CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah1285

AKU ADALAH KOTA ILMU SEDANGKAN ALI ADALAH PINTUNYA - PALSU..!!

[Copy link]
Post time 22-6-2008 11:36 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 21-6-2008 02:33 PM
Bill,
Kalau kau pergi forum asyraaf pun dia orang akan kata ahlul bait bukan sunati.  Tapi kenapa dia orang masih lagi sunnah wal jamaah?  Tentu bukan sebab hadith ni saja.

Itu yang aku cakapkan, bukan pasal hadith ahlul bait tu sahaja.  Ia termasuk alwilayah, imam 12, memurtadkan sahabat dan banyak lagi.  Dan bukan hanya hujah sejarah.

Kalau ikut formula forum Asyraaf dianggap menjadi faktor kebenaran, maka asyraf lain yg spt Imam Khomeini, Sayyid Ali Kamenei juga harus dianggap benar oleh Ibnur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2008 11:37 AM | Show all posts
Kalau ikut formula forum Asyraaf dianggap menjadi faktor kebenaran, maka asyraf lain yg spt Imam Khomeini, Sayyid Ali Kamenei juga harus dianggap benar oleh Ibnur.

bila masa aku letak itu benar ini benar.  Aku hanya menunjukkan ada beberapa option.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 11:47 AM | Show all posts
orgbesi,
Sedikit ttg membandingkan hadis "Aku tinggalkan Kitabullah dan Ahlul Baiti/ithrati " atau "Kitabullah dan Sunnati"

http://malay.cari.com.my/viewthread.php?tid=65959&extra=page%3D9&page=1

http://secondprince.wordpress.com/2007/07/27/19/
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 22-6-2008 11:37 AM

bila masa aku letak itu benar ini benar.  Aku hanya menunjukkan ada beberapa option.

tu jawapan utk option yg itulah
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 03:50 PM | Show all posts
salam

teriima kasih kerna link itu
dan saya dah pun ikutinya dahulu
dan sekarang masih nak teruskan perbincangan
untuk mencari kebenaran
bukan utk kepuasan diri dan kemenangan

sebab sebegitu jugak yg terjadi dr dahulu kala
bukan semua anak dan isteri dan diri sendiri
masih teguh imannya, masih tetap takwanya
melainkan ada kegoncangan
ataupun terus luntur
hanya MELAINKAN HAMBA-HAMBANYA YG MUKHLIS
dan tak kira siapakah dia
hitam berkilat warna kulitnya tetapi jika TUHAN MENUNJUKINYA
maka dapatlah DIA PETUNJUK
dan walaupun kamu anak SEORANG WALI
yg amat disayangi bapakmu
BELUMTENTU KAMU DITUNJUKINYA

dan dimanakah KEBENARAN dr AHLUT BAIT atau SUNNAH???
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 04:44 PM | Show all posts
Salam
Maaf Orangbesi kerana lambat reply. Kesibukan yg sangat beberapa hari ini. Alhamdulillah,dapat juga semalam dan hari ini free. Pertama saya ucapkan tabrik, ucapan selamat atas hari kelahirannya Sayyidatina Fathimah az-Zahra s.a, Pemuka Wanita Seluruh Alam, Belahan Jiwa Rasulullah saaw, Ibu para Imam suci, yang namanya dimuliakan di langit dan di bumi. (hari kelahiran beliau a.s pada Selasa lepas, bersamaan dengan hari kelahiran Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Ruhullah Khomenini q.s)

Untuk tujuan perbincangan kali ini, tak dapat tidak, saya terpaksa sekali lagi menulis panjang agar dapat kita semua perhatikan dan nilaikan dengan akal kesedaran yg telah dianugerahkan kepada kita, dalam menegakkan hujjah atas keutamaan Ahlul Bait a.s, di mana ini merupakan kesinambungan dari perbicaraan kita yg telah lalu. Semoga kita semua dapat manfaat daripadanya, Insya Allah. Tidak patut timbul persoalan menang atau kalah, kerana tidak pernah perbincangan kita ini jadi satu perdebatan, malah kemenangan sebenanya adalah milik orang-orang yang Berjaya menempatkan kebenaran pada kedudukannya.

Respon atas soalan: dan dimanakah KEBENARAN dr AHLUT BAIT atau SUNNAH???

Setelah terbukti bahawa bahawa hadis Kitabullah dan Sunnati tiada satu pun dari jalur yg sahih,
maka membincangkan mana yg benar di antara Sunnah atau Ahlul Bait hanya akan menjadi sia-sia sahaja. Maka, perbincangan kali ini akan lebih terarah kepada pembuktian bahawa Ahlul Baitlah yg paling layak diikuti setelah Rasulullah saaw, dan saya fikir inilah yang dimaksudkan oleh orgbesi.


Tiada bantahan kepada seluruh kaum Syiah bahawa Sunnah Rasulullah saaw adalah sumber kedua setelah al-Quran yg wajib dirujuk, sebagaimana hal ini tampak dalam riwayat2 Syiah. Namun kepada kaum Syiah, sumber Quran dan Sunnah ini tidak lain tidak bukan perlu dirujuk daripada Ahlul Bait sebagaimana seperti yg telah diisyaratkan dengan jelas dalam hadis2 suci,baik dari sumber Syiah mahupun Sunni. Dengan itu, sama sekali tidak timbul isu bahawa merujuk kepada Ahlul Bait seolah bererti mengenyampingkan as-Sunnah, sebaliknya Ahlul Baitlah sebaik2 penjelas al-Quran dan Sunnah setelah Rasulullah saaw.


Kepada siapa umat merujuk as-Sunnah sepeninggalan Rasulullah saaw?

Rasulullah saaw telah menyatakan bahawa manusia akan mencipta2 di atas namanya baginda saaw bersabda: 揫b]Banyak hal-hal yang batil akan dikaitkan kepadaku setelah kematianku, dan barangsiapa yang berkata dusta tentangku, sediakanlah kediamannya di neraka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2008 04:48 PM | Show all posts
Mengapa dan bagaimana ini semua berlaku? (terkumpulnya riwayat-riwayat palsu di kalangan Muslimin)
sebagaimana yg dipetik dalam khutbahnya (Khutbah 209 Nahjul Balaghah), Imam Ali a.s berkata: 揌adis-hadis yang sampai kepada anda melalui salah satu daripada empat sumber dan tidak ada yang kelima擺/color]
:

1) Kaum munafik Pendusta
Golongan munafiq yang mengaku beriman, berpura-pura Islam, tidak menganggap hal itu berdosa dan tidak peduli sekiranya dia bercakap sesuatu yang tidak benar terhadap Nabi saaw dengan sengaja. Seandainya orang mengetahui bahwa dia itu adalah betul-betul munafiq, mereka tentu tidak akan menerima apa-apa yang mereka riwayatkan atau sanggup menganggapnya seorang yang benar. Tetapi mereka berkata: Ini adalah seorang yang bersahabat dengan Rasulullah saaw dan pernah melihat dan mendengar daripada beliau saaw. Lantaran itu mereka menerima hadis-hadis daripada simunafiq ini tanpa mengetahui sikapnya yang sebenarnya厖. (dan seterusnya)

2) Orang yang keliru (menyimpulkannya)
ialah orang yang mendengar sesuatu daripada Nabi saaw tetapi tidak dapat mengingatinya dengan tepat. Orang ini terjatuh ke dalam suatu kesalahan berhubung dengan perkar berkenaan, tanpa niat untuk melakukan pembohongan tersebut. Ketika itu Hadis tersebut menjadi pegangan dan amalannya. Beliau turut menyampaikan kepada orang lain dan berkata: Aku mendengarnya daripada Rasulullah saaw. Jika orang lain mengetahui dia sebenarnya telah melakukan kesilapan, mereka tentu tidak akan menerimanya dan jika orang itu sendiri mengetahui dia sebenarnya telah melakukan kesalahan dalam meriwayatkan Hadis itu, beliau sendiri juga pasti menghentikan amalannya itu.

3) Orang yang tak tahu (nasikh mansukh)
ialah orang yang mendengar daripada Nabi saaw tentang perintah terhadap sesuatu amalan tetapi tanpa mengetahui bahawa perintah berkenaan telah dimansuhkan. Ataupun orang ini mendengar sesuatu larangan daripada Nabi saaw tetapi tanpa disedarinya pada satu ketika yang lain telah diizinkan oleh Nabi saaw. Oleh itu, orang ini hanya mengingati hal larangannya tetapi tidak menyedari pemansuhan hukum tersebut. Sekiranya orang ini mengetahui hal tersebut telah dimansuhkan beliau tentu akan menolak apa yang telah diamalkannya (kerana ia bercanggah dengan hukum pemansuhan tersebut) dan begitu juga jika orang lain mengetahui bahawa apa yang didengarnya daripada periwayat tadi adalah sesuatu perintah yang telah dimansuhkan oleh Rasululllah saaw, mereka juga akan menolaknya.

4) orang yang menghafal dan benar
orang yang tidak melakukan pembohongan terhadap Allah dan NabiNya kerana orang ini membenci kesalahan dan takutkan Allah Azza Wa-Jalla dan memuliakan Rasulullah saaw tetapi amat mengingati apa yang didengarnya daripada Rasulullah saaw. Oleh itu orang ini meriwayatkan apa yang didengarnya itu tanpa sebarang tokok-tambah atau pengurangan. Sekiranya dia mengetahui nasikh dan mansukh berhubung sesuatu yang diperintahkan oleh Rasulullah saaw maka dia beramal dengan Hadis yang nasikh (membatalkan perintah) dan meninggalkan Hadis yang mansukh (apa yang dibatalkan). Perintah-perintah Nabi saaw sama seperti al-Quran, ada yang nasikh dan ada yang mansukh, khas dan am, muhkam dan mutasyabih. Dan ada kata-kata yang dilaporkan daripada Nabi saaw mengandungi dua makna, bersifat umum dan khusus seperti juga yang terkandung dalam al-Qur'an
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 04:50 PM | Show all posts

Yang paling layak diikuti setelah Rasulullah saaw

Terlalu banyak yang boleh dikutip utk menyatakan kebenaran bahawa Ahlul Bait adalah yg paling layak diikuti setelah Rasulullah saaw. Misalnya berkenaan Imam Ali a.s, Ibnu Abbas pernah berkata bahawa lebih 300 ayat Quran telah diturunkan berkenaan Imam Ali a.s sahaja. Ahmad bin Hanbal mengatakan berkenaan Imam Ali a.s
"Tidak satupun dari sahabat Nabi yang memiliki keutamaan sebagaimana Ali bin Abi Thalib." (Mustadrak al-Hakim jil.3 hal.107; Manaqib al- Khawaizmi hal. 3, 9; Tarikh al-Khulafa hal. 168; Sawa抜q al-Muhriqah hal. 72; Tarikh Ibnu Asakir jil. 3 hal. 63; Syawahid at-Tanzil jil. 1 hal. 10)


Al-Qadhi Ismail dan an-Nasai serta Abu Ali an-Naisaburi berkata: "Tidak satupun hadis-hadis keutamaan sahabat yang diriwayatkan dengan isnad-isnad yang hasan sebagaimana hadis tentang keutamaan Ali" (Riyadh Nadhirah jil. 2 hal. 282; as-Shawa抜q al-Muqhriqah hal. 118,72)

Imam Asy-Syafi抏 juga berkata berkenaan keutamaan Imam Ali a.s:
"Aku sungguh takjub akan seseorang yang karena dengki, musuh-musuhnya telah menyembunyikan keutamaannya; dan karena takut, para pecintanya tidak berani menyebut-nyebut namanya. Namun tetap saja keutamaannya tersebar dan memenuhi lembaran-lembaran buku. "
Maka sudah tentu ruang sekecil ini mustahil dapat dipenuhkan dengan riwayat2 keutamaan Ahlul Bait a.s, lalu untuk tujuan perbincangan ini, kita cukupkan dengan beberapa riwayat yg insy Allah dapat memberikan petunjuk jelas bagi jalannya bicara ini:

bersambung

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2008 04:54 PM | Show all posts

1)
Ahlulbait as adalah Ahlu adz Dzikr


Allah SWT berfirman:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ .( النحل:43/ الأنبياء:

揗aka bertanyalah kepada Ahlu adz Dzikr, jika kamu tidak mengetahui.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 04:58 PM | Show all posts
Makna ke dua:

ii) Ahlu adz-Dzikr adalah Ahlu (kerabat) Rasulullah

Di dalam al-Quran, Allah menyatakan:

揝esungguhnya Allah telah menurunkan Dzikran, peringatan kepada kalian yaitu seorang Rasul yang membacakan kepadamu ayat-ayat Allah yang menerangkan (bermacam-macam hukum) supaya Dia mengeluarkan orang-orang yang beriman dan meengerjakan amal saleh dari kegelapan kepada cahaya
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 05:07 PM | Show all posts
2) Hadis Tsaqalain dan Ghadir Khum:
Hadis suci ini sahaja telah beberapa kali dibincangkan dan dibuktikan kesahihannya di sini, dan kali ini saya masih lagi mahu menyebutnya untuk mendapatkan keberkatan atas kemuliaannya:

al-Imam al-Hafiz Abi Abdillah al-Hakim an-Nisaburi, di dalam kitab Mustadrak 慳la Sahihain Jil.3, hlm.22, pada kitab Ma抮ifah as-Sahabah, terbitan Dar al-Ma抮ifah Beirut, Lebanon.  Zaid bin Arqam menyatakan:

揟atkala Rasulullah saaw kembali dari haji Wida
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 05:20 PM | Show all posts
Sekelumit contoh Keilmuan Ahlul Bait a.s

Imam Jaafar Sadiq a.s (Imam ke 6) 揚erkataanku adalah perkataan ayahku. Perkataan ayahku adalah perkataan datukku. Perkataan datukku adalah perkataan ayahnya. Perkataan ayahnya adalah perkataan Ali bin Abi Thalib. Perkatan Ali adalah perkataan Rasul saaw. Perkataan Rasul adalah firman Allah 慉zza wajalla擺/b](Sayyid Muhsin al-Amin, A抷an al-Syiah, jil.1, hlm.661)

Imam al-Baqir a.s (Imam ke 5) juga selalu berkata: 慗ika kami telah mengikuti pandangan kami mengenai kamu, kami tentu telah menjadi sesat, sebagaimana mereka yang terdahulu dari kami telah sesat, tetapi kami memberitahu kepada kamu keterangan Tuhan kami yang nyata yang Dia telah terangkan kepada Rasul Nya, yang kemudian telah menerangkan kepada kami.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 09:42 AM | Show all posts
salam buat saudara
saya kena bincang pendek pendek aje
sebab tak cukup masa, maafkan saya

dlm AL QURAN ada 3 tempat diKATAKAN AHLUL /AHLI BAIT
dan kesimpulannya dr ketiga2nya- perempuan (yg mendiami rumah) bagi saya leee
dan jga KATA TUHAN:
SESUNGGUHNYA DIANTARA ISTERI-ISTERI DAN ANAK-ANAKMU
ADA YANG MENJADI MUSUH BAGIMU dan
TUHAN MEMBERI PETUNJUK KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA dan
KAMU TIDAK SEWENANG WENANGNYA MEMBERI PETUNJUK KEPADA SESIAPA YG KAMU SAYANGI
DAN DARI riwaYAT terdahulu dalam al quran
KISAH NABI-NABI - ada diantara keluarganya yg kafir

jadi dapat saya rumuskan
bahawa mereka yg MENGIKUT DAN MENJALANKAN PERINTAH TUHAN
dan MENJALANKAN SUNNAH YANG BAIK
mereka itu INSAN YANG DISUCIKAN
walaupun dia hitam legam, baka tak baik dan hinadina
bukankah SEBAIK PAKAIAN ADALAH PAKAIAN TAKWA

dan utk pengetahuan saudara
saya hanya MEMBACA AL QURAN dan HADITH
dan tak lagi meneliti siapa perawinya dan jenis hadith
dan TUHAN tidak akan BERTANYA TTG JENISNYA atau PERAWINYA
tetapi ADAKAH KAMU TELAH
MENDENGAR
MEMIKIRKAN
DAN MENCARI APA YANG LEBIH BAIK

hanya ini utk sementara waktu. salam
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 10:17 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 1-7-2008 09:42 AM

salam buat saudara
saya kena bincang pendek pendek aje
sebab tak cukup masa, maafkan saya

salam buat saudara orangbesi juga.
Takde masalah, kita memang sentiasa dihambat waktu dgn tanggungjawab di luar; saya pun bila berpeluang saja baru dapat buka forum ni.


point 1:
dlm AL QURAN ada 3 tempat diKATAKAN AHLUL /AHLI BAIT
dan kesimpulannya dr ketiga2nya- perempuan (yg mendiami rumah) bagi saya leee

jawab:

1) pada ayat berkenaan Siti Sarah a.s, telah saya jelaskan tempoh hari bahawa beliau digelar dengan panggilan Ahlul Bait setelah berita tentang kelahiran seorang Nabi yg juga merupakan seorang Imam dari zuriatnya.

dan dalam peristiwa berkenaan ibu Nabi Musa a.s (jika mahu dimasukkan dalam perbincangan), tidak dapat dinafikan sama sekali hubungan tersebut sekali lagi antara ibu dan anak.

Dari kedua2 ayat ini,  perkaitan gelar Ahlul Bait adalah kerana hubungan darah.

dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusui(nya) sebelum itu; maka berkatalah saudara Musa: "Maukah kamu aku tunjukkan kepadamu ahli bait yang akan memeliharanya untukmu dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?." (al-Qasas 28:12)

Sedangkan seorang isteri boleh diceraikan, dan dipisahkan, malah Allah menyatakan mereka (para isteri Nabi saaw) bahkan akan digantikand engan yg lebih baik lagi:

"Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadat, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan." (Tahrim 66:5)

ini sekaligus menunjukkan bahawa bukan semua para isteri itu termasuk sebaik2 wanita pada waktu Rasulullah saaw, dan bahawa mereka boleh diceraikan, boleh saja melakukan dosa. Hal ini bertentangan dengan ayat Tathhir 33:33 di mana telah dijelaskan bahawa kehendak penyucian berlangsung terus, dan bahawa Ahlul Bait telahpun suci sebelum turunnya ayat itu lagi.
-------------------------
2) Pendapat mengatakan bahawa Ahlul Kisa' sahajalah AHlul Bait dalam ayat Tathhir bukan pegangan kaum SYiah semata-mata.  Ibnu Ibnu Jarir Ath Thabari berpendapat seperti ini; Abu Ja抐ar Ath Thahawi (yang terkenal dengan karyanya Aqidah Ath Thahawiyah) juga menyatakan hal yang serupa dalam karyanya Musykil Al Atsar jilid I hal 332-339 - dalam pembahasannya tentang hadis-hadis Ayat Tathir dimana dia berkata "Karena maksud sebenarnya dari ayat suci ini hanyalah Rasulullah SAW sendiri, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain dan tidak ada lagi orang selain mereka
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 10:23 PM | Show all posts
point 2:
SESUNGGUHNYA DIANTARA ISTERI-ISTERI DAN ANAK-ANAKMU
ADA YANG MENJADI MUSUH BAGIMU dan
TUHAN MEMBERI PETUNJUK KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA dan
KAMU TIDAK SEWENANG WENANGNYA MEMBERI PETUNJUK KEPADA SESIAPA YG KAMU SAYANGI
DAN DARI riwaYAT terdahulu dalam al quran
KISAH NABI-NABI - ada diantara keluarganya yg kafir

jadi dapat saya rumuskan
bahawa mereka yg MENGIKUT DAN MENJALANKAN PERINTAH TUHAN
dan MENJALANKAN SUNNAH YANG BAIK
mereka itu INSAN YANG DISUCIKAN
walaupun dia hitam legam, baka tak baik dan hinadina
bukankah SEBAIK PAKAIAN ADALAH PAKAIAN TAKWA

Sesungguhnya kenyataan anda ini sungguh benar, namun mengatakan ia akan berlaku kepada Ahlul Bait adalah satu kesalahan dan pelanggaran kepada ayat al-Quran memandangkan Allah telah menyucikan mereka sesuci2nya, sedangkan kita mengetahui bahawa setiap perbuatan dosa dan kesalahan itu berpunca dari hati yg tidak bersih dan suci.

dan utk pengetahuan saudara
saya hanya MEMBACA AL QURAN dan HADITH
dan tak lagi meneliti siapa perawinya dan jenis hadith
dan TUHAN tidak akan BERTANYA TTG JENISNYA atau PERAWINYA
tetapi ADAKAH KAMU TELAH
MENDENGAR
MEMIKIRKAN
DAN MENCARI APA YANG LEBIH BAIK

hanya ini utk sementara waktu. salam


maka seharusnya anda terus mengikut apa yg anda isytiharkan ini, sehingga adalah lebih benar (mengikut perakuan anda ini) untuk mendahulukan da mengutamakan hadis2 yg telah saya bawawakan dalam post terakhir sebelum ini ke atas (berbanding) pendapat anda sendiri.

wassalaam
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 10:58 AM | Show all posts

Reply #94 billionaire's post

salam buat semua

merujuk kpd AYAT AHLULBAIT:
1. Ibu Nabi Musa -
2. Isteri Ibrahim
3.
33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan janganlah menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk membersihkan kamu, sebersih-bersihnya.

jadi boleh sekali lagi dibuat kesimpulan
perempuan yg menjaga dir dan kehormatan
dan bukan sebarangan perempuan yg noleh dikategorikan sbg ahlulbait

dan tak salah jika sesiapa saja wanita yg tahu menjaga diri dan kehormatan
adalah digolongkan dlm golongan ini
dan jika hanya fatimah, ali hasan dan husin disucikan sahaja
adakah tidak juga disucikan dr kalangan para sahabat yg lain
para isteri2 yg taat, menjaga diri???
dan mungkin ada diantara mereka yg kembali kepada JAHILIAH selepas kewafatan NABI???
semuanya mungkin

bukan masalahnya saudara meembawakan hadith kpd saya
semuanya saya terima, jika semuanya baik
sebab NABI TIDAK PERNAH BERPESAN YG TIDAK BAIK

dan
DITURUNKAN AL FURQAN KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN
DAN DIBERI PETUNJUK KE DALAM HATINYA
dan adakah dikira pendapat sendiri????
sedangkan perbicaraan ttg mereka yg terdahulu pun TAK BAIK DIPERKATAKAN
hanya sebagai pengajaran dan iktibar
utk meneruskan hidup dan memakmurkan bumi tuhan ini.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2008 06:33 PM | Show all posts
salam orggunung
minta maaf lama tak jawab, ada urusan di luar kota dan di dalam kota
insya Allah saya cuba jawab esok.

wassalaam
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2008 04:33 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 3-7-2008 10:58 AM
salam buat semua

merujuk kpd AYAT AHLULBAIT:
1. Ibu Nabi Musa -
2. Isteri Ibrahim
3.
33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan janganlahmenunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orangjahiliah dahulu. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dantaatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanyamenghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu, dan untukmembersihkan kamu, sebersih-bersihnya.

jadi boleh sekali lagi dibuat kesimpulan
perempuan yg menjaga dir dan kehormatan
dan bukan sebarangan perempuan yg noleh dikategorikan sbg ahlulbait

dan tak salah jika sesiapa saja wanita yg tahu menjaga diri dan kehormatan
adalah digolongkan dlm golongan ini
dan jika hanya fatimah, ali hasan dan husin disucikan sahaja
adakah tidak juga disucikan dr kalangan para sahabat yg lain
para isteri2 yg taat, menjaga diri???
dan mungkin ada diantara mereka yg kembali kepada JAHILIAH selepas kewafatan NABI???
semuanya mungkin

bukan masalahnya saudara meembawakan hadith kpd saya
semuanya saya terima, jika semuanya baik
sebab NABI TIDAK PERNAH BERPESAN YG TIDAK BAIK

dan
DITURUNKAN AL FURQAN KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN
DAN DIBERI PETUNJUK KE DALAM HATINYA
dan adakah dikira pendapat sendiri????
sedangkan perbicaraan ttg mereka yg terdahulu pun TAK BAIK DIPERKATAKAN
hanya sebagai pengajaran dan iktibar
utk meneruskan hidup dan memakmurkan bumi tuhan ini.........


salam
Mengenai Isteri Nabi Ibrahim dan Ibu Nabi Musa a.s telah saya jawab, namun anda hanya mendatangkan sangkaan anda semata2.

Hujjah Ibu Nabi Musa a.s sebg Ahlul Bait a.s sendiri menunjukkan bahawa Ahlul Bait tidak terkait kepada hubungan suami isteri. Dalam kedua hujjah isteri Nabi Ibrahim a.s dan Ibu Nabi Musa a.s, telah dibuktikan bahawa pengnisbahan Ahlul bait adalah kerana berketurunan darah. Saya aharap anda samasekali tidak meninggalkan hujjah ini, sebaliknya bergantung kepada hujjah 'saya rasa' semata2.

Dalil2 lain akan saya sampaikan secara ringkas di sini, melengkapi dalil2 yg telah dibawakan sebelum ini:

1) Sesiapapun boleh membuat andaian bahawa orang2 yg baik boleh tergolong ke dalam Ahlul Bait, tetapi bukankah ini hanya andaian semata2? Lihat kembali kata2 anda:

"dan tak salah jika sesiapa saja wanita yg tahu menjaga diri dan kehormatan
adalah digolongkan dlm golongan ini
dan jika hanya fatimah, ali hasan dan husin disucikan sahaja
adakah tidak juga disucikan dr kalangan para sahabat yg lain
para isteri2 yg taat, menjaga diri???


Bill: Apakah mengikut anda para sahabat dan para isteri Nabi saaw adalah orang2 yang tidak baik, tidak menjaga diri, tidak tahu menjaga kehormatan diri (Na'udzubillah) sehingga Rasulullah saaw apabila turunnya ayat ini, hanya menetapkan Ahlul kisa' (Imam Ali, Sayyidah Fathimah, Imam Hasan dan Imam Husein a.s) sahaja sebagai Ahlul Bait dan mengeluarkan selain mereka dari konteks ayat? Tentu tidak bukan? Maka penentuan Ahlul Bait di sini bukan semata2 org2 yg berbuat kebaikan, yg pandai menjaga diri, sebaliknya adalah orang2 tertsentu yg telah ditentukan Allah SWT.




Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2008 04:34 PM | Show all posts
Hujjah lain:

1) Telah dibuktikan bahawa asbabun nuzul(sebab23 penurunan ayat) ayat ini menunjukkan bahawa isteri Nabi saawtidak termasuk ke dalam senarai Ahlul Bait yg disucikan Allah:

Diriwayatkan dari Umar bin Abu Salamah yangberkata, 揂yat berikut ini turun kepada Nabi Muhammad SAW, SesungguhnyaAllah bermaksud hendak menghilangkan ar-Rijs dari kamu wahai Ahlul Baitdan menyucikanmu sesuci-sucinya.(QS Al Ahzab 33). Ayat tersebut turundi rumah Ummu Salamah , lalu Nabi Muhammad saaw memanggil Fathimah,Hasan dan Husain, lalu Rasulullah saaw menutupi mereka dengan kainsedang Ali bin Abi Thalib ada di belakang punggung Nabi saaw .Beliausaaw pun menutupinya dengan kain Kemudian Beliau bersabda
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 09:54 AM | Show all posts
salam buat semua

saudara hanya mengatakan ttg ahlulbait bagi ibu nabi musa???
dan jika hanya di ungkapkan AYAT ini
maka ahlul bait adalah pertalian darah
tetapi bagaimana AYAT ttg isteri nabi Ibrahim???
beliau bukanlah pertalian darah dgn Ibrahim
takkan saudara nak mengenepikan AYAT ini???

bukankah saudara yg sendiri memecahkan golongan ahlul bait itu sendiri
dan hanya merangkumnya dlm mengikut fahaman golongan saudara???
dan saya tidak sesekali pun nak menjatuhkan mana-mana golongan terdahulu
walaupun ada tampak kelalaian pada mereka
tetapi hanya mengambil pelajaran agar tidak terikut yg tidak baik itu

dan masih lagi saya kata SAYA RASA
sebab saya tak berani nak MEMBENARKANNYA dan MENIDAKKANNYA
tetapi mengambil yang terbaik dr kisah yg lampau
dan mengajak manusia turut sama berfikir dan mencari jalannya
dan jika saudara berani MEMBENARKAN PEGANGAN SAUDARA
dan ternyata salah, bagaimana jawapan saudara nanti???

dan saya minta maaf, sebab saya tidak menerima KATA mereka yg terkemudian
dr KATA NABI
kata manusia mungkin betul dan mungkin salah
tetapi KATA NABI ADALAH BENAR
dan yg tu pun tak larat nak dikerjakan lagi
nak ditambah pulak yg selebihnya

dan ttg NABI menyelubung anak menantu dan cucunya tu
bagi saya tetap baik, dan NABI menDOAKAN mereka
sebagaimana Ibrahim mendoakan bapaknya
tetapi sepeninggalan mereka (Muhammad dan Ibrahim)
adakah keturunan mereka meneruskan AGAMA YG LURUS
sedangkan mereka masih mensucikan diri mereka
atau
KAMU TIDAK DAPAT MEMBERI PETUNJUK KEPADA YANG KAMU SAYANGI TETAPI
TUHAN MEMBERI PETUNJUK KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA  dan
6:116. Jika kamu mentaati kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan, semata-mata dugaan

8:29. Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu bertakwa kepada Allah, Dia akan mengadakan untuk kamu satu Pembeza, dan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan mengampuni kamu; Allah mempunyai pemberian yang besar.

39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

adakah saudara menafikan HAK TUHAN pada HAMBANYA
dan HAK HAMBA pada TUHANNYA???

KAMU TIDAK DAPAT MEMBERI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.048055 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list