|
aku minat betul nk tgk peristiwa ni... biar ler beribu2 kali pun ... hati tetap nak tonton... peristiwa penting tu beb |
|
|
|
|
|
|
|
mana2 pun di dunia ini tetap ada ampu bos.. Yang kita pandang mereka yang berkorbankan nyawa pada bangsa n negara. Tragedi merekalah yang terpahat dijadikan sejarah... |
|
|
|
|
|
|
fizan This user has been deleted
|
sebak tul bile bace sumer fakta mengenai bukit kepung..dulu mase kecik tengok citer tu memang la menakutkan..pastu baru baru ni pun ada di tayangkan balik..memang kecut perut lah...sebab aku ni jenis menghayati sejarah malaysia kut...than pasal chin peng merayu nak masuk malaysia balik tu tak yah la...buat mengabehkan boraih yo...buat kaum kerabat mangsa kerakusan komunis bertambah menderita...haramkan dia dari menjejaki tanah malaysia..kalau dia mintak maap sampai berdarah air mata pun, tak koser le kerajaan nak kasi kerakyatan kat dia...eii teremosi plak ni...geram geram |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
filem bkt kepong tu buat kat pekan lenga.. aku rasa cina2 yg dok bukak kedai kat depan balai polis bkt kepong tu semua keturunan komunis tuh.. haha |
|
|
|
|
|
|
Taufan This user has been deleted
|
Originally posted by pessona at 7-7-2006 02:16 AM
filem bkt kepong tu buat kat pekan lenga.. aku rasa cina2 yg dok bukak kedai kat depan balai polis bkt kepong tu semua keturunan komunis tuh.. haha
ish... betulke ?
risau pulak aku |
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
Pada waktu itu, balai polis ni biasa la kena 'ambush' di komunis. Tapi ada sape - sape yang tau apa hukuman British sekiranya balai polis di 'ambush' dan senjata dilarikan.
Jangan la emosi sgt kalo nak bincang pasal sejarah. Nanti tak nampak yang mana betul atau salah. |
|
|
|
|
|
|
|
Fakta sejarah:
Komunis yang menyerah diri kepd kerajaan Malaysia diberi tanah, rumah dan elaun oleh YM Tunku Abd Rahman
Pasukan pertahanan negara serta waris mereka pula sering masuk program "Bersamamu" dan akhbar kerana kemiskinan?
Baiknyaaaaaaa :kerek: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
Originally posted by ReuK at 14-7-2006 11:08 AM
Fakta sejarah:
Komunis yang menyerah diri kepd kerajaan Malaysia diberi tanah, rumah dan elaun oleh YM Tunku Abd Rahman
Pasukan pertahanan negara serta waris mereka pula sering masuk program ...
Itu pun kenyataan jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kali pertama Asia tahu pasal peristiwa Bukit Kepong ni adalah melalui buku Bukit Kepong yang Asia beli di pameran buku semasa Asia darjah enam. Entah mana datangnyer ilham nak beli buku tu...Asia hampir2 menangis semasa baca buku tu... Tak sangka masa f4 ada pulak belajar dalam sastera... Ada sekali tu tertengok filem Bukit Kepong kat RTM1...aduh..sedih betul la...masa tu betul2 menitiskan mata.... tak suka tengok ramai orang terkorban... patut citer nih ditayang lagi buat pengajaran untuk generasi muda...Biar mereka lebih menghargai kemerdekaan yang dikecapi oleh kita semua ni sekarang....Kesenangan hidup kita sekarang ni ditukar dengan nyawa2 pasukan pertahanan negara.... |
|
|
|
|
|
|
|
semua detai dah ada...technology canggih pun dah ada...harap Datuk Jin akan buat "Bukit Kepong-retold"...masih berlatarbelakangkan era yg sama...mesti boom filem ni...
hero aku cadangkan-azri iskandar
pelakon lain.eja,rosyam,..etc..yg betul2 muka melayu tulin...
[ Last edited by anaktoyol at 14-10-2006 08:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #90 anaktoyol's post
Baik buat cite lain....la ni ramai nak orang nak revise sejarah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Muzium Bukit Kepong - Abadikan semangat juang pasukan polis
Oleh AMIR SARIFUDIN
Sebut saja Peristiwa Bukit Kepong yang berlaku berhampiran Muar, Johor, pasti ramai yang mengetahui tragedi sedih tersebut.Apa tidaknya, ramai anggota polis termasuk keluarga dan anak-anak mereka terbunuh akibat serangan pengganas komunis yang tidak berhati perut itu.
Namun, kematian anggota-anggota polis serta keluarga mereka itu tidak sia-sia.
Mereka telah mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong dengan mempertaruhkan nyawa sendiri.
Peristiwa Bukit Kepong yang berlaku pada 23 Februari1950 itu juga memperlihatkan bahawa anggota-anggota polis itu berjuang hingga ke titisan darah terakhir.
Malah, lebih menarik lagi ketika berjuang mempertahankan serangan hampir 200 pengganas komunis itu, keluarga anggota-anggota berkenaan turut mengangkat senjata dan berjuang bersama suami masing-masing.
Setiap detik yang berlaku ketika Peristiwa Bukit Kepong itu merupakan sejarah amat bermakna kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Lipatan sejarah itu telah mengangkat martabat pasukan polis.
Moral daripada peristiwa itu ialah setiap anggota polis sanggup mempertahankan negara walaupun nyawa sendiri terkorban.
Dengan kata lain, mereka berjuang demi bangsa, negara dan agama.
Inilah kenyataan yang tidak boleh dikikiskan daripada lipatan sejarah tersebut.
Namun, sejarah yang berlaku itu mungkin diketahui dan dihayati oleh kebanyakan generasi lama terutama pasukan keselamatan sendiri.
Persoalannya apakah generasi muda kini memahami serta menghayati sepenuhnya Peristiwa Bukit Kepong itu?.
Apakah kalangan generasi muda itu mengambil inisiatif untuk mengenai melalui pembacaan buku-buku berkaitan peristiwa yang berlaku?
Apa pun jawapannya, tepuk dada tanya selera.
Namun, usaha-usaha kini dilakukan oleh PDRM untuk mengabadikan peristiwa tersebut.
Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Saharudin Samsudin berkata, PDRM dalam perancangan untuk membina Muzium Bukit Kepong di tapak bekas balai polis berkenaan.
"Muzium Bukit Kepong itu sebagai mengabadikan fakta sejarah perjuangan polis ketika mempertahankan balai Bukit Kepong dari serangan pengganas komunis.
"Muzium itu juga sebagai bukti bahawa pasukan polis sanggup berjuang hingga titisan darah terakhir tanpa merelakan balai polis ditawan oleh pihak musuh.
"Ia juga membuktikan bahawa setiap anggota polis tidak pernah terlintas untuk menyerah diri ketika berhadapan dengan situasi sedemikian,'' katanya.
Pembinaan Muzium Bukit Kepong itu dirasakan tepat pada waktunya walaupun sejarah tersebut sudah berlalu sekian lama.
Melalui muzium itu juga, PDRM dapat mengekalkan fakta yang berlaku untuk dihayati oleh generasi-generasi akan datang.
"Penghayatan terhadap peristiwa yang berlaku itu juga amat penting bagi generasi muda dalam pasukan polis sendiri.
"Kita mahu setiap anggota polis generasi muda mengetahui perjuangan orang-orang sebelum mereka.
"Kita mahu semangat perjuangan anggota-anggota terdahulu bukan sahaja dikenang, malah dijadikan idola serta perangsang oleh setiap anggota polis generasi masa kini,'' katanya.
Menurut Saharudin, langkah mewujudkan Muzium Bukit Kepong antara lain mengekalkan fakta sejarah supaya tidak luput.
"Jika bahan-bahan serta fakta sejarah mengenai peristiwa itu tidak diabadikan, kemungkinan orang akan lupa.
"Kita mahu, apabila disebut sahaja Peristiwa Bukit Kepong, orang akan mengingatinya sebagai satu lipatan sejarah yang amat ternilai.
"Melalui muzium itu nanti, PDRM mahu ketengahkan bahawa semangat juang yang ditunjukkan setiap anggota polis ketika itu telah membawa kepada negara mencapai kemerdekaan dan seterusnya kita bebas dari ancaman pengganas komunis.
"Perjuangan pasukan keselamatan itu sebenarnya telah memberi penghidupan baru kepada setiap rakyat untuk hidup dengan aman dan tenteram,'' katanya.
Beliau berkata, PDRM juga merancang supaya Peristiwa Bukit Kepong itu dididik di peringkat sekolah.
Jelasnya, pegawai-pegawai PDRM yang memberi ceramah di sekolah-sekolah akan menyelitkan peristiwa yang berlaku.
"Melalui langkah ini, PDRM dapat mendidik golongan pelajar sekolah mengenai semangat juang yang dipamerkan oleh anggota-anggota polis.
"Kita harap langkah ini juga dapat menyemaikan rasa cinta dan sayang generasi muda terhadap keamanan yang dikecapi masa kini,'' katanya.
Saharudin berharap, melalui Muzium Bukit Kepong itu, orang ramai dapat menghargai perjuangan pasukan polis.
"Jika sejarah Perang Dunia Kedua ramai yang tahu kejayaan pasukan Bersekutu seperti Amerika Syarikat, kita juga mahu rakyat dan pelancong asing tahu Peristiwa Bukit Kepong.
"Muzium Bukit Kepong ini adalah mengenai semangat juang, pengorbanan dan jati diri anggota-anggota polis dalam mempertahankan negara,'' katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kehidupan baru bekas pengganas
Oleh MEOR HARMAN MEOR SHAKRI
KIRA-KIRA 40 tahun lalu, ramai daripada pemimpin muda masuk ke dalam hutan selepas menyedari perjuangan mereka itu tidak direstui oleh majoriti rakyat dan kerajaan negara ini.Nama-nama seperti Chin Peng, Chen Tian dan Rashid Maidin ketika itu begitu sinonim dengan dasar ideologi sosialis Karl Max dan Mao Zedong yang mula menular di beberapa negara Asia.Selain mereka, nama tiga serangkai lagi seperti Abdullah C.D., Eng Ming Ching (Suriani) dan Abu Samah Mohd. Kassim tidak terlepas daripada menjadi `orang buruan' pasukan keselamatan.
Walaupun berselindung di sebalik perjuangan menentang penjajahan, ramai yang menyedari bahawa fahaman berbahaya yang didukung itu tidak diterima dalam agama dan budaya masyarakat Malaysia.Peristiwa Bukit Kepong di Johor menyegarkan ingatan tentang keganasan yang dibawa oleh ideologi komunisme apabila rakyat tidak merestui perjuangan yang dibawa oleh kumpulan tersebut.Keganasan membalas dendam menyaksikan ramai anggota perajurit negara yang terkorban malah ramai lagi menanggung kesan kecederaan yang menjadi tokak sehingga ke akhir hayat.Biarpun begitu, sejarah membuktikan perjuangan yang sia-sia akan ada kesudahannya. Ramai yang akhirnya akur dengan angin perubahan termasuklah bekas-bekas pengganas komunis yang kini meniti kehidupan dalam keadaan yang lemah dan dimamah usia.
``Kami di sini sihat dan hidup biasa. Inilah kampung kami dan tidak mungkin kami kembali semula ke Malaya (Malaysia),'' kata Abdullah menjawab soalan wartawan Mingguan Malaysia.Setelah sekian lama beliau menjadi buruan dalam rimba raya, akhirnya bekas Pengerusi PKM itu memilih untuk menjalani hidup biasa sebagai orang kampung sahaja pada masa sekarang.Abdullah berasal dari Lambor Kiri, Perak. Lulus darjah lima Sekolah Melayu Parit, kemudian belajar di Sekolah Inggeris Tapah sebelum ke Sekolah Inggeris Clifford di Kuala Kangsar setakat darjah tujuh dan berhenti apabila Perang Dunia Kedua meletus.Abdullah kini memimpin 436 penduduk di Kampung Banchulabhorn Pattana 12, selatan Thailand yang kebanyakannya mengusahakan tanaman getah serta bercucuk tanam untuk menyara kehidupan.Majoritinya adalah bekas pengganas komunis yang memilih negara jiran itu untuk mengharungi sisa hidup selepas puluhan tahun menghuni belantara dalam perjuangan yang sia-sia.Kampung Banchulabhorn Pattana 12 terletak di daerah Sukhirin yang mengambil masa sejam perjalanan dari pekan Sungai Golok, melalui kawasan bergunung-ganang berdekatan dengan sempadan.
Abdullah atau nama sebenarnya Cik Dat Anjang Abdullah, 80, ketika itu ditemani isterinya, Suriani Abdullah @ Eng Ming Ching, 79, dan rakan baiknya, Abu Samah Mohd. Kassim, 77.Abdullah dan Abu Samah mengenakan baju kemeja lengan panjang agak lusuh dan berseluar seperti fesyen di tahun-tahun 50-an manakala Suriani pula berbaju kurung dan bertudung kepala.Kedua-dua pasangan itu saling memegang erat tangan masing-masing malah tidak pernah lekang seperti ketika bersama-sama memimpin Rejimen Ke-10 PKM yang berpangkalan di Sukhirin.Abu Kassim yang tidak pernah kering dengan senyuman bertubuh agak besar malah kedua-dua tangannya sentiasa dimasukkan ke dalam poket seluar dan agak selesa berbicara dengan gayanya.
Mereka bersama-sama dengan bekas anggota PKM yang pernah menentang kerajaan Malaysia kini menjadi `orang kampung' mengusahakan tanah yang diberikan oleh kerajaan negara jiran.Mereka ramah walaupun pada masa dahulu memainkan peranan penting dalam insurgensi dan darurat yang telah mengorbankan banyak nyawa terutama anggota-anggota pasukan keselamatan.Perkampungan Abdullah C.D. tidak ubah seperti perkampungan yang wujud sebelum merdeka. Kedudukannya jauh terpencil dan didirikan berdekatan dengan gua yang menjadi tempat latihan dan pentadbiran semasa bergiat dalam perjuangan bersenjata.
Abdullah C.D. tidak banyak bercakap malah isterinya, Suriani yang lebih banyak menjadi jurucakapnya. Mungkin disebabkan Abdullah mengalami masalah pendengaran kerana faktor usianya.Suriani yang berasal dari daerah Sitiawan, Perak tidak lagi menyarung baju hijau dan bertopi bintang tiga, sebaliknya dia tampak selesa berbaju kurung sambil mengenakan tudung kepala.Kediamannya di Sitiawan pada masa dahulu dikatakan tidak jauh dari rumah bekas Setiausaha Agung PKM, Chin Peng.Dia pernah dikenali sebagai wanita besi dalam PKM. Malahan karakter ketika zaman mudanya berbanding sekarang berbeza, pertuturannya berhati-hati dan perlahan ketika berkata-kata.Namun, percakapannya sentiasa berhati-hati. Malahan, setiap reaksinya kepada soalan yang diutarakan sentiasa berpaksikan kepada jasa perjuangannya semasa menentang penjajah British.Malah pada suatu ketika, apabila penulis mengajukan soalan yang agak sensitif, wajah Suriani bertukar merah dan beliau tampak tidak selesa dengannya, renungan matanya tampak tajam. |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan..
Senjata
``Anak ini dari mana dan bekerja dengan siapa? Mengapa tanya soalan ini. Kami dah lama tinggalkan perjuangan bersenjata, malah senjata yang kami simpan dulu pun semua dah dimusnahkan.``Ia sejajar dengan kehendak dalam perjanjian Perdamaian Hadyai antara pihak kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand, semuanya telah musnah,'' ujarnya sambil memandang Abdullah.Menurut Suriani, selepas perjanjian perdamaian itu, beliau dan kebanyakan anggota PKM termasuk suaminya Abdullah C.D. telah banyak berubah dan tidak lagi mengikat diri dengan polisi perjuangan bersenjata yang semakin menjadi sia-sia.
Katanya, bekas Setiausaha Agung PKM, Chin Peng telah datang menemui mereka beberapa hari sebelum rundingan perdamaian itu dan menyatakan tentang respons daripada ahli-ahli PKM sendiri.`Masa itu Abdullah kata, semuanya setuju 100 peratus untuk menamatkan peperangan ini. Persetujuan ini bagi kami bukan bermakna serah diri tetapi penyelesaian terhormat,'' katanya.Malah, katanya lagi, pihaknya tidak menyerahkan semua senjata yang dimiliki kepada kerajaan sebaliknya mengambil tindakan memusnahkannya sendiri berdasarkan kehendak dalam perjanjian.Bagi Suriani, ideologi komunis dianggap perkara biasa dalam sosialis walaupun PKM tidak lagi menggerakkan aktivitinya.
Menceritakan aktivitinya setiap hari, setiap pagi dia dan suaminya akan bersembahyang subuh berjemaah di sebuah masjid di situ bersama-sama dengan penduduk kampung berkenaan.Kemudian, katanya, beliau bersama suami dan Abu Kassim akan melakukan senaman `Tai Chi' bagi tujuan mengekalkan kesihatan sebelum menunggu terbit matahari untuk pergi menoreh getah.``Kadang-kadang emak (Suriani) dan ayah (Abdullah) selalu membaca buku-buku dan berehat di rumah sahaja,'' ujarnya yang enggan menyatakan judul buku yang dibaca oleh pasangan itu.Akhbar Utusan Malaysia menjadi kesukaan pasangan tersebut kerana melaluinya mereka mengikuti perkembangan yang berlaku di negara ini termasuk kemajuan yang telah dicapai.Mereka juga amat mengagumi ketokohan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dalam memacu perkembangan Malaysia sekali gus membawa banyak perubahan kepada rakyat negara itu.
Di suatu sudut di kampung itu, terdapat sebuah rumah kecil yang kini dijadikan muzium mini bagi memperingati perjuangan bekas pengganas komunis seperti senjata dan alat komunikasi.Buku-buku yang dilambakkan di atas sudut bacaan pula adalah karya Suriani sendiri yang banyak menceritakan sejarah dan gerakan unit-unit risikannya dalam mencari sokongan.Buku-buku itu telah menceritakan bagaimana PKM menggunakan pelbagai taktik termasuk perang saraf untuk menarik sokongan rakyat terhadap perjuangan mereka menentang pihak kerajaan.Dalam mengembangkan dakyah komunis PKM menggunakan bermacam-macam teknik untuk menarik rakyat menyertai perjuangan mereka ini termasuklah mencipta bait puisi dalam nyanyian nasyid.Di samping itu, mereka juga menggunakan irama-irama ronggeng lama seperti Pisang Emas, Cek Minah Sayang, Mak Inang, Kain Batik, Pucuk Perah, Tanjung Katung, Ala Canggung, Ayuh Lanang dan Tepuk Amai-amai ke dalam rentak ronggeng `revolusioner'.
Kata-kata di dalam lagu langgam itu diubah dengan isi-isi progresif sosialis sehingga ia menjadi kesukaan bukan sahaja kepada anggotanya yang berbangsa Melayu malahan kaum Cina.Sementara itu, Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Pak Samah merupakan bekas anggota jawatankuasa pusat PKM. Dia dilahirkan di Semantan, Temerloh, Pahang pada tahun 1926.Pak Samah adalah anak keempat daripada enam adik-beradik. Pernah mendapat pendidikan di sekolah Melayu sehingga darjah lima kemudian ke sekolah agama dan Arab selama tiga tahun.Menurutnya, dia menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) semasa usianya 11 tahun dan pernah menyertai pasukan sukarela pada zaman remajanya untuk melawan penaklukan tentera Jepun.
``Kemasukan saya ke dalam hutan kerana melawan penjajah Inggeris,'' katanya ketika ditanya tujuan asal dia menyertai pertubuhan subversif yang tidak direstui oleh pihak kerajaan.Pak Samah agak pendiam. Karakternya seperti Suriani yang cuba menonjolkan perjuangannya menentang penjajah sebagai alasan utama menyertai kawan-kawannya masuk ke dalam hutan.Perkahwinannya tidak kekal kerana hidupnya sentiasa penuh dengan diari perjuangannya. Penglibatannya dalam politik bermula pertengahan tahun 1939 selepas menyertai KMM.
Setahun kemudian, dia memasuki Federated Malay States Volunteer Force berpangkat lans koperal. Pada tahun 1943, dia berundur ke Singapura menjadi anggota pasukan Hei Ho.Dengan pangkat sebagai sarjan dalam pasukan Hei Ho sehingga tahun 1945, dia melarikan diri dan balik ke Semantan dan berhubung dengan tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA).Dia menyertai PKMM pada 1946. Selepas perisytiharan undang-undang darurat, Abu Samah melarikan diri ke dalam hutan menjadi anggota Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya dan anggota PKM pada tahun 1948.
Pada masa itu dia disifatkan menjadi orang utama menyusun strategi PKM di kampung-kampung dan bandar Temerloh.Dia juga pernah diserang hendap pada tahun 1951 oleh tentera kerajaan tetapi nasibnya baik kerana berjaya melepaskan diri.Beberapa tahun kemudian, dia mendapati perjuangan semakin sia-sia untuk berdepan dengan kekuatan pasukan keselamatan lantas berundur ke sempadan dan menjadi ketua di sana.Lewat tahun 50-an, dia menjadi komisaris politik dalam PKM dan memimpin pasukan propaganda komunis dan platun merdeka sebelum menjawat jawatan sebagai anggota jawatankuasa pusat.Rentetan hidupnya banyak dihabiskan di dalam hutan. Abu Samah memberitahu, dia tidak menyesal dengan apa yang dilaluinya selama ini. Semua itu adalah sejarah dalam kehidupannya.Dia juga seperti rakan-rakannya yang lain dalam PKM sebelum ini, menjadi buruan pasukan keselamatan negara. Hidupnya kini bernasib baik kerana masih berpeluang untuk pulang ke pangkal jalan walaupun tidak lagi di tempat kelahirannya di Pahang. |
|
|
|
|
|
|
|
Memperingati tragedi Bukit Kepong
BAGI Johar Katan, 69, peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong, Muar, oleh gerombolan pengganas komunis pada 23 Februari 1950, yang mengorbankan 17 orang anggota polis, keluarga dan Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) genap 49 tahun lalu, adalah tragedi yang sukar dilupakan. Ini kerana, beliau yang ketika itu bertugas sebagai anggota unit Operation Squad, Platun Ke-6, tentera British berpangkalan di Lenga, adalah antara yang mula-mula melihat mayat-mayat anggota polis rentung bersama keluarga mereka.
''Suasana sedih menyelubungi kawasan itu. Semua orang tidak dapat berkata-kata kerana terlalu amat sedih apabila melihat keadaan mayat anggota polis dan keluarga yang dibunuh dan dibakar bersama Balai Polis itu. Tambah memilukan kami, apabila dua orang kanak-kanak perempuan adik beradik, termasuk seorang darinya dalam buaian menangis sambil memanggil emaknya yang terbakar,'' cerita Johar kepada Utusan.
Dalam peristiwa itu, sebanyak 17 orang anggota pasukan keselamatan terdiri daripada polis, pasukan kawalan kampung termasuk Ketua Polis Balai Bukit Kepong sendiri, Sarjan Jamil Mohd. Shah gugur dalam keadaan menyayat hati. Lain-lain anggota polis yang terbunuh Koperal Mohd. Yasin Abdul Wahab, Lans Koperal Jidin Omar, Jaafar Hassan, Ibrahim Adam, Hassan Othman, Hamzah Ahmad dan beberapa lagi.
Johar yang kini menjadi Ketua Kampung Lenga, Muar, menceritakan, kanak-kanak perempuan itu yang dijumpai selamat di luar bangunan balai polis tersebut dikenali sebagai Zakiah Abubakar berusia lebih kurang setahun setengah dan adiknya Rokiah masih dalam buaian.
''Zakiah yang duduk di sisi buaian adiknya menangis sambil melihat api yang masih marak membakar mayat anggota-anggota polis termasuk ibunya sendiri,'' katanya.
Katanya, bapa kedua-dua orang kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Abubakar, seorang anggota Polis Marin, masih hidup walaupun menerima sebelas das tembakan yang dilepaskan oleh pengganas komunis semasa dia terjun ke Sungai Muar untuk mendapatkan bantuan.
Pada ketika itu, rasa kebenciannya terhadap pengganas komunis begitu memuncak sekali.
''Kalaulah pengganas masih ada pada ketika itu, saya akan tembak mereka sehingga semua peluru saya habis,'' tambahnya. Mengimbau kembali peristiwa tersebut, Johar menceritakan, pada pagi hari kejadian dia berada di pos Lenga dan mula terdengar bunyi tembakan sayup-sayup jauh dari sebelah Bukit Kepong pada kira-kira pukul 3 pagi.
Oleh kerana bunyi letupan itu berterusan kata beliau, pasukannya lantas bersiap sedia dengan alat kelengkapan tentera dan bertindak memberitahu pengawal kampung yang bertugas di pos tentera dekat Lenga.
''Apabila bunyi dentuman semakin rancak, kami terus ke Balai Polis Lenga yang terletak di tepi Sungai Muar dekat pekan Lenga pada ketika itu untuk melapor diri sebagai persediaan jika tenaga kami diperlukan.
''Anggota-anggota polis di balai polis itu tidak begitu pasti tentang bunyi tembakan sama ada ia adalah pertempuran antara pengganas dengan Home Guard atau dengan pihak lain,'' tambah beliau.
Bagaimanapun katanya, setelah mendapat maklumat yang mengatakan anggota Parti Komunis Malaya (PKM) bercita-cita hendak memusnahkan Balai Polis Bukit Kepong, dia dan rakan-rakannya mula bertindak.
''Sewaktu kami pergi ke panggung kapal (pangkalan bot) Sungai Muar di Lenga, kami nampak cahaya terang benderang dari arah pekan Bukit Kepong. Kami serta-merta menghubungi polis dan tentera untuk membawa satu pasukan bantuan ke Bukit Kepong melalui Sungai Muar,'' ujarnya.
Bagaimanapun kata Johar, beliau bersama 12 orang anggota, enam orang anggota polis dan dua orang anggota tentera mengikut jalan darat. Untuk sampai ke pekan Bukit Kepong melalui jalan darat, mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 16 kilometer dan menyeberangi Sungai Meda yang ketika itu hanya bertitikan dua batang pinang bersambung tiga kali. Sebaik tiba di satu simpang berhampiran dengan sebuah tokong tidak jauh daripada Bukit Kepong, mereka terserempak dengan kesan kawasan tersebut telah dijadikan kem musuh.
''Kami temui pelbagai tanda termasuk tin-tin makanan dan kami percaya kawasan itu telah dijadikan kem anggota Parti Komunis Malaya sejak lebih seminggu di situ,'' ceritanya lagi.
Pasukannya meneruskan pergerakan dan tiba di kawasan Masjid Jamek Bukit Kepong, beberapa puluh meter sahaja daripada Balai Polis di pekan itu.
''Bila kami tiba, bunyi letupan dan kebakaran bangunan Balai Polis Bukit Kepong semakin kuat. Kami nampak api marak, asap warna hijau berbau hangit naik ke udara,'' ujar beliau.
Johar berkata, dia cuba hendak masuk ke kawasan tersebut tetapi telah dihalang oleh anggota tentera lain kerana khuatir akan keselamatan nyawa masing-masing.
Selepas kira-kira sejam kemudian, dia dan rakan-rakannya yang lain terus berkejar ke tempat kejadian dan pada ketika itulah dia ternampak mayat-mayat rentung di celah bangunan yang terbakar.
Keadaan mayat-mayat yang rentung kata beliau, amat sukar dikenal pasti. Bagaimanapun, polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Muar pada ketika itu, J.J. Raj telah mengumpul mayat-mayat tersebut.
Mayat-mayat rentung itu kemudian dibawa ke Lenga untuk diperiksa dan kemudian dikebumikan dalam satu liang lahad dekat tanah perkuburan Islam pekan Bukit Kepong. Tragedi tersebut bukan sahaja menarik perhatian penduduk setempat tetapi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Jaafar turut datang melawat ke tempat kejadian.
Padanya, peristiwa tersebut amat bersejarah bagi orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya kerana ia bukan satu tragedi biasa tetapi berbeza dengan peristiwa serangan-serangan pengganas komunis pada waktu itu.
Pertamanya kata beliau peristiwa tersebut jelas menunjukkan patriotiknya anak-anak buah Sarjan Jamil yang tidak mahu menyerah diri kepada komunis yang berulang kali meminta mereka menyerah kalah.
Malahan tambah Johar, anggota polis sanggup mempertahankan balai itu sekali pun dia dan rakan-rakannya tewas dalam perjuangan mempertahankan balai.
''Mereka tidak mudah menyerah kalah. Mereka telah mengotakan pepatah Melayu, 'biar putih tulang jangan putih mata', namun menyerah pantang sekali. Mereka berjuang hingga ke titisan darah terakhir,'' ujarnya.
Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru Lenga, Idris Rahmat memberitahu, ketika kejadian itu berlaku, dia baru berusia 10 tahun tetapi sudah boleh mengingat bagaimana dia nampak orang ramai membawa mayat rentung.
Seperti kata Johar, dia sependapat bahawa peristiwa Bukit Kepong bukan tragedi sebarangan tetapi ia satu contoh bukti keberanian pasukan keselamatan yang jumlahnya walaupun kecil tetapi sanggup berdepan dengan komunis yang lebih 10 kali ganda lebih besar.
Peristiwa yang menjadi sejarah hitam negara itu juga menunjukkan betapa seluruh masyarakat di kawasan sekitar Bukit Kepong sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
Sebab itulah kata beliau, bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie dalam lawatannya ke Bukit Kepong selepas kejadian itu mengakui peristiwa Bukit Kepong adalah simbol keberanian dan semangat patriotisme pasukan keselamatan dan rakyat.
Johar dan Rahmat masing-masing mencadangkan kepada pihak berkenaan supaya mengadakan majlis mengenang kembali sejarah hitam di balai polis berkenaan dengan mengadakan majlis-majlis tahlil pada tarikh 23 Februari setiap tahun.
Mereka berpendapat, langkah itu akan membolehkan generasi muda masa kini dan akan datang menghayati semangat juang pasukan keselamatan dan penduduk kampung ketika menghadapi cabaran musuh negara.
Oleh: TUKIRAN KITAM |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah sebenar Bukit kepong berbeza sedikit dengan filemnya.dalam filem Sarjan Jamil gugur last sekali.dalam cerita sebenar, beliau terkorban di dalam kubu dibawah balai pada masa pagi masih gelap.anggota polis yang paling akhir berjuang adalah othman yusof.beliaulah yang merangkak ke setiap penjuru memberi tembakan untuk mengelirukan komunis,supaya komunis menyangka anggota polis yang hidup masih banyak,sedangkan hanya beliau dan seorang lagi rakan yang masih bertenaga.2 orang lagi yang masih hidup mase tu adalah L.KPL.Jidin Omar dan Yusof Rono tetapi cedera parah.beliau kemudian menyuruh rakannya berlari ke sungai namun rakannya terkorban.ketika beliau berlari ke pengkalan beliau telah terkena tembakan di bahagian kaki namun berjaya menyelamatkan diri.wataknya dlm filem di lakonkan oleh seniman Hussin Abu Hassan.tapi dlm filem di gambarkan watak tersebut berlari ke sungai pada waktu awal pagi sdgkan dlm cerita sebenar babak tersebut adalah di akhir cerita pertempuran.l.kpl jidin meninggal di dlm perjalanan ke hospital.Balai Polis terakhir tempat Othman Yusuf bertugas ialah Balai polis Kota Sarang Semut ,Alor Setar,Kedah.Kakinya terpaksa di potong akibat dari rawatan yang kurang sempurna akibat tembakan komunis.isterinya menjadi gila merian akibat salah info polis yang mengatakan beliau terbunuh.ketika itu isterinya baru melahirkan anak sulungnya di kgnya di kulim.Isterinya juga terlibat dlm peristiwa komunis membakar bas di pagoh.tak lama selepas itu isterinya meninggal.Othman lah yang di temuramah oleh penulis novel bukit kepong bersama yusof rono,pon hamid dan beberapa orang lagi yang terselamat dlm peristiwa itu.sekarang othman yusof dah tiada.hero polis yang paling akhir meninggalkan kita ialah Haji Yusof Rono.kepada mereka kita sedekahkan AL FATIHAH. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahan sejarah Balai Polis Bukit Kepong musnah
MUAR: Sebuah kereta perisai, sebuah bot dan beberapa keping gambar bersejarah pertempuran bersenjata dengan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong antara barang yang musnah akibat banjir setelah sebahagian kawasan muzium balai polis itu tenggelam sejak 21 Disember lalu.
Tahap kerosakan masih belum diketahui dan tugas getir menanti anggota polis untuk membersihkan dan memulihkan semula muzium itu seperti sedia kala apabila banjir surut.
Pegawai bertugas di Balai Polis Lenga, Sarjan Mejar Che Abd Rahim Che Idris, berkata muzium berkenaan dibina beberapa tahun selepas pertempuran itu dan gambar insiden Bukit Kepong yang tidak ternilai itu disimpan di sana.
揔ami sedar mengenai amaran banjir tetapi kami tidak menjangkakan air naik begitu cepat.
揔ami cuba menyelamatkan seberapa banyak barang yang boleh. Malangnya, kami hanya berjaya mengambil beberapa keping gambar wira Bukit Kepong saja, |
|
|
|
|
|
|
|
INGAT LAGI DIALOG DLM FILEM BUKIT KEPONG :
"MAK DAN ADIK DAH MATI".........."MILAH.....MILAH DUK SITU YEA NAK JGN KE MANA-MANA TAU".......SEDIH NYA MASA TUE UOLS!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alphawolf at 15-10-2006 09:53 AM
Baik buat cite lain....la ni ramai nak orang nak revise sejarah....
aku rasa ada tokoh yang layak untuk difilemkan kerana keberanian dia.....rosli dhobi... |
|
|
|
|
|
|
|
arghhhh sedihnya bahan2 sejarah di muzium tu musnah dalam banjir. kenapa lah tak bertindak awal. why, why why...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|