PERTAMA kali mendukung watak utama dalam sebuah filem, tentu sahaja memberikan pengalaman berbeza kepada hero dan heroin filem Budak Kelantan ini.
Kedua-duanya bermula di landasan yang berbeza. Asrul atau nama sebenarnya Mohd. Asrulfaizal Kamaruzaman sebenarnya lebih terjurus di lapangan teater.
Sementara Bienda pula seperti yang umum sedia maklum lebih major terhadap kerjaya nyanyian.
Bezanya, Bienda terlebih dahulu mengutip pengalaman beraksi di hadapan lensa kamera berbanding teman lakonannya itu.
Biarpun tidak punya pengalaman, namun ia bukanlah satu masalah besar buat pelakon teater yang mula mengasah bakatnya sejak tahun 2002 itu.
Malah, melihatkan lakonannya pada sesi pra-tonton filem tersebut di Cineleisure, Damansara baru-baru ini ternyata pemuda ini punya bakat yang tidak boleh hanya di pandang sepi.
Selain menggunakan lebih 80 peratus dialek bahasa yang kebanggaan rakyat negeri Cik siti Wan Kembang itu, air tangan pertama pengarahnya, Wan Azli Wan Jusoh turut memadatkan unsur-unsur keagamaan, nilai persahabatan, salah laku dan kehidupan sosiol serta masalah percintaan yang melingkari hidup sebilangan anak kelahiran Kelantan yang mencari 慿ehidupan
hati berdebar apabila membaca reaksi orang di sekitar hasil kerja sendiri. ini perasaan baru. aneh. sedang aku bukan baru berkarya. sudah tiga teater aku pentaskan. disambut baik juga. tapi tanpa kritikan. dan itu satu kerugian. disambut baik pula telah meyakinkan aku bahawa pilihan untuk jadi karyawan sangat tepat. rasa diterima. tapi kali ini lain. mungkin kerana karya kali ini mediumnya filem.
teater, aku tak pernah rasa akan terpelanting jauh. teater di negara kita ini, eksklusif. untuk yang berjiwa teater saja, yang benar-benar dapat menghayati. bentuk seninya menuntut fikiran bekerja. tapi filem, ia bentuk seni persembahan yang lebih merakyat. aku tak takut dengan khalayak teater sebab aku tahu mereka adalah pemikir. pemikir takkan menerima idea kita, saranan kita bulat-bulat. mereka kritis. mereka analitis.
khalayak filem berbeza. peratusan besar penonton filem kita menonton filem untuk berhibur. sebahagian kecil saja yang menonton filem sebagai khazanah seni. tetapi kesemua mereka tergabung di bawah satu perkara – iaitu filem yang mereka tonton itu. maka kritikan menjadi sangat pelbagai sifatnya. ada yang mahu ia menjadi seperti kuaci, ada yang mahu ia seperti lolipop, ada yang mengharapkan ia adalah double-cheese burger dan ada pula yang menuntut supaya dilebihkan cokelat dan strawberinya. sungguh, aku tak mampu memberi kesemuanya sekali.
maka dalam ketidakkemampuan itu, di dapur, aku membanding resepi. sesudah itu mengumpul bahan dan perencah, dengan kudrat setakat yang mungkin, yang paling jujur mampu aku berikan. cerita adalah hidangan utama. yang seluruhnya dari hati, buakan didihan dari pandangan kolektif yang telah lama diproses oleh suntingan-suntingan semulajadi akibat dari perubahan nilai yang berjalan seiring dengan sedut hembus nafas sehari-hari. tapi kejujuran bisa berubah. kerana skala penilaian kita berubah. semalam dan hari ini berbeza. statik bermakna kita telah mati.
karya-karya aku – fiziknya boleh jadi tidak merelevan. ia dokumentasi semasa ia tercipta. sebagaimana gambar alam yang berubah. tapi rohnya kekal. kerana tuhan nabi adam a.s dan tuhan aku adalah tuhan yang sama.
notakaki: ambil tahu dulu sebelum menilai supaya kita tak tergolong dalam lingkungan bodoh. dan aku seniman – tak tertakluk pada mana-mana parti politik.