|
KEK COKLAT MOIST
Kek Coklat Moist
Bahan:
2 cawan tepung Superfine
1/2 cawan koko
1 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh soda bikarbonat
3/4 cawan mentega
1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan esen vanila
3 biji kuning telur
1 cawan air
3 biji putih telur
1 camca teh kopi
Cara Membuatnya:
->Pukul mentega, gula dan esen vanila sehinbgga kembang.
Kemudian masukkan kuning telur satu per satu hingga selesai.
Pukul lagi sehingga adunan naik dan kembang.
->Sambil itu masukkan juga semua bahan kering sehingga habis dan
air, kacau hingga sebati.
->Bakarlah dengan suhu 350 C dalam masa 25 hingga 30 minit.
Untuk Membuat Coklat Fudge
Bahan:
1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan air suam
1 cawan susu sejat
1 cawan gula putih
1/2 camca teh garam halus 1 camca teh esen vanila
1 camca teh kopi
2 biji kuning telur
1 1/2 cawan tepung jagung
1/4 cawan mentega
Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan ini dan masaklah seperti biasa. Biarkan
coklat fudge ini sejuk, barulah disalut ke atas kek yang telah
siap.
Selamat mencuba! |
|
|
|
|
|
|
|
BUBUR LAMBUK TANJUNG KELING
Bubur Lambuk Tanjung Keling
Bahan:
7 camca besar minyak masak
2 liter air
200 gm daging tetel
300 gm beras
50 gm kacang dal, direndam semalaman
Garam secukup rasa
3 camca besar daun sup hiris
3 camca besar daun bawang hiris
Bawang goreng (daripada 7 biji bawang merah)
Bahan tumis:
3 cm kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 camca besar serbuk kurma
5 biji buah pelaga
1 camca besar bawang putih, dikisar
1 camca besar bawang merah, dikisar
1 camca besar halia, dikisar
Cara membuat:
Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan tumis. Kacau
sehingga terbit bau.
Masukkan air, kacau rata. Kemudian masukkan daging yang dihiris, kacau
lagi. Biar ia masak sehingga daging lembut.
Masukkan beras dan kacang dal dan kacau rata. Biarkan kedua-dua bahan
ini kembang.
Masukkan garam dan masak 15 minit.
Apabila masak, masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Enak
dimakan untuk berbuka puasa. |
|
|
|
|
|
|
|
SOTONG KUKUS BERSANTAN
Sotong Kukus Bersantan
Bahan-bahannya:
350 gm daging ayam - dihiris
250 gm sotong - dibersihkan
sedikit daun ketumbar & lobak merah -dihiris
Bahan sos:
1 kiub stok ayam
50 ml kerim
1 mangkuk santan kelapa
1 sudu kecil tepung jagung
sedikit serbuk kunyit & garam
Cara Membuatnya:
1. Gaulkan daging ayam dengan daun ketumbar dan lobak merah.
Kemudian sumbatkan ke dalam perut sotong. Kukus selama 10
minit. ketepikan.
2. Satukan semua bahan sos. Panaskan sekejap
3. Sotong dipotong dan diletakkan di dalam pinggang hidang.
tuangkan sos hingga rata dan panas-panas. |
|
|
|
|
|
|
|
TART NANAS CRUMBLE
Tart Nanas Crumble
Bahan-bahannya:
170 gm tepung gandum }diayak
1 sudu besar serbuk koko }sekali
4 sudu besar mentega
2 sudu besar guloa aising
sedikit badam kisar
1 sudu kecil garam
1 biji telur
Bahan Untuk Inti:
%00 gm nanas
1 sudu kecil halia muda
60 ml sirap nanas
Bahan Untuk Crumble:
170 gm gula kastor
4 sudu mentega
100 gm tepung gandum
90 gm kelapa parut dalam tin
Cara Membuatnya:
1. Inti; Kisar nanas, sirap dan halia hingga hancur. Kemudian
kukus inti selama 30 minit. sejukkan
2. Crumble; Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang
3. Masukkan tepung gandum dan kelapa parut. Gaul dengan hujung
jari hingga adunan berderai. Kemudian simpan dalam peti
sejuk
4. Doh; Satukan mentega, Garam, Badam kisar, gula aising dan
telur dalam mangkuk adunan. Gaul hingga adunan rata
5. Masukkan tepung gandum, serbuk koko dan gaul ratsa
6. Kemudian masukkan doh ke dalam acuan tart sambil dtekan-
tekankan hingga padat. bubuhkan inti nanas di atasnya dan
ratakan
7. Akhir sekali, Taburkan parutan crumble kelapa diatasnya
8. Bakar tart ini dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan
suhu 200C selama 30 minit
9. Setelah masak, sejukkan. Kemudian ayakkan gula aising
di atasnya hingga rata |
|
|
|
|
|
|
|
sayur campur goreng
Sayur Campur goreng
Bahan-bahannya:
200 gm bunga kubis }di
1 batang serai }cincang
50 gm kacang panjang (dipotong 6 cm panjang)
1 biji lobak merah (dipotong halus memanjang)
4 keping tauhu (dikiub)
1 tangkai daun sup } Di
1 tangkai daun ketumba }cincang
3 ulas bawang merah }di
3 ulas bawang putih }hiris
4 cm halia }nipis
4 camca teh halia
1 camca teh besar minyak bijan
1 camca teh besar madu
150 ml stok sayur
1 camca besar teh jagung
2 camca besar sos tiram
1 camca teh jus lemon
1 camca teh serbuk sambal belacan
garam & serbuk lada sulah untuk perasa
Cara membuatnya:
1. Satukan tauhu, sos tiram, madu, daun sup, daun ketumbar-
dicincang.
2. Panaskan minyak dan gorengkan bahan hiris. Masukkan sayuran
berperingkat- berperingkat. Goreng sehingga masak
3. Masukkan bahan campuran stok, tepung jagung, jus lemon
dan serbuk sambal belacan.
4. Kacaukan sehingga pekat. Bubuh garam dan serbuk lada sulah.
Hidangkan panas-panas. |
|
|
|
|
|
|
|
NASI GORENG KEROPOK BELINJAU
Nasi Goreng Keropok Belinjau
Bahan-bahannya:
400 gm nasi
40 gm marjerin cair
40 gm sayur campur
100 gm udang (dibuang kulitnya)
50 gm isi ayam (dihiris nipis )
2 ulas bawang merah - }ditumbuk
2 ulas bawang putih - }halus
1 camca teh serbuk lada sulah
1 camca teh serbuk cili
1 kiub stok ayam
2 tangkai daun bawang (potong serong)
1 tangkai daun ketumbar (dicincang)
50 gm keropok belinjau (digoreng)
Cara membuatnya:
1. Panaskan marjerin dan masukkan bahan tumbuk, udang, isi ayam,
serbuk lada sulah, serbuk cili dan kiub stok ayam.
2. Masukkan nasi dan gaul hingga rata
3. Masukkan sayur campur, daun bawang dan daun ketumbar. Kacau
hingga rata
4. Hidangkan bersama keropok belinjau. |
|
|
|
|
|
|
|
Spaghetti Sardin
Spaghetti Sardin
Bahan-bahan
2 tin besar sardine
1 botol kecil sos tomato
2 btg bunga kantan
3/4 tangkai daun kesum
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cawan air
garam+gula
Cara Membuatnya
1. Tumis bawang besar (didadu)+bawang putih cincang hingga wangi.
2. Masukkan ikan sardin dihancurkan (tanpa kuah).
3. Masuk sos tomato+air.
4. Masuk daun kesum + bunga kantan (keduanya diracik).
5. Masak hingga menggelegak.
6. Masukkan tomato didadukan.
7. Biarkan kuah pekat (api perlahan).
8. Rasakan garam + gula.
sumber: dari email kawan |
|
|
|
|
|
|
|
Rainbow Marble Puding Blackmore
Bahan-bahannya:
2 bungkus serbuk agar2
1350ml air paip
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepung custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya
Caranya:
Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
Pukul telur sebentar menggunakan whisker. Kemudian masukkan susu dan
tepung custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar-agar dan kacau lagi hinggarata serta masak semula sehingga adunan mendidih. Kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk. Bubuhkan koko (yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata. Adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah.
Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk
jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu.
Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain-lain benda yang keras. Tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat. Ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan.
Rainbow Marble Pudding nie ialah hidangan lemak manis yang memang
elok dijadikan hadiah pada hari pertunangan ataupun hari ulang tahun rakan sekerja.
sumber: email dari kawan |
|
|
|
|
|
|
|
Snowy Heart Cookies aka Biskut Cerelac
Bahan:
500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)
600 |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa pandei molah mi kolok ? Teringin nak makan. Lamak dah sik makan sejak sik balit kuching tok. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by french_fry at 27-12-2006 03:19 PM
Sapa pandei molah mi kolok ? Teringin nak makan. Lamak dah sik makan sejak sik balit kuching tok.
mun ada masa singgah di kafe akademi, padang golf Perbadanan Stadium Negeri Sarawak,(berdepan dgn Stadium Perpaduan) ada jual mi kolok, makan sekali, nak lagi, rasanya special la
salam
SAJALI MOHAMAD |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sajali at 25-12-2006 01:16 PM
Kek Coklat Moist
Bahan:
2 cawan tepung Superfine
1/2 cawan koko
1 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh soda bikarbonat
3/4 cawan mentega
1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan esen vanila
3 bij ...
malas mek nak molah uncle jali.sikda masa mok polah.kitak polah ngan kamek leh sik?heheheheh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adziah at 29-12-2006 12:01 AM
malas mek nak molah uncle jali.sikda masa mok polah.kitak polah ngan kamek leh sik?heheheheh..
SAJALI BIN MOHAMAD - sik pandai molah mana-mana resepi, cuma suka ngumpul resepi, tgh cari resepi untuk di posting
di board tok lagi, sabar2lah menanti, dh kumpul resepi masa gik sekolah primari, kemudian menulis
puisi sejak sekolah sekondari |
|
|
|
|
|
|
|
KEK HATI PARIK
KEK HATI PARIK
Bahan-bahannya:
10 biji telur gred B ( 2 biji di buang putihnya)
8 gelas tepung gendum
4 gelas gula merah
300 gm kismis hitam
1 keping coklet catbury
16 oz mentega
4 sudu bicarbonate of soda
2 gelas gula pasir (dihanguskan)
7 sudu browning sugar
1 botol kecil horlick (200gm)
Cara-cara membuatnya:
Mentega digaul dengan gula merah hingga rata
Masukkan telur gaul rata
Masukkan horlick, tepung gendum, kismis
Masukkan tepung gendum yang dicampur bicarbonate,
coklet,
browning sugar,
Akhir sekali masuk gula hangus
Kukus selama 8 jam
Tutup acuan dengan kertas plastic semasa mengukus
SELAMAT MENCUBA |
|
|
|
|
|
|
|
LAKSA LEMAK
LAKSA LEMAK
BAHAN-BAHAN
1 kg. laksa basah
4 - 5 ekor ikan selayang atau kembung (dipanggang tawar)
1 biji kelapa parut diambil santannya.
sedikt lada hitam
4 ulas bawang merah
2 keping asam gelugur
(Dihiris halus untuk dibuat ulam)
2 biji timun
1 ikat pucuk gajus
1 ikat kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
(Sambal)
2 biji limau nipis
4 camca besar cili giling
sedikit belacan
sedikit garam
CARA CARA
1. Tumbukkan lada hitam, bawang merah bersama isi ikan
2. Jerangkan santan serta masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama dua keping asam gelugur. Kacau sehingga mendidih supaya kuahnya tidak tergentel .
3. Masukkan garam dan sesuaikan rasanya barulah diangkat. Semua bahan yang dipotong halus tadi di masukkan ke dalam satu bekas yang berasingan. Letakkan belacan , garam dan cili giling dalam pinggan yang berasingan 4.Hidangkan 1 bekas laksa, 1 bekas kuah,1 bekas ulam dan 1 bekas sambal.Ketika hendak makan barulah dituangkan kuahnya. Sertakan juga dengan bahan-bahan yang telah dipotong.
sumber: dari emel kawan |
|
|
|
|
|
|
|
Bang Jali....ada resepi Bihun Belacan kah??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lamola at 6-1-2007 12:49 AM
Bang Jali....ada resepi Bihun Belacan kah???
insyaallah, kamek coba carik dolok, mun ada kmk posting di thread tok
salam
SAJALIMOHAMAD |
|
|
|
|
|
|
|
wow...abg jali..awal juak kitak log on pagi tuk tek....gd morning!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
yalah....mun ada resepi mi kolok...sila jak :setuju: :ting: posting di situk :ting: |
|
|
|
|
|
|
|
Senang jak molah Bihun Belacan. Bihun direndam dlm air panas, then tus. Cabik merah ditumbuk dgn belacan sampei lumat. Baruk ungkah air asam jawa & gula to taste. Taugeh dibuang akar, shrimp dibuang kulit/dibersihkan, celur dlm air panas. Dlm mangkuk, simpan bihun, tabur taugeh, shrimp, sotong kembang, telur hitam & tuang kuah belacan. Mun ada pitis, tuang sikit. Perah dgn limau kesturi. Dah ready utk dimakan.
PS. Ada org tabur kacang tanah tumbuk atas mee. Kuah mee ada guna cornflour pakei nyuruh kuah pekat. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|