CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥

[Copy link]
Post time 14-3-2006 11:08 AM | Show all posts

creait : bharian.com.my

Kata Teman: Kecoh satu Malaya cinta Siti, Datuk K
Oleh Hanizam Abdullah

GARA-GARA kisah cinta Siti Nurhaliza teman pula yang pening lalat. Mana taknya kerana setiap saat ada saja yang minta kepastian benarkah penyanyi wanita popular itu benar-benar bercinta atau sekadar buat gimik saja. Teman tanya juga, apa pula gimiknya kerana seingat teman mana pernah Siti Nurhaliza buat gimik mengenai soal hatinya.

Sebelum ini pun, bukan tak ada teman dengar mengenai siapa lelaki yang pernah dikaitkan dengan Siti - bermula dengan Zamani, Anuar Zain, diikuti Yusry, Ramli MS dan akhirnya Dr Fazley yang banyak menolong Siti dalam menjayakan konsert solonya di Royal Albert Hall di London April tahun lalu. Tetapi Siti tetap mendiamkan diri dan tidak pernah berkata apa-apa. Paling tidak pun dia sekadar menguntum senyum dan sekadar berkata, itu cuma gosip saja.

Begitu juga apabila timbul gosip dengan seorang tokoh korporat yang cuma dikenali dengan nama Datuk K ketika itu, Siti pun cuma kata ia sekadar gosip dan laporan itu sekadar mengusiknya. Satu ketika Siti pernah berkata dia tidak pernah kenal siapa Datuk K itu. Kemudian apabila Siti didesak lagi, dia pula berkata, hubungan mereka sekadar 慻itu-gitu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2006 08:13 PM | Show all posts




Siti Nurhaliza sedia menerima gelaran

NAMA BESAR INI TIDAK PERLU DIPERKENALKAN LAGI KECEMERLANGANNYA. DISANJUNG BAGAI IDOLA DAN MERUPAKAN IKON TERBAIK SEBAGAI PENGHIBUR NEGARA. PENDEK KATA, INDUSTRI MUZIK TEMPATAN PASTI SUNYI TANPA ALUNAN SUARA DAN PESONA KEJELITAANNYA. SITI NURHALIZA, CUKUP HANGAT DAN PANAS UNTUK DIPERKATAKAN.

PERJUANGAN SENINYA SENTIASA MENJADI PERHATIAN, TIDAK TERLEPAS DENGAN KISAH PERIBADINYA YANG SERING DISELONGKAR. PELBAGAI ANDAIAN, GOSIP KISAH PERCINTAAN SEHINGGA PERANCANGAN PERKAHWINANNYA MENJADI BUAH MULUT MASYARAKAT.

Bagi Siti Nurhaliza sendiri, inilah lumrah perjalanan anak seni. Tidak mampu mengelak dan menutup semua cerita yang ada. Seribut mana sekalipun kisah tentang dirinya diperkatakan, jawapan paling tepat, jujur dan tulus adalah dari mulutnya sendiri. Jika tidak, itu semuanya hanyalah satu andaian sahaja. Yang pasti Siti Nurhaliza masih kukuh dan teguh berdiri dalam industri seni. Tidak pernah lekang berkongsi senyuman dengan setiap mata memandangnya. Wartawan KIFFY RAZAK berkesempatan berbicara dan berkongsi cerita Siti Nurhaliza buat pembaca NONA.

S: Bagaimana 憀ifestyle

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2006 05:24 PM | Show all posts

cilok dr hmetro.com.my !

KOmitmen CT terhadap kumpulan nasyid popular !!

Rabbani terharu komitmen Siti

SS dengar Rabbani cukup terharu dengan komitmen diberi Siti Nurhaliza bagi menjayakan Konsert Maulidur Rasul anjuran Rabbani Productions.

Ini kerana dalam kesibukan Siti yang tidak berpenghujung itu dia masih lagi mahu membantu Rabbani mempromosikan konsert itu sehingga dia meminta jadual promosi konsert dari Rabbani.

SS difahamkan konsert itu akan diadakan pada 1 April ini, di Stadium Malawati, Shah Alam, jam 8.30 malam. Selain Siti, artis undangan lain yang akan menjayakan konsert itu, Waheeda, Yassin Sulaiman dan kumpulan Rabbani sendiri akan membuat persembahan.

Khabarnya, Rabbani Productions sudah memberinya jadual promosi mereka termasuk muncul menerusi rancangan MHI dan sebagainya. Namun dalam banyak aturcara jadual promosi itu, Siti hanya boleh muncul di Radio Ikim saja iaitu pada malam ini, mulai jam 10 malam hingga 12 tengah malam, menerusi slot Nasyid On Stage.

DJ Irwan akan mewawancara Siti secara langsung membicarakan mengenai sambutan Maulidur Rasul dan juga konsert itu. Hadir sama pada sesi temubual itu kumpulan Rabbani.

Sejak radio Ikim diwujudkan, inilah kali pertama Siti menjejakkan kakinya di konti radio itu. Walaupun dalam rangka promosi itu, Siti hanya boleh muncul dalam salah satu daripadanya, Rabbani amat berpuas hati kerana mereka sedar komitmen Siti terhadap dunia seni.

Biarpun sekelumit cuma, budi yang baik itu akan tetap dikenang selagi hayat dikandung badan
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2006 06:00 PM | Show all posts

cilok dr hmetro.com.my !

Anuar, Siti gegar Bukit Kiara
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]


KERJASAMA...(dari kiri) Dee, Anuar Zain, Siti bergambar
bersama Johan bakal menghiburkan majlis
Minggu Setiausaha anjuran HQCC.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2006 06:42 PM | Show all posts
KOSMO 19 MAC 2006



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2006 06:44 PM | Show all posts
KOSMO 19 MAC 2006

KEJAYAAN CAHAYA PERJALANAN


ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu buat semua pembaca KOSMO!. Semoga anda semua berada dalam keadaan yang baik dan bagi mereka yang berkeluarga dapat meluangkan masa bersama anak-anak pada musim cuti sekolah sepanjang seminggu ini.

Minggu ini agak sibuk bagi Siti, menghadiri sidang media Minggu Setiausaha, menjayakan persembahan di Pulau Pinang dan Kedah serta esok menjayakan konsert sempena kempen Budi Bahasa di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Jika berkesempatan, jangan lupa datang menonton malam esok.

Setiap hari yang dilalui akan dapat memuaskan hati jika kita dapat melakukan perkara-perkara yang bermanfaat. Walaupun waktu menghambat tapi untuk berjaya dalam hidup kita seharusnya bekerja kuat.

Bagi Siti cuti sekolah bukanlah waktu untuk berehat. Jika sejak kecil lagi Siti diajar berdikari, membantu keluarga sewaktu masih bergelar pelajar namun kepuasannya dirasai hingga ke hari ini.

Mungkin situasi setiap seorang daripada kita berbeza tetapi itulah yang dinamakan pengalaman. Bagi adik-adik yang sedang menghabiskan cuti sekolah, pesan Siti agar dapat mengisi masa dengan perkara yang berfaedah. Begitu juga kepada mereka yang telah pun menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysaia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), semoga dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Alhamdulillah, paparan di akhbar begitu membuatkan Siti berasa bangga dengan kejayaan pelajar SPM dan STPM. Pencarian ilmu dan kejayaan tidak mengenal golongan, bangsa dan kedudukan. Hari ini kita melihat kejayaan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja. Kelebiham dalam akademik tentunya satu jaminan untuk masa depan yang cerah. Ditambah dengan peluang atau ruang yang terbuka untuk kita memilih masa depan yang mahu diraih. Kemudahan yang disediakan kerajaan dan swasta sudah tersedia, kita hanya tunggu memilih dan meletakkan sasar hari muka.

Mungkin ramai juga di antara lepadan SPM dan STPM yang mungkin tidak tahu ke mana arah mereka, sementelah keputusan kurang membanggakan ataupun tidak mencapai sasaran. Kepada mereka yang mahu belajar dan mempunyai kemahiran, ruang untuk menambah ilmu sentiasa ada. Kegagalan bukanlah menutup segala cita-cita tetapi menjadi pemula untuk kita menilai semula. Rebut sahaja peluang yang ada kerana dunia hari ini mendidik supaya kita menjadi lebih peka dan tidak menunggu lama.

Mungkin Siti terpanggil untuk menulis begini kerana Siti mahu berkongsi kejayaan dengan anda semua. Tidak kira asal kita dari ceruk desa atau kota, dari golongan sederhana atau berada, kita adalah warga Malaysia yang mempunyai sumbangan kepada negara.

Tanpa kelulusan akademik yang cemerlang, Siti merebut peluang. Kejayaan hari ini bukan datang bergolek kerana setiap titik peluh yang kita lakukan adalah hasil pada hari mendatang.

Siti bertuah kerana dapat berkongsi bakat yang ada dengan anda semua. Seperti anda semua di luar sana, Siti juga mahukan masa depan yang indah. Bakat yang ada diketengahkan dan dari situ Siti mengatur langkah yang seterusnya. Alhamdulillah berkat kerja keras dan sikap tidak berputus asa, sedikit demi sedikit Siti dapat melihat sendiri impian menjadi kenyataan di depan mata.

Besar harapan Siti agar adik-adik dan para remaja di luar sana akan dapat memikirkan masa depan mereka bermula hari ini. Jangan mudah mengalah kerana tuah dan rezeki kita semua tidak sama, masing-masing sudah ada bahagiannya sendiri. Apa yang penting harus terus berusaha selagi termampu dan dapat mengatur perjalanan serta hala tuju hidup dengan baik.

Doa Siti agar anda semua akan berjaya hendaknya. Salam mesra selalu.

Usah memandang kegagalan jika ia cermin kesengsaraan, renunglah kejayaan kerana ia cahaya perjalanan.

[ Last edited by ruffly_sya at 19-3-2006 08:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2006 01:45 PM | Show all posts
SITI serikan sambutan MAULUD
Oleh Rudy Imran Shamsudin

SEKALIPUN tanpa kehadiran Mawi, kumpulan Rabbani menerusi syarikatnya Rabbani Productions (M) Sdn Bhd tetap gembira apabila Malam Sinar Maulidurrasul (MSM) yang dirancang sebelum ini dapat diteruskan.

Lebih membanggakan apabila penyanyi popular Siti Nurhaliza kembali memberikan persetujuan menjayakan majlis yang dijadualkan berlangsung pada 1 April ini, jam 8.30 malam di Stadium Malawati, Shah Alam.

Selain Siti dan kumpulan Rabbani, turut menjayakan persembahan sempena kelahiran Nabi Muhammad (saw) yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1427 Hijrah ialah Waheeda, Yassin dan penceramah terkenal ustazah Siti Nor Bahyah Mahmud.

Penyanyi utama juga Pengarah Urusan Rabbani Productions, Asri Ibrahim, berkata di peringkat awal program itu dirancang sudah mendapat persetujuan Mawi dan Siti untuk turut menjayakannya.

揃agaimanapun sewaktu berbincang dengan penaja, mereka berasakan Mawi dan Siti kurang sesuai kerana dirasakan bertentangan dengan kepentingan syarikat. Lalu kami mengundang pula Waheeda dan Yassin.

揝ecara tiba-tiba penaja utama kami menarik diri di saat akhir hingga memberi kesan pada program MSM . Mujur pihak Halagel (M) Sdn Bhd yang waktu itu menjadi penaja bersama bersetuju menjadi penaja utama dan mereka saran supaya rancangan awal diteruskan. Sekali lagi, kami mempelawa Siti dan syukur kerana dia memberi bersetujuan.

揅uma malangnya Mawi terpaksa menolak tawaran ini kerana sudah terikat dengan komitmen lain,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2006 11:19 PM | Show all posts
sekadar utk kenangan dan rujukan masa depan...
cilok dari bharian...

Mawi, Siti galas tugas budaya
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Reputasi 2 penyanyi jadi ikon kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni Fasa Kedua

DI pentas seni yang memasyhurkan Bintang Paling Popular 2005, Asmawi Ani dan penyanyi wanita terkenal, Siti Nurhaliza Tarudin, seakan berkongsi persamaan dengan membawa imej bersih yang meletakkan mereka pada kedudukan istimewa di mata peminat seni.


IMEJ SOPAN: Siti
diiringi penari membuat
persembahan sempena
pelancaran Kempen Budi
Bahasa dan Nilai
Murni Fasa Kedua.

Kejayaan mereka sering menjadi contoh. Justeru, dua penyanyi paling popular ini diangkat sebagai ikon kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni Fasa Kedua oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa). Ia dilihat sebagai pemilihan tepat berdasarkan reputasi dan populariti karier seni mereka.

Seperti ditegaskan menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, penampilan dua artis itu diharap mampu mempengaruhi kumpulan sasaran.

揚engaruh dua penyanyi itu terhadap golongan agak besar memandangkan personaliti dan keperibadian yang ditonjolkan mereka begitu menarik perhatian. Lihat saja cara mereka berpakaian, sopan dan menepati ciri kempen yang cuba diterapkan KeKKwa kepada semua kelompok masyarakat,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2006 08:29 PM | Show all posts


Siti menang lagi
Oleh Rudy Imran Shamsudin

SINGAPURA: Gosip cinta Siti Nurhaliza yang kini hangat diperkatakan gagal meruntuhkan benteng popularitinya di rantau ini, malah terus unggul dengan gelaran Artis Wanita Paling Popular di Anugerah Planet Muzik 2006 (APM 06).

Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang, itu berjaya mempertahankan gelaran itu buat kali keenam berturut-turut di APM 06 yang berlangsung di Max Pavillion, Singapore Expo di sini, malam tadi.

Lebih membanggakan apabila penyanyi yang cukup popular dengan lagu Bukan Cinta Biasa itu menewaskan bintang besar popular negara seberang seperti Kris Dayanti, Rossa mahupun Melly Goeslaw.

Kemenangan itu sekali gus membuktikan gosip cinta Siti dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohd Jiwa, 47, atau Datuk K, boleh menjatuhkan popularitinya adalah salah.

Mengulas kemenangannya, Siti berkata ia membuktikan peminat tidak terlalu taksub dengan kisah peribadi seseorang artis, sebaliknya lebih menilai kepada bakat.

揟erima kasih kepada mereka yang mengundi dan sokongan peminat amat saya hargai,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2006 03:17 AM | Show all posts
Siti jumpa ustaz

PENYANYI Siti Nurhaliza terus digosip nak kahwin. Walaupun Siti kata tolong hentikan gosip, tapi ada yang terus bercakap. Malah ramai yang tak boring untuk tahu sangat kisah Siti ni, sehingga ada yang pandai mencanangkan cerita mengalahkan wartawan.

Ada yang beritahu kononnya Siti dah tempah kapal mewah dan hotel untuk majlisnya. Malah ada kata, dia dah kahwin kat overseas. Tapi semua itu bidaah atau fitnah, kata Siti. Sampaikan pihak terdekat Siti kena bersumpah pula menafikannya.

Kecoh... kecoh! Yang membuat Huzz tersenyum, ada yang beritahu 1 April ni Siti nak kahwin! Tapi bila Huzz siasat, pada tarikh itu, Siti memang akan bertemu dengan seorang ustaz. Ini ialah kerana ustaz itu sendiri mengesahkan hal ini pada

Huzz.

Selepas Siti muncul menyanyi di kaca televisyen bersama Mawi sempena kempen Budi Bahasa pada minggu lalu, Siti dijadualkan bertemu Ustaz Asri Rabbani dan penceramah popular Norbahyah Mahmod pada 1 April ini.

Tapi pertemuan itu bukan kerana bab kahwin, tapi kerana Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1427 Hijrah. Selain Siti, artis seperti Waheeda, Yasin, Rabbani akan muncul menghiburkan orang ramai yang datang menyaksikan show tersebut.

Kata Ustaz Asri, persembahan ini mengenangkan perjuangan Rasulullah. Siti salah seorang artis yang mengesahkan akan hadir. Tiket-tiket dijual dengan harga RM20 dan RM10 di Stadium Malawati, Selangor dan jadual pementasannya ialah 1 April ini pukul 8 malam. Nak beli tiket boleh telefon 03-62721225 atau www.rab bani.com.my

Lepas tu ada orang kecoh 2 April Siti akan berada di Pahang. Bila Huzz periksa pula, Siti akan balik Pahang. Tapi bukan bab kahwin, sebaliknya kerana menjayakan Pesta Air dengan Salih Yaacob, Jamal Abdillah dan Farah AF2 di Sungai Kuantan, Pahang. Pada majlis itu, Yang di-Pertuan Agong dan juga Perdana Menteri tercinta kita akan hadir sama.

Makanya, kalau ada orang kata 1 dan 2 April itu Siti akan hilang kerana nak kahwin, jawapannya tidak benar!

HUZZ: Esok album kumpulan Khafi, yang dianggotai dua DJ iaitu Khairyl (Era.fm) dan Faizal (Hot.fm) akan berada di pasaran.

sumber: utusan online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2006 12:12 PM | Show all posts
KOSMO 26 MAC 2006


Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2006 12:13 PM | Show all posts
KOSMO 26 MAC 2006

BERSYUKUR DI ATAS RAHMAT-NYA


ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu buat semua pembaca KOSMO! Ahad. Harapan Siti agar anda semua sedang gembira bersama keluarga pada hari cuti begini.

Sejak 22 Mac lalu, Siti berada di Singapura untuk menjayakan Anugerah Planet Muzik 2006. Bermula penganjurannya enam tahun lalu, Siti tidak pernah ketinggalan bersama APM kerana ia adalah medan untuk mengembangkan bakat seni di negara serantau.

Tahun ini Siti diberi peluang untuk menjadi penyampai anugerah dan juga membuat persembahan. Sejak tiba di Singapura, Siti sudahpun menjalani latihan bersama pemuzik dalam nyanyian solo dan juga berduet bersama tiga artis lain iaitu Rossa, Marcell dan Anuar Zain.

Siti rasa gembira dan berbesar hati kerana di pentas APM Siti buat julung kalinya dapat mempersembahkan lagu dari album terbaru secara eksklusif berjudul Biarlah Rahsia, lagu ciptaan Melly dan lirik oleh Siti. Sewaktu menjayakan sebuah acara hiburan di Indonesia beberapa tahun lalu, Siti pernah berduet lagu tersebut dengan penyanyi asalnya iaitu Chrisye. Satu pengalaman manis bagi Siti apabila dapat menyampaikan sekali lagi lagu tersebut bersama rakan-rakan seperjuangan.

Siti juga ingin memanjatkan rasa syukur di atas rezeki Siti di APM tahun ini untuk kategori Artis Wanita Paling Popular. Siti berasa amat terharu kerana para peminat masih mempercayai bakat Siti dan anugerah tersebut adalah pemberian mereka kepada Siti. Selama enam tahun menerima anugerah yang sama Siti mahu melahirkan rasa terima kasih kepada seluruh peminat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang tetap setia bersama Siti.

Usaha anda selama ini amat Siti hargai dan tentunya album baru yang bakal menyusul April ini adalah tanda sayang Siti kepada anda semua.

Pada kesempatan ini juga Siti ingin mengajak anda semua bersama-sama Siti dan beberapa artis nasyid lain menjayakan Malam Maulidur Rasul yang akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 1 April ini. Jika setahun lalu Siti mengadakan konsert di Royal Albert Hall, London, namun kali ini penampilan Siti dalam konsert yang turut dijayakan Rabbani, Yasin, Waheeda dan beberapa lagi adalah berbeza.

Siti ingin berterima kasih kepada Rabbani kerana sudi mengundang Siti dan ini merupakan satu persembahan yang begitu membuatkan Siti rasa tidak sabar untuk membesarkan lagi sambutan Maulidur Rasul. InsyaAllah Siti akan tampil dengan lagu-lagu dan penampilan yang bersesuaian pada hari tersebut. Jangan lupa dapatkan tiket kerana apa yang lebih penting adalah berkumpulnya kita nanti adalah untuk menzahirkan rasa kasih dan cinta kita semua kepada Rasulullah s.a.w.

Jangan lupa datang beramai-ramai bersama keluarga, teman, saudara kerana InsyaAllah konsert itu nanti akan memberi manfaat dan sesuatu yang berguna kepada kita semua.

Sekian dahulu Pena Siti kali ini. Salam mesra selalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 26-3-2006 03:45 PM | Show all posts
boleh tak artikel ni letak kat sini??? sbb ada kaitan ngan ct gak....



Cerita Artis Kita: Datuk K atau abang angkat?


BARU-BARU ini CAK menerima perkhabaran penuh tanda tanya daripada seorang pengintip profesional yang sudah lama 慴erkhidmat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2006 10:21 AM | Show all posts

sebagai rujukan masa depan..

cilok dr. bharian.com.my..

Siti berhati-hati soal peribadi
Oleh Rahmat Osman

KEMUNCULAN penyanyi terkenal, Siti Nurhaliza dengan lagu Penawar Rindu yang pernah dipopularkan Orked Abdullah kira-kira jam 10.35 malam pada persembahan hiburan Malam Senandung Sintok memang dinanti-nantikan lebih 5,000 penonton yang memenuhi Dewan Mu'adzam Shah di Universiti Utara Malaysia (UUM), malam minggu lalu.


DUA GENERASI: Siti Nurhaliza
turut berduet dengan Papa
Rock Ramli Sarip.

Siti yang kelihatan ceria dengan pakaian kebaya moden merah tambah berseri apabila sering melemparkan senyum manis ketika berinteraksi dengan penonton yang memenuhi dewan itu.

Walaupun agak lama berinteraksi dengan hadirin, penyanyi terkenal itu nampak lebih berhati-hati supaya tidak terlepas cakap bercerita mengenai hal peribadi selain langsung tidak menyentuh mengenai dirinya yang hangat diperkatakan media malah penonton juga tidak menyentuh perkara berkenaan.

Siti yang kali terakhir mengadakan persembahan di UUM dua tahun lalu itu berjaya menghiburkan penonton yang kebanyakannya pelajar dan warga kerja universiti berkenaan.

Bagaimanapun beberapa wartawan media cetak gagal menemui penyanyi nombor satu itu apabila dia dipercayai `dilarikan' sebaik saja persembahan berakhir kira-kira jam 11.45 malam.

Berikutan itu Siti tidak menghadiri majlis makan malam bersama kenamaan walaupun meja untuknya disediakan di bilik khas bersama tetamu kenamaan dan artis lain.

Sekumpulan pelajar yang menunggu untuk bersalaman serta melihat wajah penyanyi kesayangan mereka dengan lebih dekat di pintu utama dewan sebaik persembahan ditamatkan turut hampa apabila penyanyi itu tidak muncul di situ.

Selain lagu Penawar Rindu, Siti turut mendendangkan beberapa lagu lain termasuk Bukan Cinta Biasa, Lagu Rindu, Lelaki, Asmara dan Nirmala.

Siti juga berduet dengan Ramli Sarip mendendangkan lagu Ku Miliki Bayangan, selepas nyanyian beramai-ramai sebagai penutup tirai persembahan, Siti meninggalkan dewan itu melalui pintu lain dan bukan laluan utama.

Kumpulan trio terkenal, Kopratasa yang dianggotai Sani Sudin, Yusof dan Siso membuka tirai persembahan dengan beberapa lagu puisi berjudul Kita Orang Melayu, Berkolek Bersajak, Gadis Penjual Bunga, Aduh dan Nusantara.

Ramli Sarip pula turut membawakan beberapa lagu antaranya Kau Yang Satu dan Teratai yang pernah dipopularkan kumpulan Sweet Charity pada penghujung 70-an.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2006 11:19 AM | Show all posts
adik_nazgul..
boyz dah letak pg td cerita ni kat tread ct di uum...
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 27-3-2006 05:39 PM | Show all posts
Siti belum tergugat

Oleh Rudy Imran Shamsudin

SEKALI lagi karyawan muzik Indonesia menguasai Anugerah Planet Muzik 2006 (APM 06) yang berlangsung di Max Pavillion, Singapore Expo, Jumaat lalu.

Penyanyi Indonesia membolot tujuh daripada 12 anugerah utama yang disediakan dengan enam daripadanya adalah untuk kategori Terbaik.

Bagi penyanyi Malaysia seperti biasa kita hanya boleh berbangga dengan anugerah Paling Popular apabila Siti Nurhaliza berjaya mempertahankan anugerah sama buat kali keenam berturut-turut.

Walaupun sebelum ini, Siti terpaksa berhadapan dengan kontroversi hubungan cintanya dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khalid Muhd Jiwa, 47, sehingga berita itu turut disiarkan pada muka depan akhbar Jawa Post, Indonesia, namun keyakinan peminat terhadap bakat seninya amat teguh.

揝aya percaya peminat menilai bakat yang ada pada seseorang artis, bukan peribadinya dan kemenangan ini juga adalah rezeki dari Tuhan. Saya hanya berusaha memberikan yang terbaik dan terpulang kepada peminat untuk menilainya sendiri.

揔emenangan ini juga memberikan saya keyakinan untuk melangkah lebih jauh dengan album terbaru yang bakal diedarkan pada pertengahan April nanti. Ia turut menggabungkan karyawan muzik Malaysia dan Indonesia.

揃agi saya ini antara cara untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat di rantau Nusantara ini termasuk Brunei yang banyak memberikan sokongan terhadap kerjaya seni saya.

揗enggabungkan karyawan dua negara dalam menghasilkan album terbaru ini memberikan kelebihan kepada mereka untuk membuat pilihan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2006 06:15 PM | Show all posts
Originally posted by ruffly_sya at 5-3-2006 04:28 PM
KOSMO 5 MAC 2006



tq..ats berita tersebut coz haz tak dapat beli surat khabar semalam ...ingat kan semalam hari isnin...rupa2nye hari ahad...:stp: ....heheheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2006 04:10 PM | Show all posts

kosmo

KOSMO 2 APRIL 2006



Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2006 04:13 PM | Show all posts
KOSMO 2 APRIL 2006

SEDEKAD PERJUANGAN SENI

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat semua pembaca KOSMO! Selamat berhari minggu dan hendaknya sentiasa ceria bersama keluarga tersayang.

April datang lagi, semalam genap ulang tahun saya ke-10 dalam industri muzik kerana album pertama saya dipasarkan pada 1 April 1996. Semalam juga saya turut mengimbas setahun lalu di mana itulah hari bersejarah saya mengadakan konsert di Royal Albert Hall, London.

Kedua-dua memori ini rasanya masih terlalu baru saya lalui dan saya amat terkesan dengan kedatangan 1 April yang memberi banyak makna dalam karier dan kehidupan saya.

Sepuluh tahun dulu, saya masih pelajar sekolah yang menghabiskan cuti hujung minggu dengan berulang alik dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur untuk menyiapkan album pertama. Begitulah rutin saya pada setiap petang Jumaat ke Kuala Lumpur dan pada petang Ahad pula akan pulang ke Kuala Lipis. Apabila album pertama sudah disiapkan, saya menanti detik ia diedarkan dengan penuh debar. 1 April adalah titiknya dan sehingga ke hari ini. Alhamdulillah saya bakal memasarkan album solo yang ke sebelas. Saya juga menjangka album terbaru saya dipasarkan pertengahan April ini dan single pertama dalam beberapa hari sahaja lagi dapat anda dengar di corong-corong radio, insya-Allah.

Setahun lalu, saya berada di London, merealisasikan cita-cita untuk mengadakan persembahan di Royal Albert Hall. Sejak pagi lagi saya begitu gembira kerana akhirnya impian saya termakbul. Tidak seperti mengadakan konsert-konsert yang lain sebelum ini, perasaan tidak sabar beraksi mengatasi rasa berdebar. Sewaktu menjejakkan kaki di dewan ituhati saya puas, gembira dan saya seakan mahu melonjak untuk menzahirkan perasaan saya. Malam bersejarah itu saya masih kenang, mungkin untuk mengimbas semuanya saya masih boleh menonton video cakera padat (VCD) persembahan saya yang telah dipasarkan sejak Oktober lalu ataupun mendengar nyanyian saya dalam kaset dan cakera padat (CD) yang beredar sejak bulan November.

Tarikh 1 April tahun ini saya juga mengadakan konsert namun pendekatannya jauh berbeza. Berganding bersama Rabbani, Yasin, Waheeda dan beberapa orang lagi, saya muncul di Malam Sinar Maulidur Rasul di Stadium Malawati, Shah Alam. Saya berkesempatan menyampaikan tiga buah lagu iaitu lagu Junjungan Mulia, Tuhan dan Hikmah.

Saya berasa sungguh gembira kerana jarang-jarang sekali dapat muncul dalam majlis sebegini tetapi saya juga manusia biasa, dan menjadi kewajipan kita semua untuk mengingati dan memuliakan Rasulullah.

Malam ini saya akan berada di Kuantan, Pahang utuk menjayakan Pesta Air. Alhamdulillah saya dapat bertemu dengan para peminat di negeri sendiri kerana sudah agak lama saya tidak mengadakan persembahan terbuka terutamanya di Kuantan. Pada 14, 15 dan 16 April nanti, saya juga akan berada di Kuantan untuk memeriahkan Fiesta Media Idola. Saya masih bersama pasukan Shahzan dan kesempatan begini amat baik baik pengamal media dan artis bersatu dalam satu semangat kesukanan dan silaturrahim.

Esok saya akan ke Jakarta untuk mempromosikan album konsert saya di Albert Hall. InsyaAllah saya akan berada di sana selama tiga hari dan turut mengadakan beberapa persembahan di stesen televisyen.

Beginilah rutin hidup saya sejak sepuluh tahun lalu, walaupun sibuk ke sana ke sini tetapi saya tidak menyesal kerana semua ini mendekatkan saya dengan peminat-peminat di luar sana. Dan saya sentiasa bersyukur di atas apa sahaja yang dikurniakanNya.

Sampai di sini sahaja dahulu catatan kali ini. Salam mesra selalu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 01:54 AM | Show all posts
Siti dikawal ketat
Oleh Nor Akmar Samudin
[email protected]

PENAMPILAN penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin, yang bertudung litup pada Konsert Sinar Maulidurrasul di Stadium Malawati, Shah Alam, Sabtu lalu, menarik perhatian lebih 8,000 penonton.

Sebaik saja Siti muncul menyanyikan lagu pertamanya, Junjungan Mulia, yang pernah dipopularkan kumpulan Al-Mizan, ramai menyerbu ke depan untuk mengabadikan wajahnya.

Anggota Rela yang bertugas pada malam itu bertegas meminta mereka duduk kerana menghalang pandangan penonton di belakang.

Begitulah penangan Siti yang terus diminati dan bakatnya seninya dikagumi biarpun dirinya kini diselubungi gosip cintanya dengan tokoh korporat, Datuk Khalid Muhd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Pada konsert anjuran Rabbani Productions (M) Sdn Bhd sempena menyambut Maulidurrasul itu Siti turut menyampaikan lagu Tuhan Yang Esa dan Hikmah.

Bagaimanapun sebaik tamat konsert dan selepas melayan peminat yang menunggu di tepi pentas untuk bersalaman, Siti terpaksa bergegas pulang
kerana pada malam itu juga dia kena bertolak ke Kuantan, Pahang untuk menjayakan Bulan Pesta Air Nasional.


Konsert ini turut dijayakan Yassin Sulaiman, Waheeda, Akhbar dan pastinya
kumpulan Rabbani. Ia turut diserikan dengan kehadiran ustazah Siti Nor
Bahyah Mahamod.

Yassin memilih lagu Al-Mustafa dan Mustytaqun kemudian berduet dengan anak didiknya, Akhbar menerusi lagu Alhamdulillah. Waheeda pula mengalunkan suaranya menerusi lagu Pahlawan Agama, Kembali Padanya dan
Binafsha.

Rabbani memulakan persembahan dengan 'jingle' Muhammad Rasulullah dan qasidah, diikuti nyanyian lagu Ahmad Ya Habibi, Rabiulawal dan Pergi Tak Kembali.

Lebih elok jika Rabbani selaku penganjur konsert, mempersembahkan lebih dari tiga lagu kerana penonton bagaikan tidak puas mendengar kemantapan vokal penyanyi utamanya, Asri Ibrahim.

Penampilan Rabbani pada malam itu bagaikan kurang lengkap kerana biasanya kumpulan nasyid popular itu membuat persembahan dengan tujuh anggota tetapi pada malam itu tinggal berenam kerana seorang anggotanya, Rithaudeen, sedang dirawat di hospital disyaki menghidap batuk kering.

Penampilan Nor Bahyah menyampaikan tazkirah mengenai perjalanan hidup Rasulullah sejak dilahirkan sehingga kewafatan baginda, berjaya menarik perhatian penonton.

Pentas konsert itu dibuka dengan persembahan Pantorama Muhammad Telah Lahir oleh penuntut Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak.

Sepanjang dua jam acara berlangsung, terasa betapa besarnya keagungan Allah SWT dan junjungan Nabi Muhammad (s.a.w).

Penonton juga spontan bersalawat ke atas Rasulullah ketika semua artis undangan yang menjayakan konsert itu berzanji dan bermarhaban bagi acara cukur jambul enam bayi bertuah termasuk anak ketiga pelakon dan pengacara
terkenal, Raja Azura, Puteri Mia Maizura.

Ketika itu setiap tumpuan dan perhatian terarah ke pentas apabila Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Othman Desa, diberi penghormatan mencukur jambul semua bayi yang dikendung ibu masing-masing.

Pengisian konsert itu begitu padat. Segmen pertama tiada langsung 'gangguan' dari pengacara konsert itu, Nuraffenda Ibrahim (Fenda) dan Mohd Fedtry Yahya (Fedtry) yang juga pengacara Malaysia Hari Ini.

Ini kerana sementara menunggu kemunculan artis seterusnya ruang kosong itu diisi dengan rakaman perjuangan Rasulullah, rakaman azan dan menghayati sirah yang dipancarkan di dua skrin lebar terletak di kiri kanan pentas.

Asri berkata, pihaknya terharu dan gembira kerana ramai artis bersedia menjayakan konsert Maulidur Rasul ini pada masa akan datang.

"Alhamdulillah, sebaik saja tamat konsert ini saya berada pada peringkat lega namun tetap berdebar untuk mendengar komen orang ramai selepas ini".

"Oleh kerana konsert seumpama ini julung kali diadakan, saya rasa masih banyak kekurangannya. Ramai juga mahukan konsert ini dijadikan acara tahunan. Jika hasrat suci itu mendapat sokongan pelbagai pihak, Insya-Allah Rabbani akan memperbaiki kekurangan yang terdapat pada konsert sulung ini," katanya.

Penyanyi utama Rabbani, Asri Ibrahim berkata, Jun ini akan diadakan Konsert Satu Dekad Satu Akidah yang menggabungkan kumpulan nasyid seperti Rabbani, Raihan dan Hijjaz serta kumpulan nasyid lain.

Mengenai signifikasi berzanji, marhaban dan cukur jambul pada malam itu, Asri berkata, mereka sengaja menyisipkan atur cara itu untuk mendekatkan lagi masyarakat Islam dengan upacara menyambut kelahiran ahli baru dalam keluarga kerana dalam Islam majlis cukur jambul hukumnya sunat.

"Setiap tahun kami menyambut kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w) secara kecil-kecilan dengan peminat tetapi untuk tahun ini kami membuatnya lebih besar.

Syukur, walaupun terpaksa mengadakan konsert ini lebih awal namun ia berjalan lancar dan mendapat sambutan," katanya.

Pada malam itu, penonton bertuah konsert itu, Nurliza Abd Rahman dari Kapar menang cabutan bertuah pakej percutian ke Istanbul dan mengerjakan umrah di Makkah Jun ini.

Konsert itu mendapat kerjasama dari TV3 di mana stesen swasta terunggul itu akan menyiarkan rakaman konsert itu pada 11 April ini, jam 10 malam.

sumber: harian metro online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.459333 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list