|
Bagaimana PERASAAN and berada di belakang kereta yang LEMBAB?!
[Copy link]
|
|
tapi, sepanjang aku bawa kereta kat hway, lorong paling kanan tak pernah jumpaada orang bawa dalam 70 km ke 80km. kalau tengah tu biasa.
tapi aku yang selalu jumpa ialah orang yang rasa orang lain lembab (sedangkan orang lain tu ikut had laju) dan rasa dia sorang jer bayar tol atau bayar cukai jalan atau rasa dia tu anak samy vellu. dengan erti kata lain, rasa paling ramai adalah mangkuk yang pecut jer lebih ramai dari pemandu yang lembab. rasa kalau aku bagi 9 (mau lebih) pemandu gila mangkuk hayun pecut fast n furious kononnya mungkin ada 1 jer pemandu yang lembab.
tambah lagi laluan dari Klang ke sabak bernam ni dah jadi 2 lorong sebelah/sehala. had laju kebangsaan adalah 90km/j di sesetengah kawasan. setahu aku, had laju tu meliputi kedua-dua lorong/kiri dan kanan. dan paling minima pun orang akan bawa 60kmj (kalau bawa sampai 30/40kmj memang aku pun tak suka melainkan kawasan tu terpacak sign board macam tu) pada lorong kiri dan aku biasanya bawa had laju kebangsaan di lorong kanan (sebab aku dah biasa dengan jalan sini, tau la yang lorong kanan tu banyak bonggol tak bertauliah) dan cuma pada waktu dan keadaan tertentu sahaja aku akan lebih dari had laju kebangsaan namun aku tidak sesekali akan high beam kereta di lorong kanan yang aku kira ikut had laju.
yang selalu jadi ialah pemandu yang aku katakan tadi. aku kalau mood aku rasa tenang aku akan beri jalan, tapi ni belum apa apa, dah bagi high beam tambah lagi depan aku ada kereta, dia pun tak reti nak sabar, memang aku break, peduli apa kau nak makan ke cium bontot katak pisang aku. tak reti bawa ikut had laju ker, aku tau la korang abnyak duit nak bayar saman, tapi yang penting tak boleh nak sabar sikit ker, tu yang buat aku hangin.
hari tu, ada satu lori 1tan, kawasan 90 nak bawa macam 190kmj , bagi lampu kat aku, memang aku brek la, masuk kawasan 60 kebetulan ada kereta depan pun bawa 60, aku masuk lorong kiri blok dua dua jalan bawa 60 gak. baru tau...dah tu siap bagi middle finger kat aku....(no pletnya aku ada...nanti ada masa aku up la kat memana thread biar orang kenal pemandu mangkuk ni) pedulik hapa aku, kot tak reti nak hormat orang, jangan harap orang nak hormat ko! bukan aku tak boleh nak bagi jalan, tapi tentu ada sebab aku tak nak masuk lorong kiri (masa tu kebetulan ada kereta masuk dari simpang kiri , so takkan aku nak masuk lorong kiri for sure dengan kelajuan 90kmj aku terpaksa turunkan mendadak kepada sekurang-kurangnya 50kmj sebab kereta dihadapan baru masuk lorong dalam keadaan gear 2 atau 3, berapa la boleh laju pun) lagipun bukan jalan tu ko sorang yang bayar cukai....so selagi aku rasa aku follow traffic law, aku rasa tiada masalah kalau aku tak nak ketepi. kalau aku boleh ikut law, mengapa korang tak boleh? tak boleh nak sabar sikit ker? sebab tu aku paling menyampah orang yang bagi high beam dari belakang daripada apa yang korang katakan pemandu lembab.
anyway kalau betul emergency, apa guna lampu hazard tu? hiasan semata-mata ke? pasang jer semua lampu yang ko ada, lepas tu pecut la sepuas-puasnya, so aku nampak la yang korang dari jauh lagi , boleh take time nak ketepi.
macam aku kata, nak pecut tu pecut la, tapi tgk keadaan dan semasa, ni kawasan kampung pun nak dibuatnya macam Highway plus....
apa pun, aku nak ingatkan la, korang yang bawa lelaju ni, pikir la sama orang lain, korang bawa laju kalau mati sorang sorang tak pa...aku tak kisah ni di bawanyanya dengan orang lain sekali...tak pasal pasal orang yang tak terbabit pun ikut sama. aku tau, korang memang tak rasa puas, kereta dan modified memahal, pasang turbo, pasang sayap macam nak terbang tapi bawa 90kmj jer...mesti tak best....tapi kalau dah teringin nak laju sangat, g cari tempat yang sesuai. ni jalan kampung pun nak diredahnya sampai 200kmj. kejadah semua ni....
berbalik kepada topik, aku memang takkan bagila high beam, sebab aku sendiri amat marah dan geram bila orang bagi high beam dari belakang ni. tapi kalau dah slow sangat memang aku bagi signal, potong sebelah kiri la dan masuk balik sebelah kanan (jalan 2 lorong sehala atau hway) dan kalau jalan 1 lorong sehala, kalau selamat aku potong la, kalau tak selamat atau double line, aku rela jer ikut belakang dia. bagi aku, pemandu tu mesti ada sebab utk dia bawa slow, kot kereta dia ada masalah ke, dia punya cermin mata pecah ke, apa ke...just sabar sikit la...itu aja.
so pikir sendiri...
anyway tu luahan rasa dari aku. sebab aku memang jarang nak bawa laju. dan cuba elakkan utk tak lebih had laju. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #75 takumi86's post
iskh... betul sesangat tu.. kalau dilayan perasaan marah ni.. nanti diri sendiri yg rugi... last-last dapat darah tinggi je nanti.... baik la beristighfar bebanyak... :lebai: :pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pahamlah :stp:
Originally posted by d34n at 28-6-2007 02:38 PM
ooh... ko tengah goyang kaki la ini time yek.. patut la bole buat teks ucapan bagai...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #83 assaffah's post
tak paham sila angkat tangan... |
|
|
|
|
|
|
|
Bahasa Swahili ke?
Originally posted by d34n at 28-6-2007 02:52 PM
tak paham sila angkat tangan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by freekey at 28-6-2007 01:10 AM
Ehehehehe..
Aku plak ada terpikir pendapat lain..
Ada tak kemungkinan orang yg bawak slow di lane kanan ni memang jenis yang tak konfiden bawak kereta..,. :hmm:
Sebab aku berpendapat a ...
pada pengalaman dan pendapat aku, sebab utama orang elakkan guna lorong kiri ialah:-
1. lorong kiri lebih banyak lubang, bonggol atau sebarang benda yang tak terduga contoh lori rosak, pembinaan di hadapan (tambah lagi yang tak da sign board)
2. di hadapan ada lori /treler 2 3 biji konvoi.
3. penunggang basikal dan motorsikal. amat jarang penunggang motorsikal apatah lagi basikal berada di lorong kanan.kalau ada penunggang motorsikal di lorong kanan pun sebab laju dah standard kereta. takkan kapchai honda 90 nak bawa sampai 90kmj kat kampung plak tu, yang bawa orang tua, dah tu lampu belakang takda.... so lebih selamat bawa lorong kanan.
4. kenderaan nak masuk simpang dari kiri.
5. mudah, tak susah nak tukar lorong nak memotong.
tapi bagi aku, selagi ikut had laju kebangsaan, redah guna je lah lorong kanan pun dengan kelajuan maksima yang dibenarkan. kalau dah minima tu, dok kiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by freekey at 26-6-2007 10:33 AM
eh taklah..
yang Van tu actually waktu tengah jammed kat Klang..
aku bengkek tgk van tu benarkan ada ruang 10 bijik bas kat depan dia.. So, aku tanpa pikir panjang terus amik emergency la ...
juga berdasarkan pengalaman aku, kalau kes macam ni rasanya van tu nak masuk ke kanan, sebab tu dia tak bergerak sedangkan kereta lain dah gerak dan mewujudkan ruang kosong sehingga optimus prime pun boleh masuk. kes disini sebab tak bagi signal jer. dah selalu kena kalau jem kat kl. tapi macam biasa, aku rilek jer, walaupun katak pisang aku manual. so kalau yang auto ke amt ke patut lagilah banyak rilek dan bersabar dalam keadaan camni. so kalau dah kena saman tu, kira balasan di dunia la...hehehehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #85 assaffah's post
errr... swahili tu apa..? :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by d34n at 28-6-2007 02:38 PM
ooh... ko tengah goyang kaki la ini time yek.. patut la bole buat teks ucapan bagai......
biar pun begitu, dikala kita goyang kaki, bersenang lenang, dapat atau tidak fikrah kita untuk memisahkan erti kebosanan dari diri, Atau, mungkin kah aku ini telah bagitu nazak sehinggakan secara kolektif kita telah berkongsi teks ucapan ini meningkat jati diri dalam pembentukan modal insan yang telah diperbincangkan sebelum inii. Atau kita telah ditakdir menjadi sekumpulan forummer yg best sebab takde keje
Untuk saya ini bukan sesuatu yang salah andainya kita takde keje. Kita wajib berkerja mencari rezeki di dalam suasana demokrasikan dan mengagih-agihkan punca-punca ekonomi dengan lebih adil dan telus. Perjuangan untuk merebut punca ekonomi adalah hakikat perjalanan naratif manusia dari zaman dalam gua lagi sehingga ke hari kiamat. Apa yang saya tidak bersetuju ialah mereka yang tidak mau membuat kerja biar pun ada kerja, melayari forum cari lalu menangguhkan kerja atau yang seumpama dengan dengannya.
. |
|
|
|
|
|
|
|
Swahili (also called Kiswahili; see below for derivation) is a Bantu language. It is the most widely spoken language of sub-Saharan Africa. More than 50 million people speak Swahili,[1] but only 5-10 million of these are native speakers.
Swahili is the mother tongue of the Swahili people (or Waswahili) who inhabit several large stretches of the Indian Ocean coastlines from southern Somalia as far south as Mozambique's border region with Tanzania.[2] Swahili has become a lingua franca in much of East Africa and the Democratic Republic of the Congo, and is now the only African language among the official working languages of the African Union. Kiswahili is also taught in the major universities in the world, and several international media outlets, such as the BBC, Voice of America and Xinhua have Kiswahili programs.
Originally posted by d34n at 28-6-2007 03:11 PM
errr... swahili tu apa..? :stp: |
|
|
|
|
|
|
ninjamerah This user has been deleted
|
kesimpulan yang dapat aku simpulkan daripada segala luahan , input dan komentar yang telah diberikan di atas, ialah kita hendaklah memandu secara berhemah, tenang, bijaksana dan bertimbangrasa dengan penuh semangat kejiranan dan muhibbah yang tinggi yang seterusnya akn menjana kepada kestabilan politik, ekonomi, kesihatan dan integrasi antara kaum. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ninjamerah at 28-6-2007 03:21 PM
kesimpulan yang dapat aku simpulkan daripada segala luahan , input dan komentar yang telah diberikan di atas, ialah kita hendaklah memandu secara berhemah, tenang, bijaksana dan bertimbangrasa de ...
noted. |
|
|
|
|
|
|
|
Jauh sangat kaitan antara memandu dan kestabilan politik tu
Originally posted by ninjamerah at 28-6-2007 03:21 PM
memandu secara berhemah, tenang, bijaksana dan bertimbangrasa dengan penuh semangat kejiranan dan muhibbah yang tinggi yang seterusnya akn menjana kepada kestabilan politik, ekonomi, kesihatan dan integrasi antara kaum.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by freekey at 25-6-2007 11:26 AM
Aku dah lama nak tanya korang pasal ni..
Especially bila dekat highway.. lorong laju.. Pastu kereta kat depan korang tu.. 10 lagi kereta boleh masuk kat depan dia.. Dia slumber la ...
kasik high beam..hon...
kalau dia buat dek gak..potong kiri...turun window...angkat jari..tunjuk "SIGN"...:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by assaffah at 28-6-2007 05:17 PM
Jauh sangat kaitan antara memandu dan kestabilan politik tu
mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan tidak jauh kaitan antara dua faktor tersebut. andainya kestabilan politik tidak wujud, kemungkinan wujudnya demonstrasi jalanan dimana-mana yang menuntut macam-macam. apabila terjadinya demonstrasi, maka kesesakan jalan raya juga akan turut berlaku.
Kemakmuran ekonomi negara kita telah membolehkan rakyat negara ini memiliki kenderaan sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan bertambahnya bilangan kenderaan berdaftar sebanyak 8% setiap tahun secara purata. Pada tahun 1996 jumlah kenderaan berdaftar adalah 7.7 juta dan jumlah ini telah meningkat kepada 12.8 juta pada tahun 2003. Peningkatan ini amat berkait dengan peningkatan kestabilan politik dan cara memandu. |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat pemikiran ko ni
Originally posted by Fast-N-Furious at 29-6-2007 08:13 AM
mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan tidak jauh kaitan antara dua faktor tersebut. andainya kestabilan politik tidak wujud, kemungkinan wujudnya demonstrasi jalanan dimana-mana yang men ... |
|
|
|
|
|
|
|
Pramugara yg terlampau
Originally posted by CharlieDale at 29-6-2007 12:25 PM
Kereta kebal lambat....lagi orang high beam ko lagi ada....
kau guna ni jer.....buat pilihan sama ada nak 120mm smoothbore ataupun ATGM?
http://farm1.static.flickr.com/179/482266764_ ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #89 Fast-N-Furious's post
terasa mcm membaca watikah yg dipertuan besar negeri di atas bayu..... sempena penganugerahan darjah kebesaran dan pangkat... |
|
|
|
|
|
|
| |
|