CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Sejauh Mana Al Quran Perlu Ditafsir Menggunakan Akal

[Copy link]
Post time 18-12-2006 06:57 PM | Show all posts
salam

susahlah cam ni
saya tak boleh join lagi MM
pasal apa yeeeee????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2006 08:01 PM | Show all posts
Salamun alaikum semua,

Rasullullah bukan buta huruf. Rasullullah boleh membaca dan menulis. Bolehkah Rasullullah tulis Al-Quran?
Jika Imam Syafie boleh khatam Al-Quran dua kali sehari, sekali pada waktu siang dan sekali lagi pada waktu malam(rujuk biografi Imam Syafie), masakan pula Rasullullah yang bertahun-tahun menyampaikan Al-Quran tidak mampu menulis atau menyalin walaupun senaskah Al-Quran yang lengkap sepanjang hayatnya.

Al-Quran pada zaman Rasullullah ditulis atas pelepah kurma dan kulit binatang?
Tiada pula tulisan-tulisan diatas pelepah kurma atau kulit binatang untuk keseluruhan 6,236 ayat Al-Quran yang disimpan dalam mana-mana muzium atau tempat simpanan khazanah-khazanah Islam. Apakah yang menjadi rujukan utama Khalifah Othman untuk memastikan Al-Quran yang dikumpulkan olehnya tepat 100% dengan yang diturunkan kepada Rasullullah? Perawi-perawi?

Ini yang menarik sekali. Nabi tidak membenarkan atau melarang 'hadith'nya ditulis. Kenapa dan mengapa?
Jawapan 'default' ialah takut nanti umatnya terkeliru antara Al-Quran dan 'hadith'nya.  Logikkah? Nabi, yang diajar Allah dan pernah mengadakan perjanjian bertulis dengan pihak-pihak lain, tidak mampu untuk menulis dan membezakan penulisan Al-Quran dengan 'hadith' untuk mengelakkan umatnya terkeliru. Sedangkan baginda mengetahui yang Al-Quran dan 'hadis' adalah dua perkara(ada 'hadis' kata ahlul-bait juga diwariskan oleh baginda) yang bakal diwariskannya kepada umatnya terkemudian. Ada juga diforum lain yang mereka bagi alasan kekurangan bahan seperti kertas, kulit, pelepah kurma dsb. jika digunakan untuk menulis 'hadith' sekali. Islam dizaman Nabi berada pada tahap yang tertinggi dan alasan-alasan sebegini tidak menggambarkan kegemilangannya. Islam pada zaman Nabi telah membawa penganutnya mendahului zaman. Agama Islam pada zaman ini telah memutarkan masa kebelakangan.

Allah berfirman, "Seorang rasul daripada Allah, dengan membacakan naskhah-naskhah gulungan yang dibersihkan," (98:2)
Al-Quran yang saya imani berasal dari 'naskhah-naskhah gulungan' yang dimaksudkan oleh ayat diatas. Bukan dari pelepah-pelepah kurma dan kulit-kulit binatang. Prof. Dr. H. Mahmud Yunus menterjemahkan 'naskhah-naskhah gulungan' sebagai 'lembaran-lembaran suci'.

Pernahkah tengok?
Seumur hidup, tidak pernah tengok dengan mata kepala tetapi sudah menyaksikan dengan mata hati.

Sekianlah dulu. Anyashaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.


[ Last edited by  damat at 19-12-2006 08:04 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 10:39 PM | Show all posts
Originally posted by damat at 19-12-2006 08:01 PM
Salamun alaikum semua,

Rasullullah bukan buta huruf. Rasullullah boleh membaca dan menulis. Bolehkah Rasullullah tulis Al-Quran?
Jika Imam Syafie boleh khatam Al-Quran dua kali sehari, sekali p ...


Salamun Alaikum..........
Beginilah acapkali perbincangan yang mungkin hanya Kiamat menjadi penghujungnya. Hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI. Setiap usaha untuk mengkedepankan betapa pentingnya PERCAYA SEPENUHNYA kepada Al-Quran sentiasa terheret daripada fokusnya atau tersasar dari matlamatnya bila hal-hal kesampingan menjadi tunggangan yang membebankan pundak.  Kenapakah perkara seperti bagaimana jenis huruf asal samada bertanda atau tidak, medium apa yang menjadi perantara, sebab apa diturunkan pada waktu itu(seolah-olah ia hanya sah pada waktu itu), dan lain-lain lagi perkara yang bukan primer menjadi sasaran untuk menenggelamkan tujuan HAQIQI tentang penurunan AL-Quran ini?  

JAMINAN ALLAH mengenai tanggungjawabNya sendiri untuk memelihara IBU segala MU'JIZAT ini, juga JAMINAN mengenai tiada kebengkokan pada Kalam ALLAH ini, PERINTAH agar diHumbanbuang jauh-jauh KERAGUAN pada PEMBEZA(AL-FURQAN) ini, SURUHAN agar berjihad dengan memahami sendiri PENGAJARAN(AL-HIKMAH) ini: Tidakkah berjuang dengan aqal kurniaan ALLAH untuk memahami sendiri isi Al-Quran ini merupakan satu JIHAD? kenapa tidak kita ambilbuat sebagai AZIMAT paling utama? (JANGAN BIARKAN IBLIS MEMALINGKLAN KITA DARI FOKUS INI)

Bai'at tiap-tiap Nabi ALLAH dan Rasul ALLAH untuk menjalankan misi utama mereka, iaitu MengEsakan ALLAH termasuklah Nabi Muhammad SAW seringkali ditenggelamkan dengan ayat-ayat lain, yang hanya diambil dalam konteks yang sempit dengan menggambarkan Nabi Muhammad bebas menggunakan kaedah sendiri, lalu  ayat-ayat seperti  mengenai Janji mereka sebagai Pesuruh ALLAH(bukan Pesuruh kepada diri sendiri) seringkali dipendamkan dan hanya ayat-ayat yang menggambarkan Rasulullah SAW berhak menjadikan 'hadith' sebagai sumber sampingan mengenai syari'at ALLAH(kebanyakannya diletakkan didalam kandungan sebagai pendapat mufassirin, tetapi seolah-olah itulah ayat ALLAH pada pandangan orang lain. Maksud saya priority ayat-ayat ALLAH dalam konteks sequences dan analogi mengenai tugas Rasul agar tidak kita terkeliru sehingga seolah-olah Rasulullah diturunkan lagi firman kepadanya selain dari AL-Quran.

Contohnya bila ada ayat yang menerangkan Rasulullah itu sebagai suri tauladan, kita wajib menghubungkan suri tauladan itu dengan tugasan beliau, dan tugasan beliau adalah termaktub kepada menyampaikan wahyu yang ALLAH firmankan  melalui JIBRAIL dan Hanya melalui Al-Quran.  Sistem yang ALLAH amalkan ini amat MAHA TERATUR.  Tetapi dengan izin ALLAH jualah Iblis dapat mengarahkan Syaitan untuk menyelewengkannya, tetapi sayang ia hanya dapat dibuat dan dilakukand dari 'LUAR', ya.............hanya dari luar.........Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran  melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.وما يذكر الا اولوا الالباب

(5:103)
Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah, tidak juga Saa'ibah, tidak juga Wasilah dan tidak juga Haam. Akan tetapi orang-orang kafir itu sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya.
واكثرهم لا يعقلون

Sebagai satu pertanyaan:

(10:35)
Bertanyalah: Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang dengan memberi petunjuk kepada kebenaran? Katakanlah: Allah jualah yang memberi hidayat petunjuk kepada kebenaran; maka adakah yang dapat memberi hidayat petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah dia diberi hidayat petunjuk?
Maka apakah alasan sikap kamu itu?
Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan?

Bersama kita berfikir menggunakan AQAL yang ALLAH anugerahkan ini...........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 10:59 PM | Show all posts
SALAM

iyelah saudaraku
memang tak dinafikan MUHAMMAD tahu tulis baca
atau tak tahu tulis baca
sama saja
tapi kenapa beliau tidak menulisnya
bahkan semasa pemerintahan ABU BAKAR atau OMAR
4 atau 5 naskah salinan lengkap AL QURAN ditulis
dan diagihkan ke tempat tempat....
manakala satu disimpan oleh khalifah
HANYA SEBAGAI RUJUKAN
jika ada perteligahan ttg satu satu AYAT
dan mereka masih BELAJAR DAN MENGAJAR
SAMA SEPERTI
NABI MENERIMANYA

tapi kenapa????????????
saya masih tercari cari persoalan ini dan seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 08:15 PM | Show all posts
Salamun alaikum ayyohpeen dan semua,

Originally posted by ayyohpeen at 19-12-2006 10:39 PM
Setiap usaha untuk mengkedepankan betapa pentingnya ...

Maaf jika saya katakan yang umat Islam lebih gemar menoleh kebelakang dan bergerak menuju kearahnya dari memandang kehadapan dan mencorakkan masa depan ummah. Bertambah malang apabila yang dituju itu ialah bahagian silam yang gelap. Allah menurunkan Al-Quran untuk memudahkan hamba-hambaNya, yang ingin sangat diikuti oleh hamba-hambaNya adalah perkara-perkara yang menyesakkah dada.

Sejarah memang perlu dihargai dan dirujuk agar perkara yang baik dapat diteladani dan yang buruk disempadani. Bagaimanapun jika sejarah itu memburukkan Nabi-Nabi yang saya imani dan tidak selari dengan Al-Quran, seperti yang kerapkali diadakan kepada Nabi Muhammad, maka sejarah itu wajib saya tolak. Saya tidak mahu beriman kepada manusia yang buta huruf, kuat nafsu seks hingga kena kahwin sampai sepuluh dan sanggup pula berkahwin dengan kanak-kanak dibawah umur, sedangkan sifat-sifat Nabi yang Allah senaraikan dalam Al-Quran tidak menunjukkan ciri-ciri negatif itu tadi. Nabi yang saya imani mempunyai sifat-sifat yang mulia sahaja. Malangnya sejarah-sejarah negatif ini begitu hebat dipromosikan oleh umat Islam sendiri dan apabila orang mendakwa 'nabi' mereka kuat seks, umat Islam mengamuk tak tentu hala. Perasan tak yang tiada seorang pun 'ulama' yang menetapkan sebagai 'sunat' untuk berkahwin dengan kanak-kanak dibawah umur? Ini kerana takut nanti ada lelaki yang masuk meminang anak mereka sendiri yang masih dibawah umur. Kalau Al-Quran tidak menghadkan kahwin empat, dah tentu mereka kata 'sunat' kahwin sampai sepuluh.

Samakah yang buta huruf dengan yang tidak buta huruf? Hanya mereka yang buta sahaja yang tidak nampak perbezaannya.

Sekianlah dulu. Anyashaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2006 07:42 PM | Show all posts
salam

kedepan ka, ke belakang ka
saya rasa tak kisah la kot nuuuuuu
tapi yang UTAMA dan TERBAIK
AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR
dr fitrah kejadian manusia sejak penciptaan ADAM
hingga kiamat
saya rasa tak berubah
CUMA MANUSIA YG MENGUBAH HUKUMNYA

NABI buta huruf????
tak pa kot, kalau TERANG MATA HATINYA
NABI KUAT NAFSU??? cuba perhatikan balik cara depa hidup masa tuuuu
dan kan bagi perempuan akil baligh dlm usia 11 - 14 tahun?????
harap saudara faham ayat yg terakhir tuuuuu
saya pun baru dapat PENJELASANNYA!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
nurul_yusra This user has been deleted
Post time 30-12-2006 03:17 PM | Show all posts
mengapa tdk mencari hikmah di sebalik Allah jadikan Rasulullah seorang ummi?

mengapa tdk ambil tahu  betapa kuatnya ingatan Rasulullah wlupn seorg ummi??

mengapa tak mencari sbb dan hikmah Rasulullah kahwin ramai??

sblm mengeluarkan sesuatu pendapat pastikan kita kaji apa yg kita perkatakan..

yg penting rujuk dgn al-Quran dan Sunnah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2006 06:14 PM | Show all posts
salam

memang baik pesanan saudara
tetapi
maukah MANUSIA MENGAMBIL PELAJARAN DARINYA??????
dan saya pun masih manusia gak!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nurul_yusra This user has been deleted
Post time 30-12-2006 06:34 PM | Show all posts
mau atau tidak...sbg umat islam kita saling mengingati..manusia selalu lupa dan lalai..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 11:15 AM | Show all posts
salam

memang BETUL kata saudara
BERPESANAN DGN KEBENARAN DAN KESABARAN
tapi sekali lagi
bila disebut MANUSIA
kan penuh dgn KELALAIAN!!!!!
LUPA dan MERASA DIRI MEREKA SERBA CUKUP!!!!!!!

SESUNGGUHNYA SEBENAR BENAR KETERANGAN DIATAS MUKA BUMI ADALAH AL QURAN
DAN SEBAIK BAIK IKUTAN ADALAH IKUTAN NABIMU
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 06:27 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 3-1-2007 10:15 AM
salam

memang BETUL kata saudara
BERPESANAN DGN KEBENARAN DAN KESABARAN
tapi sekali lagi
bila disebut MANUSIA
kan penuh dgn KELALAIAN!!!!!
LUPA dan MERASA DIRI MEREKA SERBA CUKUP!!!!!!!

S ...


Kekadang teringat lak hadis dari Ibn Abbas tentang peristiwa hari Khamis tu...Khalifah Umar mengatakan cukup bagi kami AlQuran yang ada ditangan kami. Bila Rasulullah SAW meminta kertas dan pena untuk menulis wasiat terakhir baginda kepada ummat.:hmm:

Ada sesiapa boleh jelaskan???
Reply

Use magic Report

myvistream This user has been deleted
Post time 6-1-2007 04:33 PM | Show all posts

Reply #1 fleurzsa's post

alquran x leh ditafsir ngan akal  dekkk.
Reply

Use magic Report

nurul_yusra This user has been deleted
Post time 6-1-2007 06:09 PM | Show all posts

Reply #92 myvistream's post

memule..

para sahabat tafsir dr Al-Quran tu sendri...mksdnye ayat A-Quran yg

umum akan ditafsir pd ayat yg lain yg lbh khusus..cam terjadinye hukum

minum arak tu..

pastu kalau xde tafsir dr ayat Quran br rujuk pd Rasulullah...

lps Rasulullah wafat..para sahabat tafsir guna ijtihad mereka sendri..

kita sbg org awm xleh main tafsir je..kene rujuk kitab tafsir r..

tp bg pengkaji hadith ni ada mcm2 r ijtihad ke arah mencapai natijah yg

plg tepat..sape2 pn bleh cebur bdg kaji hadis ni aslkn ikhlas dan mendalami

asas2 yg diperlukan dlm kajian..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 02:50 PM | Show all posts
Salam myvistream, nurul-yusra dan semua,

Salah disisi ajaran Al-Quran apabila menghalang penggunaan akal untuk memikirkan ayat-ayat Al-Quran. Terdapat banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang menuntut kita memikirkan Al-Quran. Jika tiada akal, bagaimana seseorang itu boleh berfikir? Lagipun, bukan semua ayat-ayat Al-Quran ditafsirkan oleh 'hadis' Rasulullah,yang diperakui sahih oleh semua agamawan Islam, dan ada juga ayat-ayat yang langsung tiada tafsiran 'hadis'. Jika akal tidak dapat digunakan maka bagaimanakah pula seseorang dapat memahami ayat-ayat sebegini?

Jika benarlah akal tidak boleh digunakan, bolehkah berikan tafsirkan ayat-ayat yang mempunyai format seperti berikut ini?

24:35. Allah ialah Cahaya langit dan bumi; persamaan Cahaya-Nya seperti sebuah ruang di dalam dinding yang di dalamnya ada sebuah pelita. Pelita di dalam kaca. Kaca seakan-akan bintang berkilauan yang dinyalakan daripada pokok yang diberkati, zaitun, yang bukan dari Timur dan bukan juga dari Barat. Minyaknya hampir-hampir menerangi walaupun tiada api menyentuhnya. Cahaya di atas Cahaya. Allah memberi petunjuk kepada Cahaya-Nya, siapa yang Dia mengkehendaki. Dan Allah membuat persamaan-persamaan untuk manusia, dan Allah mengetahui segala sesuatu.

Sekianlah dulu. Anyashaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.
Reply

Use magic Report

nurul_yusra This user has been deleted
Post time 7-1-2007 05:54 PM | Show all posts

Reply #94 damat's post

mmglah bkn semua ayat al-Quran ditafsirkan oleh hadith..tp kalau nk

gunakan akal sekali punkita perlu merujuk kitab tafsir jugak tmbh plak kita

ni bkn org arab...lg pun al-Quran tu sendri hanya dpt ditafsir ikut

kemampuan akal manusia yg mempunyai syarat2 sbg pentafsir...mksd sbnr

hanya Allah yg tahu..

sbb tu lah kita perlu merujuk..seperti ayat yg saudara bg tu ada tafsirannya

didalam kitab tafsir..dan tafsiran dr kitab tafsir tu adalah hasil kajian drp

hadith2 dan ada jugak ijtihad sendri..nk jd pentafsir ni ada jugak

syarat2nye..

sbb tu lah kita tak boleh tafsir ikut akal kita je..kena rujuk sama..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 09:33 PM | Show all posts

Reply #95 nurul_yusra's post

Salam nurul_yusra,

Sila buktikan hujah anda. Juga senaraikan syarat-syarat yang diperlukan untuk mentafsirkan Al-Quran yang disepakati oleh semua agamawan(ulama).


Soalan peribadi untuk anda:
Adakah terlalu susah memahami dan mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran yang memerintahkan untuk memberi dan menjawab salam?

Sekianlah dulu. Anyashaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nurul_yusra This user has been deleted
Post time 7-1-2007 09:52 PM | Show all posts

Reply #96 damat's post

Dari segi syarat penafsir, khusus bagi penafsiran yang mendalam dan menyeluruh, ditemukan banyak syarat. Secara umum dan pokok dapat disimpulkan sebagai berikut: (a) pengetahuan tentang bahasa Arab dalam berbagai bidangnya; (b) pengetahuan tentang ilmu-ilmu Al-Quran, sejarah turunnya, hadis-hadis Nabi, dan ushul fiqh; (c) pengetahuan tentang prinsip-prinsip pokok keagamaan; dan (d) pengetahuan tentang disiplin ilmu yang menjadi materi bahasan ayat. Bagi mereka yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas tidak dibenarkan untuk menafsirkan Al-Quran.

boleh msk web ni..

http://media.isnet.org/islam/Quraish/Membumi/Batas.html
Reply

Use magic Report

nurul_yusra This user has been deleted
Post time 7-1-2007 09:59 PM | Show all posts

Reply #96 damat's post

perkataan tafsir tu agak tidak sesuai sy rasa..

memberi dan menjawab salam tu sy hrp terjawab dgn pernyataaan

dibawah..

Ibn 'Abbas, yang dinilai sebagai salah seorang sahabat Nabi yang paling
mengetahui maksud firman-firman Allah, menyatakan bahwa tafsir terdiri
dari empat bagian: pertama, yang dapat dimengerti secara umum oleh
orang-orang Arab berdasarkan pengetahuan bahasa mereka; kedua, yang
tidak ada alasan bagi seseorang untuk tidak mengetahuinya; ketiga, yang
tidak diketahui kecuali oleh ulama; dan keempat, yang tidak diketahui
kecuali oleh Allah.33
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 10:45 PM | Show all posts

Reply #97 nurul_yusra's post

Salam nurul_yusra,

Saya mendapati perselisihan dalam artikel(link) yang anda berikan. Pada perenggan ke-9 penulis menyatakan;

Dari sini seseorang tidak dapat dihalangi untuk merenungkan, memahami, dan menafsirkan Al-Quran. Karena hal ini merupakan perintah Al-Quran sendiri, sebagaimana setiap pendapat yang diajukan seseorang, walaupun berbeda dengan pendapat-pendapat lain, harus ditampung. Ini adalah konsekuensi logis dari perintah di atas, selama pemahaman dan penafsiran tersebut dilakukan secara sadar dan penuh tanggung jawab


Dan pada perenggan seterusnya pula mengenakan batasan untuk mentafsirkan Al-Quran dan menampakkan perselisihan antara perintah Allah dengan peraturan ciptaan manusia.


Dalam kebebasan yang bertanggung jawab inilah timbul pembatasan-pembatasan dalam menafsirkan Al-Quran, sebagaimana pembatasan-pembatasan yang dikemukakan dalam setiap disiplin ilmu. Mengabaikan pembatasan tersebut dapat menimbulkan polusi dalam pemikiran bahkan malapetaka dalam kehidupan.


Dengan mengenakan batasan, secara tidak langsung menidakkan hak individu untuk menjalankan perintah Allah untuk merenung, memahami dan mentafsirkan Al-Quran.

Pada perenggan yang lain pula, secara terangan dilarang mereka yang tidak memenuhi syarat ciptaan manusia untuk mentafsirkan Al-Quran, yang mana kenyataan ini bertentangan dengan kenyataan pada perenggan ke-9 itu tadi.

Dari segi syarat penafsir, khusus bagi penafsiran yang mendalam dan menyeluruh, ditemukan banyak syarat. Secara umum dan pokok dapat disimpulkan sebagai berikut: (a) pengetahuan tentang bahasa Arab dalam berbagai bidangnya; (b) pengetahuan tentang ilmu-ilmu Al-Quran, sejarah turunnya, hadis-hadis Nabi, dan ushul fiqh; (c) pengetahuan tentang prinsip-prinsip pokok keagamaan; dan (d) pengetahuan tentang disiplin ilmu yang menjadi materi bahasan ayat. Bagi mereka yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas tidak dibenarkan untuk menafsirkan Al-Quran.


Jika sesuatu itu bukan dari Allah, nescaya terdapat perselisihan didalamnya.

Sekianlah dulu. Anyashaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.
Reply

Use magic Report

nurul_yusra This user has been deleted
Post time 7-1-2007 10:48 PM | Show all posts

Reply #99 damat's post

kesimpulannya...:hmm:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.211004 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list