|
mcmana nak booking resort ni..any contact no |
|
|
|
|
|
|
|
saya merged dengan thread Janda Baik sbb ia pun berada di Negeri Pahang Darul Makmur :tq: |
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by O2 at 20-9-2006 05:26 PM
Hehehe.. me from Kuantan memang setuju dgn pendapat u, kalau setakat nak shopping tak payah, baik la shopping kat KL. KUantan ni sesuai untuk u bersantai ngn family je, menghirup udara laut yg segar. Jalan -jalan cari makan ke.. oklah.
Kalau me balik Kuantan pun kadang2 stay kat Swiss Garden. Nak makan2 balik rumah mak tak jauh mana pun about 10min je.. parents ngn adik2 leh tumpang2 mandi swimming pool,
lepak2 kat pantai. Petang2 cari Sata ngn kopok lekor.
best! best!
Apa itu Sata ? Saya rasa sejenis makanan tapi macammana ya ?
[ Last edited by Ekka at 24-12-2006 12:44 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #87 Ekka's post
kat Pasar Malam KL berlambak dah cik Ekka. rasanya macam ermmmmm otak otak kot ~ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by flameboy35 at 16-6-2006 01:18 PM
Cherating kalau x singgah restoren nama paksu memang x sah..memang sedap restoren tu...memang pakar dlm masakan seafood n puas hati dgn bayaran yg dikenakan.Kalau anda dari kl restoren itu di sebel ...
:lebai: Flameboy paksu tu yang dekat beserah tu ke? Kalau dekat Beserah tu next time cuba avoid kanlah sebab Pak Su tu bukan Malay but Chinese tukang masak pun mat Indon..kawan aku hari tu chinese order b**i pun dia boleh provide...pikir2kanlah...
* Bersangka baik...pakai periuk asing2 tak campur halal and haram. |
|
|
|
|
|
|
|
Muzium abadi jasa tokoh Pahang
Oleh Riadz Radzi
[email protected]
LAUT dan pantai cukup sinonim dengan Kuantan. Keindahan pantai seperti Teluk Chempedak, Cherating, Beserah dan Balok menjadikan ibu negeri Pahang itu lokasi tumpuan pelancong.
Pusat bandar Kuantan tidak jauh dari pantai berkenaan turut menawarkan beberapa lokasi menarik, antaranya Muzium Tokoh di Jalan Masjid.
Apa yang pasti, kunjungan ke muzium berkenaan akan membawa anda mengimbau sejarah silam tokoh terkenal yang meninggalkan banyak jasa di Pahang.
Muzium itu adalah yang pertama seumpamanya di negara ini dan ditubuhkan sebagai tanda penghargaan kepada anak watan Pahang yang membantu memperkenalkan negeri ini khususnya kepada masyarakat luar.
Muzium berkenaan dibahagikan kepada beberapa sudut iaitu Tokoh Pahlawan, Agama, Sukan, Budaya dan Politik. Selain gambar, ia mempamerkan artifak dan cenderamata tokoh yang masih hidup dan meninggal dunia.
Tokoh dipilih berdasarkan sumbangan mereka dari segi kemahiran, ketrampilan, harta benda serta sentiasa menunjukkan taat setia pada negara.
Antara tokoh yang dipilih ialah Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Tokoh Perdana, Tan Sri Mohd Khalil Yaakob dan Datuk Seri Adnan Yaakob sebagai Tokoh Politik.
Tokoh Pahlawan pula ialah Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Lela yang cukup terkenal dalam sejarah Pahang sebagai penentang British pada 1891 hingga 1895.
Selain foto, antara yang dipamerkan ialah mengenai kisah hidup pahlawan berkenaan. Ia termasuk peristiwa tertentu yang digambarkan melalui lukisan seperti peristiwa Lubok Sengarat di mana Datuk Bahaman bersama orangnya membunuh ramai tentera British.
Selain itu, ia mempamerkan maklumat mengenai pahlawan lain terutama yang menentang Jepun dan komunis seperti Pawang Nong Taib Santan, Ibrahim Haji Yaacob, Leftenan Mohd Nor Rani dan Jeneral (B) Tan Sri Hamid Bidin.
Ulama awal di Pahang, Tok Shihabuddin Zainal Abidin adalah antara Tokoh Agama yang terkenal di Pahang.
Selain Shihabuddin, ia turut menceritakan mengenai kedatangan Islam ke Pahang dengan bukti penemuan Batu Bersurat di Kampung Permatang Pasir, Pekan bertarikh 419 Hijrah atau 1028 Masihi.
Tokoh Budaya pula ialah Kamaluddin Muhammad (Keris Mas), Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Datuk S Roomai Noor dan Sudirman Haji Arshad. Apa yang menarik, ia turut mempamerkan barang berharga milik mereka seperti trofi Anugerah Penghibur Terbaik Asia milik Sudirman.
Bagi penggemar sejarah, Muzium Tokoh wajar dikunjungi kerana selain reka bentuk bangunan yang masih kekal dengan ciri kolonial yang dibina pada 1910, lokasinya strategik kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar.
FAKTA
MUZIUM ini dibuka dari Selasa hingga Ahad mulai 9.30 pagi hingga 5 petang dan masuk adalah percuma.
Pada Jumaat, ia dibuka mulai 9.30 pagi hingga 12.15 tengah hari dan 2.45 petang hingga 5 petang. |
|
|
|
|
|
|
|
Teruja lawan ombak
OLeh Riadz Radzi
[email protected]
Menjinak ombak di Teluk Cempedak
OMBAK besar yang menggulung dan tinggi memang berbahaya. Bagaimanapun, itulah kriteria yang digemari peluncur air ekstrem.
Ia seolah-olah 憇yurga |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cherating kalau x singgah restoren nama paksu memang x sah..memangsedap restoren tu...memang pakar dlm masakan seafood n puas hati dgnbayaran yg dikenakan.Kalau anda dari kl restoren itu di sebelah kanananda di tepi jalan dan juga ada signboard Paksu besar2 dia tulis.So youguys should try.It really fantastic.
sepjg pengetahuan aku duduk ktn selama 24 thn ni...PAKSU tu tempat chinese ok.
so,tak digalakkan sgt la mkn kat sana.(bg org islam)
mmg ramai outsiders konpius dgn restoren ni.
tp org2 sini mmg tahu la
tp kalo korg yg jenis tak kesah,takpe..tadahal..tp sbg org yg tahu..aku patut beritahu.
[ Last edited by ara at 11-2-2007 09:03 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
elo geng... aku asal kuantan... family mmg dok sane da dlm 20 thn rasanye..
tp aku sejak keje ni, mmg dok KL sbb keje sini... tp dulu mmg skolah rendah+
menengah kt kuantan...
bg aku la kan, Kuantan ni bando kecik je, x la happening mcm KL.. tp yg aku suka kt Kuantan ni sbb pantai2 dia .. mmg sesuwai utk lepak2, rekreasi, mandi manda, picnic & mcm2 la... mmg santai... sambil2 lepak tu leh mkn kepok leko, seafood.. perghhh best siut... mmg releasekan minda bg yg keje je kejenyee kan...
Setiap kali aku balik cuti kt sane, sure aku singgah cherating & telok cempedak... amik angin la katakan.. ye la kan, kt KL juz ade Pantai Dalam je... hehe
Dan x sah kalo x bwk balik kopok2 leko & kopok kering... bleh katakan, semua gerai kopok tepi jalan dr cherating ke Kemaman tu, seme aku penah borong
huhu.. tp tu la, aku xde cuti ni, raya cina kene keje lak .. x dpt balik kg.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku salu gk mkn benda2 celup tepung ni mcm udang/sotong/fishball ke.. yummy2 |
|
|
|
|
|
|
ladyhermanas This user has been deleted
|
antara tempattempat yg boleh dipikirkan seswai untuk dilawati di kuntan
1) lepak kat cherating walaupun tempat di dah teroverrated.nak ckp cantek tuh takde la sgt, cuma kalau stay kat otel best best sket dapat la merasa private beachnye..stakat nak bekelah baik pi pantai batu itam n balok.
2) piknik kat pantai balok, ada tempat yg secluded jadik tak ramai org so tak byk sampah sgt.pantai still bersih lagi sedap sket nak berpiknik
3) naik rivercruise tgk pesisiran sungai n pantai kat kuntan.lupa lak apa nama sungainya
4) pi makan seafood kat beserah, specialnya dia ada ikan bakar petai.sotong celop tepong pun besau besau
4) try makan kat tjanting cafe (artsy cafelike), n then kalau terasa nak makan makanan thai bleh pekena kat restoran sara thai, sederet ngan area kedai perabot kt jalan nak pi telok cempedak.
5) lepak kat telok chempedak makan eskrem mekdonel (mekdonel dia tepi pantai), sambil tgk org main layang layang n main pantai (seswei bawak anak anak nih) |
|
|
|
|
|
|
|
Hai Kengkawan kat cni...
Kalau ade yang berminat nak gi Cherating leh gi Ke Cherating Inn. Kat sana chalet dia best2 tau. Harga dia kalau kat tepi pantai RM150 dan kalau chalet yang jauh cikit dri pantai harga dia RM80. Tapi ari tu aku dah pergi chalet di kt tepi pantai tu memang best. Bila petang je bawah umah kita ada air pasang dri laut. Ada katil queen size 2 unit, tv, bilik air yang bagus dan bersih, air-cond dan aku dah jumpe ngan tuan punye chalet tu. So kalau sesiape yang berminat leh gi Ke
Cherating Inn Beach Resort, Restaurant & Chalet
Kg. Cherating Lama
26080 Kuantan
Pahang
019-9863474, 019-9893474, 09-5819343, 09-5819266.
Kalau tak caya leh try dulu tinggal kat area sana dan kalau nak makan2 pun senang kat area ctu. Ok Kengkawan slamat bercuti. |
|
|
|
|
|
|
|
Gua Taman Rimba Kenong
Oleh Nurashiqin Omar
Singkap keunikan sembilan gua dipercayai kesan peninggalan manusia purba pada Zaman Batu sejak 130 juta tahun
GUA Kesong memiliki keunikan stalagmit dan
stalaktit yang menarik.
MATA terpegun, lidah kelu seketika, tatkala melihat sendiri kebesaran Yang Maha Esa menerusi ukiran semula jadi kalimah Allah yang jelas terpampang di puncak sebuah gua batu kapur dikenali Gua Kesong berhampiran kawasan kem penginapan Kesong dekat Kuala Lipis, Pahang.
Kedengaran juga desas-desus kakitangan Jabatan Perhutanan Pahang mengatakan terdapat sebatang pokok mangga di atas puncak gua berkenaan mempunyai buah sangat manis, tetapi tidak boleh dibawa turun kerana rasanya berubah masam.
"Itu memang pantang larangnya. Tidak boleh dibawa turun. Kalau hendak rasa kemanisannya, makan ketika berada di atas sana. Kalau bernasib baik, boleh terserempak dengan sepasang kambing gurun yang berada di kawasan pokok mangga itu," katanya.
Gua Kesong adalah satu daripada sembilan rangkaian gua batu kapur yang terdapat di Taman Rimba Kenong, yang setiap satu memiliki keunikan formasi stalagmit dan stalaktit cantik, selain keajaiban serta kisah menarik lagendanya.
Selain Gua Kesong, lapan lagi gua yang dipercayai kesan peninggalan manusia zaman purba pada Zaman Batu sejak 130 juta tahun itu ialah Gua Batu Kajang Hilir, Gua Batu Tangga, Gua Batu Telahup, Gua Batu Tangkup, Gua Hijau, Gua Buta, Gua Telinga dan Gua Harimau.
Jelajah ke tapak persembunyian dan trek laluan pasukan Tok Bahaman pada zaman pemerintahan Residen Inggeris, Sir Hugh Clifford itu terhenti sebentar ketika menghala ke Gua Harimau apabila kumpulan media terserempak tapak kaki Sang Belang yang masih baru.
Biarpun anak mata liar memerhati dan perasaan gerun menerjah, namun rasa ingin tahu untuk melihat formasi seekor buaya besar yang terdapat dalam gua terbabit melampaui segalanya.
Menerusi suluhan lampu kamera dipikul seorang rakan media daripada RTM Pahang, terdampar seketul batu berbentuk seekor buaya besar kesan titisan air batu kapur di tengah bahagian hadapan kawasan gua berkenaan.
"Kata orang kampung di sini, batu berbentuk buaya ini dahulunya seekor buaya yang ditegur Sang Kelembai. Teguran Sang Kelembai itu terus mengubahnya menjadi batu," kata pemandu pelancong yang mengetuai kumpulan jelajah media ke Taman Rimba Kenong pada hari itu.
Tidak cukup dengan meredah Gua Harimau, kumpulan media diberi peluang meneroka rimba yang sudah berusia lebih 130 juta tahun itu dengan menjelajah sebuah lagi gua lebih menarik dengan lagenda menakjubkan.
Kumpulan media yang terdiri daripada 15 orang kemudian memanjangkan langkah ke Gua Batu Kajang Hilir gua dikatakan tercantik kerana terletak di atas aliran tenang Sungai Kenong selain menjadi habitat bagi pelbagai spesies orkid liar.
Gua yang terletak 122 hingga 152 meter di atas aras laut itu memiliki lagenda menceritakan asal kejadiannya terbentuk daripada sebuah sampan membawa utusan raja yang disumpah menjadi batu.
"Mungkin sebab itulah kita perlu menaiki sampan jika hendak melihat keunikan dan keajaiban yang terdapat di gua ini," kata seorang rakan media ketika berada dalam bot panjang yang membawa kumpulan media ke gua berkenaan.
Penulis terkilan kerana tidak berkesempatan mengunjungi sebuah kawasan jeram dikenali 慙ata Tujuh Tingkat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada sesape pernah pergi fraser hill? nak cari info pasal hotel / accomodation yang ok kat sana. baca review dlm internet semua ko je...paling ok pon shahzan inn. |
|
|
|
|
|
|
| |
|