taiqoaboi This user has been deleted
|
Persandingan Siti bakal mengejutkan
Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
[email protected]
RAHSIA demi rahsia. Biarpun tiga siri Tiada Rahsia sudah berakhir dengan tersiarnya Tiada Rahsia siri ketiga yang dikendalikan oleh hos, Ally Iskandar pada malam Sabtu lepas di TV3, namun masih terdapat banyak lagi rahsia yang melingkari perkahwinan Siti dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.
Mungkin sesetengahnya terlerai hari ini bersempena majlis pertunangan dan akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada pagi ini.
Namun, debaran semakin kuat menunggukan majlis persandingan Siti menjelang 28 Ogos ini di Dewan Pameran Kuala Lumpur Convention Centre (Dewan Pameran KLCC).
Kenapa tidak, kerana khabarnya ada kejutan yang menunggu untuk semua pada hari persandingan itu nanti. Apakah kejutan itu?
Sebenarnya itulah janji perancang perkahwinan Siti dan Datuk K, Datuk Raja Rezza Shah atau Shah Rezza.
揂pa yang boleh saya katakan buat masa ini, majlis persandingan Siti akan menyentuh perasaan sesiapa jua yang menontonnya, |
|
|
|
|
|
|
taiqoaboi This user has been deleted
|
Siti, Khalid bersatu akhirnya
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA,
AMREE AHMAD, SYAZWAN
ZAKARIAH dan MALIAH SURIP
[email protected]
KUALA LUMPUR |
|
|
|
|
|
|
taiqoaboi This user has been deleted
|
慣ak kecil hati jika dipanggil Siti bukan Datin
|
|
|
|
|
|
taiqoaboi This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
taiqoaboi This user has been deleted
|
Bapa Siti menangis gembira
|
|
|
|
|
|
taiqoaboi This user has been deleted
|
CORAT - CORET PERNIKAHAN CT
Haron Din buat recce
KEHADIRAN tokoh akademik yang tidak asing di negara kita, Datuk Dr. Haron Din sejurus sebelum ketibaan pasangan pengantin baru Siti-Datuk K bukan sahaja mengejutkan jemputan malah menarik perhatian ramai.
Beliau bersama pembantunya dilihat meninjau persekitaran ruang utama dewan solat, tempat berlangsung pernikahan sebelum beredar meninggalkan majlis selepas acara ijab kabul berakhir dengan selamat.
Mas kahwin idea bapa
IDEA jumlah wang hantaran dan mas kahwin dicetuskan oleh bapa Siti, Tarudin Ismail. Wang hantaran bernilai RM30,000 itu diilhamkan daripada jumlah 30 juzuk surah dalam al-Quran, manakala mas kahwin berjumlah RM 22,222.00 mengambil berkat tempoh al-Quran disiapkan iaitu 22 tahun 2 bulan dan 22 hari.
Krew TV Indonesia kecewa
BEBERAPA wakil media dari Indonesia kesal dengan layanan 択urang memuaskan |
|
|
|
|
|
|
taiqoaboi This user has been deleted
|
Destinasi cinta Siti, Khalid
Oleh MALIAH SURIP
& SYAZWAN ZAKARIAH
[email protected]
SELESAI sudah episod lama kehidupannya sebagai seorang gadis pingitan. Epilog baru kini dibuka dengan kenangan dan peristiwa yang bukan sedikit manisnya.
Pagi itu, di rumah Tuhan, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur yang sangat indah seni binanya, ribuan tetamu menyaksikan noktah sejarah zaman solo penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza. Di situlah tempat termeterainya sebuah cinta suci.
Tanggal 21 Ogos 2006 bersamaan dengan 27 Rejab 1427, Siti sah diijabkabulkan dengan Datuk Khalid Mohammad Jiwa atau lebih dikenali dengan nama Datuk K.
Mereka selamat dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Nasroddin Mat Daud.
Dengan sekali lafaz, penyanyi berusia 27 tahun ini menerima mas kahwin sebanyak RM22,222 mengambil sempena tempoh 22 tahun, dua bulan dan dua hari Al-Quran disempurnakan.
Diiringi dengan wang hantaran berjumlah RM30,000 bersempena dengan jumlah 30 juzuk Al-Quran, Siti turut menerima tujuh dulang hantaran daripada sang suami.
Mengambil keberkatan sambutan hari mulia Israk Mikraj, dunia baru Siti bermula saat akad dilafazkan tepat pukul 11.35 pagi. Berbunga-bunga wajahnya, penuh bahagia. Tiada segaris pun tanda duka terlihat.
Riak sayu hanya dipamerkan saat mengenang diri bukan lagi milik keluarga sepenuhnya dan cabaran sebagai seorang isteri menanti di depan. Titis air mata yang mungkin cuba ditahan terlerai jua saat memeluk ayahanda tercinta, Tarudin Ismail dan bonda, Siti Salmah Bachik.
揂lhamdulillah, syukur semuanya berjalan lancar dan kini Siti sudahpun menjadi isteri orang. Siti harap fasa baru kehidupan ini mampu Siti jalani dengan sempurna. Siti berjanji untuk menjadi isteri yang solehah, |
|
|
|
|
|
|
taiqoaboi This user has been deleted
|
Catatan majlis pernikahan
KEMERIAHAN majlis pernikahan penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin dengan usahawan ternama, Datuk Khalid Mohamad Jiwa semalam mencatat rekod baru dalam direktori dunia hiburan.
Siti mencuri tumpuan seluruh rakyat Malaysia kerana inilah julung-julung kali perkahwinan artis tempatan disiarkan secara langsung menerusi televisyen.
Berikut catatan wartawan KOSMO! mengenai apa yang berlaku pada majlis pernikahan Siti dan Khalid di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur semalam.
zn Hampir 2,000 tetamu memenuhi Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur seawal pukul 8.30 pagi lagi. Selain keluarga daripada kedua belah pihak, majlis bersejarah ini juga turut disaksikan oleh para jemputan yang terdiri daripada golongan kenamaan dan selebriti.
Antara yang hadir ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah serta isteri.
Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob bertindak sebagai ketua adat bagi pihak pengantin perempuan, sementara bekas Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalib dilantik sebagai ketua adat bagi pihak pengantin lelaki.
zn Selain wartawan tempatan, masjid akad nikah 憈erbesar |
|
|
|
|
|
|
taiqoaboi This user has been deleted
|
Strawberi coklat pengikat cinta
Majlis pertunangan
l Hantaran daripada
pihak lelaki
Tema: Adiwarna yang berlatarkan warna emas dengan lapik dulang kain tenunan songket
1. Sirih junjung
2. Cincin jenama Bvlgari beserta bunga rampai
3. Kalung emas putih dan berlian yang berloketkan kalimah Allah
4. Halwa manisan
5. Telekung
lHantaran daripada
pihak perempuan
Tema: Sanggar Bayu yang berlatarkan warna putih dan perak
1. Sejadah
2. Al-Quran
3. Manisan
4. Sepersalinan kain songket dan baju Melayu
5. Bunga Rampai
6. Wajik
7. Kek
Majlis Perkahwinan
lHantaran daripada
pihak lelaki
Tema: Azimat Cinta yang berlatarkan warna pink dengan hiasan bunga emas
1. Wang hantaran
2. Tas tangan jenama Louis Vuitton
3. Jam tangan jenama Roger Dubuis
4. Bunga rampai
5. Sepersalinan kain
6. Manisan strawberi bercecah coklat
7. Set aksesori Chopard
l Hantaran daripada pihak perempuan
Tema: Sebenar Cinta yang berlatarkan warna hijau limau dengan dulang perak
1. Cincin jenama Audemars Piguet
2. Jam tangan Richard Mille
3. Tali pinggang jenama Brioni
4. Set cufflink jenama Louis Vuitton
5. Sepersalinan kain songket dan baju Melayu
6. Sepasang sut hitam
7. Butang baju Melayu
8. Kek
9. Bunga rampai |
|
|
|
|
|
|
| |
|