classic Rescue Me, which was actually sung by Fontella Bass, rather than Aretha Franklin.

RSPCA inspector Justin Le Masurier said they had been left with no choice to kill her.

Sedating the animal with a tranquiliser dart could have caused her to become disoriented and fall off.

"In the interests of its welfare, attempting a rope rescue on a 200ft cliff face would be too dangerous for the animal and for any rescue personnel," he said.

"She was humanely despatched, arranged by the owner."

He added: "We understand the public's concern for the animal. It is sad sometimes but we took the difficult decision as it was in the interests of the animal."

Onlookers had described the ewe as looking healthy and content.

"She seems to like it there, she's very mobile," on-looker Bryan Clarkson told Sky News on Monday.

"I'm sure she could get up to the top if she wanted to."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2009 10:05 PM | Show all posts
Anak lembu pula berkepala dua


SEEKOR anak lembu berkepala dua di Rivera, Colombia baru-baru ini.

RIVERA - Seekor anak lembu betina di Colombia mencetuskan kegemparan apabila haiwan itu memiliki dua kepala tetapi berkongsi otak, sebuah akhbar semalam.

Anak lembu diberi nama Jenifer itu dilahirkan pada Jumaat lepas di sebuah ladang di sini kira-kira 240 kilometer dari ibu kota negara itu, Bogota.

Pemilik ladang itu, Marino Cabrera berkata, dia tidak pernah melihat keganjilan seperti itu sepanjang 30 tahun menjadi pembiak baka lembu.

"Lembu itu sungguh comel, saya melihatnya sebagai anugerah dari Tuhan," kata isterinya, Rosario Leyva.

Keadaan seperti itu yang dikenali sebagai Polycephaly dalam terma saintifik jarang berlaku tetapi boleh terjadi kepada manusia atau haiwan. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2009 06:41 AM | Show all posts
Ikan kap RM118,294 diracun



TASIK yang menempatkan ikan kap terbesar



SEORANG pemancing memegang bangkai ikap kap yang mati akibat keracunan.

TASIK KINGFISHER - Pemancing-pemancing berkabung berikutan kematian ikap kap terbesar yang terkenal di Britain yang didapati mati diracun di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan kap itu berumur 25 tahun dan diberi nama Benson seberat 29 kilogram dan bernilai £20,000 (RM118,294).

Pada Rabu lalu, ikan itu ditemui terapung di Tasik Kingfisher di kompleks Blueball dekat Tansor di Peterborough.

Pemilik kompleks itu, Tony Bridgefoot berkata, masyarakat pemancing terkejut dengan kematian Benson.

"Ia merupakan kerja pemancing yang tidak bertanggungjawab," katanya.

"Sejumlah besar kekacang ditemui di tepi tebing. Kematiannya disebabkan oleh makanan yang menjejaskan ikan itu," tambahnya. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 06:49 PM | Show all posts
ikan kap 2 mmg mahal ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2009 11:36 AM | Show all posts
Kepala anak kambing mirip manusia


gambar menunjukkan anak kambing yang memiliki kepala seperti manusia di Tanjungpiayu, Batam.


BATAM, Indonesia - Seekor anak kambing menjadi perhatian penduduk di sebuah kampung di sini kerana kepalanya mirip bayi manusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Anak kambing itu ditemui dalam perut ibunya yang sudah disembelih oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Tohari tetapi dia tidak mengetahui haiwan itu bunting.

Semasa disembelih, ibu kambing itu tidak menunjukkan tanda sedang bunting.

"Seumur hidup saya sebagai penyembelih kambing, inilah pertama kali saya melihat wajahnya mirip manusia. Saya melihat mulutnya menjulur keluar dan bibirnya seperti bayi yang baru lahir," kata Tohari.

Selain kepalanya yang belum sempurna, anak kambing itu tidak mempunyai hidung.

Sebelum bangkai anak kambing itu ditanam, Tohari mempamerkan haiwan itu untuk dilihat oleh orang ramai di rumahnya.

Menurutnya, sebelum menyembelih ibu anak kambing itu, dia mendengar haiwan tersebut menjerit seperti suara manusia.

Tohari berkata, dia berasa binggung apabila mendengar suara itu tetapi meneruskan juga tugasnya menyembelih ibu kambing tersebut. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2009 10:19 AM | Show all posts
Tikus sebesar kucing ditemui


JURUGAMBAR Gordon Buchanan melihat seekor tikus sebesar kucing.


GAMBAR menunjukkan seekor kucing dengan tikus yang mempunyai saiz normal.

PORT MORESBY - Sekumpulan ahli biologi dan jurukamera Perbadanan Penyiaran British (BBC) menemui beberapa ekor labah-labah ganjil, seekor tikus bersaiz kucing dan seekor katak bertaring di kawah Gunung Bosavi, Papua New Guinea, lapor sebuah akhbar semalam.

Tikus yang ditemui itu sepanjang 91.44 sentimeter dan seberat 1.49 kilogram dan sayur-sayuran menjadi makanannya.

Penerbit siri Lost Land of the Volcano, Steve Greenwood berkata, mereka menemui haiwan- haiwan berkenaan selepas memanjat puncak gunung berapi setinggi 2,800 meter.

"Penemuan utama kami termasuk sejenis cicak yang boleh menyamar, katak bertaring dan ikan yang kami panggil Henamo Grunter kerana ia mengeluarkan bunyi bising," kata Greenwood.

Menerusi bantuan penunjuk arah tempatan, pasukan itu menghabiskan masa dua minggu membuat dokumentasi haiwan yang ditemui mereka.

Pengembaraan itu dirancang sejak berbulan-bulan lalu kerana kesukaran untuk tiba di kawah gunung tersebut. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.151464 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list