|
Assalamu'alaikum,
sadr/i Mawar, mengapa sambung minggu depan? Aku tengah asyik membaca tetiba sambung pulak....:hmm: Tapi tak mengapalah, aku tunggu....
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Mawar tak ada la nak terasa mana pun cuma mawar dah biasa dgn ajaran abuya yg sangat berhalus soal akhlak dlm nak menegur org tapi kalau ada simpati2 abuya yg buat hal kat forum ni, itu jangan tuding kat abuya sbb depa tak dapat tarbiah secara langsung sdgkan utk meniti jalan tasauf (memperbaiki hati) perlu berguru secara langsung dan punyai hubungan hati dlm bentuk bai'ah. Barulah seseorg anak didik benar2 dipantau zahir dan batin oleh mursyidnya.
setuju sangat dengan kata-kata kak mawar ni....jadik kalau ada kami kat sini yg keterlaluan di dalam berbahasa atau berbicara, itu bukan atas dasar didikan ustaz ashaari tetapi sebab diri sendiri yg tidak dapat tarbiah secara langsung dari beliau....
maknanya mungkin ada yg selalu ngaku ustaz ashaari itu guru beliau tetapi adakah guru tersebut mengaku kita ni muridnya kalau setiap perbuatan ikut suka hati ajer....seperti atas alasan ada kewajarannya lalu bertindak sesuka akal...
harap ler ambil perhatian..........:hmm:...terlebih pada diri tatie sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam hal ini Mufti Sayyid Zaini Dahlan Mufti Mekah bermazhab Syafie (pada masa dulu) berkata:
....dalam soal tawasul ini antara nabi dan nabi-nabi lain , rasul-rasul , wali-wali dan orang sholeh , tidak ada perbezaan hidup atau mati kerana mereka tidak mencipta sesuatu juga , mereka tidakberkuasa sama sekali , hanya BERKAT mereka di ambil kerana mereka kekasih Allah ; mencipta dan mengadakan hanya milik Allah , Tunggal dan tiada bersekutu.
Kalau tak silap tatie,
Sayyid Ahmad Zaini Dahlan telah melahirkan ramai ulamak Melayu yang terbilang seperti Sheikh Ahmad Al-Fatani, Tok Kenali, Tuan Hussin Kedah dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 6-8-2005 11:54 AM:
setuju sangat dengan kata-kata kak mawar ni....jadik kalau ada kami kat sini yg keterlaluan di dalam berbahasa atau berbicara, itu bukan atas dasar didikan ustaz ashaari tetapi sebab diri sen ...
Ni aper ceriter? Kejap mengaku ikut tok guru asaari...kejap lagi cuma penyokong...kejap lagi orang luar.
Isk...susah nak tahu orang yang suka bertakiyah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
saiful dah buat kesimpulan akhir ke belum?
kalau belum buat baik buat dulu sebelum mawar sambung.
saya nak baca kesimpulan saiful, pah tu baca artikel yg mawar cp beserta dgn kesimpulannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 7-8-2005 09:42 AM:
saiful dah buat kesimpulan akhir ke belum?
kalau belum buat baik buat dulu sebelum mawar sambung.
saya nak baca kesimpulan saiful, pah tu baca artikel yg mawar cp beserta dgn kesimpulannya.
Assalamu'alaikum,
elok juga cadangan ustaz tu, sebenarnya aku dah bagi 'klu' dalam tulisanku sebelumnya. Mungkin ada yang sudah dapat meneka apa sebenarnya maksud dari tulisanku keseluruhannya.. Sebelum aku meneruskan tulisanku lebih lanjut lagi, aku tertarik dengan sebuah artikel dalam Mingguan Malaysia hari ini ( 7 ogos 05 ) yang topiknya ada kena mengena dengan thread ini;
notis: Tulisan yang aku warnakan ini adalah sedikit komentar dariku
http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 50807094408/Article
Mengenali 10 ciri utama ajaran sesat
Oleh Wan Esma Wan Ahmad
AJARAN sesat adalah satu ancaman kepada umat Islam dan negara sejak dulu hingga sekarang. Terbaru di Hulu Kelang, Selangor, seorang yang mengaku dirinya Rasul Melayu ditahan oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor.
Kemudian negara dikejutkan dengan 揔erajaan Langit |
|
|
|
|
|
|
|
Hampir semua senarai orang2 yang membawa ajaran sesat di atas telah pun sampai ke perhentian Fana' dan Baqa' samaada secara maqam demi maqam atau pun yang melalui jalan 'singkat'. Jalan singkat yang aku maksudkan di sini adalah dengan melanggar adab tertib bermujahadah yang sangat di anjurkan Islam. Rasulullah saaw dan para sahabat beliau telah menjalani kehidupan yang sangat payah yang mana mereka 'semuanya' telah mengorbankan harta, masa dan jiwa mereka dijalan Allah swt tanpa sedikitpun mengharapkan balasan dalam bentuk materi di dunia..
Seperti yang pernah aku katakan sebelumnya, tiada masa'alah dalam menjalani tasawuf sampai ke maqam redho. Ini adalah tasawuf peringkat rendah atau awam dan sangat di anjurkan Islam untuk kita melaksanakannya. Atau paling tinggipun sampai maqam Mahabbah.Ini tasawuf peringkat tinggi. Untuk mencapai tasawuf peringkat orang2 sholeh ini perlulah kita sempurna dalam menjalani tasawuf peringkat awam terlebih dahulu agar kita tidak tersesat pada jalan yang terakhir....
Kumpulan sufi yang maju ke hadapan, yang melepasi makam Mahabbah, memperolehi hubungan dengan Tuhan yang membawa mereka beriktikad bahawa Tuhan Berdiri Dengan Sendiri dan tidak menyerupai sesuatu. Mereka tidak terlibat lagi dengan fahaman melihat Tuhan dalam alam atau menyamakan alam dengan Tuhan. Iktikad sufi golongan ini sesuai dengan ajaran Rasulullah saaw. ]Baginda saaw tidak mengajarkan wahdatul wujud tetapi baginda saaw mengajarkan wahdatul ma抋bud iaitu beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada sokongan al-Quran kepada fahaman wahdatul wujud. Al-Quran mengajarkan konsep ketuhanan : |
|
|
|
|
|
|
|
Ada perkara-perkara yang al-Quran dan al-Hadis hanya memberi maklumat secara sepintas lalu atau pun tidak memberi maklumat sedikitpun. Perkara-perkara berkenaan termasuklah soal-soal syurga, neraka, bumi, alam maya, malaikat, jin, makhluk rohani dan lain-lain. Ahli sufi banyak memperkatakan soal-soal yang demikian berdasarkan ilham dan kasyaf mereka, tanpa sokongan nas yang sahih. Dalam soal ini orang ramai tidak dituntut untuk mengimani perkataan sufi. Ilham dan kasyaf sufi boleh jadi benar dan boleh jadi juga tidak benar. Nabi-nabi diperakui oleh Allah swt sebagai maksum, dijamin terpelihara daripada gangguan syaitan dan tidak terjadi kesalahan pada ilham dan kasyaf mereka. Apa juga kekeliruan yang timbul akibat gangguan syaitan diperbetulkan dengan segera dan kebenaran perkataan Nabi-nabi ditetapkan. Jaminan yang demikian tidak diberi kepada golongan yang bukan Nabi. Namun begitu, perkataan sufi mengenai soal-soal yang tidak bersangkutan dengan akidah itu boleh dijadikan iktibar dan mempercayainya tidak menjadi kesalahan. Melalui perkataan mereka orang-orang yang ingin memahami perkara-perkara tersebut mendapat sedikit pemahaman yang boleh dikembangkan melalui kekuatan akal fikiran.
Sufi memperolehi maklumat melalui kasyaf. Kadang-kadang kasyaf berlaku kepada sufi dalam bentuk ibarat atau pembukaan secara umum tanpa perincian. Kasyaf yang demikian perlu ditafsirkan. Biasa terjadi tafsiran yang dibuat oleh sufi itu tidak menepati gambaran atau ibarat yang dibukakan kepadanya Bila sufi menerima berita secara umum maka tafsiran secara umum juga yang diberikannya. Maklumat yang diperolehi secara umum, tanpa perincian, tidak dapat menceritakan sesuatu perkara dengan tepat. Sufi juga mungkin mendapat maklumat mengenai sesuatu kejadian dan maklumat tersebut datangnya daripada sumber takdir yang akan berubah, sedangkan perubahan yang akan berlaku tidak dibukakan kepadanya. Allah swt berfirman:
Apa sahajat ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan) atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?
( Ayat 106 : Surah al-Baqarah )
Ayat di atas memberitahukan tentang takdir yang di dalam perbatasan yang boleh berubah dengan kehendak dan perintah Allah swt.
Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang) perubahan pada kalimat (janji-janji) Allah; yang demikian itulah kejayaan yang besar.
( Ayat 64 : Surah Yunus )
Ayat di atas ini pula memberitahukan tentang daerah takdir yang tidak akan berubah kerana Allah s.w.t telah menetapkannya. Kasyaf seorang sufi mungkin hanya sampai kepada daerah takdir yang mungkin berubah, tidak sampai kepada daerah takdir yang tetap. Oleh yang demikian apa yang disaksikannya mungkin berlaku dan mungkin juga tidak berlaku.
Perlu juga diketahui bahawa seseorang sufi melalui peningkatan kerohanian secara sedikit demi sedikit, bukan sekaligus. Suasana kerohanian atau maqam mempengaruhi fahaman dan pegangan sufi. Seorang sufi boleh mengeluarkan beberapa pendapat yang berbeza mengenai perkara yang sama. Pendapatnya di awal perjalanan, pertengahan dan di akhir perjalanan mungkin bertentangan di antara satu sama lain. Pendapatnya yang paling benar adalah pendapat yang diberikannya setelah dia kembali kepada kesedaran sepenuhnya dan berkamil dengan syariat sepenuhnya.
[colo=black]Sufi yang masih di dalam perjalanan menemui beberapa fahaman yang bercanggah dengan prinsip syariat. Di antara yang demikian adalah konsep tauhid af抋l, tauhid sifat dan tauhid wujud. Konsep tauhid yang demikian membawa Tuhan ke dalam perbatasan alam dan mengadakan persamaan di antara Tuhan dengan makhluk. Sufi yang sedang dikuasai oleh suasana kerohanian yang demikian menafikan perbuatan dirinya, sifatnya dan wujudnya. Semuanya diisbatkan kepada Allah s.w.t. Muncullah ungkapan seperti: 揟iada yang berbuat melainkan Allah. Tiada yang hidup melainkan Allah. Tiada yang maujud melainkan Allah |
|
|
|
|
|
|
PakMalay This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
PakMalay This user has been deleted
|
Originally posted by saifulms at 7-8-2005 10:00 PM:
Aku selalu berkata (rasanya dah 3 kali kat sini) ASWJ adalah saudaraku yang terbaik.... kelihatannya bukan anda yang aku maksudkan Dan dulupun aku dah nasihatkan anda, jangan b ...
Lebih baik bubuh nick Gravedigger. Sekurang2nya tahu juga ko ni banyak multi nick. Sambil tu panggil karengge sama. Sekurang2nya tahu juga multi nick ko tu... :
:cak: |
|
|
|
|
|
|
PakMalay This user has been deleted
|
Originally posted by nahzaluz at 7-8-2005 04:18 PM:
Tak ada kerja lain kau ni Pak Malay
Tak per la Pak Nahzaluz. Sekurang2nya insan berwatak kasar kalau nak tarbiah mereka kalau tak boleh cara berlembut, baik juga ikut sikap mereka, cuma jangan sampai sekasar mereka !!! |
|
|
|
|
|
|
|
Pertama-tamanya, terima kasih kepada saifulms kerana sudi berkongsi ilmu... ..
Setelah sekian lama, tatie tunggu kesimpulannya, akhirnya tersimpul gak..;)
ermm.....pengakhiran yg menarik....
esp...yg tatie quote di bawah ni...
Ayat di atas memberitahukan tentang takdir yang di dalam perbatasan yang boleh berubah dengan kehendak dan perintah Allah swt.
Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang) perubahan pada kalimat (janji-janji) Allah; yang demikian itulah kejayaan yang besar.
( Ayat 64 : Surah Yunus )
Ayat di atas ini pula memberitahukan tentang daerah takdir yang tidak akan berubah kerana Allah s.w.t telah menetapkannya. Kasyaf seorang sufi mungkin hanya sampai kepada daerah takdir yang mungkin berubah, tidak sampai kepada daerah takdir yang tetap. Oleh yang demikian apa yang disaksikannya mungkin berlaku dan mungkin juga tidak berlaku.
Ia adalah fakta yg menguatkan supaya kita berhati-hati menuduh apabila berjumpa dengan ramalan-ramalan yg berbentuk kasyaf ini daripada seseorg sufi...ini pernah berlaku kepada beberapa atsar tabien dan Imam Sayuti...dan beberapa guru-guru tarekat... |
|
|
|
|
|
|
|
Ahli sufi banyak memperkatakan soal-soal yang demikian berdasarkan ilham dan kasyaf mereka, tanpa sokongan nas yang sahih. Dalam soal ini orang ramai tidak dituntut untuk mengimani perkataan sufi. Ilham dan kasyaf sufi boleh jadi benar dan boleh jadi juga tidak benar. Nabi-nabi diperakui oleh Allah swt sebagai maksum, dijamin terpelihara daripada gangguan syaitan dan tidak terjadi kesalahan pada ilham dan kasyaf mereka. Apa juga kekeliruan yang timbul akibat gangguan syaitan diperbetulkan dengan segera dan kebenaran perkataan Nabi-nabi ditetapkan. Jaminan yang demikian tidak diberi kepada golongan yang bukan Nabi. Namun begitu, perkataan sufi mengenai soal-soal yang tidak bersangkutan dengan akidah itu boleh dijadikan iktibar dan mempercayainya tidak menjadi kesalahan. Melalui perkataan mereka orang-orang yang ingin memahami perkara-perkara tersebut mendapat sedikit pemahaman yang boleh dikembangkan melalui kekuatan akal fikiran.
Mungkin ustaz zul, boleh merujuk perkara ini kepada persoalan Imam Mahdi... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 8-8-2005 09:37 AM:
Mungkin ustaz zul, boleh merujuk perkara ini kepada persoalan Imam Mahdi...
:setuju::setuju::setuju::setuju::setuju::setuju::setuju:
Tapi orang wahabi takkan pernah setuju. |
|
|
|
|
|
|
wulan_9901 This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Originally posted by wulan_9901 at 10-8-2005 02:39 AM:
Wahabi tu apa?
Astora cakap, wahabi tu satu spesis dengan Salafi atau Islah. Mereka ni strict dalam syariat. Semua bidaah tu haram dan hukumnya sesat dan menyesatkan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|