CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Laxamana.

KERAJAAN MELAYU PATANI (PATTANI)

[Copy link]
Post time 13-9-2005 12:51 PM | Show all posts
aku sedih tengok org org seagama kita diperlakukan sebegitu kat sana... apa yang kita dpt membantu mereka...
mereka juga adalah rumpun kita melayu. mereka patut ditolong..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2005 11:52 AM | Show all posts

BOLEH !!!

Kita boleh bantu....caranya ialah dengan memperbanyakkan tulisan terutamanya tentang sejarah Patani...tentang zaman keagungannya. Yang menjadi masalah sekarang ialah ramai di kalangan kita terutamanya generasi muda Melayu Patani tidak tahu sejarah bangsa mereka. Jadi kita gunakan cara yang kita termampu...menulis ! Saya percaya lambat laun mereka akan sedar dan seterusnya mampu bangkit menentang penjajahan SIAM. Cuba ingat balik sejarah kemerdekaan negara kita...semuanya bermula dengan penulisan...bermula seawal abad ke-20. Cuba lihat bila pula kita merdeka...57 tahun kemudian ! Saya percaya jika kita tidak mulakan sekarang...sampai bila....1000 tahun lagi ? Ayuh...perbanyakkan tulisan tentang sejarah Patani.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2005 11:53 PM | Show all posts
Sejarah telah merakamkan bahawa kesedaran dan kebangkitan semangat berpolitik dan kebangsaan sesuatu bangsa dicetus dan dipelopori oleh penulisan bangsa itu sendiri, bukan oleh aktiviti penulisan oleh orang asing/luar. Ini kerana hanya bangsa itu sendirilah yang faham,tahu apa kehendak bangsa mereka yang sebenarnya, bukannnya orang luar yang hanya pandai menilai dan melihat dari jauh!

Sekadar menyebut beberapa contoh bagaimana penulis tempatan dari bangsa sendirilah yang berjaya membangkitkan kesedaran poltik di kalangan bangsa sendiri; di Tanah Melayu aktiviti penulisan oleh penulis2 seperti Harun Aminurashid,Syed Syeikh al-Hadi, Ishak Haji Muhammad, Abdul Rahim Kajai dll menyebabkan muncul gerakan nasionalisma dan semangat kesedaran kemerdekaan dikalangan penduduk Melayu. Bukannya tulisan dari penulis2 barat!

Begitu juga di Indonesia bagaimana Sukarno, Muhammad Hatta, Sutan Syahrir selain dari menubuhkan parti politik mereka juga tak jemu2 menulis meenyedarkan bangsa mereka yang tertindas oleh Belanda sehingga mereka menjadi buruan pihak Belanda.

Malahan di Siam biarpun tidak pernah dijajah, tapi gerakan nasionalisma dan kesedaran untuk menentang Monarki Raja bangkit dari penulisan bangsa Siam sendiri dari golongan elit dan tentera seperti Pridi Panomyong, Pribun Songkram, Khuang Aiphaiwong, Phya Bahol, Phya Manopakorn

Siapa tak kenal U Ottama, , Dr. Ba Maw, Aung San, yang banyak berjasa dalam penulisan membangkitkan kesedaran menentang British di Burma? Mereka adalah bangsa Burma sendiri bukannya bangsa asing yang tidak tahu akar umbi dan nilai estatika bangsa itu.

Begitu juga di Vietnam dgn Phan Boi ChouBui Quang Chieu dan Nguyen Phan Long dan Jose Risal di Filipina…semua pejuang kemerdekaan yang tidak jemu2 menulis menyedarkan bangsa sendiri.

Hatta di India nama2 seperti  Gandhi dan Nehru muncul untuk membangkitkan kesedaran bangsa India melalui penulisan.

Ini belum lagi di Eropah dan USA, semua kesedaran  politik dibangkit dan dicetuskan hasil dari penulisan bangsa sendiri. SEJARAH TELAH MEMBUKTIKANNYA!!

Sebab itu bagi mok nik adalah terlalu mustahil untuk kita bangsa Malaysia menulis untuk kesedaran bangsa Melayu Pattani samatelah lagi bangsa Melayu Pattani generasi sekarang tidak fasih berbahasa Melayu dan tidak boleh membaca bahasa Melayu,sedikit sahja yang dapat membaca tulisan jawi. Jadi media apa untuk kita menulis?Guna bahasa Siam atau Melayu bagi membangkitkan kesedaran bangsa Melayu Pattani ini??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2005 09:34 AM | Show all posts

ALAHAI Moknik....!

Alahai...moknik....moknik...kau ni bebal la...! Saya perhatikan Moknik ni lurus bendol la. Apa beza bangsa Melayu Malaysia dgn Melayu Patani ? Sama je...bahkan ramai dari Melayu yang berda di Malaysia le ni berasal dari Patani...termasuklal PM kita...PakLAH ! Apa salahnya kalau kita bantu...tolong tulis je ! Pertama sekali kita perlu sedarkan orang2 Melayu di Malaysia ni dulu bahawa yang tinggal di "Selatan Siam" tu sekarang orang2 Melayu dan bumi Patani adalah hak orang Melayu !Apabila dah ada kesedaran dari kalangan orang Melayu di sini barulah gerakan kebangkitan Melayu Patani terutama yang tinggal di negara ini akan berkembang. Masalah sekarang ialah ramai dari kalangan kita tak sedar...ramai dari kalangan kita gelar mereka orang "Sie" ! Kenapa ! Sepatutnya bersimpatilah kepada mereka. Bukan mereka minta nasib mereka begitu. Lepas tu cubalah dekati mereka...ceritakan tentang sejarah mereka supaya mereka sedar. Insya ALLAH, lambat laun jika kita lakukan, bumi Patani akan kembali Merdeka ! Merdekakan PATANI...

p/s....ku merindui bumi mu Patani tercinta...tanah usang pusaka moyang ! Dari jauh ku menghidu keharuman bumi tanah tumpah darah nenek moyangku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2005 11:22 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 15-9-2005 09:34 AM
ALAHAI Moknik....!

Alahai...moknik....moknik...kau ni bebal la...! Saya perhatikan Moknik ni lurus bendol la.

Terimakasih ...terserlah sudah sifat kononnya pengkaji sejarah.. selama mok nik dok baca buku sejarah, journal sejarah dan makalah sejarah baik dalam dan luar negeri  tak pernah jumpa dan terbaca mana2 penulis,pengkaji dan tokoh sejarah melebelkan seorang yang tidak sependapat dengannya sebagai bebal ...lurus bendol! Sebab bagi pengkaji sejarah yang sebenar tiap fakta yang mereka dapat akan diulas dan ditafsir mengikut fahaman masing2. Tapi sayang si tongkatli kita nie baru sejengkal menulis kat bod ini dan ada yang tidak sependapat dgnnya cepat sekali melenting dan senang2 melebalkan orang bebal dan lurus bendul. Tinggi sungguh budi bahasa pengkaji sejarah zaman moden ini !!

teruskanlah menulis wahai tongkatali dgn bahasa itu ..mudah2 dgn bahasa itu akan menyedarkan bangsa melayu pattani ... ;);)

mok nik nak tunggulah kot kot kat kedai buku nanti akan keluar buku tulisan tongkatali dan mok nik akan pastikan mok nik pembeli pertama...:kerek:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2005 11:35 PM | Show all posts
Syabas Mok_nik,  teruskan perjuangan  anda  tu..  jika kita tidak mampu berjuang dengan senjata...maka  kita  berjuang pena..  sesungguhnya pena    itu  lebih tajam dari  pedang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
budakminang This user has been deleted
Post time 21-9-2005 08:13 AM | Show all posts
askum sedare sdari sekalian...

aku nok mintak pandangan sket ni.... ari tu, dok lame dulu laa, mok aku ade cerita... tok nyang aku, iaitu tok puan (nenek) mok aku cerite sokmo ke mok aku mase die hidup dulu. mase mok aku muda dulu laa. mok aku cite, tok nyang aku cite, die dulu lahir kat patani. name die raja halimah binti raja sulong bin raja zainal. die kate die ade kene mengena dengan kerabat raja patani tu. so, skarang ni aku nok mitok pendapat la sket, betul ke mende tok nyang aku kate tu? ade ke dalam family raja tu ade org name raja halimah ni? i'm just curious.... jazakallah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2005 01:44 AM | Show all posts
susah nak cakap budakminang.. mungkin iya mungkin tidak
mok  nik tak mengkaji sangat sejarah pattani...nie kena tanya pakar sejarah pattani
cuba rujuk buku2 sejarah mengenai pattani nie yang banyak di pasaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2005 01:23 PM | Show all posts
Hakikatnya,memang sukar nak melihat negeri2 Melayu ini kembali ke pangkuan kita(asalnya cuma satu saja iaitu Patani,kemudiannya dipecahkan kepada 4 oleh Siam-dasar pecah dan perintah).Lainlah kalau Patani ini sama agama dengan yang di Timor Leste tu,dan2 tu jugak PBB,kuasa asing  campur tangan,buat referendum,bagi rakyat pilih kerajaan sendiri!.

Dikhabarkan sebelum 'kemunculan semula' gerakan pemisah baru2 ini,ramai anak muda Melayu Patani yang dah tak gemar berbahasa Melayu.Mereka anggap bahasa Melayu bahasa kampungan,sebaliknya bahasa Siam dianggap sbg bahasa yang maju dan bertamadun.Ini adalah hasil dr dasar pendidikan pemerintah Siam dalam usaha asimilasi kaum Melayu kepada Siam.Akhirnya orang Melayu akan hilang jatidiri bangsanya dan menganggap mereka juga sebhg drp bangsa Siam.Benarlah kata2 bidalan 'bahasa menunjukkan bangsa'.

Dengan sebab itulah kadar buta huruf di kalangan orang2 Melayu di selatan Siam adalah tinggi.Ini adalah kerana masih ramai orang Melayu yang tidak rela anak2 mereka di'siam'kan dgn bersekolah di sekolah2 kerajaan.Sebaliknya ramai antara mereka yang cuma menghantar anak ke sekolah2 agama atau pondok,malah ramai juga yang tidak menyekolahkan terus anak mereka.Ini juga boleh merugikan bangsa Melayu dalam persaingan ilmu dan teknologi.Disebabkan itu mereka terus ketinggalan dan mundur.

Bagaimanapun ini bukanlah pilihan mereka semata2.Mereka adalah korban percaturan kerajaan pemerintah Siam dalam usaha  mempertahankan jatidiri bangsa dan agama mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2005 08:49 PM | Show all posts
dia nie ngan syeikh dawud al-fatani tuh satu angkatan kerh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 12:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 10:17 AM | Show all posts
Originally posted by zepap at 5-10-2005 12:58 PM



KERAJAAN DI DESAK UNTUK TIDAK TUNDUK KEPADA KERAJAAN
EKSTREM THAKSIN DAN MEMBERIKAN KATA DUA BAHAWA JIKA
DIFIKIRKAN PERLU, MALAYSIA SEHARUSNYA
TIDAK TERAGAK MENGAMBIL APA-APA TINDAKAN PERI KEMAKNUSIAAN YANG
PERLU BAGI MELINDUNGI MASYARAKAT ISLAM TERPINGGIR DI
SELATAN THAILAND.

KERAJAAN THAI YANG PERNAH MEMBERI LALUAN KEPADA
TENTARA JEPUN DALAM TAHUN 1940AN UNTUK MENYERBU DAN
MENYERANG MALAYSIA TIDAK AKAN DILUPAI OLEH RAKYAT
MALAYSIA DAN JENERAL-JENERAL KITA.

KALI INI KITA SEDIA  PELIHARA MARUAH KITA DAN SEDIA DI PERBATASAN.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 05:59 PM | Show all posts
sbnrnya saya baru balik drpd yala, satun dan songkla minggu lepas. mmg beruntung dpt melawat dan berkunjung utk melihat dgn sendiri keadaan di sana dan mendengar pendapat org sana terutamanya org islam. senario sbnr mmg jauh berbeza dgn apa yg kebykan kita di sini fikirkan. perasaan mmg berbaur mengetahui keadaan mrk tetapi nyata hanya mrk sendiri yg dpt menentukan hala tuju mrk. keadaan bukanlah seburuk palestin, dan harapan masa depan adalah ditentukan mrk sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2005 01:19 AM | Show all posts
Sedih bila pikir pasal nasib Patani. namun dalam dunia moden ini, mustahil Patani dapat merdeka daripada Thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2005 05:13 PM | Show all posts
persoalannya mungkin, adakah kemerdekaan kehendak semua rakyat bangsa patani? adakah kemerdekaan tu yg terbaik utk patani? apakah hala tuju patani, kekal dlm thailand, merdeka, ke masuk malaysia? apakah yg perlu dibuat utk merealisasikan hala tuju ini? hanya bangsa patani yg dpt memutuskan yg terbaik utk patani mrk sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2005 03:06 AM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 15-9-2005 11:22 PM

Terimakasih ...terserlah sudah sifat kononnya pengkaji sejarah.. selama mok nik dok baca buku sejarah, journal sejarah dan makalah sejarah baik dalam dan luar negeri  tak pernah jumpa dan terbaca ...




saya ni...terlambat keretapi maklumlah amat jarang singgah di stesyen sini..saya nak beri respon sikit ....kenapa mok nik kata tongkatali baru sejengkal menulis di sini ...adakah kerana diri moknik merasa oleh kerana beliau tidak sampai 200 kali berposting di sini maka gambaran tersebut diberikan..dan oleh sebab mok nik sudah berposting beribu-ribu maka layak menganggap diri mok nik sudah matang untuk berfikir...lupakah mok nik bilangan tidak mengambarkan kematangan..tengoklah pula tarikh daftar tuu...siapa yang dahulu menapak!...yang jelas moknik ni jenis yang tidak boleh ditegur....suatu sifat yang lumrah kebanyakan orang yang menganggap dia lebih dari orang lain....

p/s : apa guna jauh perjalanan luas pandangan...tapi yang selalu dipandang ialah benda yang merosakkan hati...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


kassimbaba This user has been deleted
Post time 17-11-2005 03:51 PM | Show all posts
Petikan Majalah Seni Beladiri Bil.76 Mac 2004 (mukasurat 28-29)
Wartawan Mohd Nadzrin Wahab

Seni Beladiri: Boleh Ustaz jelaskan dengan lebih mendalam?
Ustaz Ahmad: Saya contohkan kepada seorang sahabat saya yang belajar dengan saya. Namamya Mat Zain. Mat Zain ini asalnya melarikan diri dari rumah ketika berumur 8 tahun dan selama 11 tahun dia menetap dengan seorang sami diselatan Siam. Ilmu-ilmu yang dipelajari menjadikan dia hebat. Hinggakan dia ada satu ilmu, dimana cahaya boleh telus, dia pun boleh telus ruang itu!
        Satu hari sahabat dia, Abdul Wahab datang menegur dan mengajaknya mengubah hidup menjadi baik. Tetapi sahabatnya menetap di Siam menyertai gerakan bawah tanah manakala Mat Zain berputus untuk kembali ke Malaysia. Dalam perjalanannya mencari jalan yang benar, dia bertemu dan berguru dengan Hasan Anak Harimau selama 10 bulan tapi seorang sahabatnya membawa Mat Zain berjumpa saya pula.
        Di situlah saya berikan latihan Jabat 14 dan cuba bentuk dia sampai jadi elok kembali, saya beri susunan wirid supaya dia tolak segala benda syirik, kufur, murtad yang ada pada dia hasil menuntut daripada sami tadi. Bila saya yakin segala gangguan jin syaitan pada dia sudah tiada, baru saya ajar dia baca al-Quran dan solat. Disebabkan dia hanya mampuhafal selawat dan ayat al-Kursi, saya suruh baca yang itu sebanyak-banyaknya.
        Selepas itulah, saya kata pada Mat Zain, kamu kena berjalan, cari satu tempat dimana umat Islam tertindas, kamu kena tebus balik maruah mereka sebagai ganti kamu menuntut dengan sami itu selama sebelas tahun. Maka , dia pun berjalanlah.
        Kebetulan, apabila Mat Zain melawat ke Chiangrai di selatan Siam, dia dapati orang yang keluar dari masjid setelah bersembahyang Jumaat meletakkan kedua-dua tangan mereka diatas kepala, seolah melindungi dari hujan. Mat Zain terkejut, setibanya mereka diluar sahaja, seorang sami menunggu dimuka pintu Masjid memegang kasut ditangannya. Satu persatu, umat Islam diketuk kepala mereka dengan kasut tadi.
        Sami itu mendakwa, Islam tidak mulia. Kalau mulia kenapa dia boleh dia ketuk kepala penganutnya? Mat Zain yang masih terngiang-ngiang kata-kata saya padanya, bertanya kepada masyarakat Melayu disana. Mereka menjelaskan, sudah lima tahun sami itu mencabar dan menindas mereka. Untuk menebus balik maruah mereka, sami itu mensyaratkan seorang antara mereka mesti berlawan dengan jaguh tomoi mereka, sehingga mati. Rupa-rupanya orang Melayu Chiangrai sudah lima tahun berdoa minta dikirimkan seorang yang sanggup menebus maruah mereka.
        Mat Zain bertekad menerima cabaran itu. Tapi orang melayu sana pula bertanya kesungguhannya, kerana sekiranya jaguh Islam kalah, satu masyarakat Melayu Chiangrai bukan saja ditindas tapi akan mati dibunuh. Tapi Mat Zain dah berputus. Sebagai tanda, Mat Zain keluar dari masjid dan apabila hendak diketuk oleh sami, dia melancarkan satu penumbuk dan mereka bergumpal. Maka, diketahuilah ada seorang jaguh yang menyahut cabaran itu. Askar dan polis datang untuk meleraikan. Seperti yang dijangka, syarat berdamai ialah bertarung maut dengan empat jaguh tomoi Siam, salah satunya merupakan juara Asia sebanyak tujuh kali.
        Pertandingan yang diadakan empat malam berturut-turut itu dimeterai bersama oleh peguam, hakim, polis dan gabenor bagi pihak kerajaan Siam. Peristiwa tersebut turut disiarkan ditelevisyen Siam dan majalah pada tahun 1981.
        Setuju mereka, kalau jaguh Islam menang, mereka akan akui orang Islam ini saudara dan mereka takkan ganggu sampai bila-bila. Tapi kalau kalah, mereka akan dibunuh dan dihina selama-lamanya dan orang Islam takkan dapat tempat dalam masyarakat mereka.
        Mat Zain pun sama bertomoi dengan mereka. Tiga pusingan pertama itu, tiada masalah, Mat Zain berjaya selesaikan mereka. Tapi, jaguh keempat juara Asia itu benar-benar mencabar. Sebabnya, dia menggunakan segala jenis bomoh yang ada pada dia untuk menjatuhkan Mat Zain. Mat Zain dah mula keletihan sebab terkena pukulan-pukulan yang disertai sihir itu.
        Hari-hari sebelumnya, penyokongnya berpakat takbir beramai-ramai memberinya semangat, tetapi hari keempat bila melihatnya letih begitu, mereka beralih menyokong yang Siam pula. Hatta, tukang basuh muka dia pun lari sekali.
        Tapi Mat Zain bermunajat kepada Allah, jika apa yang dibawa itu benar, Islam itu tinggi mulia maka sampaikanlah berkat kepadanya. Tiba-tiba dalam keadaan letih lesu itu, Mat Zain mendapat semangat baru untuk terus berlawan, segar kembali seperti biasa. Apabila dia masuk, Siam itu melibas. Tapi ketika melibas , Siam itu terus jatuh atas MatZain dan mati.
        Mat Zain pula pengsan dibawahnya dalam keadaan berpeluk. Apabila pengadil membuat kiraan dan kedua-duanya tidak bangun. Polis, askar dan doktor pun naik ke gelanggang memeriksa.
        Mereka terkejut, rupa-rupanya siam itu mati dalam keadaan pelik sekali. Buah kemaluannya dan terbenam kedalam perutnya, tengkuknya patah dan jantungnya hancur.
        Bila diketahui, baru orang melayu tadi berteriak kembali. Macam mana perangai mereka? Saya pun tak tahulah.
        Tapi kisah ini bukan rekaan. Ketika Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) datang bermuzakarah dengan saya di Ulu Kenas (Bengkel Pemurnian Aqidah & Penghayatan Keilmuan Tabib Islam 3-6 September 1996), mereka sempat merakamkan kenyataan daripada Mat Zain sendiri dan bukti di majalah dan televisyen Siam pada tahun 1981 masih ada.
        Persoalannya, bagaimana Mat Zain menang? Nak kata hebat, lawannya main tomoi, Mat Zain pun mai tomoi. Tapi bukan tomoi macam mereka punya. Tomoi Mat Zain berasaskan kepada Allah, dia jual balik segala harta dan dirinya kepada Allah dan Rasul. Bertarung atas dasar Iman untuk menebus kembali maruah orang Islam. Ia satu kerja baik kerana Allah dan membawa turunan dan salasilah yang bersambung kepada Rasulullah maka turunlah berkat itu kepadanya.

[ Last edited by kassimbaba at 18-11-2005 12:25 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2005 01:53 AM | Show all posts
Originally posted by Lloni at 17-11-2005 03:06 AM
yang jelas moknik ni jenis yang tidak boleh ditegur....suatu sifat yang lumrah kebanyakan orang yang menganggap dia lebih dari orang lain....


Actually I mengenali moknik sejak dr awal pembabitan beliau dlm forum ini... seterusnya bersemuka di luar forum.  I tak nampak lagi sifat2 yg u nyatakan itu pd diri moknik.:stp:
Reply

Use magic Report

cekedess This user has been deleted
Post time 20-12-2005 12:10 PM | Show all posts
mm..nak kata apa yer. kita pun orang pattani gak..orang benang sta... cuma mak ayah dok kelantan lama.. lebih 25 tahun...kecik-kecik slalu melawat atuk sana... tapi dah dah lama tak balik sana... tambah lagi skang ni... walaupun kita dok sini... tapi hati tetap ingat mana asal-usul... pattanisme.. mm.. sewaktu kita balik sana... many thing i can learn...such  life orang sana.. cukup low profile... sape org pattani PM laa saya... nak berkenalan nii.. wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2006 02:55 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 23-12-2004 11:34 PM
Wpun kita ada perbezaan tentang beberapa perkara, tp aku sokong kau pasal sikap org2 Melayu di SElatan Thai. Sesuatu perlu dilakukan...!
Aku rasa perkembangan terbaru di sana mungkin telah banyak menyedarkan mereka tentang siapa sebenarnya SIAM. Syabas CHUMPHON...

p/s: utk pengetahuan semua, keluarga aku telah 7 generasi (lebih kurang 200 tahun) berhijrah ke Kelantan...selepas kejatuhan Patani pd tahun1786...dari keturunan RAJA


Keturunan Raja? Bukan kriteria utama keturunan seseorang itu disisi  Allah s.w.t. Apa yang dipandang adalah apa yang ada dalam diri seseorang itu dari keimanannya yang membentuk jatidiri seseorang. Jatidiri bangsa Pattani sudah lama terhakis sedikit demi sedikit. Orang Melayu Pattani dah menjadi 'rojak' antara pengaruh budaya Siam dan budaya Melayu dari Malaysia yang bersempadan denga Selatan Thailand.

Ketahuilah, bangsa Islam India menganggap bangsa Pakistan sebagai pembelot yang lari keluar dari India untuk membentuk negara lain dan membiarkan saudara mereka disembelih oleh Hindu India. Begitu lah juga jika bangsa Melayu Pattani lari dari tanah bumi pertiwi dan tak pulang-pulang kerana takut kepada Siam dan membiarkan rakyat jelata menderita di bawah belenggu Siam.

Polemik Raja Jambu dll bukan lah perkara baru di dalam Kesultanan Melayu silam. Sekarah Kedah sendiri penuh dengan insiden 'tikam belakang' antara Sultan, Raja Muda dan anak-anak Raja... Sultan Kedah iaitu Sultan Muhammad Jiwa II yang pernah digelar oleh Raja Siam iaitu Raja Rama sebagai 'Chao Phraya' pun masih boleh ditikam oleh saudara sendiri yang bersekongkol dengan Gabenor Songkhla. Inikan pula Panglima berketurunan Siam oleh Raja Jambu... manakan munkin serigala memelihara biri-biri... Sumber yang saya ambil untuk perbincangan di sini bukan lah semua nya 'cut&paste' dari satu sumber saja... Sejarah Pattani sendiri sebenarnya tidak didokumentasikan. Sama lah dengan Sejarah Melayu itu sendiri.. rekod yang ada dari Misa Melayu dan seumpamanya hanya berbentuk penceritaan dan episod-episodnya pun tidak bertarikh dan berbukti sahih.

Bangsa Pattani perlu ubah nasib mereka sendiri.... kalau tidak berbuat apa-apa, maka kekal lah seada nya. Acheh pun ramai berketurunan Raja dan Teuku... namun mereka amat hebat menentang Belanda sehingga berjaya.. kini pula GAM telah berjaya mencapai kuasa Autonomi dengan keturunan Raja tidak lagi membangga diri, malah berjuang seikhlas diri sebagai pejuang Islam sejati.. maka akhirnya mereka beroleh kemenangan dan keizinanNya... fikir-fikirkan. Tak perlu, bertelagah tentang sejarah silam yang hitam jikalau tiada iktibar diambil dari nya... episod kecundang wajar diganti dengan episod gemilang. Jikalau hanya memperjuangkan fakta anak-anak raja, tapi rakyat tidak dipedulikan... maka Raja zalim Raja disanggah! Raja adil pula tak wajar disembah.. Raja Pattani silam banyak membuat langkah kecundang.

[ Last edited by Laxamana. at 21-2-2006 02:57 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.692637 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list