CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tictactoe

ALAHAI SAJALI...

[Copy link]
Post time 23-12-2006 09:14 AM | Show all posts

KEKHUATIRAN DI TAMAN

KEKHUATIRAN DI TAMAN

kekhuatiran ditaman
adalah kewajaran dihati
dengan berhati-hati
setiap yang wajar dialami

kekhuatiran ditaman
jaga dalam diri pasti
yang berubah-ubah
demikianlah

SAJALI BIN MOHAMAD
23 disember 2006
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2006 09:19 AM | Show all posts

BUAT EFHA

BUAT EFHA

pertemuan kita sekadar rasa
antara dua hati hanya perasaan
dan tiada pertaruhan dan
pertautan apa-apa

percintaan kita yang berputik itu
sekadar rasa yang tidak dapat
diwarisi sampai bila-bila

segalanya kita aturkan adalah
kata-kata manis yang tak cukup gula
dan janji-janji kita cuma
astana pasir

kita pun sama-sama tidak tahu
kenapa dan mengapa
kita bina kebahagiaan dihati kita
yang tanpa kita restui
dalam sebuah ikatan

jadilah ini
arca cinta yang
tiada siapa boleh nampak


SAJALI BIN MOHAMAD
23 disember 2006
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2006 09:24 AM | Show all posts

EFHA

EFHA

efha
macam manalah kita boleh menoreh janji
sedangkan ketidakujudan
antara kita

efha
yang tidak apa-apa itu
bukanlah kosong
namun untuk difikir-fikirkan


SAJALI BIN MOHAMAD
23 disember 2006
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2006 09:29 AM | Show all posts

PESANAN FAIZAH

PESANAN FAIZAH

pesanan faizah
khabarkan  bahawa aku perlu dirawat
dengarkan dahulu suaranya nan manja
sebelum aku beredar

pesanan faizah
supaya aku tidak lupa
bahawa aku disayangi
dan aku memerlukan belaian
kasih sayang

pesanan faizah
realiti soal hati
budinya tinggi
tiada terjejas
walau tsunami melanda

SAJALI BIN MOHAMAD
23 disember 2006
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2006 09:41 AM | Show all posts

KHABARNYA

KHABARNYA

khabarnya
aku masih ketinggalan jauh
kerana kealpaanku
disebabkan aku masih bergelar aku

khabarnya
aku akan menerima khabar-khabar
dari masa kesemasa
untuk menghias dandan aku

khabarnya
aku dikirim kata kiasan
untuk menjawab soalan
dalam soalan ada jawapan
dalam jawapan ada soalan

khabarnya
titik titik titik titik titik titik titik


SAJALI BIN MOHAMAD
23 disember 2006
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2006 07:25 PM | Show all posts

BIASALAH

BIASALAH

biasalah
aku kagum kepada
pertaruhan yang berakhir dengan
sebuah pertautan

biasalah
aku letakkan tandatanya
pada sesuatu
untuk aku sendiri
mencari jawapannya

SAJALI BIN MOHAMAD
23 dis 2006

[ Last edited by  sajali at 23-12-2006 07:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2006 08:47 AM | Show all posts
Originally posted by abby_R at 19-12-2006 12:10 AM
1st time kamek maca thread "alahai sajali" tok...best juak oo....kelakar laa en sajali tok...the way kitak me reply komen2 forumers wat kamek gelik ati jak..hehe..sungguh berbunga2 bahasa ...


terima kasih,kalau ada masa terluang jenguk2lah selalu ALAHAI SAJALI, kalau nak komen tulisan-tulisan atau karya SAJALI BIN MOHAMAD adalah
amat  dialu2kan, kerana SAJALI MOHAMAD budak baruk belajar.

salam
SAJALIMOHD

[ Last edited by  sajali at 24-12-2006 08:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2006 08:04 AM | Show all posts

PERTEMUAN ITU

PERTEMUAN ITU

pertemuan itu
ruparupanya sarat
dengan cerita
yang tidak perlu
ditamatkan

pertemuan itu
ada janji untuk ditunaikan
ada rahsia yang tak
perlu dirahsiakan

pertemuan itu
tetap berlaku
seperti biasa seperti selalu
menitah aku
meredah ombak
memikir cerita dari pelangi
mengumpul cerita  dihantar senja


SAJALI BIN MOHAMAD
25 dis 2006

[ Last edited by  sajali at 25-12-2006 08:07 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2006 06:40 AM | Show all posts

KESILAFANKU

KESILAFANKU

dari kesilafanku yang berulangkali telah aku lakukan
orang mengata aku memanglah aku
dan memang betul aku

dari kesilafanku itu
aku insaf diri
akan kekerdilanku
memang patut diiringi dengan kesilafan selalu
agar aku tidak
lupa diri

SAJALI BIN MOHAMAD
26-dis-2006
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 07:00 AM | Show all posts

SEPERTI

SEPERTI

yang lalulalang itu aku lihat
seperti tidak menghiraukan
aku yang terasing ditengah ribut manusia

kerusuhan mindaku
hanya akan usai
seperti menarik rambut dalam tepung

aku seperti orang yang mencari
sesuatu yang telah pasti itu
masih dalam peti besi yang terkunci

SAJALI BIN MOHAMAD
26-disember-2006
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 07:35 AM | Show all posts

DI SINI

DI SINI

di sini kini
berlumbalumba
mengejar mimpi ngeri
nyanyian yang tetap sumbang

SAJALI BIN MOHAMAD
29 dis 2006
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 08:35 AM | Show all posts
Saya pun pandai berpuisi.

MANGKUK

Mangkuk digunakan untuk makan
Mangkuk ada dalam tandas juga
Mangkuknya aku menulis puisi mangkuk ini
Tapi kau lebih mangkuk kerana membacanya


Prof.Jinggo
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 08:16 PM | Show all posts
Originally posted by Prof.Jinggo at 29-12-2006 08:35 AM
Saya pun pandai berpuisi.

MANGKUK

Mangkuk digunakan untuk makan
Mangkuk ada dalam tandas juga
Mangkuknya aku menulis puisi mangkuk ini
Tapi kau lebih mangkuk kerana membacanya


Prof.Ji ...


Tengah layan puisi bang Sajali...tang ada2 jak puisi mangkuk:geram: indah
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2006 07:00 PM | Show all posts

DI SENJA SEPI

DI SENJA SEPI

disenja sepi
kerinduan mengusik hati
dirantai kesedihan
kerana kisah semalam
tidak dapat dikembalikan

SAJALI BIN MOHAMAD
30 12 2006
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2006 12:43 PM | Show all posts

Reply #94 sajali's post

Ahli baru.....pande nak juak berpuisi......pa2 pun, selamat raya aji....

[ Last edited by  indukdara at 31-12-2006 12:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2007 07:07 AM | Show all posts

KELAK KU MADAH

KELAK KU MADAH


kelak ku madah
mun kita sempat bertemu
bab ya
ator jak dolok
siney kita dapat berondeng
apa-apa ajak bah

SAJALI BIN MOHAMAD
1 1 2007
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2007 10:23 AM | Show all posts

Reply #96 sajali's post

bang jali...

YA KU MADAH

padah...padahlah....
walau berrtemu sik sempat
apa lagik...
bab ya.. nak lain juak
diator udah..
apa lagik berondenglah
apa-apa jak bah
Ya ku madah..

INDUKDARA
1.1.2007

[ Last edited by  indukdara at 1-1-2007 10:24 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2007 10:49 PM | Show all posts
Originally posted by indukdara at 1-1-2007 10:23 AM
bang jali...

YA KU MADAH

padah...padahlah....
walau berrtemu sik sempat
apa lagik...
bab ya.. nak lain juak
diator udah..
apa lagik berondenglah
apa-apa jak bah
Ya ku madah..

INDUKD ...



WAITLAH DOLOK FIRST, kamek gik tengah carik idea camney nak madah, dan apa nak dipadah

salam
SAJALI BIN MOHAMAD
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2007 06:46 AM | Show all posts

KESANGSIAN

KESANGSIAN

kesangsian itu sentiasa pagi dan siang
membantu memberi jawapan kepada semua soalan
menyiang bicara-bicara yang mencari pengertian

kesangsian adalah telus
menunjuk panjang pendek jalan fikir
penentu ke mana harus dituju

kesangsian tidak pernah tidur nyenyak

SAJALI BIN MOHAMAD
2 jan 2007
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 02:27 PM | Show all posts

WARNA

WARNA

warna mencalar balar kanvas
dengan keindahannya
ceria dan muram
mengumpul kecelaruan
untuk aku mengenalkan
satu persatu
warna pelangi
semuanya bukan bisu

SAJALI BIN MOHAMAD
3 jan 2007
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.192311 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list