CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: laislabonita

Minyak naik, letrik naik, brg naik.. anda?

[Copy link]
Post time 11-6-2008 09:05 AM | Show all posts
NEGARA


Harga telur naik mendadak - Semua gred lebih mahal sehingga 23 peratus

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
dan SAIFUL AFFENDY SAPRAN
[email protected]

TELUR pelbagai gred dengan harga baru di pasar Chow Kit, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Selepas orang ramai dibelenggu dengan kenaikan harga ayam dan daging, kini pengguna semakin terhimpit apabila harga telur ayam pula naik mendadak sehingga mencecah 23 peratus semalam.

Kenaikan itu dikatakan antara yang tertinggi sejak pengumuman kenaikan harga minyak minggu lalu.

Tinjauan Kosmo! sekitar ibu negara semalam mendapati, harga bagi 10 biji telur ayam gred A kini telah mencecah RM3.30 berbanding hanya RM2.70 sebelum ini.

Bagi telur gred B (10 biji) pula, peniaga terpaksa menjual pada harga RM3.10 berbanding RM2.60 sebelum ini dan bagi gred C pula, ia naik 50 sen menjadikan harga bagi 10 biji mencecah RM3.

Seorang peniaga telur di Pasar Chow Kit, Amar Sajali, 18, memberitahu, kenaikan itu berlaku sejak semalam dan lebih memeritkan dakwanya, kenaikan itu amat mendadak.

"Macam biasa, alasan mereka (pemborong) adalah kerana kenaikan kos pengangkutan sebab harga minyak dan diesel dah naik seminggu lalu.

"Kalau tengok sambutan daripada pelanggan memang amat kurang hari ni sampai ada yang mengeluh dan kami pula disalahkan. Jadi macam mana kita nak jual?," katanya dalam keadaan serba salah.

Dakwa Amar lagi, harga telur yang dijual ketika ini hanya memberi keuntungan yang minimum dan tidak mungkin beliau dapat menjual dalam kuantiti yang banyak.

"Tak pastilah jualan untuk hari-hari seterusnya nanti, saya jangkakan ia mungkin lebih teruk," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2008 09:07 AM | Show all posts
apa lagi..
telo ayam kampung mak aku laaa

jadi mangsa besar-besaran
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 09:14 AM | Show all posts

Reply #81 Syd's post

kalau xsilap aku...last aku beli telo sebelum rega minyak naik ...Gred c 1 Papan dalam RM7.59....dah naik sampai RM8.20 ....RM0.60seng tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 09:14 AM | Show all posts
pehni konpem apa2 masakan berasaskan telo....mesti naik rega nya....esp Telur 1/2 masak...:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 09:24 AM | Show all posts
kekekek

agak2 mak aku jual telo ayam kampung dia sebijik berapa eh?

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 09:37 AM | Show all posts
Harga daging naik mendadak

Oleh Azmi Md Deros, Sariha Mohd Ali, Fazallah Pit, Rafidah Mat Ruzki, Adha Ghazali, Mohd Amin Jalil, Norma Mullie, Amir Mamat, Noor Aznida Alias, Mastura Senawi, Siti Shahila Ahmad, Noor Ain Bujang, Suzilla Markus, Yusliza Yakimir Abd Talib dan Amirah Hassan

KUALA LUMPUR: Harga barang keperluan harian di pasar utama di seluruh negara tidak menunjukkan perubahan ketara, berbanding kelmarin walaupun berlaku kenaikan barang keperluan tertentu di beberapa negeri.

Tinjauan Berita Harian semalam mendapati antara barang mengalami kenaikan mendadak adalah daging tempatan, ikan bawal putih, kembung, cencaru, ayam, sawi, bayam, bawang merah dan tomato.

Peningkatan harga berlaku di bandar utama seperti Kuala Lumpur, Kuantan, Georgetown, Alor Star, Ipoh, Putrajaya, Kota Kinabalu, Seremban, Johor Bahru dan Kangar

Di ibu negara, tinjauan di Pasar Chow Kit mendapati harga daging tempatan mendadak naik kepada RM28 sekilogram berbanding RM20, pada hari sebelumnya.

Kenaikan kecil juga dicatatkan bagi ayam proses, ikan cencaru, sawi, bayam, bawang merah dan ubi kentang.

Di GEORGETOWN, harga barang keperluan di sekitar negeri ini menunjukkan beberapa peningkatan dan penurunan khususnya ikan dan sayur-sayuran.

Harga ikan kembung, cencaru dan udang sederhana meningkat antara 50 sen hingga RM4, manakala bawal putih menurun RM10.

Cili merah, kubis, tomato, bawang merah dan bawang besar pula mencatat kenaikan harga antara 50 sen hingga RM2 manakala sawi, bayam dan ibu kentang turun 30 sen hingga RM1.50.

Di ALOR STAR, tinjauan di sekitar bandar raya ini mendapati harga ikan terus mencatat peningkatan yang dikatakan berpunca daripada kekurangan bekalan apabila cuaca kurang baik sejak dua hari lalu.

Ikan kembung saiz sederhana naik kepada RM5 sekilogram, berbanding RM4.60 kelmarin, manakala cencaru kepada RM4.80 daripada RM4.50 dan bawal putih pula naik RM1 kepada RM31 sekilogram.

Di KUANTAN, tinjauan di Pasar Besar Kuantan mendapati harga sayuran lain kebanyakannya tidak berubah termasuk bayam yang kekal kepada RM3.50, manakala tomato dijual RM5 sekilogram.

Di JOHOR BAHRU, harga beberapa barang keperluan seperti cencaru, cili merah, tomato, santan dan daging import terus meningkat, namun sesetengah harga barang kekal pada paras sebelumnya.

Barang keperluan di sini mengalami kenaikan harga antara 50 sen hingga RM1, antaranya harga tomato yang meningkat kepada RM5 daripada RM4.50 manakala harga daging import meningkat sebanyak RM1 berbanding kelmarin.

Di IPOH, tinjauan di pasar besar semalam mendapati ia tetap terkawal biarpun masih ada yang naik seperti kacang buncis daripada RM5 kepada RM5.50 sekilogram.

Di KANGAR, harga kebanyakan hasil laut yang dilaporkan meningkat antara RM1 hingga RM2 sejak kelmarin.

terus menunjukkan peningkatan dipercayai berpunca daripada keadaan cuaca yang buruk serta ombak besar melanda kawasan pantai di sekitar utara semenanjung.

Tinjauan di Pasar Besar Kangar dan Arau, semalam mendapati ikan kembung yang dilaporkan meningkat RM2 kelmarin, dijual pada harga RM8.50, iaitu bertambah 50 sen.

Keadaan sama juga berlaku pada ikan cencaru yang terus menunjukkan peningkatan masing-masing RM1 pada kelmarin dan semalam iaitu daripada RM5 kepada RM6.

Di PUTRAJAYA, harga cili merah di sini turun RM2 berbanding kelmarin, manakala cencaru dan kembung masing-masing naik sebanyak 50 sen dan RM1.

Harga barang lain seperti ayam, bawal, udang, sawi, bayam, kubis, tomato, kacang buncis, kacang panjang, bawang merah, bawang besar, ubi kentang, santan, daging import dan daging tempatan masih kekal.

DI KOTA KINABALU, harga beberapa barang keperluan harian di Pasar Besar di sini, dikesan naik seperti udang sederhana (naik RM2 menjadi RM18) dan ikan cencaru (naik 50 sen menjadi RM7.50).

Di MELAKA, tinjauan di Pasar Besar Melaka di Melaka Sentral semalam, mendapati harga keseluruhan barang keperluan utama terus kekal pada harga kelmarin, kecuali ikan cencaru, sawi dan tomato yang dipercayai akibat lebihan bekalan dan kenaikan harga bahan api.

Bagi ikan cencaru, harganya turun sebanyak 50 sen, daripada RM8.50 kelmarin kepada RM8 sekilogram semalam, manakala sawi pula, daripada RM4 kepada RM3.50 sekilogram. Harga barangan tunggal naik adalah tomato daripada RM3.50 kepada RM4.50 sekilogram.

Di SHAH ALAM, kebanyakan peniaga di sebuah pasar basah yang ditemui akur arahan kerajaan supaya tidak menaikkan harga.

Di KUALA TERENGGANU, Beberapa barang keperluan basah mulai turun iaitu udang sederhana turun sebanyak RM1 dan dijual pada harga RM15 sekilogram berbanding RM16 semalam, manakala cili merah pula turun RM1 kepada RM9.

Di SEREMBAN, harga barang keperluan tidak banyak mengalami peningkatan ketara kecuali kacang buncis yang mengalami kenaikan daripada RM4 sekilogram kepada RM4.50 hingga RM5.50 sekilogram.

Di KUCHING, harga barang di bandar ini masih terkawal dan kadarnya berbeza bergantung kepada lokasi jualan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2008 09:42 AM | Show all posts
korang rasa harga rumah akan naik tak dalam masa terdekat ni?

aku kat kat kawan aku... harga rumah mesti naik.. tapi bila inflasi, orang takmo dah beli umah... so nanti kerajaan sebab sektor hartanah takmemberangsangkan, dia akan promote lawyer fee yang free, mcm mcm waive nak bagi sektor hartanah berkembang... so aku kata kat dia, kalo dia nak minikmati sume tu..tunggu lah dua  tiga tahun lagik   

tapi tu spekulasi aku jek.. mcm skrg ni gomen kasi 50% discount utk stamp duty... aku nye stamp duty with dic lebih kurang 3500..  kalo dapat free..baguihnyeeeeeee

p/s aku tak fahan betullh pekerja binaan ni..berak merata ikut dan je, mmg la dalam toilet, tapi toilet tu mangkuk tandasnya pun tarak.. berak kat tiles dalam toilet tu... banyak plak tu... sakit hati aku...

bila gi komen kat pemaju... dia kata dah banyak kali nasihat... kami orang siap amik gambar tahi tu lagik tunjuk bukti..semalam kami tgk umah..lagi banyak  orang tu berak :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 11:16 AM | Show all posts
Saya dah hilang marah, coz hasrat gomen nak ubah cara hidup rakyat nampaknya tak banyak berubah. Kita tau merungut dan protest je. Tapi tindakan dalam diri 0!!

Lepas minyak naik saya pandu kereta ke kelantan (bukan makan angin). Pegi balik habis RM220 petrol je! Pengalaman sepanjang jalan....kereta2 masih banyak bergerak atas jalan, potong-memotong (double-line banyak tak perduli!!), speeding sampai 120kmh biasa je!! ...nak-nak kereta mewah yg bawah 2500 cc tuh! (yg bakal dapat subsidi juga)

Saya ingat gomen memang dah bijak buat survey untuk formula subsidi tuh....sampai tak tau beza kereta mewah dengan kereta rakyat!!

Kereta atukki kecik je......mini cooper s!! (tak lebih 2500cc)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2008 11:25 AM | Show all posts
Masa on d way ke KB tu atukki berenti kat R&R Gua Musang, untuk makan bekal yg opah masakkan (dah rancang nak jimat belanja, pasal barang naik harga). Waduuuuh...selera betul makan berdua! Kucing  hitam kat situ pun boleh tumpang perhabiskan lauk2 yg kita org bawak bekal.

Sayangnya atukki tengok tak da sorang pun buat mcm kami. Semuanya hidup bergaya dan mampu berbelanja sakang...order je!! pastu..bayar. Tiba rumah kita pun mengeluh!! Salahkan petrol naik harga!!

Tapi atukki kesian juga tengok peniaga kecil mcm kat R&R nih! ...kalau semua org buat mcm atukki, nayar le bisnis mereka. Unfair pulak rasanya.

Takpe le...atukki harap semua rakyat Malaysia ni berubah dalam banyak hal, bukan pasal fisikal saja. Rohani juga perlu diubah, semua bangsa warga Malaysia boleh buat, waema pendatang haram juga! ...itu pun kalu meka nak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 11:27 AM | Show all posts
....tak tau le atukki, mungkin kalau petrol cecah RM5/liter boleh ubah cara hidup rakyat Malaysia ni!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 11:45 AM | Show all posts

Reply #87 wardatulhamra's post

harga umah konpem naik.....brg2 dah naik....tp takde le dlm masa terdekat...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 12:50 PM | Show all posts

Reply #91 medangmru's post

Yup, rege besi dan simen tidak lagi dikawal kerajaan.
So lepas nih supplier boleh manipulate rege kedua-dua main ingredient utk buat rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 02:21 PM | Show all posts
rasanya buakn kita je yng patut berubah..
cara kerajaan pun patut berubah gak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 07:29 PM | Show all posts

car power booster and fuel saver

http://www.freewebs.com/plamsat/1spark.htm



[ Last edited by  plamsat at 12-6-2008 12:06 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 08:47 PM | Show all posts

Reply #94 plamsat's post

berkesan ke alat ni.......
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 12:15 AM | Show all posts
Originally posted by medangmru at 11-6-2008 08:47 PM
berkesan ke alat ni.......


konsep menambahkan kuasa spark plug untuk pembakaran  bahanapi lebih berkesan/efektif

[ Last edited by  plamsat at 12-6-2008 12:20 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2008 03:44 PM | Show all posts
hantaran pun naik gakkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 10:20 AM | Show all posts
pendek kata, sumer naik laaaa
darah tinggi pun naik gakkk    
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 10:23 AM | Show all posts

Reply #98 fariepari's post

pehni harga liang lahad pun naik....sbb rega kos tanah naik....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 12:47 PM | Show all posts
smlm member kater bateri keta pun naik.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.073710 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list